Repair Phone Cepat dan Murah di Kulim | Review Gadget Depot


Repair Phone Cepat dan Murah di Kulim | Perasaan bila phone rosak memang tak best. Itulah yang aku rasa bila phone Huawei Honor 7 aku jatuh dan screen crack teruk haritu. Jadi aku pun macam biasa, step pertama, google dulu kedai repair phone cepat dan murah di Kulim, contact semua kedai dan buat perbandingan harga & kecepatan servis.

Repair Phone Cepat dan Murah di Kulim

Ceritanya phone ni pertama kali tau jatuh yang teruk, kalau jatuh atas muka sebelum tidur tu memanglah selalu. 

So, masa phone ni tercicir dari zip bag yang tak tutup habis, aku ingatkan yang pecah cumalah screen protector, tapi tak sedap hati, so aku cabut screen protector. Arghh rupanya  bukan saja screen protector, tapi juga LCD screen phone pecah.

So aku pun google semua kedai phone yang boleh replace screen phone pecah ni. Tak puas hati dengan google, siap tanya dalam group facebook 'KULIM INFO' lagi sebab aku lebih suka dengar dari pengalaman orang sendiri.

Yelah kalau yang duk tulis-tulis kat Fb page kedai tu sendiri semuanya indah-indah belaka je lah dah dorang sendiri yang promote. Haha.

Rupanya banyak kedai repair phone kat Kulim ni yang menawarkan servis repair phone depan mata customer. Yang ni memang sesuai untuk customer yang tak reti sabar nak cepat sebab banyak kerja nak buat dengan phone. Kehkehkeh. 

Tapi disebabkan phone aku ni bukan antara yang terhangat dipasaran, jadi tak banyak kedai yang simpan spare part phone aku. 


SEBELUM

Survey punya survey, aku masih tak confirm lagi nak repair kat mana. Sebab semua kedai ada kelebihan kekurangan yang lebih kurang sama.

Ada yang boleh cepat, tapi mahal nak mati sampai RM330++, ada yang harga boleh dapat murah tapi lambat kena tunggu sampai tiga hari sementara dia nak cari sparepart phone (around RM240+-).

REVIEW GADGET DEPOT KULIM 

Akhirnya pencarian kedai repair phone cepat dan murah di Kulim dah berjaya. Sebenarnya kedai Gadget Depot ni adalah kedai terakhir yang aku tanya, dan aku bersyukur aku tanya. HAHAHA.

Aku masuk kedai ni pun sebab teman adik aku nak beli pendrive. Then alang-alang kedai ni punya banner pun cap HUAWEI besar gedabak, aku pun cuba-cubalah nasib dengan tunjuk phone aku kat salah seorang staff dia, Ivan.

Repair Phone Cepat dan Murah di Kulim

Berkerut haa dahi Ivan tengok betapa hancusnya phone aku, sambil cakap, "Ayooo kalau macam ni haa mahal sikit la."

Aku yang tanya pun cepat-cepat ambil balik phone aku sebab seram. "Berapa?"

"RM230 ni...sebab kena tukar dalaman sekali, bukan screen saja..." 

Wait, what?! RM230 adalah harga paling murah dalam semua kedai yang aku survey. Ayoooo Ivan ni bikin seram betul. HAHAHA.

"Bila boleh siap?" tanya aku lagi.

"2 jam pun boleh siap ni kalau ada sparepart.." 

Tudiaaaaa sudahlah murah, cepat pulak tu servis Gadget Depot ni. Oleh sebab aku tak bawak cash banyak tu, so aku bayar deposit je dulu untuk dia pergi ambil sparepart. Then Ahad tu pulak kedai sparepart dia tutup, tunggu Isnin la.

Isnin tu, pagi aku call Ivan untuk tanya pasal sparepart dia. Dia cakap dia takda kat kedai sebab tengah ambil sparepart untuk phone aku. So aku sabarlah kejap, tak lama lepas tu dia call suruh datang ambil phone sebab dah siap. Tudia punyalah laju servis dia. Two thumbs up aku bagi!!!

Masa ambil phone tu, aku pun sajalah survey pasal casing dan screen protector. Tak expect nak beli pun sebab duit dah banyak habis kat repair kan, tengok-tengok sekali lagi diorang bagi aku harga cincai, Screen Protector + Casing Transparent, RM15 sahaja. Goshhhh diorang ni pemurah betoi, apa lagi aku pun beli jelah dedua ni untuk protection phone jugak.

Bila dah pasang screen protector tu, baru aku perasan yang kali ni saiz yang betul untuk phone aku. Memang aku puas hati gila dengan kedai Gadget Depot Kulim ni, so aku pun tulislah review ikhlas ni dengan senang hati. Sebab aku ni bukan jenis suka condemn benda, tapi kalau tak best tu kenalah tulis juga dengan berat hati kan.

Kalau korang nak tahu, screen protector yang lama tu lebih kecik dari saiz phone, aku pasang kat booth dalam Tesco, rupanya penipu. Kalau takde saiz Huawei Honor 7 cakap jela awal kan, ini dia cakap mmg saiz untuk phone aku kecik sikit, tak keluar yang betul-betul sepadan la apa la, damn penipu. Tengoklah apa jadi dengan phone aku bila screen protector tak cover betul, crack!

Inilah hasil tukar screen baru, nampakkkkkk macam phone baru je uols! Love, love, love!

SELEPAS


So kalau orang Kulim yang nak repair phone rosak atau tukar screen LCD phone yang pecah, bolehlah datang survey kat Gadget Depot ni. Memang berbaloi bagi aku, kalau tengok kat review di Google Maps pun semua bagus-bagus je.

GADGET DEPOT KULIM 


Address
Address: 590 A, Lorong Kemuning 1, Taman Kemuning, 09000 Kulim, Kedah

Phone Number
012-936 0800 - Ivan

Facebook

Open Hours
Friday 12:30–10PM
Saturday 12:30–10PM
Sunday 12:30–10PM
Monday 12:30–10PM
Tuesday 12:30–10PM
Wednesday 12:30–10PM
Thursday 12:30–10PM



Disclaimer
Ini adalah review tidak berbayar. Segala yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan pendapat saya sendiri.

Follow

Post a Comment

8 Comments

  1. Wah good sharing sis...kbetukan screen tepon Sy pun retak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi hantar repair sis. Skrg dah tak mahal mcm dulu dah.

      Delete
  2. peh, nampak macam baru ek..

    ReplyDelete
  3. yayy. hanphone dah lawa balikk. nampak baruuuuu

    ReplyDelete
  4. Bagusnya kalau dpt yg murah mcm ni :)

    ReplyDelete
  5. Tudia.. bagus la.. the same case with my iPhone 6 haritu.. last2 dapat murah sikit.. *happy*

    ReplyDelete