Saturday, February 28, 2015

Bila sedih...


Bila sedih , aku pilih untuk bercakap cuma dengan Tuhan. Tidak kira aku lalai atau tidak selama ini, Dia Tuhan. Tempat aku berpatah balik tak kira bila, dan sejauh mana aku sesat.

Dan aku lebih suka menulis. Buku "Pink Magic" yang aku selalu bawa kehulu kehilir. Penuh kata sumpah makian seranah. Aku pilih lempar pada buku, bukan lempar pada manusia. 

It's okay to be sad. Manusia memang adatnya begitu. Kalau tak menyenangkan, mereka akan menyusahkan. Either one.

Bye.

Friday, February 27, 2015

Thursday, February 26, 2015

Terjebak dengan drama Korea.

Omagad , omagad. So not me. Maizan and korean, hakhakhak. 

Terjebak tengok cerita korea sejak tengok drama "Good Doctor" . 



Macam hebat gila lah kan seorang autism boleh jadi doctor. By the way adik aku pun sorang autism , dah bawak pergi pakar, siap ada yang cadangkan letak dia di kelas pelajar khas dan daftar OKU. Tapi mama tak buat macam tu pun. Haritu result UPSR dia 5A. heheh. Maybe dah sembuh sepenuhnya kot, macam normal je sekarang,cuma dia masih tak pandai berkawan, tapi okaylah takde dosa mengumpat kan, EH! haha

Lepas tu aku tengok cerita OBGYN, Doctor Stranger, Emergency Couple. Paling best dalam drama-drama tu ada betul2 babak dalam hospital. At least banyak ilmu aku dapat sambil fefeling sweet.

Doctor Stranger

Obgyn


Cerita drama romance je still aku takleh layan sebab kebanyakan cerita korea mesti perempuan bodoh. Haha semak betul otak aku tengok perempuan bodoh yang suka buat masalah.

Hero-hero yang jenis Pretty boy aku tak boleh tengok juga, hahah. Macam mana nak feeling kalau hero dia pun lagi cantik dari aku. Ceish.

Cerita Lie to Me tu aku layan sebab hero dia hensem, heroin lawa gilos. Eh. Lagi satu cerita yang aku tengok tapi bukan genre medical tu tajuknya It's Okay.That's love. Hero dia ada masalah mental. Unik betul cerita korea kan.

Lie to me 


Bukan macam drama petang yang asyik-asyik kawin paksa sebab nak bagi harta pastu gaduh pastu cinta. Puih. Tak realistik langsung. 

Jangan marah haa~ Aku bukan penggila movie pun, sebab takde keje aku cuti sem ni tu layan gak tu ,kalau aku ada kuliah or busy jangan harap nak movie2 bagai, tidur lagi bagus. Ternak lemak. Eheh.

p/s: sekarang ni ada drama Emergency Couple kat Tv9 

Yeay highlight dah cute.

Yeay highlight dah cute.
Tengok blog adik aku, kedengki rasa hati sebab highlight dia kaler pink.HAHAHA. So kedengki aku terus tukar warna highlight kt blog sendiri.

Yeay menjadi. Tapi takleh lawan adik aku sebab dia siap ada shadow bagai, pandai main code html takpe ah. Aku bukan budak IT. Jumpa code yang dicari guna ctrl+f tu pun keciwi macam pa dah.HAHA.

Nak tukar camne?

Cari
a:link {

Lepastu paste code ni kat atas dia

 ::-moz-selection {
background:#FF86C2;
color:#000000;
}
::selection {
background:#FF86C2;
color:#000000;
}

 Kod yang aku letak kaler biru dan merah tu korang boleh tukar dengan kaler favourite korang. tengok kod kat >sini<

kbye.

Wednesday, February 25, 2015

Sakat

Sakat
Lagi banyak girlfriend dia favourite2, retweet-retweet, segala conversation aku dengan member aku , lagi seronok aku nak menyakat. 

Photobucket
HAHAHA.

Cemburu ke cik adik?

p/s: Kesian member aku ,sapa suruh ngorat budak sekolah Photobucket buat girlfriend. Serabut.


post ala-ala deep deep pasrahnya dengan aku. Taknak pun lah boyfriend awak,simpan dalam seluar ok. 
Photobucket

Bye


Rindu

Rindu
Rindu masa lalu. Dan manusia-manusia masa lalu. 
Kenapa masuk dan keluar dari hidup aku tapi tinggalkan memori kita...

