random kindness
Be Kind. Always.
Ada pepatah mengatakan, "Be kind always, everyone you meet is fighting a battle you know nothing about." 

Teringat zaman menjadi students dahulu, perjalanan tidak sentiasa lurus tapi fun dengan give and take.

Harini aku susah hang tolong aku.
Esok hang susah aku tolong hang.

Alhamdulillah dekat UiTM Shah Alam dulu dah ada sistem "suspended meal' dengan kupon yang dilekat pada board cafe.

Jadi students yang memerlukan boleh ambil kupon tu untuk tukar dengan makanan. Siapa yang mulakan sistem ni memang patut diberi pujian.

Syukur ada seseorang yang berjiwa besar sudi mendengar masalah para students yang memerlukan dan menghulurkan bantuan kewangan. Subhanallah aku tak sangka masih wujud nice stranger macam ni pada zaman sekarang ni. Orang itu adalah Annas Easkey.

Sedikit pengenalan ringkas pada siapa yang masih tak kenal Annas Easkey ni. Annas adalah seorang jurugambar fashion profesional. Antara artis yang pernah bekerjasama dengan beliau semua yang hebat-hebat juga, seperti Sari Yanti, Neelofa, Hanis Zalikha etc.

Annas Easkey telah menulis pesanan berbunyi "malam ni saya nak bagi sumbangan dekat STUDENT yang perlukan duit belanja (makan/buku). mention berapa awk perlukan & untuk apa ok? RT PLS!" di laman sosial twitter beliau dan mendapat telah mendapat banyak respons dari orang ramai, majoritinya para pelajar.

Akhirnya beliau telah memilih lebih kurang 14 orang random students yang telah menyatakan masalah mereka dan dipertimbangkan untuk menerima duit belanja daripada Annas Easkey.

Antara mereka yang bertuah.


Kesian Dr-To-Be ni sebab barangan medik beliau disamun. Alhamdulillah, siapa sangka pada waktu urgent ni Annas Easkey buka peluang untuk beri bantuan padanya. Rezeki dari Allah kan, selalunya memang datang melalui jalan yang kita tak pernah sangka. Good luck Hanisah.


Aku faham masa FYP memang dasyat kadar penyusutan duit dari dalam dompet. Kejap-kejap print journal, print draft, kos perjalanan nak pergi meeting dengan supervisor, semuanya duit, duit, duit. Bertabahlah students. Semoga urusan kamu dipermudahkan saudari Ain :D


Ok yang ni memang funny! Hahahaha. Pegi pulangkan balik mouse tu k 😂😂😂. Fuh tapikan mouse kat DIY RM10 je kot, kalau RM50 tu boleh dapat wireless dah tu, best, best. 


Semoga ayah cepat sembuh ye Nadhiwah. Sorry to hear that, sis faham memang bergegar dunia kita bila tiba-tiba ayah kita sakit. Sis dulu pinjam PTPTN, kalau pinjam PTPTN yuran tu memang siap-siap bayar, tapi tulah pinjam susah, takpinjam susah. Apapun semoga dipermudahkan urusan.

Terima kasih Annas Easkey sebab prihatin dengan nasib para pelajar yang memerlukan. Memang tersepit hidup tau, kadang-kadang duit dalam poket tinggal RM5, nak minta kesian kat parents, tak minta duit nak pakai juga beli makan minum keperluan. Kerja part time? Mimpi jelah kalau kelas ada yang start 8.00 am habis 10.00 pm.

Semoga perniagaan Annas Easkey terus berkembang maju dan berjaya dunia akhirat. Semoga Allah merahmati usahamu saudara. Terima kasih kerana sudi berkongsi rezeki dan memberi mereka-mereka yang memerlukan sinar harapan lagi.


Follow