My March 2017

Hi semua. Dah terlambat ke eh nak buat March Wrap Up macam ni? Anggap je lah tak lambat lagi, hahaha dah jealous tengok ramai buat summary bulanan diorang,teheeeee..
Apa yang telah berlaku dalam bulan March ini dalam hidup aku? 

BLOG GOALS
Total pageview Blog Mayy Jie pada bulan March 2017 adalah 29,023. Terima kasih pada semua readers dan follower yang sentiasa sudi datang memeriahkan blog aku. Tanpa korang, aku cuma mampu krik krik krik sahajalah seorang diri (pasghah).

Pada bulan March ini juga, aku telah diberi peluang untuk berkolaborasi dengan syarikat Traveloka. Semoga ini adalah pembuka rezeki untuk lebih banyak syarikat lain yang nampak kewujudan blog aku untuk berkerjasama, hihihi.

REZEKI BLOG
Alhamdulillah murah rezeki blog aku bulan March ini. Banyak kali juga abang posmen datang menghantar parcel dari beberapa blogger kesayangan aku. Terima kasih kalian. Senarai hadiah giveaway/top-commentator/contest

  • Lipstick HudaBeauty - Busyra 
  • Beauty brushes - Mek Zumbie
  • T-shirt Kedah & Pen Perfume - Kak Ana
Paling mengejutkan apabila aku terpilih untuk menjadi pemenang kedua Contest Birthday Lazada dan layak menerima hadiah bernilai RM300. 

KESIHATAN KUCING

Dalam bulan March ini, dua kali juga aku ke klinik kucing disebabkan Adek. Adek ni la manja sangat, hihihihi.

Baca kisah menghilangkan kutu Adek di SINI  dan ambil ubat Adek hilang selera di SINI.

MARCH MUSIC PLAYLIST 
01. Paris - The Chainsmokers
02. Shape of You - Ed Sheeran
03. Ex's and Oh's - Ashley Tisdale feat Vanessa Hudgens
04. Berakhirlah Sudah - Atmosfera
05. Terus Mencintai - Siti Nordiana

Korang dah dengar ke belum? Hihihi

APPS PILIHAN 

30 DAYS FITNESS

30 days Fitness! Berat aku memang ringan untuk perempuan berketinggian 165cm, tapi tak bermuscle. Semua lemak lembik. So aku tengah dalam misi #bodysolidmasakonvo. Tapi macam tak berhasil lagi je sebab selalu skip,hahahah.

Rasanya ini jelah kot perkara menarik dalam hidup aku pada March ini, kehkehkeh. Harapnya April pula membawa sinar dalam hidup aku. Jom lebih produktif!

Follow