Baik Tak Payah Komen Kalau Tak Ikhlas ?


"Saya singgah sini, jemput singgah blog saya balik."

"Follow sini, follow me back ^_^'"

"Nice entry."

"Terbaik."


Itu adalah sebahagian dari komen-komen pendek yang selalu ditemui pada ruangan komen blog. Mesti kebanyakan kita pernah terima komen yang macam ni dari blogger lain yang singgah ke blog kita kan? So patut ke tidak komen sebegini ditinggalkan masa blogwalking atau baik tak payah komen kalau tak ikhlas? 

Ini adalah pendapat peribadi saya dari point of view both pemilik blog dan juga readers. Sebab sebagai seorang penulis blog,secara tidak langsung saya juga adalah pembaca blog. 

Jadi aku memilih pendapat bahawa lebih baik comment daripada jadi silent readers. Kenapa? Jomlah baca. 


PEMILIK BLOG POINT OF VIEW

01. Even a single 'Hi' would make my day.
Aku tak tahu lah pandangan orang lain, tapi aku sangat menghargai setiap komen dari pembaca dalam entry aku. Komenlah apa-apa 'Hi' , 'Best!'. 'Saya setuju.' atau apa pun yang orang nak komen. Ini menunjukkan masih ada orang yang sudi untuk masuk dalam blog aku. Tanpa visitor baik gulung tikar je blog ni, lainlah kalau buat blog untuk syok sendiri duduk dalam tempurung. 

02. Entry tidak syok sendiri 
'Saya setuju dengan awak.' Okay maksudnya readers sependapat dengan kita, so tiada apa yang nak dibahaskan lagi. Tapi komen seperti, 'Eh mana ada macam tu?' , 'Ye ke?'. 'Tak setuju!' pula akan membuka peluang untuk perbincangan tentang idea kita tadi, tidaklah syok sendiri je bagi tips bagai tapi krik krik krik penyudahnya di bahagian comment, hahah. 

03. Menampakkan blog kita lebih berkaliber
Cewah berkaliber konon. Tapi betul lah kan masa kita baca entry orang kita kadang-kadang terscroll nak tengok bahagian komen tu ada berapa. Kalau banyak komen tu macam best pula rasa nak baca entry tersebut. Mungkin macam itulah readers rasa bila masuk dalam blog kita. Dan juga mungkin dengan komen yang berlambak menunjukkan blog kita masih relevan kat mata masyarakat, dan kita blogger yang aktif, nanti adalah syarikat nak melamar kita untuk buat review. Best ler. Heheh. Kalau hang rasa tak best, ikut hang la, ketegaq. Hahah.

04. Naik semangat nak berblog
Bila entry kita dapat banyak respons, kita mestilah makin semangat nak menulis dan menulis Kadang-kadang daripada komen orang tu la akan tercetusnya idea bernas baru untuk entry seterusnya. 

05. Maafkanlah blogger newbie
Ok berbalik kepada isu komen pendek dan kedengaran tidak ikhlas. Kebanyakannya adalah blogger newbie kan, alaa buat apa nak emosi-emosi, maafkanlah diorang, nanti lama-lama dioarang tahu lah rentak blogger macam mana, dan dia sendiri akan rasa betapa tak bestnya komen macam tu, so dia tukarlah kepada komen yang lebih berkualiti. Masa mengubah segalanya, cewahhh. Elehh macam tak pernah jadi newbie, macam tu jugak kan masa baru nak mendaki dulu. 

READERS POINT OF VIEW

01. Baca sebelum komen 
Sebagai readers yang berhemah, latihlah diri kita rajin-rajinkan baca entry orang sebelum tinggalkan komen. Jangan lah entry nenek dia meninggal kau komen 'Awesome.' Ghoplah jingga betoi! Hehehe, komen pendek tak apa, biarlah berpadanan dengan topik. 
02. Merapatkan silaturrahim sesama blogger
Bila kita masuk blog orang dan comment, peratus untuk dia datang jenguk kita balik memang tinggi, kecuali sejenis blogger sombong, nak wat cemno haa. Kita berkawanlah dengan orang yang nak berkawan dengan kita. Haha, ramai je blogger yang dah jadi kawan dengan aku, tak percaya tengok ruangan komen dibawah. (Cewah confident ada orang nak comment, kekekekeke)

03. Dapat backlink 
Kalau perasan, aku suka comment di blog orang guna name/url kecuali masa aku malas, atau tuan tanah tak izinkan, sebab senang nak dapat backlink, orang klik nama je terus ke blog aku, tak payah susah-susah singgah kat Google+, hehehe tapi itu pendapat akulah. Bukan tuan blog je akan klik, mungkin visitor situ yang lain pun akan klik, KALAU KOMEN KITA BERNAS LA. Itulah pentingnya komen bernas. 
04. Bertukar idea
Tak semestinya semua kita nak setuju. Kadang-kadang ada post yang kita rasa geram nak bangkang bangkang sepuas hati. Hahaha, komen lah kat situ, nyatakan pendapat kita. Nanti tuan blog tu mesti reply dengan hujah dia. Janganlah gaduh gusti-gusti pula, jadikan situasi ni sebagai satu cara untuk generate idea baru yang lebih menarik untuk dikupaskan.

05. Alahh tak de idea dah. hahaha.
Cuba korang tambah lagi sebab kenapa kita patut tinggalkan komen kat blog orang lain? Heheh. (Taktik nak pancing comment supaya aku tak malu dengan statement number 02, muahahaha.)
Follow