Kenangan kita naik bas ramai-ramai. And seat kamu tercabut. Buat aku pecah perut nak gila gelakkan kamu. Padahal itu asalnya seat aku. Kamu minta tukar sebab kamu dah nampak dasyatnya bergoyang. Hahah.

Kita pergi rombongan ke USM balik pukul dua pagi. Kamu kamu dan kamu hantar aku sampai depan gate rumah dan disambut abah aku. Aku cakap aku boleh balik sendiri , kamu cakap tak boleh sebab aku perempuan.

Kenangan kita pergi kem PLKN. Niat kita bukan nak buat aktiviti sangat tapi nak mengorat awek sekolah lain. Kita lepak gelak gelak duduk. Ada gambar aku ambil, Tapi memori kad aku hilang, tapi gambar tu cantik tercapture sempurna lagi dalam ingatan aku.

Kenangan kita pergi Genting Highland rombongan tingkatan 3. Kita makan jagung berkongsi. Kita naik roller coaster . Kamu kamu dan kamu tipu aku. Kata duduk paling depan paling selamat dan tak takut. Jantung aku luruh aku cubit kamu sampai jerit.

Kenangan kita masuk rumah hantu. Kita sesat tak jumpa jalan keluar sebab gelap. Last-last kita abang hantu tu yang guide kita keluar.

Kenangan kita darjah 6. Hari-hari kita jumpa sebab kamu nak main game handfon aku yang kakak aku bagi. Padahal budak-budak sebaya kita tak mengenal lagi menatang kecik tu.

Macam cerita Boys over Flower. Sebab semua watak "kamu.kamu.dan kamu" adalah lelaki. Dan aku adalah bunga tak laku.HAHAHAHA. 

Two of them dah jadi suami orang. sorang lagi dah bertunang. 

dan aku anak dara. 
yang masih lepak lepak atas sofa baca buku tanpa kena bancuh nescafe untuk suami.


Tuesday, February 24, 2015

Tutorial : Cursor bertukar bila sentuh link

Tutorial : Cursor bertukar bila sentuh link
Assalamualaikum.

First, copy ini. (Ctrl+C) 

j<style type="text/css">body, a, a:link{cursor:url( masukkan URL cursor 1), default;} a:hover {cursor:url(masukkan URL cursor 2),wait;}</style>

Buka dashboard > layout > add a gadjet > html/Javascript > paste .

Siap .

Link url cursor comel-comel boleh jumpa di blog yang aku kongsi dibawah. Kalau ambil ,jangan lupa kasi kredit dekat diorang ye.

Bye.

Jemputan Kahwin

Jemputan Kahwin
Ramainya kawan-kawan jemput kahwin sekarang. Hai, melayang diri ini sebab pantang dengar orang kahwin pastu terbayang diri sendiri dan my dream wedding.

Oh stop,stop.

Fikirkan matlamat balik, ok i don't really need to rush. 

I want to marry him, but not now. 

After.

Dah mampu.

Dunia&akhirat.

Saya mahu lengkapkan semua matlamat saya. Lepastu kita kahwin. Nak rush pergi mana? Bilik? I really do not agree bila org cakap "Kahwin muda nak elak zina" . Clap clap. Otak kuning awak memang fikir zina je ke? Oh i see.

Lepas tu gaduh sikit update status fb,twitter,blog.

Dah la, i'm sick with some friends yang kahwin muda dan tak habis-habis perlekeh orang bercinta tak kahwin-kahwin. Tahniah, please senyap. Kau tak tahu apa yang aku nak, sebab kau tak pernah ada keinginan macam tu. 

Lepas tu bahagia ,post gambar berpeluk sakan. And bagitau kami-kami, amalan kami tak diterima sebab buat ibadat campur dosa bercinta. Oh thanks again. Dah pandai mengaku tuhan.

Tak lama gaduh, isteri update post pasrah, husband update post give up. Serentak. Ingat masyarakat tak boleh bau?? Ada juga yang bermaki makian di wall. 

Mama cakap, if he gonna treat me macam hamba abdi then don't marry the man. Seumur hidup abah treat macam princess , takde kata kotor even 'bodoh' pernah aku terima.

Eh. 

Kad jemputan pergi ke matlamat la, dream wedding la, pastu entry jadi beremosi.HAHAHAH.
*mood swings 24/7/365

Tapi tak semua. Ada yang bahagia juga, hari-hari balik kampus ada suami tunggu. Heee...so cute.

