Monday, October 16, 2017

Bila Kerja Bukan Bidang yang Kita Minat

Bila Kerja Bukan Bidang yang Kita Minat | Alhamdulillah, akhirnya aku dapat menyesuaikan diri dengan suasana dan kerja yang aku ceburi sekarang. Walaupun jauh sekali dari bidang biomolikular sains ke kilang fabrik, tapi aku bersyukur kerana ini juga adalah rezeki untuk aku (rezeki pengalaman & rezeki wang).

When opportunity doesn't knock, Build a door,

Bukan tak cari kerja dalam bidang sendiri, tapi rezeki masih belum ada. Mungkin ada lah tu hikmahnya aku belum dapat kerja tetap. Aku faham, bukan semua doa kita akan dimakbulkan serta merta, adakalanya Allah dah siapkan plan yang lebih baik dari apa yang kita rancang. Have faith dear self. Jadi bila akhirnya aku dapat peluang kerja dengan company fabrik perabot ni, aku terima dan bersyukur apa adanya.

Bila muka karier dari bawah, atau kata lainnya jadi KULI, memang cabaran dasyat sekali. Terutama bila cabaran sebagai kuli bertembung dengan EGO diri yang tak nak kalah. Penat juga nak pujuk diri sendiri supaya jangan downgradekan diri turun sekadar nak berlawan dengan orang-orang yang fussy, sombong etc. 

KULI juga sinonim dengan BULI, tapi alhamdulillah tempat kerja aku harmoni la juga setakat ni. So that I can work happily~! InsyaAllah apa jua cabaran mendatang tak akan aku tepis tapi aku akan cuba untuk solve sampai bereh. 

Bila Kerja Bukan Bidang yang Kita Minat
Avoid overthinking, just RELAX

Seperti masuk kandang lembu menguak, masuk kandang kambing mengembekk, begitulah aku bila mula masuk dalam bekerja dalam company ni. Apa yang aku buat untuk menyesuaikan diri dalam tempat orang ni?

1) Datang awal - Aku susah untuk bertenang terutama dalam environment asing sebab senang kena panic attack. So aku pastikan aku datang awal untuk ambil masa bertenang sikit sebelum memulakan sesuatu.
(point-Punctual)

2) Bersedia untuk mendengar arahan - Di tempat kerja, tidak kira apa pun taraf pendidikan kita, kita wajib mendengar arahan dan tunjuk ajar dari orang berpengalaman di situ. Jangan berlagak nanti orang benci, susah hidup kita.
(point- Fast Learner)

3) Belajar pasal apa  yang kita buat - Lupakan sebentar passion kerjaya impian kita bila masa kerja. Fokus untuk belajar tentang apa yang kita buat, barulah boleh pupuk rasa cinta dengan kerjaya sendiri. Seronok dapat timba ilmu ni, tambah-tambah pasal sesuatu yang kita tak pernah tahu pun.
(point - Willing to Learn)

4) Buat sesuatu, buat sungguh-sungguh - Apa yang kita buat, buat dengan hati dan semangat. Cakap pasal kerja, semua orang boleh kerja, tapi kita pastikan kita ikhlas dalam bekerja. Ikhlas memberi khidmat. Jika dapat satu task tu, cuba selesaikan dengan baik dan teliti. Semoga rezeki kita akan lebih berkat.
(point- Strong work ethic)

5) Berkawan dengan pekerja lain - Work environment aku lebih ramai bangsa Cina tapi tak ada masalah untuk aku berinteraksi dengan mereka. Kita kan 1 Malaysia. Yang penting saling menghormati agama masing-masing. Ada kawan ni senang, takdalah semua benda nak terus rujuk bos, tanya-tanya dulu kawan-kawan. Jika ada masalah yang boleh settle, boleh terus settle situ je.
(point- Team Work)


PUNCTUAL, FAST-LEARNER, ALWAYS WILLING TO LEARN, STRONG WORK ETHIC, TEAM WORK!

