15 Blogging Facts About Me

Inspirasi daripada ErinAzmir - http://www.erinazmir.com/2017/02/blogging-facts-about-me/

1. Blog ini adalah seperti online diari aku dan cuma akan ditulis perkara yang aku rasa nak tulis. Kebanyakan cerita adalah untuk aku flashback hidup aku hari ini dimasa hadapan memandangkan aku seorang pelupa.

2. Blog ini tiada niche tertentu dan jarang aku menulis dengan nada serius, jadi janganlah baca blog aku dengan nada serius, manja-manja gitueee, bwuekkk, kekekeke. 

3. missobsesi.blogspot.my adalah url yang aku letak semasa gila-gila remaja, aku sendiri rasa url itu childish tetapi aku lebih sayangkan trafik blog untuk tukar begitu sahaja. 

4. Suatu masa dulu aku suka betul dengan template comel dan berwarna warni tetapi kini aku dah jatuh cinta dengan simple look responsive template, dan aku tak ingin patah balik ke masa lalu lagi, cewahhh.

5. Aku pernah terjebak dengan letak lagu rock kapak kuat gila dalam blog TANPA BUTTON PAUSE or STOP. Muahahahahaha, ampunkan daku yang khilaf itu. 

6. Blogger idola aku adalah Abang Ben Ashaari, tetapi aku belum join lagi kelab beliau atau mana-mana kelab blogger di Malaysia ini, huhuhu. Tapi! ye ada tapi. hahahaha, aku join group whatsapp Family Blogger, adminnya adalah http://nurnabla.blogspot.my/.

7. Aku jarang join giveaway berhadiah top-up, bukan sebab berlagak ke apa, sebab aku pakai postpaid, maaflah kawan-kawan, rugi je kalau aku menang nanti, so aku kasi chance la untuk orang lain hadiah tu. Tudiaahhh confident macam menang je kan. Tapi kalau tuan giveaway tu kemain datang jemput aku yang berhati tisu ini, nanti aku join jugak sebenarnya. Lalala~

6. Dalam semua laman sosial aku paling suka blog dan rasa lebih bebas untuk jadi diri sendiri kat sini. 

7. Aku sudah 6 tahun menjadi seorang blogger, dapat ramai kawan dari sini dan ada yang kekal dari dulu hingga sekarang, dan juga ramai kawan baru yang semakin bertambah hari ke hari. Sayangnya aku pun belum berpeluang untuk jumpa sesiapa lagi kat dunia realiti. Kalau ada rezeki mana tahu suatu hari nanti kan?

8. Aku download Evernote dalam laptop dan phone konon untuk selalu latih diri drafting dalam tu, at last aku guna untuk sync maklumat je. Aku lebih selesa menulis draft dalam blog terus, kalau sempat publish, kalau tak sempat habiskan aku draftkan balik je. 

9. Dulu aku seorang penjenayah yang suka ambil gambar sesuka hati dari google, ampunkan saya. Yelah dulu mana la ada kesedaran nak guna stock photos, kurang ajaran gitue, hahaha, sekarang dan banyak belajar dari kawan-kawan baru so baiklah aku guna je stock photo yang confirm-confirm bagi free tu. 

10. Walaupun aku selesa untuk menulis menggunakan kata ganti diri 'AKU' , kadang-kadang aku rasa bersalah juga dengan pembaca yang lebih berusia. Maafkan saya. (Oleh sebab inilah kata ganti diri dalam blog ini selalu berubah-ubah mengikut kesesuaian)

11. Aku tak pernah berpeluang untuk buat review berbayar melainkan aku hanya review hadiah-hadiah giveaway yang aku menang. Dan aku berpendapat tidak salah untuk blogger menerima untuk membuat review berbayar selagi mereka dibenarkan untuk tulis fakta yang benar dan pengalaman yang jujur. 

12. Sepanjang pakai simple template dulu, adik aku yang akan design template aku. Since aku tukar kepada responsive template, semuanya aku buat sendiri. Template pertama yang aku download adalah Sugar daripada ThemExpose, kemudian aku bertukar kepada Rosemary juga daripada ThemExpose. Template ketiga dan terkini adalah Espellete daripada Etsy, hadiah daripada giveaway Kak Reenri. 

13 Sebenarnya aku rasa semua template dalam shop tu macam sama je, aku pun tak tau apa beza diorang, jadi sangat susah untuk aku buat pilihan. Eh ke aku je rasa macam ni?

14. Banyak entry lama yang telah aku draft kerana tahap loya entry tersebut sungguh dasyat. Hahaha.

15. Aku adalah peminat blog sendiri, kekekekeke. Eleh macam korang tak macam tu. :P Gurau je.

Sharelah blogging facts korang pula ❤



Follow