17 Jun 2018 | Majlis Akad Nikah dan Sanding Akmal & Maizan


Pejam celik, pejam celik! Begitulah nasib aku sepanjang malam, tak dapat lelap mata langsung pada malam sebelum akad nikah tu. Bukan setakat rama-rama dah menari dalam perut ni, tapi the whole zoo! Masih tak percaya yang aku nak nikah. Rasa seram dan happy bercampur dalam masa yang sama. Fuhh memang tak boleh describe feeling tu. Yang pasti, indah!



17 Jun 2018 | 3 Syawal 1349


0500 pagi 
Oleh sebab tak boleh tidur, aku pun bangun iron veil dan tudung nikah yang adik aku baru siap potong kain dan jahit sebelum tidur tu, hahaha. Jangan tanya kenapa last minute tapi aku relax je, sebab adik aku tukang jahit pro so aku percaya je dia buat kerja even last minute pun, haha.  Bunga tangan pun adik aku yang tolong gubah malam tu juga. Macam takda malam lain kan semua nak himpun last minute, hahaha.


Lepas guna boleh masuk dalam pasu buat hiasan rumah nanti :D


0730 pagi
Aku bersiap mandi dan pakai baju akad nikah semua, MUA pun sampai dan terus memulakan sesi make-up. Masa make-up ni la aku ralit sikit sempatlah terlelap kejap, haha. Bangun-bangun dah lawa uols. Rasa berbaloi guna khidmat adik manis Tasya Hazlim sebab servis beliau memang professional, kejap je siap, menepati citarasa dan tahan lama. Saya suka! Saya suka!

0900 pagi 
Dah siap pakai shawl & veil semua, aku jumpa encik family encik tunang kat homestay depa menginap malam tadi untuk guide jalan ke masjid. Majlis akad nikah start jam 10 pagi, jadi sempatlah snap gambar saat-saat terakhir sebelum jadi suami isteri kat luar kawasan homestay tu, hahaha. 


'Halal Gap' sebelum nikah, muahaha


1000 pagi - AKAD NIKAH
Lebih kurang 9.30 aku dan Akmal tiba di perkarangan Masjid Al-Jamiul Makmur untuk urusan akad nikah. Kebetulan ada sepasang pengantin lagi yang akan dinikahkan pada masa yang sama.

Nasib baik ada bestfriend aku (Iefa) yang sudi berkongsi debaran hari tu, hahaha. Debar nak akad nikah ni, lagi dasyat dari debar-debar hari bersejarah lain. Maklumlah nak tukar status diri. Cewahh, ngada uols.

Untuk pengantin yang nak akad nikah kat Kulim, hangpa memang bertuah sebab tok imam Kulim tak banyak interview pun, pengantin kena mengucap dan berselawat je sebelum akad nikah.

Aku dinikahkan sendiri oleh abah, merangkap wali besar anak perempuannya iaitu aku lah, ahahaha. Macam tak percaya, sekali lafaz saja aku berpindah dari bawah ketiak abah & mama, ke bawah ketiak husband.





Kemudian aku dipanggil untuk duduk disebelah Akmal, dan pak Imam memberi sedikit nasihat untuk kedua-dua pasangan pengantin baru beberapa adab dalam rumahtangga terutamanya peringatan untuk si suami la, hehehe.

Kemudian ada sesi lafaz taklik selepas akad nikah. Takliq’ yang membawa maksud lafaz perjanjian yang dibuat oleh suami selepas akad nikah mengikut hukum syarak dan pendaftaran tersebut direkodkan secara sah dari segi undang-undang. Aku tak tau kenapa kena lafaz macam ni dihari gembira pengantin, mungkin ada hikmahnya lain kot, huhuhu, sis kenod brain...


Lafaz talak taklik yang baru di Kedah berbunyi: “Adalah saya (nama suami) dengan ini bertaklik, jika :
(1) Saya tidak berma'syarah yang ma'ruf dengan isteri saya (nama Isteri) sama ada saya meninggalkan di dengan segaja atau paksaan atau dia meninggalkan saya dengan paksaan selama empat bulan qamariah berturut-turut atau lebih atau;
(2) saya atau wakil saya tidak memberi nafkah kepadanya selama empat bulan berturut-turut atau lebih dan dia tidak disabitkan nusyuz oleh mana-mana mahkamah syariah atau:
(3) saya melakukan sebarang mudharat kepada tubuh badannya, penganiayaan atau lain-lain darar syarie terhadapnya, dan apabila dia mengadu kepada khadi atau hakim syarie dan sabit aduannya disisi khadi atau hakim syarie dan ia memberi kepada khadi atau hakim syarie bagi pihak saya sebanyak sepuluh Ringgit Malaysia atau senilai dengannya maka pada ketika itu tertalaklah dia (nama Isteri) dengan satu talak khuluq.”





