Hai Assalamualaikum~! Apa khabar semua, ihiks, harap bayangan Mai masih fresh menari-nari di memori kalian semualah even hampir sebulan Mai tak kunjung blog sendiri mahupun blog teman-teman.

Apa sudah jadi ni Mai. Mood hilangkah? BUKAN! Idea tiada? BUKAN JUGA! Masa suntuk? PUN BUKAN! So apa yang sebenarnya berlaku sampai Mai lupa seketika dengan blog tercinta ni. Fuh..

Demam Hampir Sebulan

Sebenarnya Mai demam hampir SEBULAN! On off. Misalnya seminggu demam, dua tiga hari rasa badan sihat, thennnn jatuh sakit balik. Memang melepet kat rumah dengan UDIN sajalah. Huhu. 

Pulak tu jenis Mai ni kalau demam memang nak angkat kepala pun tak boleh. Asyik terbongkang dalam selimut je. First time rasanya kena demam teruk macam ni sampai merengek memalam (even takda orang layan, ceh).

Laptop Masuk Wad 

Selain diri sendiri yang demam. Laptop Mai juga masuk wad ya sebab dah nazak dah. Hairan betul sebab kata kawan Mai yang repair tu, dalaman laptop Mai tak sempurna macam ada part yang patah padahal Mai tak pernah hantar repair lagi sebelum ni dan beli pun yang baru bukan second hand. Patutlah asyik 'NO BOOTABLE DEVICE', dan banyak kali off sendiri sebelum ni. 

Akhirnya Mai serahkan sepenuhnya untuk kawan Mai tu untuk buat apa sahaja yang boleh untuk selamatkan laptop tu. Kalau boleh selamatkan mestilah cuba dulu kan, sebelum beli baru lagi. 

Laptop masih belum siap harini. Update entry ini pun pinjam laptop abah kejap, ehehehe, nak tengok movie, dah lama tak layan midnight movie sambil usap bulu Udin. 

Okaylah. Bye. Nanti laptop Mai dah siap kita jumpa lagi. Jangan lupa Ai tau!


Follow