keluar bersama sebelum kahwin


Hai dah kenapa minah ni tetiba cakap macam ni, buang tebiat ke, or nak sokong valentine? Of course no, kemon lah. Aku nak share pendapat aku tentang kenapa kita perlu dating atau keluar dengan seseorang sebelum kita pilih dia sebagai teman hidup kita. Dan ini adalah pendapat peribadi aku dipersilakan untuk ambil atau bangkang, sukati hangpa.

Bagi aku, perlu untuk ambil masa keluar dengan si dia at least sekali sebelum confirm untuk ke next step. Kalau next step tu setakat couple ke tunang tak apa lah ada masa lagi, tapi kalau dah kahwin, tiada jalan pulang yang mudah ok. Melainkan terima jelah perangai dia yang tak berapa nak boleh go dengan kita tu.

01. Tengok cara dia layan orang
Mungkin cara layanan dengan kita dia boleh menyamar seperti seekor sesumpah, tapi susah untuk dia kawal diri dari cara sebenar dia layan orang lain seperti peminta sedekah ataupun waiter restoran. Dari situ kita bolehlah nampak true color dia. Apa guna manis mulut dengan kita tapi dengan orang lain diherdik,dimaki atau dilayan macam sampah.

02. Komen dia masa kita makan
Ada jenis orang dia tak suka cara kita makan, selera kita, dan condemn badan kita kaitkan dengan makanan kita. Fuh aku paling tak suka jumpa jenis ni tapi dia wujud. Hahaha so aku tahu je jenis ni, lari terus. Ada juga yang jenis perosak diet, dia tak suka kita diet lepastu asyik sumbat makanan je, hahaha yang ni best, lalala~

03. Bila tiba waktu solat
Hmm test sikit dia alert tak dengan waktu solat. Acemno nak kawin kalau luar tengah azan dia tarik kita masuk bilik karokae ke (contoh je,tak pernah dating situ), atau time tu la dia nak masuk wayang ke, Urghhh major turn off. Betul tak?

04. Gelenyar dalam wayang 
Hehehe biasalah kalau dating mana lagi nak pergi, wayang je kan.  Tapi aku tak suka masuk wayang sebenarnya, aku tak akan masuk pakai duit sendiri, siapa nak ajak sila belanja (kecuali Train to Busan haritu, tak menyesal beb tiket mahal). Ok bab dalam wayang ni, dah kau beli tiket nak tengok movie, kau tengok jelah movie tu. Pengalaman sendiri, aku pernah keluar dengan kawan lelaki aku, aku ingat dia normal, rupanya dia sangat annoying. Ade ke patut nak sendeng2 pula, dia cakap sejuk.
Sikit lagi aku nak tapakkan kasut saiz 40 kat dia. Datang dari hutan amazon ke tak tahu wayang sejuk, bawalah sweater. Jenis ni memang kena avoid la, gelenyar. Itu waktu kawan, kalau dia boyfriend entah lagi dasyat gelenyar.

05. Sembang
Kalau sembang dalam text je memang senang. Kalau sembang kat luar tak sama. Dari duduk lepak lepak mamak je pun kita dah boleh create bonding tu, tengok selesa ke tak, serasi tak berdua, ke asal bertembung je dah jadi medan perdebatan.

Dating maksud aku kat sini adalah keluar, ambil masa untuk berkenalan antara satu sama lain. Aku bukan nak cakap cinta lepas nikah tu tak relevan lagi, cinta lepas nikah memang sangat relevan sepanjang zaman, sebab tu term dia CINTA selepas nikah, bukan KENAL selepas nikah. Maksudnya apa? Maksud dia, berkenalan kenal la dulu. 

Tak salah kan kita kenal dulu dengan siapa kita nak hidup bersama nanti? So kita pun ada hak untuk buat pilihan, dan semoga kita jadi yang terpilih juga. :D

Follow