Hi semua, harini rasa nak throwback cerita masa travel ke Penang dengan geng blogger masuk air (Yana, Busyra, Mellya) haritu, haha rindu. 

Sebenarnya 1 hari setengah memang tak cukup nak explore Penang tu, so Yana dah atur perjalanan trip kami untuk pastikan selancar yang mungkin. Walaupun ada antara wishlist kami tak sempat terjah, terubat juga hati bila Yana bawak kami ke Restoran Nasi Kandar Hameediyah Penang tengah hari tu. 
(Appreciation paragraph to Lyana Ishak)

Restoran Nasi Kandar Hameediyah Penang 

Restoran Nasi Kandar Hameediyah Penang


Disarankan untuk datang ke Restoran Nasi Kandar Hameediyah Penang ni dengan motor atau basikal saja sebab parking memang susah nak dapat, kalau ada pun jauh, hahaha. So kalau taknak terima risiko disaman sebab parking bersepah & menghalang laluan orang, baik korang sewa basikal je macam kami haritu. Hihi.

Alhamdulillah nasib menyebelahi kami haritu sebab masa kami sampai, tak ramai sangat orang beratur. Elok je kami beratur, tetiba entah dari pelosok mana datang orang beratur panjang gila sampai ke luar kedai, haha. Dah lah kami ni naik basikal lapar abis kalori burn (poyo hahaha) memang rasa kebulur betul masa tu. 

Restoran Nasi Kandar Hameediyah Penang

Restoran Nasi Kandar Hameediyah Penang

Penat beratur pun boleh hilang bila sampai turn kita nak pilih lauk. Memang rambang mata abis tengok macam-macam jenis lauk pauk terhidang. Dekat sini ada dua jenis nasi disediakan, nasi putih dan nasi briyani.

Of courselah pilih nasi briyani tau kalau datang sini. Sebab nasi briyani restoran Nasi Kandar Hameediyah Penang ni memang the best in town. Rugilah kalau tak rasa sebab tak jumpa kat tempat lain dah adunan nasi bryani yang memang sedap cukup rasa adunan rempah-rempah dan tak hancur.


Restoran Nasi Kandar Hameediyah Penang

Restoran Nasi Kandar Hameediyah Penang

Adoi semua jenis selera sejenis je so inilah hasil kami beratur tadi tu. Yana sorang je lauk lain sikit tapi still ayam la. Lauk aku pilih adalah ayam madu (sayangnya paha dah habis, sis sedih) dan telur dadar.

Lepas suapan pertama je aku terus rasa macam satu feeling yang undescribable gitu, macam "WOW, SEDAP MAMPUIH NI". haha. Sudahlah nasik tu sedap, ayam madu tu pulak memang cukup rasa, tak terlalu manis macam sesetengah tempat sampai nak telan pun rasa muak. Dan korang tau la telur dadar mamak macam mana, memang gebu, mampat dan puas. 

Bab harga standard kedai Mamak la, nasi aku harga RM13.50-RM14.00, antara tu la sebab aku tak ingat sangat. Agak mahal tapi memang worth it la sebab sedap dan kenyang. Kenyang tu penting sebab nak isi tenaga banyak tempat lagi kami nak singgah naik basikal lepas tu.

Untuk sesiapa yang nak ke Penang nanti, pastikan masukkan Nasi Kandar Hameediyah dalam wishlist korang tau. Rugilah kalau tak try, mana nak dapat REAL nasi kandar kat luar Penang, susah weh, serious. Susah dia level mustahil nak jumpa yang betul-betul kawww macam nasi kandar kat Penang.

Sekian saja review ikhlas saya tentang nasik kandar yang sedap ini, menyesal pulak tulis entry macam ni malam-malam buta sekarang aku rasa kebulur balik, haha.

Blogger Utara
Kenal Kami Tak?

Maklumat lanjut :

ALAMAT
Hameediyah Restaurant
164A, Campbell Street,
10200 Georgetown, Penang.

TELEFON
+604-261 1095

FACEBOOK
www.facebook.com/hameediyah-restaurant

BUKA PADA SETIAP HARI JAM
11:00am – 11:00pm


credit semua gambar : Camera Busyra

Follow