Download dan Baca E-book FIXI Secara Percuma

Download dan Baca E-book FIXI Secara Percuma 

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula, boleh dikatakan novel-novel FIXI sudah menjadi kawan rapat aku selain kucing di rumah, haha. 

Aku rasa seiring masa, novel-novel keluaran FIXI juga semakin bagus dan menepati selera orang macam aku yang tak berminat untuk baca kisah cinta anak orang kaya. Hehehe. 

Template IG Story download dari IG @siriusiqa

Aku sebenarnya dah borong 20 buku FIXI (akan review next time, InsyaAllah) sepanjang PKP ni, 12 darinya E-Book...

Dan 6 darinya secara PERCUMA

Ye, FREE, korang tak salah baca. Hihihi. Itulah yang nak share tu. Benda baik kena share kan?


Sempena Hari Buku Sedunia, kami telah jadikan semua pemenang #SayembaraFixiMusim1 sebagai ebook percuma! Sila ke Google Play, Kaki Buku atau eSentral. Makasih!

Semua buku yang diberi percuma tu bukan biasa-biasa ye, itu semua yang telah memenangi Sayembara Fixi Musim 1 lalu. Jadi memang antara yang terbaik lah.


Hero - Zakri Rahman
Hanya tiga perkara yang berlegar dalam hidup Hadi: Kebencian pada bapanya iaitu seorang bekas superhero; persahabatan dengan kawannya Ray; dan cintanya yang tak berbalas pada Aisya, rakan sekuliahnya.

Hadi ingin menjadi superhero setelah mengetahui yang Aisya meminati superhero. Setelah insiden di tempat kerja part-timenya dan insiden menyelamatkan Aisya dari diragut, cita-cita Hadi untuk menjadi superhero semakin menebal, tetapi bukan seperti bapanya. 

Pencarian superhero baru negara pun bermula dan Hadi mendaftar sebagai peserta di Akademi Satu Superhero. Pemilihan superhero adalah berdasarkan program realiti TV. Di situ, Ray berkenalan dengan rakan dan lawan seperti Gel, Stone, Chick dan Aziz Hamidun. Siapa yang akan muncul juara?

Raka - Mahizan Husain
Untuk memulakan halaman pertama, cukup sukar sekali. Nat hilir-mudik berlenggeng di ruang tamu. Sekejap duduk, sekejap berdiri, sekejap berbaring. Akhirnya siap satu halaman setelah berpuluh kali proses taip-padam-taip-padam. 

Nat tarik nafas lega. Halaman pertama adalah perkara paling susah dalam memulakan sebuah novel. Halaman pertamalah yang akan membuatkan pembaca mahu membaca terus atau mahu berhenti membaca.

Nat guna sudut pandang orang pertama. Itu akses terbaik untuk dia masuk ke dalam pemikiran pembunuh. 

Halaman pertama menceritakan kejadian di malam gelap di mana si pembunuh mengundurkan kereta ketika melepasi seorang perempuan di tepi jalan. Semuanya bermula dari detik kereta itu diundurkan. Dari situlah konflik dan cerita bermula.

Penumpang - Fee Anyau
Jai dihantar helaian jurnal sahabatnya Eddi yang mati membunuh diri. Dalam jurnalnya, Eddi telah menceritakan pengalamannya sebagai penumpang bas. Bagi Eddi, menumpang bas merupakan rutin yang membebaskan jiwanya.

Dalam usaha untuk menerima kenyataan tentang pemergian Eddi, dan memahami masalah yang telah membelenggu sahabatnya itu, Jai bertekad untuk mencuba menyelusuri jalan yang dipilih Eddi.

Pada masa yang sama, Jai dibebani masalah keluarga. Pemergian Eddi telah membuatkannya lebih mempersoalkan erti hidup. Di kolej, setelah kematian Eddi hampir sebulan, Nina pula memberitahu Jai bahawa dia teman wanita Eddi. Jai keliru dengan perasaannya sendiri: Adakah dia cemburu atau sangsi?

Topeng - Bali Baim 
Apa rasanya memakai topeng di hadapan manusia? Tersenyum masa marah, ketawa masa hati kelam. Aku dibuang sejak bayi dan hidup meringkuk dalam memori demi memori yang memberi kesan mendalam pada jiwaku, wajahku, kerana topengku kini berlapis-lapis.

Aku hanya mahu satu, mak aku. Dan Bomoh Kisman perkenankannya dengan satu syarat: untuk aku tinggal di sebuah rumah yang mengandungi bilik-bilik rahsia, yang melambangkan topeng-topeng paling berat aku pakai. Mampukah aku hadapi memori paling hodoh dalam lipatan sejarah hidupku? Berhadapan topeng-topeng muka yang memberi derita?

