Haaa, selepas entry aku yang semalam tu, aku tengok ada yang macam berminat nak tahu keropok apa adik aku jual sampai dapat P9 Plus tu? 

Perghh aku hanya mampu kagum dalam senyap jelah, sebab bapak dengan mak aku kemain membebel sebab beli phone ribu riban (#pembaziran), tapi bebel sikit jelah, nak bebel banyak pun dia bukan minta kan, dia usaha. Lainlah spesis redho macam aku,phone apa orang bagi,aku pakai je, nak beli sendiri kirim salam jelah. Hahah.

Aku perhati je dia ni, power weh strategy dia bisnes. Oleh sebab target customers dia budak sekolah rendah je, so dia jual barang yang confirm bebudak akan beli sebab murah + bebudak suka + setiap hari habis. Apa benda tu?

Koala Kids Perisa Susu, Coklat & Cheese
Koala Kids Perisa Susu, Coklat & Cheese

Nabati Cheese
Nabati Cheese
Koala Kids dan Nabati Cheese ni adalah dua jajan yang dia jual disekolah, memanglah laku kan bebudak mestilah suka, harga pun murah 1/4 je dari duit sekolah bebudak tu, dia jual 50sen satu pek Koala kids, dan untuk Nabati aku tak ingat harga dia jual berapa sebab lepas je dia boleh beli phone tu dia berhenti berniaga. Hahah.

Beli kat mana? Dia beli kat kedai pemborong terus. So dapatlah harga murah kan. Tambah2 dia terus beli banyak kotak besar, terus dapat harga special.

Bila berniaga ni mana kenal family. Dia betul-betul nekad kalau kami adik beradik nak makan pun kena bayar harga sama, kuang asam betul. Hahaha.

So aku rasa dalam tiga bulan macam tu dia mampu pakai Huawei P9 Plus habaq hang, berharga RM2500. Itulah magicnya berniaga ni weh, memang orang beli, ada ja rezeki dalam tu. Kalau tak cuba mana nak tahu.

Antara cabaran dia adalah hari orang tak beli barang dia, dia promosi kat rumah pulak. Memang hati kering dia ni, siap paksa kami beli lagi. Dia bagi siap2 pastu minta duit, macam tu punya orang pun ada. HAHAHA.

So siapa kata berniaga kena ada modal beribu, try la dulu kan. (Tepuk bahu sendiri).









Follow