Alhamdulillah selesai semuanya dengan lancar. Barulah boleh sarung cincin dan penyerahan mas kahwin. Thank you sayang, saya nampak setiap kerja keras awak untuk menghalalkan hubungan kita.







Kemudian boleh lah bergambar dengan keluarga pula walaupun hanya berapa kerat je family yang datang masa akad nikah ni, yang lain kalut duk set up dewan dan makanan. 

Fuhhh tak terbalas budi sorang-sorang ni. Terharu sangat, sobss.





Settle akad nikah ni, kami pun berpecah sebab husband balik homestay family stay sebab baju sanding beliau nanti ada disitu, aku pula balik hotel aku menginap (sebab rumah penuh,lol) untuk bersiap untuk majlis seterusnya pulak.


______________________❤️______________________


1230 tengahhari
Aku selesai disolekkan sekali lagi oleh MUA yang sama untuk nikah tadi. Terima kasih juga Iefa dan Tasha MUA yang tolong pasangkan veil dan crown untuk aku, fuhh memang kemas dan kejap, baru dapat fefeling princess gituuhh.

Kemudian husband sampai kat hotel aku untuk memasang baju seragam dengan lengkap. Kalau harap kat aku, memang tak reti tolong pasang, hahaha, alhamdulillah ada kawan husband yang juga askar datang ke bilik hotel kami untuk tolong pasangkan sampin dan belt tu dengan kemas sekali. Barulah smart laki den yaww, hehe.

Lepas dah siap, aku dan husband bergerak ke rumah pak njang husband yang juga kat Kulim ni juga untuk berarak ke dewan secara berjemaah (konvoi). Masa ni cameraman, family, bestfriend aku semua dah tunggu kat dewan tak sabar-sabar dah tunggu ketibaan pengantin yang lambat ni, haha.

1300 petang - MAJLIS SANDING
Rombongan pengantin pun sampai ke dewan dalam pukul 1.00ptg lebih macam tu, hehehe. Gerak lambat sikit la sebab ada yang tak tau jalan ke dewan disebabkan keluarga husband aku bukanlah orang Kulim selain dari Paknjang saja.

Majlis sanding kami dibuat di Dewan Bandaran Kulim, Kedah. Alhamdulillah, memang berpatutan dengan sewa dewan sebab ada aircond, selesa untuk pengantin dan tetamu. Legalah husband aku dengan baju tebal-tebal gitu, duduk dalam aircond tak terasa sangat, ye dok...


Majlis Kahwin di Dewan Bandaran Kulim



Bridal & Pelamin untuk Majlis Kahwin
Bridal pilihan aku adalah daripada Butik Julita Anje yang terletak di Baling Kedah. Memang macam jauh sikit, tapi butik ni menjadi pilihan aku sebab aku suka hasil tangan kak Julita ni. Memang baik sangat owner dia, lemah lembut je.

Butik Julita Anje memang murah sangat dan selalu buat promosi kaw-kaw. Mana nak cari harga pelamin dewan macam yang aku dapat tu, termasuk harga baju sepasang tau, cuma RM999 je! Jadi pengantin area Kedah, Penang, Perlis, Perak yang nak bridal murah-murah boleh cari Butik Pengantin Julita Anje ni kat facebook atau terus pi terjah butik dekat depan Billion Baling.

Actually ada je baju pengantin lelaki pink, tapi bila tengok husband lagi handsome bila pakai baju kahwin askar ni, aku minta simpan jelah baju pink tu, kekeke. Dan dua ketul flower girl + seketul dulang boy kenit tak bergaji tu memang dilahirkan untuk mengacau aunty depa, hahaha, my nieces and nephew.


Majlis Kahwin di Dewan Bandaran Kulim

Baju Kahwin Tentera


Baju Kahwin Tentera

Baju Kahwin Tentera


Katering Pengantin Murah dan Sedap di Kulim
Alhamdulillah makanan untuk tetamu aku ambil daripada katering HAZZ JERNIH, selain harga yang murah, lauk memang sedap tak tipu. Mula-mula kawan-kawan puji, malam tu kami rasa sendiri memang puas hati sangat-sangat. Katering HAZZ JERNIH ni cover area Kulim and Penang tau.

