Plan cinta tak jadi

Hidup penuh dengan rancangan, tapi bukan selamanya hari kita akan cerah. Kadang-kadang plan yang kita plan sepenuh hati ini boleh gagal dalam sekelip mata, pufff! Hilang. Dan kita tak mampu buat apa-apa.

Kerana kita manusia.

Dan kita hanya mampu merancang, dan sebaik-baik perancangan itu adalah rancanganNYA. 

Kita manusia, apabila rancangan kita gagal untuk dijadikan sebuah realiti, pasti macam-macam perasaan akan datang tanpa boleh dikawal.

1. Sedih
2. Marah
3. Rasa bersalah
4. Rasa malu
5. Takut
6. Tertekan
7. Rasa diri tidak cukup - sempurna, usaha, dan sebagainya. 

Pernah rasa? Yes aku dah rasa. Sampai satu tahap aku rasa macam, "Weh ni bad sign Tuhan nak tunjuk awal-awal, better aku give up." I was so sad, mad, ashamed, dan apa yang aku buat, I talk to stranger! Bukan stranger pun, kawan blog je cuma beliau bukan orang terdekat dengan aku so senanglah aku nak cerita sini habis sini. Hahaha, thank you untuk pesanan yang sangat bermakna.

"Itu bukan bad sign nor good sign." It's just a test! Untuk uji kesungguhan hati dan juga kesabaran yang senipis kulit bawang. "Bad or good, itu kita yang tentukan." Yah, kalau kita rasa perkara itu tak elok, itu tak layak untuk kita perjuangkan, dan kalau kita rasa perkara itu good, why not giving its another chance and fight for it! Gagal merancang itu salah kita, tapi kalau rancangan gagal itu luar dari kawalan kita. 

I feel better now, thank you Mek.

Bila plan aku tak jadi.....Aku terpaksa...

TERIMA HAKIKAT
Plan tak jadi ini bukan salah aku, dan bukan salah engkau, bukan juga salah dia, pendek kata bukan salah sesiapa. Cuma kita kena terimalah hakikat bukan semua benda dalam dunia ni kita boleh control.

Bila kita cuba untuk kawal segalanya, dan memaksa keadaan jadi sempurna, itu kerja gila. Penat je dapat pada akhirnya. Terutama apabila plan kita melibatkan hidup orang lain juga.

Kita tak dapat kawal bersin sampai terkentut kan,muahahaha? Macam tulah kita takkan pernah dapat kawal keadaan.

BERSIFAT TERBUKA
Kita tak dapat kawal keadaan atau manusia, tapi kita dapat kawal penerimaan diri kita tentang perkara tersebut. Bersifat terbuka dan redho menerima ujian memberikan kita kekuatan untuk meneruskan perjalanan mencapai matlamat asal ataupun mengubah strategi kita.

Bersifat terbuka untuk cuba perkara baru, jangan biar diri tergantung dengan harapan yang musnah tu lama-lama, cewahh. Apabila hati dan minda kita terbuka untuk tengok sesuatu dengan positif, mudah untuk kita nikmati hidup yang singkat ini.

Hello kawan, life is short, make it sweet.



BERANI
Plan yang gagal tidak sepatutnya menjadikan aku kalah dan lemah. Perlu berani untuk decide perkara itu berbaloi untuk diperjuangkan balik atau lebih baik tukar jalan lain.

Membuat pilihan yang tepat perlukan keberanian. Kerana kadang kala kita perlu melawan kemahuan hati juga.


JUJUR DENGAN DIRI SENDIRI 
Grieve your losses and disappointments. They are real and deserve to be acknowledged. Mana tidaknya plan tu bukan datang dengan angan-angan je, mestilah ada usaha dan kerja keras yang kita dah buatkan,tiba-tiba boleh pula plan tak jadi, frust menonggeng ler, sis faham sis faham.Hahah.

Tapi janganlah sedih lama-lama sangat, lepas jujur dengan diri tu carilah punca pula kenapa plan kita boleh gagal macam tu. Cari punca dan settlekan ia cepat-cepat then decide la nak stick dengan plan ni atau tukar. 



INGAT SEMUA ORANG PUN ADA UJIANNYA
Ingatlah hidup orang lain pun bukan semuanya menjadi seperti yang diorang rancang. Maksudnya bukan untuk membanding-banding ujian pula, tapi sedar setiap orang ada masalah masing-masing, tapi semuanya ada penyelesaiannya, insyaAllah.

Malang tidak berbau, tapi ingatlah kadang-kadang rezeki juga datang dalam cara yang kita tak expect pun. So bersangka baiklah dengan Allah.



Ingatlah... Didunia ini, kehidupan dan rancangan kita sentiasa berubah,tapi Tuhan tetap ada. Have faith.



Follow