Meluahkan segala-galanya ketika marah adalah perkara terburuk boleh dilakukan. Kerana selepas semua reda, belum tentu luka yang telah ditoreh boleh turun disembuhkan.

Aku mula sedar belum tentu kebenaran dapat mengubah sesuatu keadaan. Kerana manusia lebih suka untuk hadam cuma perkara yang mereka mahu percaya.

Mereka hidup dalam dendam, kita semua. Tanpa kita tahu dendam itu bakal memusnahkan segala yang indah dalam hidup kita.

Semoga selepas ini aku diberi kekuatan untuk diam.

Kerana jika hatiku sendiri yang patah, pandailah aku membaikinya.


Ikhlas itu perkara yang ghaib tidak nyata. 

Kadang kita sendiri tak tahu selok belok hati sendiri. 

Aku tak takut untuk biar Allah menilainya.

Kerana Allah lebih tahu segala sirat dalam hati ini.


Aku tidak perlu lagi penilaian manusia.


Disclaimer : Entri ini tiada kaitan dengan tunang aku