Aku tidak perlu lagi penilaian manusia

Thursday, March 1, 2018


Meluahkan segala-galanya ketika marah adalah perkara terburuk boleh dilakukan. Kerana selepas semua reda, belum tentu luka yang telah ditoreh boleh turun disembuhkan.

Aku mula sedar belum tentu kebenaran dapat mengubah sesuatu keadaan. Kerana manusia lebih suka untuk hadam cuma perkara yang mereka mahu percaya.

Mereka hidup dalam dendam, kita semua. Tanpa kita tahu dendam itu bakal memusnahkan segala yang indah dalam hidup kita.

Semoga selepas ini aku diberi kekuatan untuk diam.

Kerana jika hatiku sendiri yang patah, pandailah aku membaikinya.


Ikhlas itu perkara yang ghaib tidak nyata. 

Kadang kita sendiri tak tahu selok belok hati sendiri. 

Aku tak takut untuk biar Allah menilainya.

Kerana Allah lebih tahu segala sirat dalam hati ini.


Aku tidak perlu lagi penilaian manusia.


Disclaimer : Entri ini tiada kaitan dengan tunang aku

16 comments

  1. bila berdendam hidup jadi tak tenang. akan asyik bermain-main difikiran dan menyakitkan hati.. just biarkan sesiapa saja yang menyakitkan hati..

    ReplyDelete
  2. Betul. Dendam juga yang boleh memecah belahkan satu hububgan.

    ReplyDelete
  3. betul2
    bila marah kena tenangkan diri dan jauhi dari phone atau laptop
    karang ada lah benda nak ditaip masa marah nanti
    hehe

    ReplyDelete
  4. hahahhaa tahu tahu je mai. time tengah baca dari awal dalam hati wondering "Mai gaduh ke dengan tunang"? tuptuppp ada disclaimer bawhah sekali hikss.

    btw, sabar ye mai menghdapi dugaan. kita tak boleh nak tutup mulut orang utk berkata dan ubah hati orang untuk bersangka dan dendam dengan kita. kita doa banyak-banyak :')

    ReplyDelete
  5. Bila marah lebih baik diamkan diri, dan jauhkan diri dari manusia.. Nanti bila manusia yang menilai payah Mai, kenyataannya tidak akan dapat diluahkan walaupun kita sedang menyatakan kebenaran..

    Tapi kalau tak tahan sangat marah jela, kita semua manusia biasa ada emosi. Jangan malu akui silap dan merendah diri bila perlu..

    ReplyDelete
  6. sebab itu kita digalakkan supaya diam apabila marah. Masa marah tu kita banyak dikuasai oleh emosi semuanya diluar kawalan. Jadi nak senang lebih baik diam je..bila dah tenang kita pun dah boleh fikir dengan lebih baik

    ReplyDelete
  7. sabar yaa memang macam2 dugaan dalam hidup ni. tak penting pun apa yang orang fikir pasal kita tapi kalo ada yang sudi tegur atau kritik yang mana baik kita ambil. yang tak boleh pakai kita campak je =)

    ReplyDelete
  8. Sabar mai. Ujian Allah dlm pelbagai bentuk. sbb Allah sygkan hamba-Nya :)

    ReplyDelete
  9. One thing I fikir bila baca post ni is that your words mcm metaphor. You macam boleh jd penulis lirik mesti bestttt hiks :)

    Allah knows best btw!

    Jemput singgah and comment my latest post http://fallensecrets.blogspot.my/2018/02/act-your-age.html

    ReplyDelete
  10. betul tu mai dah besar ni dah malas nak hadap sangat cakap orang. Stay strong mai :D

    ReplyDelete
  11. mendalam betul ayat dia. i like it..hihi

    ReplyDelete
  12. sabar mai.. Allah uji mai sbb Allah syg dkt mai.. inshaAllah. smoga dipermudahkan segalanya.. amin.. <3

    ReplyDelete
  13. Bila kita fokus pada pandangan Allah je, automatik hati kita akan tenang. Insha Allah. ;)

    ReplyDelete
  14. Benar sekali Mai. Biar apa pun pendapat orang, hanya Allah yang tahu apa yang tersirat. Tidak perlu penilaian orang lain. Good words.

    Suka part disclaimer. hihi

    ReplyDelete
  15. Terima kasih semua sebab baca luahan hati masa emosi tak stabil ni..Heee

    ReplyDelete
  16. Deep sia.. memang mengdalam habis. Memang betul. Bila marah kita kena cuba kawal emosi dan kata-kata yang dihamburkan. Dan tak perlu kisah sangat cacian orang. Kalau orang nak susahkan hidup kita, buat kita marah, bagai.. kenapa biarkan mereka berjaya?

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Noor Maizan. Design by FCD.