Hilangkan Kutu Kucing di Klinik Kucing Kulim

Maincoon

Hi semua, inilah Adek. Comel tak? Aippp jangan tengok lama-lama nanti tergoda dengan Adek. Hehehe. Adek ni abah yang jumpa kat Kedai Mamak masa abah pergi dating dengan mama, so bawak balik dan aku pun teruslah jatuh cinta dengan dia, hehehe. 

Abah bagi nama Mahboob (omagad sungguh tak glemer nama itu), so aku tukar jadi Adek, kekekeke macam la glemer sangat nama Adek tu kan. Nama kucing aku semua pendek je, contohnya:

  • Owen sebab warna oren, tak sangka hero Jurassic World nama Owen, hensem pulak tuh. 
  • Ibang, sebenarnya Abang yang dikomersialkan,kekeke.
  • Kapas sebab dia gebu dan putih macam kapas.
  • Adek (sebab dia kecik antara semua Owen, Ibang, dan Kapas)

Baiklah pada suatu malam ni, aku tak boleh tidur tengok Adek garu-garu macam kucing sawan. So aku pun buka lampu bilik (pada jam 2 pagi), aku ambil dia letak atas riba, aku selak bulu-bulu dia tu. MasyaAllah, sedihnya aku tengok, setiap kali aku selak bulu tu, ada berlambak kutu. Setiap kali selak ada banyak kutu, bayangkan berapa juta kutu atas badan dia yang kecil tu. Aku tidur dalam kesedihan malam tu, sedih gila-gila, sebab tak alert dengan keadaan dia masa kutip haritu.


Cat Clinic @ Qaseh Petshop Kulim
Klinik Kucing Kulim



So, esoknya aku terus bawa adik ke My Cat Clinic @ Qaseh Petshop Kulim . Sebenarnya ada je Klinik Haiwan Kerajaan berdekatan rumah aku, aku selalu ambil ubat/cucuk/kasi/rawat kat situ. Cuma ubat kutu kat situ tak selamat kalau kucing terjilat,ermmm maybe untuk kucing dewasa okay je, tapi kucing aku baby sangat so aku tak mau ambil risiko la. Paranoid sebenarnya aku ni, kekeke. 


Klinik kucing kutu kulim
Adek sedang melawat kawasan


Masuk je My Cat Clinic ni mestilah kena mendaftar dulu kan. Disebabkan ini kali pertama Adek datang ke sini, aku kena buat kad dulu. Sementara aku mengisi detail dalam kad Adek tu, apa lagi merayaulah sibuncit itu melawat kawasan. Hehehe, tak reti duduk senyap budak berkutu ni. 


Kutu Kucing Klinik
Wahhh kemain, Adek pun ada kad klinik sendiri tuh

Antara detail yang diperlukan semasa mengisi adalah nama, baka, umur dan jantina. Pada masa inilah sebenarnya spontan aku memberi nama Adek tu, sebab takkan aku nak isi Mahboob pulak kan, malu dehh, apa la abah ni, haha. 

Baka? Aku pun tak tahu baka apa, nak cakap baka kampung, bulu dia panjang-panjang. Nak kata Parsi, kat rumah aku pun ada baka Parsi (Memey kucing abah), tak sama pun. Entahlah, tak tahulah. Kalau besar nanti jadi maincoon kan bagus (berangan), tapi takpelah Adek, yang penting engkau dah jadi keluarga kakak pun sekarang *semua kucing aku panggil aku kakak

Umur tu aku aku tak tahu, kang salah letak doktor gelak pula, doktor kan mestilah lebih arif dengan umur kucing. Tarikh lahir tu aku hentam je, kekekekekekekeke. 

And yap, Adek seekor kucing jantan, sama macam semua kucing aku yang lain. 


Dalam bilik rawatan Kucing
Adik tengah berdebar lettew tengok doktor bawak spray

Sebenarnya, aku tak perasan ada amaran kat dinding cakap "DILARANG AMBIL GAMBAR SEMASA KUCING DIRAWAT", so aku apa lagi, duk ambil gambar jelah masa Adek kena uli dengan doktor tu untuk hilangkan kutu dia. Tapi disebabkan hormat dengan permintaan tu, aku tak akan sharelah gambar tu kan.

Aku berpuas hati sebab doktor situ sangat lemah lembut dan tak mengasari kucing aku yang comel tu. Terima kasih doktor! Tak lama pun proses rawatan ni, dalam beberapa minit je, dah siap. Masa tu aku minta doktor untuk suap dia ubat cacing sekali, cuma vitamin ja aku tak ambil lagi. 

Mahal tak klinik kucing swasta macam ni? 

Spray Kutu - RM5.00
Ubat Cacing - RM5.00
Syampoo Kutu - RM15.00

Murahlah weh RM5.00 untuk hilangkan kutu tu. Serius, balik tu aku belek bulu dia, sekor pun tak jumpa, padan muka semua kutu-kutu tu, mampos! Ubat cacing dan syampoo tu aku yang tambah sendiri so bayar jelah kan.

Syampoo kutu tu aku ambil sebab langkah berjaga-jaga kot-kot balik nanti jumpa kutu balik. So far dah dekat seminggu aku pergi situ, sekor pun aku tak jumpa dah kat badan Adek. Nak tau apa lagi best? ADEK DAH TAK MENGGARU!

Tenang hati ini. Berbaloi duit keluar tengok kucing happy tau.