Point yang aku bold kan itu adalah nilai murni yang aku terapkan dalam diri supaya apa yang aku nyatakan dalam resume tu adalah bukan omong kosong. Pekerjaan aku hari ini memang biasa tapi alhamdulillah banyak menolong aku improve communication skill aku yang sangat teruk (pemalu + anxiety + panic attack + rapid heart rate).


Kerja keras,kerja keras juga, tapi aku takkan bawak balik kerja untuk siapkan kat rumah walau apa pun terjadi. Hahaha. Sebab aku kan ada baby, kesian Udin seharian tunggu aku balik, takkan balik rumah pun nak fokus kerja kan. Hidup kita ni ada komitmen selain kerja juga. 

Kalau kejarkan kerja yang betul-betul aku nak, memang susahlah nak dapat zaman sekarang ni. Jadi aku harap tindakan aku untuk kerja dulu dalam industry yang lari jauh dari course zaman belajar ni adalah pilihan yang tepat. Aamiin. 


Korang dapat kerjaya idaman sendiri tak? Atau sama-sama struggle dalam bidang yang kita tak pernah terfikir untuk terlibat?


Follow

Sunday, October 15, 2017

Antara Lambat atau Cepat, Rezeki itu Ada.

Antara Lambat atau Cepat, Rezeki itu Ada | Abah dan mama selalu berpesan, "rezeki itu ada, cuma datang lambat atau cepat saja." Mereka selalu memastikan kami cukup semua keperluan, tetapi kalau bab 'KEMAHUAN', kami perlu banyak bersabar untuk mendapatkan sesuatu itu.

'SABAR' itu bukan perkara yang mudah, terutama untuk budak kecik (masa dulu). Tapi kalau menangis meraung pun, selagi belum sampai masanya, aku tetap takkan dapat miliki sesuatu kemahuan itu. Akhirnya aku belajar untuk bersabar demi apa-apa keinginan walaupun rasa hati tu melonjak-lonjak nak cepat-cepat.

Antara Lambat atau Cepat, Rezeki itu Ada.

Hikmah bersabar sebelum dapat memiliki apa yang kita inginkan tu, bila dah dapat, kita akan rasa lebih menghargai benda tu. Tak kira lah benda murah atau mahal nilainya, perasaan tu memang akan rasa lain sikit. Benda yang senang nak dapat ni walaupun mahal, tapi susah untuk orang hargai. 

Sekarang ni, ramai yang tengah gembira dengan berita kehamilan Dato Siti Nurhaliza kan. I'm not really her die hard fan tapi tak ada reasons untuk tak suka beliau yang sangat sweet and humble tu. Alhamdulillah, happy for them. Tahniah Dato' Ct dan pasangan, semoga dipermudahkan urusan.

Memang perkara ini pun salah satu bukti bahawa rezeki tu ada, Allah cuma nak kita usaha. Janganlah sesekali berputus asa dengan nikmat Allah ya, pesanan untuk diri sendiri juga.

Masa tengok kawan-kawan dah kahwin, berkeluarga, dulu ada terfikir juga kenapa aku tak dapat 'rezeki' macam tu lagi. Tapi alhamdulillah rupanya 'rezeki' aku untuk terus hidup dan bermanja dengan mama & abah lagi.

Rezeki untuk kahwin akan datang nanti. Tak lama dah, kena sabar sikit lagi, hihi. Dalam masa bersabar ni juga kenalah usaha kan. Haha, maafkan saya encik tunang sebab tak ada hasil lagi, sedangkan beliau yang umur sebaya dah berjaya beli sebuah rumah untuk masa hadapan. Huhuhu, jauh betul ketinggalan aku ni. :P

Apapun, aku doakan semoga semua orang yang sedang bersabar dengan permintaannya ketika ini, semoga ditunaikan Allah.

Assalamualaikum :')

Kita hanya hamba, memang perlu meminta dari-Nya yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih



Follow

October Book Giveaway by Blog Siqahiqa

October Book Giveaway by Blog Siqahiqa
Click Banner To Join Us!

