Mulanya hajat hati nak guna template berbayar sebab nak tampak lebih exclusive, smart, gorgeous, dan paling penting lain dari yang lain la sebab berbayar kannnn. Hahahaha. Tapi kecewa betul sebab tak semestinya template berbayar ni bagus.

Apa yang tak bestnya template aku guna haritu?

Memang aku akui ya template berbayar yang aku pakai untuk www.noormaizan.com haritu memang gorgeous betul, tapi makin hari ke hari aku makin tak sedap hati tengok PV kat dashboard blogspot ni. 


Aduhhh serius akhirnya apa yang aku tak sedap hati memang jadi kenyataan bila pageview aku yang selama ni boleh la cecah 1K sehari tetiba nak capai 100 pun susah. Kalau macam ni rasa macam jatuh gila semangat nak maintain blog.

Sebelum pakai template berbayar VS selepas pakai ( pageview jatuh teruk)
Tengoklah sampai tinggal 96 pageview sehari, sedih betul tengok tau. Sayang template tu memang sayang tapi aku lagi sayang pageview blog ni.

Good bye template cantik~!

Phewww sedih.


Follow