Latest Posts

Masa kecik dulu aku selalu....

By October 25, 2016


Masa kecil dulu aku tak ada gadget, cuma ada kawan dan tetap riang! Hihi. Petang-petang mesti keluar merayau dengan basikal, tak pun main dekat belakang rumah, kalau depan bahaya laluan kereta, so kami selalu lepak bahagian belakang rumah je. Selamat dan lapang takda pasu bunga makcik sebelah, eheks. 

Kadang-kadang kami main game macam explorace tu. Aaaa, advance kan kami even takde iphone ipad macam bebudak sekarang. Kami divide dua group, then kami tulis hint dan sorokkan di beberapa tempat. So kami bertukar kertas hint yang pertama, then....LUMBA! Geng mana yang akan menang dulu. 

Masa muda
Jangan pernah sia-siakan
Simpankan sebagai memori
Jadikan polaroid 
-Sakura Band-

Sebenarnya banyak perkara yang dapat buat semua memori aku tu terimbau. Indah betul masa kecik dulu, cuma takda polaroid nak abadikan. kekekeke. 

Gelang getah ni aku akan kumpul dan kemudian sambungkan buat tali yang panjang. Kemudian tali tu kami akan guna untuk main zeropoint ataupun "rumah terbakar panggil bomba", aku pun tak ingat nama sebenar game tu. Hahaha. Kalau bab lompat zeropoint tu dulu akulah jaguhnya, satu bonus sebab aku tinggi dari kengkawan yang lain, kahkahkah, thanks to daddy for his gene. Jangan kata lompat, buat gymnastik atas jalan tar pulak tu, kau hadeee. Luka takpa boleh bubuh plaster, janji nampak hebat. Huduh betul perangai.

Buat adik adik yang tak tahu apa itu zeropoint dan macam mana bentuk talinya, rujuk gambar dibawah : (Sumber)

Bunga madu ni kami selalu kutip kat sekolah. Aku rasa bunga ni pakcik kebun sekolah sedunia ada tanam kot. Hahaha. Syoknya kutip bunga madu ni sebab nak jilat madu tu, padahal bukan kenyang pun. Biasalah budak-budak. Lepas dah habis madu ditelan sepah tak dibuang. Hewhewhew. 

Eh, bukan habis madu sepah dibuang ke? Tak lah, sebab sepah bunga madu ni boleh buat cincin and gelang. Aku gabung gabungkan dari ujung ke ujung bunga-bunga tu, lepas tu pakailah buat cincin dan gelang. Rasa cantik habis lah tu bila pakai. Bergaya tauuu, kau hade? 

Bunga madu ke namanya? Aku pun tak pasti, tapi inilah bunga yang aku maksudkan tu.

Selain tu ada lagi beberapa lagi benda yang aku selalu kutip masa kecik. Indahkan masa kecik kita dulu, eh... Ada 20 lagi benda menarik yang mesti dapat menggamit memori korang.


You Might Also Like

9 Readers ♥

  1. Rindunya zaman-zaman ni, sviors selalu main dengan kawan-kawan dulu tambah-tambah bunga madu tu tapi sekarang orang tak main dah huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestkan, sebab takde gadget semua benda kita buat mainan.

      Delete
  2. memang mengamit memori betul. best nya waktu kecik2 dulu. main baling selipar segi tiga, main polis pencuri, main tiang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... polis pencuri ataupun nenek sibongkok tiga, kan...hahaha

      Delete
  3. Samalah aktiviti kita masa kekanak.. Akak dulu suka main bola cop.. Baling selipar.. Tembak2.. Siap buat pistol sendiri.. Indah betul zaman kanak2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Indahkan....skrg jarang dh tengok budak2 main kat luar. lagipun suasana dh berubah, skrg ni bnyk bahaya dan penjahat...T_T

      Delete
  4. Bunga tu.. Hahaa entah macam mana akai panjang beno sampai tarik ada satu btg halus kt tgh2 tu pastu minum airnya.. Rindunya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak....hahahaha....selalu buat macam tu..

      Delete
  5. sebenarnya zaman dulu lg best dri zaman skrng.. rindunyaaaaa lepas baca entri mai ni :(

    ReplyDelete