Tengoklah tu, muka tak puas hati sebab aku biar je dia kena uli dengan doktor tadi, muahahahahaha. Well done brader, lu memang bagus la sebab behaved sangat. I lap chuu Adek. 

Jadi, aku mahu bagi ★★★★★ untuk My Cat Clinic ni. 

My Cat Clinic ni terletak disebelah kedai haiwan Qaseh Pet Shop, so kalau pergi tu sedia la duit lebih sikit kot-kot tergoda nak beli memacam untuk bebudak bertuah tu, rumah ada, mainan ada, makanan pun ada, rambang mata nak oiii..

https://www.facebook.com/Qaseh-Pet-Shop-1772324213021854/

LOKASI MY CAT CLINIC KULIM
Taman Kempas, berdekatan Restoran N8 Kulim. 

WAKTU OPERASI 
9 pagi - 5.30 petang (Isnin - Jumaat) 
9 pagi - 1 tengah hari (Sabtu) 
Ahad (TUTUP)






Follow

Post a Comment

23 Comments

  1. tq for the info maiii.. murah gila ni.. btw adekkk comelll sngtttt. kecik lg dia niii.. <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. You're welcome Busyra, hihi bolehlaa price tu kan sebab swasta, mula2 mai ingat pun mahal jugak.

      Comey kannn adek, hari2 histeria tgk muka innocent dia tu,haha.

      Delete
  2. I feel you Mai. Hahahhaa tapi part kakak tu kan ingat Ira sorang je bahasakan diri dengan kucing "kakak" walaupun dah berpuluh keturunan sampai ibu Ira kata ramai betul anak-anak ibu. Hahahaha 😂 #mecatlovertoo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah Ira, padahal kucing kat rumah ni dah bergenerasi dah, hahaha, duk kakak tu laa...

      #hidupcatlover! hahaha

      Delete
  3. kucing aku pun garu garu juga ..

    ReplyDelete
  4. Oh ingatkan mahal kos nya, selalu takut juga nak pergi klinik haiwan ni.... hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe mula-mula mai pun expect mahal juga. Siap tanya doktor setiap ubat berapa harganya, hahaha.

      Delete
  5. hehehe.. comei2... teringin sbnrnya nk bela kucing balik. tp dok rumah tgkat ssh sket lak.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha comey kan. tu la, kalau nak jadikan indoor cat memang kena komitmen tinggi, kalau tidak murung kucing tu tak tengok luar, kita pun penat rumah berbau kucing.

      semoga nanti ada juga kesempatan untuk membela sejenis natural painkiller yang comel ni, haha.

      Delete
  6. Tengok sekejap pun dah tergoda sebab si adek posing tu comel sangat..hehhee.. wah tak sangka hospital swasta, murah pula kalo nak buangkan kutuk. Biasanya, saya ni agak sangsi skit hospital swasta, kadang2 service diorang mahal. bila baca entri mai, terkejut jugalah. sekarnag ni, so far kucing tak de masalah kutu. tapi kena bersedia sebab ada baby kecil kucing dah. takut diorang yang ada kutu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, betul tu, mula2 nak pergi belek-belek dompet juga takut tak cukup modal, hehehe, nasib baik harga berpatutan. Tapi untuk kucing dewasa ok ja untuk bawa ke klinik kerajaaan, semua kucing mai sado-sado,haha.

      Delete
  7. Mak aii, murah giler kos rawatan kat Kulim, kalu kat Salak Tinggi nie, huhu jangan harap lerr nak dapat harga tue... And Adek so cute sangat, lebih2 lagi bila tengok gambar muka tak puas hati... hihi.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahal ye kat sana akak? Hehehe, tu la kat sini harga swasta pun nak sama dengan klinik kerajaan, senang nak buat pilihan.

      Hehehe, tu la, macam-macam ragam dia.

      Delete
  8. untungnya jadi adek. disayangi.. hehehe..

    ReplyDelete
  9. siap ada buku merah lagi.. comelnue adek..

    ReplyDelete
  10. Wahh murahnya!! Sini mahal

    ReplyDelete
  11. murah sesangat tu Mai...kalau dekat dh Umi bawak pi sana...hehe

    ReplyDelete
  12. ALOLOLO COMEYNYA.. bila tengok kucing mai teringat kucing ibu sis kat kampung. Pernah menang pertandingan kucing comey kat alorstar parade selama bbrapa tahun. Yang bestnya ada surat beranak dan di sebabkan layak untuk mewakili utara utk prtandingan kucing di KL, ibu pun bawa la kucing ke sana. Cuma apa yg buat kami berasa lucu, bilik hotel yang di siapkan oleh penganjur bukan di booking atas empunya kucing tapi di booking atas nama kucing itu sendiri. Lawak pulak

    ReplyDelete
  13. Murah juga kan bayar. Ingatkan kalau klinik swasta ni mahal especially klinik haiwan la. Lega adek dah tak menggaru hehe. Siap dapat buku merah lagi kau dekk.

    ReplyDelete
  14. pergh !!! rawatan kucing pun dah macam rawatan manusia nih.. hee~ special ha siap ade kad.. adoi.. tapi kucing mai super comel !!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  15. Murahnya rawatan dia! Kalau kat area rumah saya mahal gak tu, dengan nak beli ubat kutu lagi..

    ieyra h. | blog

    ReplyDelete
  16. Alololo.. comelnya dia..
    Geram nye nengok adik nie..

    ReplyDelete