Hi, malam ni tertarik nak join giveaway anjuran Kak Siqah tersayang pula. Kak Siqah ni sinonim dengan buku, tak hairanlah giveaway anjuran beliau pun bertemakan BUKU.

Dua buah buku disediakan sebagai hadiah...
1. Hati Ini MilikMu - Yasmin Mogahed (versi Bahasa Melayu) 
2. How to be Interesting (In 10 simple steps)

Dannn menurut Kak Siqah lagi, pemenang akan dapat hadiah MISTERI juga selain hadiah buku tu. Misteri ni buat rasa suspen dupdapdupdap ni.

Giveaway ini akan tamat pada 12 November 2017 ni tau, so cepat-cepat join mana yang tak join lagi sebab syarat pun senang aje.

Good luck semua!


Follow

Friday, October 13, 2017

Apabila dipandang Rendah oleh Orang Lain

Dipandang Rendah oleh Orang Lain | Sesiapa pun mesti tak suka apabila dipandang rendah atau sebelah mata saja oleh orang lain. Biasalah bila hidup dalam masyarakat ni, rambut sama hitam, hati lain-lain. Pantang ada kekurangan saja akan ada golongan yang suka menghakimi orang lain.

Memandang rendah orang lain memang perbuatan yang sangat tidak baik. Selain dapat membunuh keyakinan diri orang lain, perbuatan ini juga mengundang rasa riak' dalam hati kita. Memandang orang rendah akan orang lain, adakah kita fikir kita akan selamanya berada dipuncak? Hidup ini kan ibarat roda, sentiasa berpusing, ingat tu!

  • Pandang rendah orang yang dah dewasa baru nak belajar baca Al-quran, sudah sempurnakah bacaan kamu?
  • Pandang rendah cashier di pasaraya, mungkin dia buat part-time sambil menghabiskan pengajian masternya. 
  • Pandang rendah orang tak berpelajaran, mungkin rezekinya lebih murah dari kamu. 
  • Pandang rendah orang berpelajaran tinggi tapi masih tiada kerja tetap, mungkin ilmunya suatu hari nanti yang akan membantu kamu. 

Apabila dipandang Rendah oleh Orang Lain
You Will Be Wrong!

Apa yang kita perlu buat sekiranya ada orang pandang kita sebelah mata ni? Sakit hati memang sakit hati tapi kadang-kala kita perlu tengok sesuatu situasi dari sudut positifnya. Fuh, macam mana tu?

1) Jangan Pendam Dalam Hati

Jika kita terguris dengan apa yang mereka katakan, jangan pendam dalam hati terlalu lama. Kalau dipendam terlalu lama, bimbang perasaan kita bertukar menjadi benci dan dendam. Anggap saja tohmahan orang lain masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Kita tak boleh tutup mulut orang, tapi yang pasti kita lebih kenal diri kita. Lagipun kebanyakan yang memandang rendah kita bukanlah orang yang terdekat dalam hidup kita, tak perlu tambah tekanan diri sebab orang yang tidak penting.

2) Maafkan Mereka yang Memandang Rendah Kita

Hidup ini terlalu pendek untuk dendam dan perasaan marah. Maafkan mereka yang memandang rendah kita, untuk ketenangan jiwa kita sendiri, walaupun mereka tidak memohon maaf. Tidak mengapalah, anggap saja mereka tidak kenal kita luar dalam. Kita ini 'tidak hidup dek puji, tidak mati dek keji'. Move on dan teruskan hidup dengan happy!

3) Jadikan Hinaan sebagai Motivasi untuk Lebih Berjaya

Nilaikan semula segala tohmahan, cacian, hinaan, dan jelingan mereka, analisis apa yang tak kena dengan kita untuk kita ubah diri jadi lebih berjaya. Jika kita memang salah, maka berubahlah kearah lebih maju. Kalau kita benar tapi orang masih suka memandang rendah kita, tidak mengapalah. Redha Allah lebih penting dari pendapat manusia yang suka berprasangka.