Dan meja makan beradap pengantin yang comel tu pun dari hasil tangan Puan Hazz sendiri, memang sejuk je tengok gabungan warna pink belacan dan peach gitu. Sebenarnya aku tak pernah impikan pun perkahwinan dengan tema pink, tapi tak tau kenapa tiba-tiba last minute semua yang aku pick warna pink je.

Katering Pengantin Murah dan Sedap di Kulim

Katering Pengantin Murah dan Sedap di Kulim





Doorgift Sponsored by My Bestfriend

Thank you Iefa (kawan since darjah satu) yang sponsor goodies untuk tetamu dewasa. Mula-mula ikut aku nak bagi yang murr murr je, haha jimat cost, pastu dia bebel tauuu suruh amik botol kaca letak kacang siap tolong bayarkan lagi, ya Allah...thanks sangat weh!

Untuk goodies bebudak, aku beli plastic comel tu dari lazada, then isi coklat je dalam tu, settle. Budak-budak semua suka wehhhh pandang pertama dah bekenan sebab plastik tu comel, hahaha.






Keluarga Pengantin Perempuan

Jomlah berkenalan dengan keluarga aku, hihi. Tapi tak banyak pun, sebab semua busy uruskan tetamu, sampai tak sempat bergambar. Takpelah majlis sambut menantu September nanti boleh bergambar puas-puas lagi, hehehe.








Keluarga Pengantin Lelaki

Terima kasih family baru sebab sudi terima saya jadi ahli keluarga. Hihihi akhirnya dapat besarkan family, hahaha. Sebab family Mai belah abah and mama kecik je.






Kawan-Kawan yang Meraikan Kami
Terima kasih kawan-kawan SMK.Air Merah & MRSM Merbok yang sudi datang memeriahkan kenduri aku. Terharu tauuuu.





Kek Kahwin
Kek kahwin ni aku tempah dari kawan sekolah dulu, hehe. Selain terima tempahan kek pengantin, Rabiatul juga ada jual sagu susu gula melaka, cream puff, dan macam-macam lagi.

Design kek ni idea dari aku sendiri, dan bunga segar tu pun aku yang nak. Syukurlah Rabiatul dapat tunaikan kek kahwin macam yang aku idamkan, hehe. Semua yang aku nak simple-simple je, kan aku ni sejenis simple orangnya.






______________________❤️______________________


1600 petang - OUTDOOR
Bila dah agak petang sikit, photographer pun bagi hint untuk gerak ke destinasi seterusnya untuk urusan terakhir, iaitu shoot outdoor! Heee saja aku pilih untuk buat majlis nikah, kahwin, dan outdoor dalam hari yang sama, biar penat tu, penat sehari je. Hahaha.

Lokasi outdoor pilihan aku adalah di Terap Pineforest, Kedah. Selalu tengok je orang shoot gambar kat situ lawa kan, tapi nasib aku tak berapa elok sebab ramai gila orang tarikh pilihan aku tu, jadi terhad sangat tempat, dan ada gambar jadi rosak sebab ada orang lalu lalang kat belakang tu, kacauuuuu line je arhhh.





Hehehe lepas habis photoshoot, kami pun gerak balik ke hotel untuk mandi-mandi dan solat, sebab malam tu ada makan-makan lagi di rumah keluarga aku (lauk kenduri lebih), haha.

Alhamdulillah, bersyukur sangat segalanya dipermudahkan Allah. Bersyukur dapat kahwin dengan kekasih hati yang merangkap my partner in crime since 2011, hehehe.

Setelah jatuh bangun, tergolek, tertungging, sedih, happy bersama-sama, akhirnya kami disatukan juga dengan ikatan yang indah ni.

I love you husband. Semoga kita terus hidup dalam penuh kasih sayang sampai ke hari tua. Pegang tangan saya dan bawak pergi syurga tau...


p/s: The hardest part bila kahwin dengan bff adalah bab panggilan, kahkahkah. Seminggu jugalah nak adapt dengan panggilan baru lepas kahwin, lol. 

Make-up by:

Katering & Meja Makan Beradab by:

Bridal Pelamin & Baju Pengantin by:

Photographer:


Terima kasih yang membaca sampai habis, entry ini adalah sekadar untuk mengabadikan kenangan paling manis dalam hidup aku. Doakan kami berdua dapat menempuh alam rumahtangga dengan baik ya. Semoga doa yang baik-baik melantun pada kalian juga. 

