Assalamualaikum, hi~!

Jangan kata hakak tak payung.

Hahahah sekali sekala belanja gambo sendiri apa salahnya kan. Okay jom, harini aku nak cerita pasal cara nak berjalan dengan heels yang betul, so then barulah nampak kita ni ada confidence and bergaya sikit. 

Sebelum nak berjalan dengan selesa dan bergaya ni, kenalah ada high heels yang best dulu. Adoi, takkan nak catwalk pakai selipar jamban pula kan, tak comel lah, muahahaha. So kalau nak tips yang best masa nak beli atau pilih high heels pertama korang, sila baca entry yang aku tulis sebelum ni (klik bawah):

“Give a girl the right shoes, and she can conquer the world,”, bak kata Marylin Monroe. Okay dah ada kasut yang best dah? Jom mulakan cerita kita... Jeng jeng jeng...


Okay ni tips paling penting masa kita nak berjalan dengan high heels ni. Semasa mengatur langkah itu pastikan kaki yang menjejak tanah tu mendarat dengan tumit dahulu, bukan tapak yang depan mahupun jari kaki ataupun korang akan jadi awkward dan pelik sangat. Hahaha, kalau tak percaya ce try, kehkehkeh. Contoh langkahan yang betul rujuk gif kat bawah :

Kalau dah pakai heels ni tak boleh lah nak langkah besaq besaq. Dah la pelik lepas tu tak comey pulak. Kalau nak cepat bleh langkah laju laju tapi maintain langkahan kecik tu. Another rule, langkah dengan satu kaki ke depan kaki lagi satu. Korang boleh praktis jalan atas line kecik kat jalan , atau buat imaginari line korang sendiri, dan start cat walk tu.

Kalau pakai heels lepastu kalut, memang disaster lah. So tenangkan diri dan jalan dengan penuh konfiden. Kalau tak cukup konfiden pun buat-buat je konfiden (macam aku selalu buat,kahkahkah). Boleh je jalan laju dengan heels tapi lepas korang dah cekap lah. Okay. Aku pun takdelah cekap mana, cuba ligan aku dengan cicak, berteraboq juga. 

Apa benda pun dalam dunia ni kalau dibuat berulang kali, walau susah macam mana pun, lama-lama mesti terer punya. So banyak-banyak lah praktis dengan macam-macam jenis kasut. Lagipun design antara satu kasut dengan kasut yang lain akan tak sama tahap keselesaannya and ada trick tersendiri untuk bergaya dengannya. So kenalilah kasut korang sendiri, hewhewhew.

Harap korang sukalah tips dari aku ini, tata~!