4) Buktikan Pendapat Mereka Salah

Usaha keras untuk buktikan tanggapan mereka mengenai kita salah. Hihi lagi senang bila orang underestimate diri kita, sebab dia tak akan tahu tahap sebenar kebolehan kita. Buktikan kita tak semudah yang mereka sangka. Sesekali kena ajar sikit orang yang suka pandang orang lain sebelah mata macam dia saja hebat dalam dunia ni.

5) Tilik Diri Sendiri, adakah ini Kifarah?

Kita ni manusia. Kalau orang buat kita, kita rasa pedih, tapi kadang-kadang kita tak sedar kita pun ada buat orang lain. Mungkin orang memandang rendah kita adalah kifarah kerana sifat riak' yang juga ada sekelumit dalam hati kita. Check balik hubungan kita dengan semua orang, even makcik pakcik cleaner, makcik kantin, abang kantin, kakak kantin semua. Ada tak kita pandang rendah mereka, sombong bila bertembung, senyum tak masa terserempak. Kalau kita pun sombong, janganlah mengharap orang akan baik dengan kita. 

Moga kita juga tidak memandang rendah dan berfikiran buruk tentang orang lain

Pendek kata, tak salah kalau kita terasa sedih jika ada orang memandang rendah dengan kita, kita cuma manusia yang punya perasaan. Tapi lepas sedih tu, bangkit semula dan buktikan pendapat buruk mereka semua salah. Yang penting, Allah dan diri lebih kenal siapa kita. 

Dan jangan buat kat orang lain perkara yang kita tak nak orang buat kat kita. Kita mahu orang percaya dan tidak pandang kita sebelah mata, tapi kita perlulah mulakan langkah pertama untuk lebih hormat dan baik dengan orang lain.


LIFE IS SHORT, MAKE IT SWEET BABE~!

Follow

GIVEAWAY REFRESH BLOG

Click To Join Us!

>>><<<
KLIK BUTTON DIATAS UNTUK DENGAR

Lirik Lagu Biar – Fynn Jamal

Mata tua yang memandang aku itu
Bundar. Pudar
Dia tak mau bilang apa yang
Mencengkam jiwa usangnya
“Biar”. Katanya “biar”

Wahai ayahanda berhentilah walau sebentar
Dan renungkan mataku yang melaut
Khabarkan yang jujur dan ujar apa menyerabut

Wahai ayahanda bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
Akukan lemahmu
Perikan penatmu
Kisahkan jerihmu
Aku mau tau

Mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu
Harum. Senyum
Dipukaukan aku nan terus terpana dan terdiamkan
“Biar”. Katanya “biar”

Wahai ayahanda bisikkanlah walau sekali;
Izinkan aku menumpangkan bahu
Berikan aku seperca dari beban kamu
Wahai ayahanda lihatkanlah aku berlari kini
Melompat tinggi
Setiapnya kerna kau tak pernah pergi

Apa masih ingat lagi aku suka lari-lari?
Kau bagaikan tak peduli ku biar kau patah hati
Apa masih tidak lupa tengking jerit sama-sama?
Makan tak mahu semeja, sahabat lebih berharga
Apa mampu kau sudikan ampun maafku sujudkan?
Bisa tidak kau teruskan ku sesat kau tunjuk jalan?

Apa layak aku bagi?
Tak terbalas sampai mati
Kau sungguh yang paling tinggi
Istanamu syurga nanti

Ayahanda beta
Kekasih beta

♥♥♥

Aku seorang peminat Fynn Jamal, yang jatuh hati dengan karya ikhlas dari hatinya. Dan salah satu puisi berlagunya yang sangat aku suka adalah 'BIAR'. Sebuah lagu bisik hati seorang anak pada orang tuanya. Mak bapak kita, AYAHANDA kita :)

Lagu ini buat aku tersedar betapa tak terbalas perih jerih abah yang setiap hari membanting tulang mencari rezeki untuk hidup kami anak beranak. Dan mama yang mengorbankan kerjayanya ketika dipuncak untuk menjaga kami, anak-anaknya.