Follow

Post a Comment

47 Comments

  1. Congrats Mai! Semoga bahagia hingga ke syurga!

    ReplyDelete
  2. Congrats Mai 😄😄. semoga bahagia hingga ke jannah. Aamiin

    ReplyDelete
  3. Tahniah Mai.
    Semoga kekal bahagia selamanya

    ReplyDelete
  4. tak puas tengok gambar Mai sebab cantik belaka! Dress pink tu memang perfect dengan Mai, nampak soft ayu sweet girl gittew. Bung atangan masa akad nikah tu cantik sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Pana.. hehehe tu la bunga tangan tu butik ada bagi tapi adik complained sebab macam brocoli je bulat biasa, haha. so dia gubah jenis terbaru modern sikit.

      Delete
  5. Permulaan baru...moga terus dilimpahi kasih syg Allah SWT.

    ReplyDelete
  6. Tahniah Mai, Selamat Pengantin Baru :)

    ReplyDelete
  7. tahniaah tahniah.. cantik =)
    semoga berbahagia selamanya sihat sentiasa.

    ReplyDelete
  8. awww. cantik sngttt.. suka tngok gmbar mai. warna soft ja.. <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Cg, heeee. Warna ni photographer yang recommendkan. Hehe.

      Delete
  9. cantik. cantik sangat sangat. semoga berbahagia dunia akhirat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah, touching rasa. thanks awak <3

      Delete
  10. Cantik sangat Mai.. Berseri betul.. Suka tengokkk.. 😍
    Tahniah sekali lagi Mai.
    Semoga berbahagia selalu 💕

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Husniey. hehe lain sgt kot sampai bila jumpa esok tu ramai tak cam pengantin, kekekeke.

      Aamiin aamiin, thanks ya.

      Delete
  11. Tahniah maizan...semoga kekal hingga ke jannah.

    ReplyDelete
  12. tahniah mai! haduh terus rasa nak kahwin hahahaha

    ReplyDelete
  13. cantiknya mai.. suka tgk gamba2 ni

    ReplyDelete
  14. so sweet la mai n husban...sama cantik sama padan...serba serbi sempurna majlis ni..
    akk mcm nak khawin lagi lah...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihihi bagai pinang dibelah sepuluh ke akak, hehe. Mai buat jimat2 je ni alhamdulillah dipermudahkan. Akak bt photoshoot pakai baju penantinnn la anniversary nanti , hehe.

      Delete
  15. Tahniah Mai, akak doakan perkawinan kalian berkekalan hingga ke Jannah.. And you're so beautiful Mai and your hubby so handsome.. hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin kak Shikin. terima kasih <3 , hehehehe.

      Delete
  16. cantik nya baju kak mai..sweetnya..moga bahagia hingga jannah

    ReplyDelete
  17. alhamdulillah, mai.
    lebih sebulan dah bergelar isteri.
    cantik baju bersanding mai. berkenan. very soft :)

    ReplyDelete
  18. Tahniah Mai. Mai cantik sangat. Macam princess :)

    ReplyDelete
  19. selamat pengantin baru, semoga kekal bahagia hingga ke jannah

    ReplyDelete
  20. tahniah..kali pertama buka blog ni dan terus baca sampai habis

    ReplyDelete
  21. Tahniah awak. semoga berbahagia hingga Jannah! Banyak bersabar dalam rumahtangga dan sentiasa bertolak ansur

    ReplyDelete
  22. Tahniah Mai... happy tgk Mai dan husband

    ReplyDelete
  23. Cantik nya baju sanding mai.. Fall in love nengoknya.. Make up pun sweet.. adoi.. Tema yang sangat sweet.. Akak doakan semoga perkahwinan Mai dan suami sentiasa dalam Rahmat Allah.. Aamiin..

    ReplyDelete
  24. Suka tengok semua gambar mai...! Congrats Mai and may it last happily ever after.. <3

    ReplyDelete
  25. Cantik-cantik gambar kawen.. Tahniah dan selamat pengantin baru.

    ReplyDelete
  26. cantiknya baju pink awakkkkkkkkkk.. pinjam !!!!!!!!!

    ReplyDelete
  27. Tahniah dik...smua cntik. Bunga tgn tu kak suka sgt

    ReplyDelete
  28. Tahniah Mai! Semoga bahagia sampai syurga!

    ReplyDelete
  29. Cantiknya tempat outdoor tu..
    Semua gmbr kawen Mai cantik2.

    ReplyDelete