Pada 20 Mac 2017 lalu, aku telah berjaya menghabiskan online novel pertamaku. Walaupun segan kerana aku sendiri merasakan karya tersebut hambar, tetapi terselit juga bangga kerana berjaya ditamatkan dengan happy ending. 

Lebih mengharukan, aku mendapat ramai rakan baru di dunia Wattpad tersebut. Sambutan untuk mini novel pertamaku itu cukup menggalakkan. Ramai yang vote & komen, sempat jugalah merasa berada di top100 ranking. 

Namun, tidak layak menyebut mereka sebagai fans kerana aku ini bukan sesiapa pun, ramai lagi penulis yang cukup berbakat disitu, malah ada yang telah diterbitkan novel mereka. Hats of to Cik Bawang & Mell Mariann

SINOPSIS IZINKAN AKU BAHAGIA 
Kerana peristiwa kelam, Aisya telah dihalau oleh keluarganya kerana mengandungkan pada bayi yang dia sendiri tidak tahu siapakah bapanya. Bagaimanapun Aisya nekad untuk membesarkan anak yang diberi nama Aqif itu walaupun dia tidak mampu untuk menyayangi dan membelai selayaknya seperti seorang anak.
Mampukah Aisya menemui bahagianya dan Aqif mempunyai keluarga yang sempurna di akhir cerita?
♡♡♡
Jujurnya banyak kali juga aku rasa nak give up nak menghabiskan cerita ini, hahaha. Tapi setiap komen-komen pada bab yang aku publish macam memberi satu suntikan semangat untuk aku tetap mencari ilham untuk sambung menulis. 
Terima kasih semua yang menyokong.
Follow