Dah la, konklusinya tak mampu dunia dan akhirat lagi.

Tunggu 3 tahun lagi , ok. InsyaAllah.

ps: Thanks honey sebab ikut je saya ,haha . Keep calm and jom upgrade diri.

Then & Now


 Assalamualaikum...

Rindu nak throwback gambar lama. Gedik pula nak bandingkan dengan sekarang. AHAKZ.

1. Pakai labcoat dalam lab


Diploma.hitam legam, gambar kena edit utk jadi cerah.HAHA

Degree...haruslah gaya. HAHAHA


 2. Pre-grad

Masa MRSM, 2010 tuuu.haha

Konvo Diploma UiTM

 3. Prop time ambil gambar kelas

Diploma

Degree dah pandai gedik dah....

4, Gambar kelas.

Diploma

Diploma




 Degree





 5. Love




dah la kurus, hitam pula, HAHAHA



BAMBAM DAHHH...Hihi

Okay ramai tanya pasal kulit muka aku kenapa dah tak hitam. Sebab dulu aku kan duduk Langkawi, pulau, panas, pantai. Hitam la . Sekarang dah tak duduk sana, lagipun pakai la sabun beras. Hehe.


Monday, February 23, 2015

Ijazah terbaik datangnya dari jalanan.

Ijazah terbaik datangnya dari jalanan.
PhotobucketAssalamualaikum.

Nak pergi kelas takde transport. Naik teksi ke kelas RM12 setiap hari. Kadang-kadang tunggu bas, kalau nasib ada,bas berhenti, kalau dapat Pakcik Samdol, kena maki dengan pakcik bas tu, tak tahulah kenapa pakcik dreba bas tu garang-garang dulu. Just sebab rumah aku takde dalam peta untuk perhentian bas kot. 

Masuk lab lambat sejam. Tunggu tepi jalan macam orang gila. Teksi tak dapat contact kadang-kadang. Pernah muka tebal, tumpang lecturer dan tumpang polis bantuan. 

Abah hantar moto sementara nak beli kereta, Suzuki Nex baru. Skuter. Tak pernah bawak moto seumur hidup. Tergolek beberapa kali dekat jalan Beting tu. Journey hari-hari sangat tough, dekat jalan, kena elak dari tahi lembu, dekat kampus, kena mengelak dari polis bantuan, sebab... Takde lesen. 

Pakcik kedai runcit boleh detect aku takde lesen sebab tengok aku terkial2 nak bawak moto. Aku suruh dia rahsiakan. 1 sem dia rahsiakan dari polis bantuan ,HAHA. Thanks Pakcik.
Photobucket
Akhirnya sem4 abah bagi kereta. And aku pun bayar dengan pointer best untuk abah. 

Tamat.

HAHAHA, saja nak imbas pengalaman waktu diploma. Sekarang dah ada kereta sendiri tak rasa susah macam tu dah. Just, untunglah orang yang tak pernah rasa susah macam aku. Tapi aku lagi untung sebab ada pengalaman yang best macam tu. HIHI
Photobucket

LIEBSTER AWARD by CIK HANA

Assalamualaikum,
First of all , thanks Cik Hana for tagging me. HAHA dah 3 kali di tag  and sukarela nak jawab sebab best main ni. :D
Photobucket

Rules of the game 

\\ Answer the questions //
\\ Nominate others bloggers //
\\ Create your questions //
\\ Notify your nominate //

Jawapan-jawapannyaaaaaa.....

1. Perkara yang membuatkan senyum sengsorang?
Tengok gambar my lil nieces. Manja. I'm the overly attached aunty :D


2. First tengok bila masuk blog orang? sebab?
Tuan blog. Kalau tuan blog macam kerek memang keluar tak masuk masuk dah. HAHAHAH. Takdelah, eh tapi betul la. EH..! And tengok entry juga, kalau entry asyik kutuk blog orang lain tak naklah. And header tu kalau cantik bonus mark lah. Yang lain takde ape sangat kot. heheh. 

3.Perlu ke Bloglist?
Asalnya bukan kepentingan tapi for me penting juga sebab bila tengok traffic sources banyak dari blog kawan-kawan, and takde salah kita letak blog kawan-kawan juga. Selain tu, senang nak pergi blogwalking. And lastly, tak la kosong sangat blog nanti.Eheh.

