Review Planner 2017 by Paper & Planner

Paper & Planner

Assalamualaikum. Hi.

Sejak beberapa hari ini aku kehulu kehilir usung planner yang comel ok. Ingat tak aku penah geledah beg tangan aku dalam entry INI, waktu tu aku hanya bawa satu buku latihan sekolah je as notebook sebab aku suka menulis apa-apa dalam buku je. Ini lah kata orang, ada teknologi (handphone) tapi tetap nak guna cara lama (buku nota), tapi nak buat macam mana, dah aku lebih selesa menggunakan buku nota untuk mencatat segala perkara penting. 

Ingat tak giveaway Planner 2017 by Paper & Planner (Klik Sini)? Walaupun missobsesi.blogspot.my tidak terpilih daripada cabutan bertuah itu, tapi rezeki masih berpihak kepada aku. Alhamdulillah, rezeki daripada sis LZ (Klik Sini) yang sangat baik,tetap sudi berikan aku sebuah planner yang super cantik handmade gitu tau. Terharu sangat, tak tahulah nak cerita masa posmen bagi parcel haritu macam nak jerit satu taman, hahaha, excited benor. 

So no more buku latihan as planner, sekarang aku dengan bangga dan bahagianya menayang sana sini planner aku yang cantik gitu *kembang hidung*. Dua orang adik aku cubalah mengurat planner aku ni tapi memang tidaklah aku nak bagi, ye dak? Tapi aku dah berjanji pada gaji pertama aku nanti (semoga aku dapat kerja cepat, aamiin) aku akan belikan diorang planner dari Paper & Planner juga. Sebab aku sendiri memang puas hati dengan planner ni.



Tadaaa. I'm so bad in taking flatlays photos, abaikan kualiti gambar ok. Kak LZ ni sweet tau, macam tahu-tahu je warna favorite aku hijau. Memang happy tak terkiralah aku masa buka sampul haritu, hijau siap glitters2 gitcheww, fabulous! 

Planner yang korang boleh dapatkan dari Paper & Planner datang dalam 2 size yang korang boleh pilih ikut keselesaan. Kalau jenis nak selit dalam handbag lepastu usung sana sini, boleh pilih regular size macam hadiah aku tu, kalau rasa tak puas menulis dan nak nak tulisan korang besar gedabak, hahaha pilihlah personal size planner. Tepuk dada tanya selera. 

Dalam planner ini ada banyak compartment, tapi dalam review ini aku akan tunjuk dua je tau, nak tengok lebih lebih kenalah tanya Kak LZ sendiri, hihihi, lebih afdal kalau korang beli je, sebab tak rugi pun ada planner yang comel ni.


Maaflah kosong lagi, belum sempat nak hias sana sini lagi. Aku suka daily planner macam ni sebab bolehlah aku tengok aktiviti aku dalam sebulan. Senang nak rancang aktiviti juga. Maklumlah 2017 ni kan akan jadi tahun yang bermakna untuk aku *uhukk , so kena rancang dengan teliti ni.


Satu part favorite aku adalah wallet planner ni. Memang terbaik lah sebab aku bolehlah mendisiplinkan diri mencatat aliran duit keluar masuk setiap bulan. Tak adalah tetiba kura-kura dalam perahu, pura-pura tiak tahu pula duit terbang kemana, hahaha.

 
Sticker ni semua aku dapat pakej dari dalam planner tu tau. Best kan, best kan. Sejak itulah aku semakin rajin menggodek pinterest untuk mencari sticker planner percuma untuk download. Kalau nak juga boleh click kat SINI.

Baiklah sekianlah review dari aku mengenai Planner 2017 by Paper & Planner ini. So kesimpulannya aku amat berpuas hati dengan planner ini dan aku nak bagi ★★★★★.

Jemputlah follow Instagram Paper & Planner, selain dapat order Planner Handmade ini, korang boleh tengok juga idea-idea menghias planner yang kreatif belaka dalam tu. Jangan lupa follow blog Kak LZ juga kat SINI

FOLLOW INSTAGRAM 

FOLLOW BLOG 


Follow

Post a Comment

15 Comments

  1. gmbar flatlay mai tu dah okay dah tu.. pandai mai hias keliling dia. btw sukanya busyra tngok planner tuuuu. serius lawa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lawa busyra...alhamdulillah rezeki, hehehe... ni hasil amik tips dari blog busyra la ni, ekekekeke... beginner.

      Delete
  2. satu lagikkkkk lupa nak komen. hahaha. header awk dah baru la! cun! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank busyra, hihihihi download free header dari pinterest je..dah pandai guna pinterest sikit2,dulu tak tahu,hahaha.

      Delete
  3. Wah cantiknya planner. Alhamdulillah rezeki Mai. Byk nak kena catat tue nanti. Hehe. Kak ana doakan semoga segala urusan Mai dipermudahkan insyaAllah ❤

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, rezeki..Cantik kak Ana. Hehehe tu la future planning, terima kasih atas doa, aamiin.

      Delete
  4. Cantik. Kak reen dah PM dia. Hee. Tp taun ni dah ade dua planner. Harap2 tahun depan sempat nk tempah planner ngn dia. Tgh tunggu dia restock sticker.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah siap PM, hahaha banyak dah tu planner kak reen. Next year boleh tempah lagi, mai pun akan tempah lagi next year, untuk adik2 sekali.

      Delete
  5. Comelnyaaa.. Siap sticker lagi tuuu.. (y)

    ReplyDelete
  6. Kalau dah rezeki tidak ke mana kans??

    ReplyDelete