🎜🎜Apa masih ingat lagi aku suka lari-lari?
Kau bagaikan tak peduli ku biar kau patah hati
Apa masih tidak lupa tengking jerit sama-sama?
Makan tak mahu semeja, sahabat lebih berharga🎜🎜


Sampai umur kita ke satu tahap, kita sudah pandai mahu rebel. Remaja, kemuncak masa kita mahu cari identiti diri sendiri. Ayahanda bonda dikatakan tidak faham hati kita, hanya KAWAN yang kita percaya. Walau akhirnya KAWAN pun pergi juga meninggalkan kita, hanya Ayahanda Bonda kita yang masih setia disisi.


🎜🎜Apa mampu kau sudikan ampun maafku sujudkan?
Bisa tidak kau teruskan,ku sesat kau tunjuk jalan?🎜🎜


Semoga mereka memaafkan dosa laluku yang kadang-kala membelakangi mereka dalam membuat keputusan. Apabila terkandas, mereka jugalah yang kucari. Ayahanda, bonda, mohon teruskan memimpinku dalam landasan hidup walau aku kini sudah dewasa.


🎜🎜Wahai ayahanda lihatkanlah aku berlari kini
Melompat tinggi
Setiapnya kerna kau tak pernah pergi🎜🎜


Terima kasih atas kawalan ketat terhadap diriku pada masa keliru seperti itu. Belum tentu aku dapat menjaga diri ku sendiri seperti kalian yang membelaiku.

Ya Allah, berkatilah rezekiku walau sekecil atau sebesar apapun, supaya sentiasa cukup untuk membahagiakan mereka.

🎜🎜Apa layak aku bagi?
Tak terbalas sampai mati
Kau sungguh yang paling tinggi
Istanamu syurga nanti🎜🎜

♥♥♥

Apa lagu favorite korang pula? Ada kisah tak disebaliknya, atau korang suka muziknya dari lirik? Sharelah sekali dengan Kak Shalimar yang nak berikan hadiah kepada peserta bertuah Giveaway Refresh Blog anjurannya. Klik banner kat atas ya untuk join. All the best!

Follow

Wednesday, October 11, 2017

Tersenarai Bloglist Tuan Hasrul Hassan & Cara Memanfaatkannya

Tersenarai Bloglist Tuan Hasrul Hassan | Alhamdulillah, tak sangka blog picisan aku ini akhirnya ada rezeki untuk menerobos masuk ke dalam blog hebat www.hasrulhassan.com . Harap peluang yang datang ni tak disia-siakan aku lah. Huhu nak buat macam mana, aku baru nak start bekerja, belum dapat adapt lagi dengan dunia busy bee macam ni. 

Blog Hasrul Hassan
Template Yang Ekslusif


Bagaimana Nak Manfaatkan Peluang Masuk Bloglist ni?

1. Update! Update! Update! Hanya dengan update akan dapat buat aku terus berada carta teratas dalam bloglist tu. Kalau terpuruk kat bawah siapa nak scroll kan, nampak sangat blog pun tak aktif, tuan pun pemalas, Pesaing dalam bloglist tu hebak2 belake.

2. Update entry berkualiti, haha. Kalau duduk atas tapi entry entah apa-apa pun tak guna juga. Dulu memang la blog ni just macam diari, tapi hari ini semua pembaca blog dahagakannnn ilmu so kenalah tulis sesuatu yang bermanfaat. Aku tak janji penulisan yang banyak manfaat, tapi mesti adalah sikit pun. InsyaAllah, semuanya pengalaman jujur aku je dalam ni.

3. Tambah networking. InsyaAllah dengan masuk bloglist ramai blogger lain, tambah-tambah blogger yang sedia femes, kita mesti akan terima tempias tetamu yang singgah ke blog kita. Bila ada tetamu yang rajin blogwalking dan komen tu kenalah layan baik-baik. Sibuk tak sempat reply komen dimaafkan, tapi WAJIB SINGGAH BALAS KOMEN ENTRY BLOGGER TU BALIK!