4.Kekurangan dan kelebihan?
Lurus bendul. Tak tahu sama ada itu kelebihan atau kekurangan. Tak tahu untuk menipu , walau kadang-kadang kejujuran tu buat sakit hati orang lain. I'm not a good listener, akan lari jauh bila kawan menangis sebab tak pandai memujuk,dan sangat takut akan keruhkan lagi keadaan. Kelebihan tak tahu, terpulang dengan orang yang menilai. 



milkysmile

Soalan-soalannya.....

1. Minimum dan maksimum untuk sebulan topap/bil telefon berapa RM?
2. Cool tak perempuan yang bawak superbike?
3. Bila ada duit extra , lebih suka beli makanan atau barang (beg,baju,kasut)?
4. What do you think of me? and my blog? heheheheheheheheheheheheheheheheh

Jadi nak tag dua rakan je. Sorry tau sebab baru sangat aktif blog balik setelah sekian lama, kawan-kawan lama ada yang dh hilang dari contact and ada yang dah tak kenal saya , WUWUWUWUWU...





Before balik kampus.

Assalamualaikum.

Minggu ni last aku dekat umah ni, next week kelas pun dah nak mula . Entah ada masa ke tidak aku nak online. HAHA. Konon sibuk kalah budak medic, tapi memang sibuk pun. Serius, balik pun untung sangat kalau nak tengok langit masih cerah.

Tambah-tambah semester4 ni akan ada FYP (final year project). Tak tahu la jadual macam mana lagi, just tunggu dan lihatlah nanti.


Oh yeah, ada good news, katanya PTPTN akan masuk macam biasa. Hope so, even mama kata " Takyah nak murunglah, takkan ada makbapak nak biar anak dia kebulur nanti.", i don't care mama, i want my own money, taknak susahkan siapa-siapa. 

Doakan aku dapat CPNG at least 3.5 ye, supaya tak payah nak bayar balik ptptn tu. Hihi..

Eh dah la ada anak kucing baru pulak, mama bawak balik dari market sebab ada kucing jantan tengah kejar nak NGAPPPP kepala dia. Comel sangat, jantan. Ganas plak, aku ni dah la hati kecik,penakut tapi sebab sayang hari-hari aku main ngan dia.Haha

Tu la pasal jasad dan roh ni dua-dua macam lepat liat sangat nak balik mengadap buku-buku kat Shah Alam tu. Haish la serabut.  
  

milkysmile

p/s: Bila ada anak kucing kat rumah, rasa macam ada baby dalam rumah pulak kan, dia makan kena jaga, dia berak kena usha, dia jalan-jalan tak boleh lepas mata takut kena pijak dek kingkong2 kat rumah ni.HAHAHA

LIEBSTER AWARD by XENNOV


Assalamualaikum and hi everybody.
It's already a long time of period since i didn't join any game in blog. Dah lama tak berblog sebab kekangan masa (hihi). Terima kasih saudari Xennov yang tag dan ajak untuk jawab beberapa soalan cepumas. Ahakz, cepumas je. Ok let us start with the rules of the game.

\\ Answer the questions //
\\ Nominate others bloggers //
\\ Create your questions //
\\ Notify your nominate //

Answers for >THIS

1. Hitam atau putih. Sebab ?
Hitam . Kalau barang, susah nampak kotor. Kalau manusia, nampak lebih macho. Kalau haiwan, nampak misteri dan cute,

2. Benda yang suka tengok. 5 Sebab.

Gambar orang kahwin.
-Suka tengok orang bahagia.
-Nak tengok design baju.
-Upgrade angan-angan dream wedding
-Suka perempuan makeup cantik sebab nak jadi cantik.
-I just love it. I can feel the love between the lovebird.

3. Bila dalam gelap apa yang dibayangkan?
Sesak nafas tak sempat nak bayang apa-apa. Tak suka bergelap walaupun bukan jenis yang takut hantu. 

4. Radio atau TV?
Radio. Sesetengah perkara lebih indah bila pejam mata dan hayati. Sebab imaginasi kita tak terhad macam kaca tv.

Answers for >THIS

1. Tahu menjahit? Nama-nama jahitan?
TAK TAHU LANGSUNG. HAHAHAHAHAHA, Sorry. :B

2. Hitam atau putih? 5 sebab?
Always black.
-Kalau benda, susah kotor,
-Kalau manusia, lebih macho.
-Kalau binatang lebih cute, sebab ? Mata dia lebih menonjol. Tengok header la.Hihi
-Kalau pakaian, nampak kurus.
-Kalau gadjet nampak lebih mahal,ekslusif. Eheks.

