Harini nak flashback balik 2016 dari memori Instagram dan Facebook.

Klik SINI untuk dapatkan #yearinreview2016 korang

2016bestnine

Ini pula 2016bestnine, dapatkan korang punya di SINI

Amboi dua jejaka terhangat tu hot betul kat instagram I, kalah like untuk gambar tuan punya instagram tau, lepas ni fikir dua kali la nk post gambar ABAH dan ADRYAN. Habislah populariti kite, hahaha gurau je. Itulah Tokwan dan Cucu yang hensem dihati kami semua.

Memori paling best 2016 adalah dapat Adryan iaitu my only nephew buat masa ni sebab kakak cakap nak stop dah, kalau nak baby lagi sila beranak sendiri. So aunty is redho, nasib dah ada tiga ketul pertama hati. Lagi satu kenangan manis 2016 adalah aku dapat habiskan pengajian ijazah sarjana muda aku tepat pada masanya walaupun separuh nyawa jugalah last semester tu, hahahaha.

Tahun 2016 juga aku tumpang gembira dengan Cik Abang sebab dia dah dapat rumah sendiri pada umur 23 tahun, hehehe. Congrats encik sifu, saya ni tak larat dah ligan awak laju sangat! Tapi insyaAllah suatu hari nanti 'Success Together' goals kita akan tercapai. Abaikan je mulut orang yang sibuk kondem kita tuh. huh, emosi. Hahaha. 

Last-last, 2016 juga tahun yang bermakna kerana pada tahun ini juga dua buah keluarga sudah mengenali antara satu sama lain. Semoga Allah yang sentiasa memerhati kita itu, memberkati hidup dan kisah kita. Aamiin. 

Bye 2016, tak sabar nak melukis memori baru 2017 nanti, suspens tau.