3 Step Mudah Tukar Font AFB (auto feed blog) Feed Sama dengan Font dalam Entry

Cara Tukar Font AFB Feed | Haa entry kali ini Mai buat khas untuk family blogger AFB yang mana blog masing-masing terpapar 'AFB Feed' kat bawah header/atas entry kan. Jangan cakap takde, wajib tau! Ok kalau anda sejenis tak boleh tengok benda tak seragam macam Mai mesti rasa macam terganggu kan setiap kali buka blog sendiri, hahaha, jangan risau lagi, Mai ada penyelesaiannya! Jom baca Cara Tukar Font AFB (auto feed blog) Feed Sama dengan Font dalam Entry!

Cara Tukar Font AFB (auto feed blog) Feed Sama dengan Font dalam Entry
AFB Feed 
01. Pastikan anda tahu font entry blog anda sendiri dan, kemudian search nama font tersebut di https://fonts.google.com/. Contohnya font setiap entry saya adalah Didact Gothic, jadi saya perlu search font 'Didact Gothic' untuk mendapatkan codenya.

Keep Calm and Copy the Codes!
02. Copy code dibawah, gantikan 'code font anda disini' dengan code 'font-family' yang anda copy pada no.1.

.afb_title
{
code font anda disini
font-weight: bold;
}

.afb_body_wrapper span span a
{
code font anda disini
}

03. Buka dashboard blog anda, klik pada THEME > CUSTOMIZE > ADVANCE, nanti anda akan jumpa satu kotak putih untuk kita add custom CSS. Yes, paste saja kod pada no.2 tadi dalam kotak custom CSS tersebut. 

Tengok contoh yang saya buat, kemudian terus save. Jangan risau FEED AFB kita yang dah cantik memang tak nampak dalam preview. 

Paste dalam kotak, fikir diluar kotak, eh!
Sekarang boleh preview blog anda, cantik kannnnn bila Feed AFB dah seragam dengan font dalam blog kita. 

Pastikan blog anda dalam dibuka dalam www. atau http:// sahaja ya, sebab feed AFB ini tak muncul dalam HTTPS:// . Jadi jangan lupa ubah setting dalam dashboard tu supaya tidak HTTPS:// Redirect (pastikan No).

❤❤❤
Bagi yang tertanya-tanya apa AFB ni? AFB ni adalah salah sebuah community blogging kat Malaysia ni. Yang paling best pasal geng AFB ni sebab adanya AFB Feed ni la, dimana semua ahlinya akan mempromote link blog ahli yang lain secara automatic dan link tu akan bertukar setiap hari... Yippie!

Jadi kalau nak blogwalking lepas ni, bolehlah klik mana-mana blog yang ada AFB FEED ni, dah bloghoppinglah dengan gumbira dari satu blog ke satu blog yang lain, ihiks.

Kalau berminat nak join community meriah kami? Jemputlah berbincang dengan Puan Mommy Irra, hihihi. 

Semoga bermanfaat!



Follow

Post a Comment

13 Comments

  1. masih menunggu jawapan utk ping AFB Feed ni

    helloaiman

    ReplyDelete
  2. baru2 nie baru terfikir nak join AFB haha tp ada yuran pula.. so hold dulu hahah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha mai pun tak bayar on the spot dulu, masuk dulu, ehehehe, lepas cukup duit bayar :P

      Delete
  3. Assalamualaikum Wrmbth

    Selamat pagi isnin yang produktif cik Mai

    Tips ni memang sesuai untuk mata mata yang teliti

    bila masuk blog tu kalau nampak font banyak jenis

    Rasa tak selesa nak baca kan

    Bila kita dah tukar font tu sama dengan template

    baru rasa lancara saja nak baca

    Terbaik betul tips mai beri ni

    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sis. Ada yang cerewet mana tahu kan :)

      Terima kasih singgah sini...

      Delete
  4. Nice entri, bermanfaat kepada yang memerlukan.... Good Job Mai..

    ReplyDelete
  5. busyra masa start letak link blog ni dkt blog busyra, terus trlintas mcm mana nk tukar font.. thennnn mai ada buatkaaa. tq darlinggg. haha..

    ReplyDelete
  6. terima kasih atas infonya, dulu nak join AFB feed ni tapi tak tau, skrg baru tau.

    ReplyDelete