Hehe cukuplah tu tiga, ada idea lagi tak macam mana nak manfaatkan peluang kalau jadi bloglist orang ni? Tambah kat komen tau, jangan segan silu.

Apapun aku nak share manfaat kalau korang buka blog Tuan Hasrul Hassan sikit, hihi. Eh tak sikit la manfaat dalam ni, banyak tau. 

Daripada tips untuk lifestyle & kesihatan, sampailah tips-tips berguna untuk memantapkan blog. Memang terbaik la setiap penulisan Tuan Hassan, walaupun entry panjang, tapi mudah difahami.

Anddd I suka template blog Tuan HH yang macam magazine tu. Memang ikut trend sekarang dan RESPONSIVE! 

Paling penting, walaupun gap blog picisan ini nak kejar blog Tuan HH memang jauh, Tuan HH ni tak sombong. Kalau tak percaya addlah fb beliau. Kesudian beliau memasukkan blog yang masih memakai domain percuma ni kedalam bloglist pun amatlahhhh dihargai.


Follow

Thursday, October 5, 2017

Saya Nak Masuk Bloglist HASRULHASSAN.COM !

Biar Tahu Dengan Ilmu - HASRULHASSAN.COM

BLOG MAYY JIE?

Blog Mayy Jie ini mungkin adalah diari terbuka saya, tetapi pengalaman saya mungkin boleh menjadi ilmu baru pada orang lain, jadi saya suka mencatatkan segalanya dalam blog ini. Contohnya tips study, tips cinta, tips kerja dan lain-lain artikel saya, semuanya bersandarkan pengalaman sendiri, bukannya fakta copypaste je,hihi. 

BLOG HASRUL HASSAN

Saya mengenali blog Hasrul Hassan daripada apps dekat google play. Haaa, siapa yang pernah download apps 'PANDUAN BLOGGER BLOGSPOT' tu kita geng~! Daripada Apps inilah saya belajar memantapkan blog saya. Lepastu rasa macam nak kenal je dengan tuan Apps tu jadi saya pun add la facebook beliau. Begitulah ceritanya macam mana saya kenal dengan Tuan HH ni.

Kalau yang belum download, jemputlah download apps ni. Ilmu percuma ni rugi tak grab lelaju. Lepas hadam boleh apply kat blog masing-masing.


TUJUAN MENGHASILKAN BLOG

Blog ini dihasilkan dengan dua tujuan. Pertama, untuk mendokumentasikan memori diri sendiri untuk dibaca kembali masa tua nanti (jika panjang umur), hehe. 

Kedua, berkongsikan pengalaman sendiri, mungkin berguna untuk rujukan orang lain yang tak tahu. Kalau tak berguna pun nak share juga, haha.

HARAPAN APABILA SERTAI SEGMEN INI

Harap Tuan HH sudi tinggal jejak diblog saya suatu hari nanti dan tinggalkan sekali nasihat dan apa-apa teguran untuk saya memperbaiki blog ini lagi.