3. Sokong telefon pintar atau tidak? 5 Sebab. 
Ya.
-Senang nak google anything pasal pelajaran, tambah-tambah time buat report. 
-Cepat dan efficient.
-Boleh amik gambar lawa-lawa, edit on the spot.
-Ada lirik bila pasang lagu, boleh karokae.
-Sebab saya suka FB, wechat, tuider. Kehkehkeh.

4.Binatang yang takut?
-Cicak.
-Katak.
-Anjing.
-Sugar glider.
-Rabbit.

Soalan :
1. Apa yang selalu memotivasi anda bila takde semangat?
2. Tiga ciri-ciri kawan yang baik?
3. Shawl atau tudung bawal? 4 Sebab?

Saya tag :

1. Puan Mell  
2. Kakak tiri cinderella 
3. Yaya 
Kalau sudi join la, thanks for reading. Love.









Saturday, February 21, 2015

PTPTN 2015 masuk lambat?

Habislah.
Duit yuran almost RM550 +- . Nak beli alat tulis, nak beli sabun syampu, sewa rumah, minyak kereta, sabun basuh baju, macam mana.

Baru ingat taknak kacau parents dh. Sedihnya...


Update 1 mac : Katanya akan masuk 3rd march. Yg lambat hanya untuk UMK. Sabar ya kawan-kawan. Kita tunggu dan lihat.

Thursday, February 19, 2015

Masih ingat aku?

Dah lama aku berblogging, dah lama juga aku tinggalkan blog. I never thought that 'zaman degree' will be busy as this. I got many new friends from here. Some have been gone but still a few remain my best friend. Kak Siti Sarah, Kak Sheda Meor, Kak Mell, Sapix, Miera. Tak pernah luput dari ingatan. 

Dulu blog aku penuh kisah cinta meleret. What u expect from budak baru nak up. Ok i make mistake, and sorry for annoy all of you, sampai ada yang unfriend aku pun ada. Let bygone be bygone. Some people tak worth pun nak buat kawan. 

Kebanyakan kawan-kawan blog aku dah tak aktif blog, ada yang dah padam blog pun , kecuali Kak Mell. Hihi. 

Hidup aku pun dah banyak berubah. Even muka aku pun dah berubah. Makin chubby. HAHAH.

Anak buah kecil yang aku selalu ceritakan pun dah besar , dah tadika dah.



Aku pun dah ada anak buah baru ,dan dia pun dah besar. She can even call me aunty now, Ya Allah , i'm a happy + bertuah aunty.



Dan aku bukan lagi study di Kuala Pilah, tapi sekarang di Shah Alam.

Ye apa lagi yaaa ...


Mamat rambut sikit tetap tak berubah dalam hati kite,cuma makin happy dan matang dalam hubungan. HAHAHA. 

Btw if you baca ni , "Tenkiu ngorat kite time kite huduh ya amat tu. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH."

That"s all, perubahan hidup yang drastik takde sebab aku ni oldskul orangnya,Balik cuti duk umah , selain dari tumbesaran diri sendiri dan orang sekeliling, takde apa yang menarik sangat pun untuk aku nak cerita.




Tuesday, February 17, 2015

Mak borek anak rintik.

Suatu hari yang hujan, anak-anak buah merengek menangis nak main playground. Pening juga kepala aunty ni ha, pastu teringat yang dalam Tesco Ampang kan ada playground. Aku pun bawak la sikenit sikenit dua org ni pergi main.

Sampai sana, si kakak main slide , dah la pakai dress terselak sana sini, aku biar je,nama pun budak-budak. Aku layankan si adik main rumah kecik-kecik tu. 

Tiba-tiba terdengar orang mengumpat budak pakai baju pink yang terkangkang main slide tu, eh tu anak buah aku tu yang diumpat.

Eeiii geramnya aku. Korang ni datang nak main ke nak mengumpat. 

>.<

Teruknya perempuan kaki mengumpat, sampai anak pun jadi kaki mengata. Umur baru 5-6 tahun dah pandai sohseh sohseh belakang orang.

Kalau lelaki nak cari isteri,carilah yang mulut baik-baik sikit. Iman tak dapat diwarisi,tapi perangai teruk begitu boleh jadi tabiat kalau terbiasa dari kecik.

Buat ibu-ibu, jadilah contoh terbaik untuk anak-anak. 

Sekian terima kasih.