Blog Review

Hi Assalamualaikum!

Haritu aku ada cakap 4 buah blog akan direview oleh aku kan? Tapi setelah perbincangan dengan Sis Hawa, akhirnya aku akan review hanya dua buah blog sahaja, lagi dua Sis Hawa sendiri yang akan review. 

Kali ini blog yang akan menjadi mangsa review aku adalah..........jeng jeng jeng.... TINTA HATIKU by Shahdiana. 


Blog Tinta Hatiku ini adalah milik akak Diana dan sudah wujud sejak 2008 lagi, Fuhhh lama tu, kira tahap super senior dalam dunia blogging ni. 

Bermula tahun 2015 blog ini mula menyepi seketika. Lebih kurang iols lah ni, hahahaha, baru dapat seru nak aktif semula 2017 ni.

Semoga Blog Tinta Hatiku terus maju jaya dan diterima ramai.

MARKAH SEO
Semak di http://chkme.com/page-seo-tools

Sayangnya markah SEO untuk Tinta Hatiku hanya mencapai 36%. Tapi Kak Diana jangan risau, sebab markah ni boleh ditingkatkan dengan beberapa cara.

Apa yang perlu Kak Diana buat untuk buat Blog Tinta Hatiku lebih mesra SEO?

1- Tambah Website Description 
2- Tambah Website Keyword
3- Setiap kali post gambar masukkan sekali properties 


Pendapat tambahan tentang blog Kak Diana, Mai rasa akak patut kurangkan widget sidebar tu, takut berat pula blog nanti terutama bagi yang pakai broadband. Contohnya gambar-gambar tu mungkin boleh diletakkan dalam bentuk slideshow.

>> Beberapa tips kemaskan sidebar Mai pernah share dulu ada kat SINI. 

Rasanya ini sahaja untuk review kali ini. Tapi....Mai ada hadiah untuk TINTA HATIKU iaitu dua buah header, kalau Kak Diana suka bolehlah save dan pakai.

freebies header
Tak Transparent

Freebies header
Transparent

Terima kasih kerana membaca! Jemputlah melawat TINTA HATIKU :D

Follow