Dan harap bila dapat backlink dari blog Tuan HH nanti dapat memeriahkan pageview blog suam-suam kuku saya ini, haha.

~~~~~
Pssst, Tuan HH hanya nak 30 blog je tau kali ni, cepat KLIK SINI sebelum terlambat. 

Follow

Pengalaman Interview Kerja Kilang (REGULATORY AFFAIR)

Aku tak pernah cerita lagi kan pengalaman interview dengan sebuah syarikat besar dulu, pheww. Memang tak dapat kerja situ lah (sobs), tapi cukuplah dapat pengalaman dan pengajaran dari sesi interview tu yang sangat mahal bagi aku. Bercakap dengan orang hebat memang mendebarkan, hahaha.

Be brave, Take Risks. Nothing can Substitute Experience!

Sesi interview berjalan selama sejam. Aku pergi dengan mama (thanks mom always be with me through ups and downs. ciaciacia) sebab aku ni jenis tak tahu jalan walaupun memang dah 24 tahun duduk Kulim. Hahah.

Mama tunggu kat luar je, so aku masuk sorang dalam bangunan tu. Fuh debar di hati toksah kata la dupdapdupdapdupdap tak habis-habis. Then aku call HR syarikat tu, tak sempat HR nak angkat ada sorang Puan datang jemput aku masuk bilik mesyuarat siap sebut nama full. Magic betul (haha padahal resume full bergambar passport ada kat tangan dia dah sebab hantar melalui job fair)

👉Baca pengalaman Pergi Job Fair
👉Baca - Cara dan Tips Menulis Resume

Seorang je rupanya yang interview aku. Sudahlah aku prepare untuk something yang salah. Masa HR call arranged interview tu, dia sebut position 'RA' so aku set dalam otak 'RESEARCH ASSISTANT'. Gosh, bukan weh! RA tu Regulatory Affairs rupanya. Miscommunication dah awal-awal, tebal gak muka aku masa dia suruh explain apa yang aku faham pasal RA aku duk putaq pasai Research Assistant je, ceh.


REGULATORY AFFAIR?


Apa jadah Regulatory Affair ni? Hahaha. Dia tanya aku balik. Aku pun blur-blur tapi cuba lah jawab. Dalam interview ni diam lagi loser dari hentam aku rasa, hahaha, tapi janganlah hentam cromo nanti nampak benor bodohnya. Aku jawab sepatah je, 'RULE' sebab regulatory tu kan peraturan. Affair tu aku tak pastilah, takkan nak jawab macam scandal kot, ahaks, k hambar.

'BETUL!'. Perghhhh tembakan mengena sasaran. Sebenarnya regulatory affair ni kerja yang berkaitan dengan undang-undang dan akta-akta lah since syarikat ni membekalkan medical appliance kat hospital. Pendek kata, semuanya kena tengok rules boleh ke idok masukkan ke hospital Malaysia. Kena pastikan alat medikal tu patuh syarat dan bukan barang terlarang lah. The risk? Kalau kerja dengan bawah orang yang tak tahu riba' tu haram susahlah kan. 

Cash is King! Tapi aku bukan cakap pasal syarikat tu, just cerita risiko yang 'MUNGKIN' kita hadapi. 


REAL SITUATION

Then dia ajak aku berlakon. Fuhhh tak tahulah interview jadi pelakon ke apa ni, aku ni experience berlakon tu ada lah masa sekolah, jadi SULTAN MELAKA, caish kuangja betul group aku, haha. Oklah melalut lagi. Apa yang nak dilakonkan aku dan si interviewer ni?

Dia tulis something dalam kertas dan dia hulurkan kat aku. Perghhh pitam sekejap sebab aku tak tau apa dia tulis, pakai istilah kerja dia lah kan. Aduih.

"What would you do now?"

Gulp....sejujurnya, apa-apa pun aku akan google jelah kan apa natang tu kalau betul-betul aku kena jawab tu, tapi macam tak profesional je jawapan tu. 

Aku explain macam ni, aku tak faham istilah yang dia guna. So first sekali aku akan google dulu lah apa yang aku tak faham tu. Then maklumat yang aku dapat tu, aku akan confirmkan dengan dia balik betul ke salah. 

Dia cakap dia suka orang macam ni, tak makan suap. Dia tak suka semua yang nak tanya, at least bila kita research sikit, so tak lah tanya dengan tangan kosong kan. Kena ada info sikit-sikit SUPAYA KITA TAHU APA YANG KITA TAK TAHU. 

