Entry tanpa gambar adalah sangat membosankan, kecualilah kita ada trick tersendiri yang mampu memukau pembaca dengan sekadar penulisan. Kerana 'desperate' nak tawan hati pembaca, kebanyakan blogger mesti pernah buat satu jenayah ini ; Curi Gambar Orang Tanpa Credit

Termasuklah aku. Google dan ambil tanpa rasa bersalah. Paling sopan kasi kredit pada 'Google', lagi kerap tak bagi credit langsung. Oh tidak! Itu adalah hak milik blog orang lain sebenarnya, bukan google. 

Sejak datang kesedaran dalam diri ini, aku mula mencari stock photos percuma untuk menghiasi entry-entry aku. Stock photos ni pula kebanyakan memang berkualiti HD, dan percuma, tiada sebab untuk kita tidak menggunakannya sebaik mungkin. 


01. StockSnap.io - https://stocksnap.io/

All photos on StockSnap fall under the Creative Commons CC0 license. That means you can copy, modify, distribute any photo on the site, even for commercial purposes, all without asking permission! - https://stocksnap.io/license

Ini adalah laman web paling kerap aku guna.

Caranya aku right click + copy image url, taraaa siap untuk memudahkan aku menggunakan gambar-gambar tersebut untuk menghiasi setiap episod novel aku dalam Wattpad. Hihihi. 

So yeah! Dia kata boleh guna tanpa minta izin pula tu, ambillah yang mana berkenan, hihi.


02. Kaboompics - http://kaboompics.com/

When possible, please include a photo credit with link to www.kaboompics.com - "Photo by Kaboompics.com" (or similar statement). You can place the links anywhere you like so long as they are displayed on the same page that the photograph is used; Under the photo or at the bottom of the footer is fine. I request this as a courtesy. If you can't or don't want to give photo credit, that's okay - photos can be used uncredited. I'm incredibly happy when I see that you use my photos! - http://kaboompics.com/terms

Kaboompics ni lebih kurang sama je dengan StockSnap tu, hihi. Bezanya Kaboompics galakkan kita bagi credit untuk diorang pada setiap gambar yang kita guna, kalau tak bagi pun takpa, tapi dah dia suruh tu bagi jelah kan. 

Cara nak cari gambar sesuai dengan entry kita tu, boleh search dekat ruang atas tu, ataupun melalui hashtag. 


03. Pexels - https://www.pexels.com/


It's hard to understand complex licenses that is why all photos on Pexels are licensed under the Creative Commons Zero (CC0) license. This means the pictures are completely free to be used for any legal purpose.
The pictures are free for personal and even for commercial use.
You can modify, copy and distribute the photos.
All without asking for permission or setting a link to the source. So, attribution is not required.  - https://www.pexels.com/photo-license/

Yang ni pun aku suka. Tak perlu bagi kredit + gambar dia class gittchewww. Savelah mana yang kita suka, nak search pun senang. 

Guna jangan tak guna. Hahaha.


Peringatan mesra:

Semua gambar daripada ketiga-tiga web ini bersaiz sangat besar, so jangan lupa optimize dulu sebelum guna. Kalau malas nak optimize jangan tanya kenapa blog kita berat sangat dan loading terkedek-kedek.

Nak optimize gambar boleh ke laman web favorite aku http://optimizilla.com/ ataupun resize sendiri pakai Photoscape tu, mana-mana pun boleh.


04. Canva - https://www.canva.com/

Guna Canva paling best! Kenapa? Tak perlu optimize lagi, dan tak perlu edit pakai Photoscape dah. Just edit guna applikasi itu sendiri.

Kalau tak suka dengan template free canva tu, click free photos tu so pilih gambar background dari situ. Kebanyakan gambar kat situ pun diorang ambil dari free stock photos so tak ada isu curi gambar pun, no worries.

Fonts dari Canva pun tak kurang menariknya, macam-macam jenis fonts duk ada. Tinggal tahap kreativiti kita je kena asah lagi.

Dah siap edit? Click download > ambil format PNG or JPEG , janganlah save PDF macam mana nak upload kat blog pula. 

Kelebihan Canva bukan boleh buat gambar blog je, siap boleh design cover photos Facebook, Twitter, Google + dan buat cover buku Wattpad, cubalah sendiri!


Semoga entry kali ini bermanfaat untuk semua :)



Follow