Assalamualaikum, hi~

Siapa tak suka heels? Dah jangan baca. HAHAHA. Aku nak share tips untuk orang yang nak je. Sebab aku tahu ada orang yang teringin sangat nak pakai heels tapi tak confident, kan? Apa je yang kita bayangkan, takut jatuh, takut sakit kaki, takut jalan pelik? Takpa semua ni perlukan latihan dan kasut yang bagus. Macam mana tu? Baiklah meh aku share ngan uols.  

Firstly, cari kasut yang sesuai untuk kita. 

01. Bermula dari rendah
Jika ini kali pertama kita nak pakai heels, then kita start dengan stilleto bertumit halus setinggi 6 inci bukan idea yang baik. Why? Cause you might end up like this:


Bukan apa, sebab kita tak pandai seimbangkan diri lagi. So aku cadangkan start dengan kasut bertumit tinggi 2 or 3 inci, dah nice dah, tumit tu jangan beli yang halus lagi, beli yang tebal-tebal sikit. Ha, memang tak cantik sangat, tapi kita baru nak belajar kan. 

Okay macam ni, tak tinggi sangat dan tak rendah sangat, kang kalau rendah sangat macam tak belajar apalah pulak, kan. 

02. Reka bentuk kasut yang sesuai
Semakin tebal tapak heels semakin bagus kasut tu untuk diguna semasa awal-awal nak berjinak dengan heels ni. Sebab bila tapak tebal, lebih senang kita nak balancekan badan dan tampil lebih konfiden, gitchew...

Wedges

Gladiator 


So wedges adalah pilihan yang tepat untuk uols masa nak start mula-mula ni. Comel je wedges ni kalau pandai pilih, kalau tak pandai pilih boleh nampak mcm makcik-makcik, tapi kalau aku yang pilih, aku pilih potato wedges. Ya ampun, melalut pula. 

Bagi aku pulak, aku lebih selesa dengan gladiator heels. Ni personal opinion aku lah, maybe korang akan rasa design gladiator tu remeh dan buat lambat nak pakai. Tapi best tau, sebab ikatannya kejap ke kaki, so takkan terkeluar masa nak jalan tu, so tak payah over control bagai sebab takut kasut tercabut. 


03. Beli kasut yang berjenama 
Hihi yang ni aku tak paksa la. Cuma aku bukan suruh beli yang mahal ribu riban tu. Just berjenama sikitlah, jangan beli yang murah sangat. Kasut ni memang kita kena invest lebih sikit sebab bagi aku, kita nak lanyak habis-habisan, akan berbaloi juga nanti. Lagipun kalau beli kasut murah tapi tak berkualiti, lepastu kaki sakit, mood mesti rosak kan.. Aiyaa tak best la nanti.

So aku sendiri pernah rasa perbezaan heels berharga RM30 dengan heels yang mahal sikitlah (beli sekali masa raya) hahaha, memang berbeza dari segi material yang tahan lama dan lasak, yang penting tumit kasut yang murah tu aku rasa mcm nak patah je setiap kali jalan sebab dia goyang-goyang. Bila dah goyang gitu ,apalagi, keyakinan diri aku pun booom la runtuh.

04. Pastikan saiz yang tepat
Beli heels ni bukan macam beli selipar. Yela kalau beli selipar kita beli saiz besar sikit takpe rileks je. Kalau beli heels kita macam "eh takpa besar sikit je", "eh sempit sikit ni tapi redah jelah". NO, NO, NO! 

Kalau kita beli besar nanti kita la menanggung azabnya berjalan sambil kasut tercabut-cabut, Boleh bikin marah kalau jadi gitu. Kalau beli kasut sempit plak korang nak jadi kakak tiri Cinderella ke? HAHAHA, koyak la nanti kasut tu, tak pun cepat lekang dan rosak.

So beli nice-nice je okay, yela, korang kan Cinderella....Ihiks. Bila dah jadi Cinderella nanti bolehkan jumpa prince charming memasing,hihi.


So how to walks in heels? Nampaknya aku kena buat entry asing sebab mcm dah panjang pula. HAHAHA. So to be continue...