DASHING 2 IN 1 Face and Body Wash Memenuhi Keperluan Lelaki Moden

Wednesday, May 30, 2018

DASHING 2 IN 1 Face and Body Wash

DASHING 2 IN 1 Face and Body Wash

Betul ke DASHING 2 IN 1 Face and Body Wash memenuhi keperluan lelaki moden? Yes, exactly. Maklumlah zaman sekarang ni semua nak mengejar masa dan nak cepat, dalam masa yang sama nak tampil menarik dan macho dengan menggunakan produk yang berkualiti dengan harga berpatutan.

Wahh nampak macam melampau kan, tapi semua tu tak jadi masalah dengan adanya set mandian DASHING 2 IN 1 Face and Body Wash ni. Tambah-tambah pula jenama DASHING ni memang dikenali sebagai lambang maskulin dan keyakinan lebih daripada 20 tahun di Malaysia.

DASHING 2 IN 1 Face and Body Wash

Amalan rutin kebersihan harian dapat mengekalkan kebersihan dan meningkatkan keyakinan diri. Produk mandian yang unggul  dapat menghasilkan kulit yang bersih dan licin dengan membuka liang pori dan menyingkirkan toksin. Buih mandian DASHING 2 IN 1 Face and Body Wash memberikan kebersihan menyeluruh ini serta kesegaran berpanjangan untuk muka dan badan tanpa iritasi.

Membersihkan muka dan badan sebelum menghadapi hari yang mencabar dapat memberikan kesegaran serta menghalang pengeluaran minyak muka yang berlebihan. Manakala membersihkan wajah dan badan pada waktu malam pula akan menyingkirkan semua kotoran yang melekat pada kulit akibat daripada pencemaran, kelembapan dan habuk.

Pelancaran produk baru buih mandian DASHING 2 IN 1 Face and Body Wash menjadikan proses pembersihan muka dan badan lebih mudah dan berkesan. Pembersih wajah dan badan ini telah dirumus khas untuk wajah dan badan lelaki agar kekal hidrat dan juga mencerahkan kulit, tersedia dalam pek pam bersaiz 700-gram.

Selain itu, mandian khas ini padat dengan ramuan untuk menyingkirkan kotoran di kulit dan memberikan pembersihan muka yang mendalam dari muka hingga ke tapak kaki untuk kelihatan bersih dan segar sepanjang hari.

DASHING 2 IN 1 Face and Body Wash


Variasi Terbaru DASHING 2 IN 1 Face and Body Wash

DASHING 2 in 1 Muka & Badan terdapat dalam 4 variasi; Cool, Active, Hattrick dan Ultimate Kick. Diformulasi dengan pewangi DASHING eau de toilette (EDT), ia memberikan kesegaran serta haruman maskulin kekal lama untuk lelaki.

DASHING COOL
Khas untuk jejaka kontemporari yang berpersonaliti relaks, gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan serta menghadapi kehidupan dengan tenang. Haruman penuh maskulin ini melambangkan identiti dan daya tarikan maskulin lelaki. Haruman maskulin ini dilengkapi dengan gabungan wangian Bergamot dan Galbanum dengan campuran Powdery Amber dan Musk sebagai nota asas. Haruman ini direka untuk menyerlahkan personaliti lelaki yang cool dan maskulin.

DASHING ACTIVE
Pelengkap si jejaka yang bergaya lasak  dan  menikmati kehidupan aktif.
Haruman ini adalah gabungan nuansa Fougére dengan Citrus, Lavender, Muguet Heart dan Amber. Wangian ini dicipta untuk memastikan setiap lelaki tampil yakin dan berdaya aktif dengan aroma maskulin yang luar biasa.

DASHING ULTIMATE KICK
Wangian sebenar seorang juara. Ultimate Kick menyerlahkan ciri-ciri lelaki sofistikated dalam setiap aspek kehidupan modennya. Ultimate Kick mempunyai haruman yang menggabungkan ramuan Lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran Cardamom serta disulami nota asas aroma Vanilla dan Musk.

DASHING HATTRICK
Simbol kemenangan unggul buat setiap lelaki DASHING, aroma misteri Hattrick membara  semangat dan keghairahan untuk mencapai  impian. Hattrick merupakan gabungan unik kesegaran Epal dan Citrus, beserta  dengan  haruman Amber.  

Variasi Cool dan Hattrick buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan mempunyai formula dwi-aksi dengan tiga kali ganda agen pemutihan yang lembut dan berkesan untuk membersihkan wajah serta memberikan anda tona kulit rata untuk tampil lebih cerah. Pada tubuh pula, formulasi penghidratan yang mengandungi mineral mikro yang membantu mempertingkatkan kadar lembapan kulit serta menguatkan sistem pertahanan kulit, agar lebih sihat dan segar.

Manakala variasi Active dan Ultimate Kick pula, kotoran dan minyak berlebihan pada wajah dapat dihapuskan agar kelihatan bersih dan tidak berkilat. Dengan ciri-ciri detox dan pembersihan yang mendalam, ia membantu kulit untuk mengatasi sebarang habuk dan kotoran harian, serta memberikan anda pengalaman mandian yang hebat dan menyegarkan.

Buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan boleh didapati pada harga RM17.90 untuk pek bersaiz 700 ml. Buih mandian ini mempunyai harga yang sangat berpatutan dan berbaloi kerana memberikan anda manfaat 2 dalam 1 pada kulit dan tubuh badan. 

Aku merancang untuk membawa set DASHING 2 in 1 Face & Body Wash ni semasa honeymoon nanti, save ruang untuk letak sabun, hahaha. Aku pun boleh tumpang sekaki rasanya ni. Hehehe.

Kalau korang berminat untuk dapatkan Dashing 2 in 1 ini, boleh cari di mana- mana farmasi dan pasaraya berhampiran anda.


RALAT:
Sticker pada gambar pertama tertukar tapi aku tak perasan, hahahaha. Ni semua kerja anak buah aku. Nasib baik tunang yang inform kalau tidak sampai kesudah aku tak perasan. Maaf ye, botol hitam adalah untuk DASHING Ultimate Kick, manakala botol biru untuk DASHING COOL.
Ini adalah penjenayah merah jambu itu, haha.

DASHING 2 IN 1 Face and Body Wash


Follow

7 comments

  1. Hahaha akak pun tak perasan benda sticker tu haaha. elok pulak tu ditampalnya balik hahah. Sabar je la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah kak, Mai pun tak perasan..Siap guna yg biru dulu sebab nk deep clean katanya, ahha. sampailah tunang tegur tag tu lain macam baru tau ada si kenit sabotaj aunty, haha.

      Delete
  2. Iklan dashing ni selalu keluar di tv 3 kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke dik? Haha akak lama tak tengok tv. apatah lagi tv3, haha.

      Delete
  3. hahahhaa muka tak bersalah langsung sabotaj orang lagi buat muka comel ada la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la..patutlah senget benget sikit pelekat tu tapi ingatkan sebab postage ke kilang ke...Haritu dia main contact lens adik, sikit lagi dia nak pakai ke mata dia. Ayooo first time jaga baby boy mmg dasyat tahap extreme dia. haha

      Delete
  4. Penjenayah tu comel sangat la....

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Noor Maizan. Design by FCD.