The new template blogger 2017

Siapa excited masa dapat notification dari blogger tentang template baru ni angkat tangan..!!! Hihi, akulah tu antara salah seorang yang terus gatal tangan nak mencuba salah satu template baru tersebut.

Oh ya, untuk yang masih tidak tahu, baru-baru ini Blogger telah menambah beberapa template baru untuk pengguna. Lebih menarik, template blogger yang baru ini adalah responsive untuk mobile view dan percuma!

4 jenis template baru tersebut adalah Contempo, Soho, Emporio dan Notable. Kesemua template itu menggunakan auto 'Read More' untuk tampilan lebih kemas dan ringan.

Aku memilih template Contempo yang kelihatan lebih personal dan comel untuk dipasang pada blog kedua aku..Blog tersebut dibuat adalah untuk aku menyertai segala segmen dan giveaway yang aku rasa lebih elok untuk diasingkan dari blog utama aku.

Justeru, aku berpendapat template Contempo adalah sangat sesuai untuk blog peribadi dan santai manakala Soho, Emporio, dan Notable adalah untuk pengisian blog yang lebih serius dan profesional.

Berikut adalah komen aku untuk tema Contempo yang telah aku gunakan.

template Contempo

Rekabentuk Template
Aku suka reka bentuk template baru ini Template Contempo terutamanya kerana ia tidak lari dari template lama yang kita dah selesa guna selama ini. Apapun, ada juga antara template disediakan memaparkan tampilan grid, terpulanglah kepada cita rasa masing-masing.

Loading Ringan dan Cepat
Template Contempo pun ada sidebar, tetapi tersembunyi, hihi.. Sidebar tu sama juga, kita boleh meletakkan mini about-me, blog archive, follower blog, atau iklan sekalipun, yang akan muncul selepas kita klik. Oleh kerana template ini adalah simple-sesimplenya (#ohmyManglish), blog kita akan jadi ringan dan loading akan lebih cepat.

Ruangan komen yang Cool!
Antara salah satu sebab aku jatuh cinta dengan template ini adalah ruangan komennya. Cantiknyaaaa komen untuk template tu, arghhhh sis is kenot tahan la macam ni. Dah tak ada kotak komen jenis klasik tu dah ,yeay!!! Keinginan aku untuk mahu memakai Disqus & komen facebook dalam blog pun terpadam dah, hahaha. Dan aku tak cemburu lagi dengan sistem komen WordPress. Haa tengoklah betapa aku suka comment box template baru ni.

Tak percaya? Tengoklah sendiri...


Bebas untuk Customize Ikut Selera
Responsive template yang FREE sebelum ni tak boleh kita nak customize tema warna, font, dan aturan ikut selera kita kan, unless kita sanggup keluarkan duit semata-mata nak beli template tu. Yelah, nama pun benda free. Apapun jangan sedih lagi sebab dengan template dari blogger sendiri macam ni, kita boleh customize template blog kita ikut selera kita sendiri. Baru ada trademark sendiri gitteww.

Mesra SEO
Headings H1, H2, H3 dah siap ada, tak perlu tukar lagi. Cuma tak masukkan Website Description & Keyword je lagi. Itu pun sebab aku yang tak masukkan lagi. 


So kalau nak tengok live preview template baru blogger 2017 ini, jemputlah jenguk ke Mainakjoin.blogspot.my

Yay, I love the new template by Blogger ni...Apa pendapat korang, suka ke tidak dengan new template ni? Sharelah dengan aku. hihi.

Follow