Err faham tak explaination belit-belit ni? Hahaha.


BRIGHT STUDENT

Dia tengok results Diploma dan Degree aku. Dia cadangkan untuk aku buat master sebab dia cakap dengan result tu peluang aku cerah.

Fuhh peluang cerah, poket tak sangat. PTPTN pun tak habis nak bayar ni. Hmmm, hambat aku buat master ni macam tanak amik aku kerja je, Kahkahkah, i see what u did there puan...lol.



SHARING IS CARING

Dua perkara yang Puan Interviewer share dengan aku yang aku akan ingat selalu adalah :

1) Bila suatu hari nanti jadi bos/ketua, jangan tindas orang bawahan. Cakap dengan orang macam mana kita nak orang cakap dengan kita (nada). Sebab 'hormat' tu tak dapat dibeli. 

2) Waktu balik, balik terus, tak payah ikut orang yang suka stay dekat office semata-mata nak ambil hati bos. Kita ada family, seharian dengan kerja, family kita deserve masa kita juga. 

Insya-Allah... Aku memang pegang kata-kata 'Jangan buat kat orang perkara yang kita taknak orang buat kat kita.'



Tak dapat kerja tu? Hahaha biasalah jangan berharap sangat dengan kata-kata "We'll call you later" tu. Apapun aku percaya semuanya ada hikmah yang Allah tak tunjuk direct. Yes akulah yang kena cari hikmahnya tu :')

Aku redha dan bersyukur sebab sekarang aku dah dapat kerja lain. Mungkin kalau jam kerja tu tak fleksibel tapi dari segi gaji lebih sedap. Gaji sedap kalau tak berkat tak rasa juga (#notetoself). Semoga Allah meredhoi pekerjaanku hari ini.

Doakan juga aku dapat kerja tetap nanti. Entah-entah hikmah tak dapat kerja tetap lagi sebab nak bagi dekat dengan husband lepas kahwin kot, ihiks, gatei. 

Okbai!


P/S: Rasa tersekat taip guna gantidiri nama, fake giler, ahaks. So maaf atas penggunaan aku dalam entry ini dan seterusnya sebab memang selesa pakai AKU bukan bermaksud saya guna AKU dekat luar. 



Follow

Sunday, October 1, 2017

Babysitter for my cat



Babysitter for my cat | Baru je sambut anniversary ke 4-bulan (overly attached don't care) dengan Udin, tup tup kakak dapat kerja pulak. 4 bulan tak pernah berpisah ni, makan pun sentiasa suap, berak kencing pun kakak uruskan, aduh macam mana ni. Serius kakak kena cari babysitter lah ni! 

Kakak berat hati nak tinggalkan Udin kat sorang-sorang, takut juga kalau dia kemurungan nanti. Bayangkanlah kalau kakak keluar pergi amik budak sekolah pun dia nangis depan pintu, mama kata. Kakak sendiri pernah tengok dia nangis depan pintu sebab ingat dia kena tinggal padahal kakak masuk toilet dia tak perasan. Haha. Manja bebenor!

Alhamdulillah akhirnya kakak berjaya dapatkan seorang babysitter untuk jaga Udin masa kakak keluar cari duit, haha. Harap Udin behaved dan tak buli babysitter Aira. Hihi. Bayar RM100 sebulan je... Tengoklah kalau Udin happy kakak bagi bonus kat babysitter Aira. Kihkihkih.

Gula Hati Saya


Guideline for babysitter Aira


The do's
1. Suap Udin ayam rebus untuk lunch. (breakfast and dinner with me, no worries)
2. Train dia berak/kencing selepas makan.
3. Peluk & borak dengan dia selalu.
4. Tidurkan dia dengan selesa (atas bantal/selimut)



The dont's
1. Jangan marah/pukul Udin.
2. Tak payah bagi makanan kucing wetfood/kibbles dia tak lalu.
3. Jangan bagi orang dukung Udin.

Hewhewhew, that's all! Apapun thanks a lot babysitter Aira sebab sudi jagakan baby I ni. Phewww. Makin terasa ambang mak-mak kena cari pengasuh masa nak pergi kerja, kahkahkah.

Udin jangan nakal-nakal tau....Rindu kakak tu tahan sikit, ahaks perasan. Apapun memang dia rindu pun...Nampak je kakak balik kerja terus naik atas kakak tak bagi pergi mandi. Alololo sian dia...Baru hari pertama dik. Nanti kakak belanja royal canin + toys. Harap ko makan aaa mahal tu. Adoi.

Muka rinduuu

Follow