Cabaran 30 Hari Blogging | Sumber Inspirasi



Sumber inspirasi ini adalah berbeza-beza untuk setiap perkara. Adakalanya sumber inspirasi kita berbentuk suasana, adakala inspirasi datang dari sumber alam semulajadi, dan kadang-kadang inspirasi tercetus daripada individu yang lain

Dalam Cabaran ke #25 ini aku ingin menulis tentang sumber inspirasiku untuk menulis. Yelah sebagai penulis blog ni, kadang-kadang memang terkena writer's block, so ini adalah cara aku nak cari inspirasi dan idea untuk menulis lagi.

Cabaran #24 aku skip aci tak? HAHAHA, kalau nak tahu pasal SOHO boleh baca dari blog Unni

SUMBER INSPIRASIKU UNTUK MENULIS 

1. Lagu
Yes kalau aku stuck semasa menulis aku akan buka lagu favorite aku kat youtube dan menyanyi sekali. Kadang-kadang lagu tu tak ada kaitan pun dengan penulisan aku cuma lagu lagu favorite aku tu fungsinya untuk bagi aku relax sikit, so nanti bolehlah otak aku nak menerawang cari idea lagi hehehe.

2. Baca Blog Lain
Untuk jadi penulis yang baik, kita perlu jadi pembaca terlebih dahulu. Kadang-kadang daripada post orang lain kita akan dapat idea untuk kembangkan lagi penulisan tu dengan ulasan lebih mendalam ataupun ulas topik yang sama dari segi lain, ataupun ambil je fakta tu dan ulas jadi entry sendiri. Tapi JANGAN COPYPASTE! 

3. Buku dan Majalah
Kalau dah jammed sangat otak tak dapat nak menulis lagi, aku tutup je laptop dan pergi cari novel atau majalah yang aku dah pernah baca kat almari tu. (Hint nak cakap takda buku baru sebab penganggur, sape nak belanja?) hahahaha. Nanti inspirasi atau idea yang kita buntu sangat tu secara automatic datang sendiri, hehehe.

4. Filem
Menonton filem adalah kegemaran aku! Kadang-kadang bukan sahaja plot cerita itu yang akan memberi aku inspirasi, tetapi personaliti watak utama ataupun watak antagonis, dan juga beberapa dialog yang mungkin dapat mencetus idea untuk aku terus menulis lagi. 

5. Tidur!
Kalau buat benda lain pun masih tak dapat inspirasi lagi, tidurlah, mana tahu nanti dapat mimpi yang boleh buat sumber untuk aku menulis. Aku ada beberapa mimpi yang agak unik, mungkin sebab aku terlalu sering menonton filem thriller, ermm tak boleh la cerita kat sini kang nanti ada coincidence pula dengan kes jenayah mampus polis cari aku, hahahahahahahahahahaha. 

Post a Comment

7 Comments

  1. yang tu kite sama..tak dapat inspirasi jugak jalan terbaik ialah tidow..hihi

    ReplyDelete
  2. kemain tidur mai!! hahahahha.. no 2 tu hampir sama:D sungguh aci mai T_T

    ReplyDelete
  3. maiii... yg mai tanya tukar warna highlight tu, maksud mai tulisan yg bold dalam entri? ke macam mana? sori busyra tak berapa faham maksud mai tu.

    ReplyDelete
  4. Mek pulak bukak gallery, tgk gmbr mana nk kne olah :) hihi

    ReplyDelete
  5. Hahahaa adik.. Adik. Ok lah tu skurangnya adk igt mimpi adk. Akak ni ha.. Susah beno nak ingat. Kalau ingat pun, 2 minit selepas bangun tidur..

    Lepas tu, kebye.. :p

    ReplyDelete
  6. semua di atas yang mai cakap tu semua betul.. hehe

    ReplyDelete