Aku akan hadapi semua memori jijikku. Dan selamat datang dunia kegelapan topeng. 

Berang - Nazrul Kama
Nora berumur 29 tahun, telah diberi notis pemberhentian kerja sebulan lalu. 
Hingga kini, dia belum mendapat kerja baru.

Dua minggu lepas, dia dan kekasihnya Faizal putus hubungan apabila dia mendapat tahu lelaki itu curang. 

Empat bulan sebelumnya, dia telah menggugurkan kandungan hasil perhubungan mereka. 

Ini adalah peristiwa yang terjadi pada dirinya pada hari kedua terakhir bekerja – bermula dari 6 pagi hingga 6 petang.

Padam - Ibrahim Jama Huri 
Malik seorang dropout askar dan beberapa rakannya masuk ke hutan untuk melakukan aktiviti lasak. Namun, mereka ditimpa musibah apabila bertembung dengan penjahat yang membunuh sesuka hati. Terlepas daripada tragedi itu, Malik cuba menjalani hidup normal. 

Tanpa disedarinya, dia diburu penjahat yang ditemuinya di hutan. Malik yang terambil pendrive tanpa sengaja daripada penjahat itu masih tidak menyedari hal itu hinggalah beberapa musibah melanda rakannya dan ibunya. Pendrive itu mempunyai maklumat rahsia organisasi pembunuh upahan negara atau BILL. 

Dia kemudian bertemu seorang lelaki misteri yang menawarkan pertolongan. Tanpa mengetahui tentang identiti sebenar lelaki itu, Malik turut serta dengan rancangannya bersama beberapa orang lain dalam menumpaskan organisasi rahsia itu.

Menarikkan? Jadi untuk download e-book ni ada tiga cara, tapi aku suggest korang download dalam E-Sentral sebab aku rasa selesa membaca guna apps tersebut.

CARA DOWNLOAD EBOOK FIXI PERCUMA

01//  Melalui Google Playstore
Masuk ke Google Playstore phone masing-masing, google nama buku, dan download lah. hehe. Nanti korang boleh baca dalam Google Play Books tu. 

02//  Melalui Aplikasi E-Sentral
Oleh kerana aku dah ada banyak buku dalam E-Sentral, jadi aku memilih untuk download dalam aplikasi yang sama supaya senang aku nak kumpul dalam satu aplikasi sahaja.

Lagipun E-Sentral ni korang boleh baca di komputer, ipad, iphone, phone, laptop dan sebagainya...Best kan. Cuma google E-Sentral, dan sign up akaun korang sebelum boleh download buku.

Untuk lebih memudahkan, boleh download apps ini dalam phone so senang lah bila nak baca nanti. Boleh bookmark page, highlight dan tulis nota semasa membaca menggunakan E-Sentral.

Eheks kemain promote pulak. 

Jadi kalau boring-boring tu, download dan bacalah novel-novel ni semua. Tak ada alasan untuk taknak membaca dah kan... Semoga membantu!

Bye...

Follow

Post a Comment

12 Comments

  1. 4 dari 6 ebook FIXI yang percuma tu dah dibaca.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha akak mmg rajin membaca...jarang jumpa buku yg akak belum baca, haha.

      Delete
  2. dari 6 buah tu baru sempat baca Penumpang. yg lain tu next time sebab sekarang takde mood nak baca ebook..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya kita pun tak suka ebook sangat, berpinar mata. Lagipun takda bau buku, sedap...

      Delete
  3. wahh bestnyaaa! benda free kan kena manfaatkan haha. nanti nak download lah. umi pun suka baca juga. boleh sharing is caring hee

    ReplyDelete
  4. hi, macam mana nak download secara free? saya buat tak boleh pula. please teach me in details. thank u.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi awak..dah boleh tak download tu?
      Mula2 kena install apps E-sentral dulu... then dalam tu, awak cari nama2 buku yang free tu, dan download. terus boleh baca serta merta :D

      Delete
  5. you, i ada beli buku ni ,then i try la download beli semua then nak buka dkt laptop utk baca tapi tak bolh kenapa ya?bolh baca dlm phone ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry tak pasti kenapa, you boleh try contact E-sentral dlm twitter or ig. Diorang boleh tolong. I pun pernah ada problem hilang semua buku yg dah beli, nasib boleh recover...

      Delete
  6. sekarang dah tak free ye kak ?

    ReplyDelete