Konvokesyen UiTM 2017

Tarikh sahkan kehadiran pada konvokesyen UiTM April-Mei 2017 ini sudah dibuka dari 13 Mac 2017. 

PENGESAHAN KEHADIRAN 

1. Sila sahkan kehadiran graduan, cetak borang pinjaman jubah dan cetak bil yuran  konvokesyen dan buat bayaran di kaunter Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).
(http://konvokesyen.uitm.edu.my/v1/tentatif-konvokesyen.html)

Semak saman dan denda universiti anda sekiranya ada, sila jelaskan dengan segera. 

Anda TIDAK DIBENARKAN untuk mendaftar pinjaman jubah graduan sekiranya anda tidak menjelaskan yuran konvo/yuran tertunggak/denda. Bayaran hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya lima hari sebelum hari pengambilan jubah supaya proses pengambilan jubah anda berjalan lancar.

2. Bermula 17 Mac 2017, graduan dikehendaki menjawab soal selidik Kajian Pengesanan Graduan (KPG) dan mencetak Slip Pengesahan Kajian untuk dikemukakan semasa proses pengambilan jubah. (http://graduan.mohe.gov.my/SKPG16/Default.aspx?lang=ms)


TARIKH ISTIADAT KONVOKESYEN UiTM KE-86

#
KAMPUS
TARIKH KONVOKESYEN
LOKASI KONVOKESYEN


 1.



UiTM Selangor / UiTM Negeri Sembilan
15 - 20 April 2017
Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Selangor
2.
UiTM Pahang
17 - 18 April 2017
Dewan Indera Segara,UiTM Pahang
3.
UiTM Terengganu
18 - 19 April 2017
Dewan Aspirasi, UiTM Terengganu
4.
UiTM Melaka
25 - 27 April 2017
Dewan Taming Sari, UiTM Melaka
5.
UiTM Kelantan
26 - 27 April 2017
Dewan Profesional, UiTM Kelantan
6.
UiTM Sabah
3 Mei 2017
Dewan Al-Bukhari, UiTM Sabah
7.
UiTM Sarawak
3 - 4 Mei 2017
Dewan Jubli, UiTM Sarawak
8.
UiTM Pulau Pinang
8 - 9 Mei 2017
Dewan Besar, UiTM Pulau Pinang
9.
UiTM Perak
8 - 9 Mei 2017
Dewan Seri Iskandar, UiTM Perak
10
UiTM Perlis
15 - 16 Mei 2017
Dewan Sri Semarak, UiTM Perlis
11.
UiTM Johor
15 - 17 Mei 2017
Dewan Sri Temenggong, UiTM Johor
12.
UiTM Kedah
16 - 17 Mei 2017
Dewan Perdana, UiTM Kedah