Cabaran Kerja Shift Malam

Cabaran Kerja Shift Malam

Cabaran Kerja Shift Malam | Hidup selepas tamat belajar bukanlah seindah impian. Macam-macam cabaran datang serentak. Selalu bila susah, aku cuba fikirkan tentang orang yang lebih susah, mungkin dengan bersyukur itu dapat membuat aku lupa sekejap kesusahan diri.

Tak tahulah kenapa hotel yang aku kerja sekarang ni taknak ambil security sedangkan dia open 24 jam sehari. Kalau ya pun taknak ambil security, janganlah letak staff perempuan ALONE jaga kaunter kan. Ya Tuhan, sabarkan hatiku dari mencarut.

Jadi sepanjang kerja shift malam yang berterusan ni (tengok jadual sepanjang Ramadhan wey!), aku sendiri dah hadapi macam-macam cabaran yang ikutkan hati aku taknak hadapi tapi disebabkan nak kumpul duit kahwin, aku pejam mata dan redah jelah.

Cabaran Kerja Shift Malam 


Cabaran biasa bagi yang kerja shift malam ni macam tak dapat tidur berkualiti, selalu rasa bengong sebab tak tidur malam, berat badan bertambah (sebab 'terpaksa' kunyah sesuatu nak elakkan mengantuk) dan juga konflik dengan aircond, nak tutup panas sangat, nak buka sejuk sangat. Hahaha.

Tapi bukan yang tu aku nak cerita kali ni. Aku nak kongsikan pengalaman aku menghadapi cabaran kerja shift malam yang melibatkan manusia-manusia yang menyeramkan.

Ya, ini 2018. Manusia lebih menyeramkan dari syaitan.


01 | GUEST MABUK

Guest mabuk tak jadi masalah, yang jadi masalahnya bila dia mabuk dan cuba buat kacau dekat kaunter. Aduhhhh sakitnya hati aku. Bayangkan aku alone kat kaunter tu, dan orang mabuk tu lepak kat lobby sambil usik-usik aku dalam kaunter, seram tak? Seram shit!


02 | GUEST GATAL

Setakat nak puji puji biasa aku senyum dan ucap thank you saja. Tapi ada yang melampaui batas macam kelmarin dulu ada sorang lelaki ni dia check in kat bilik atas. Around 2am dia turun bawah dan tanya aku nak minum apa. Aku jawab taknak, then dia keluar dan bawak balik aku nescafe panas.

Lol of  course aku tak minum sebab aku cakap aku dah bancuh air sendiri. Then dia pun duduk kat sofa lobi hotel yang bertentangan dengan kaunter aku kerja.

Lepastu mulalah dia merapu cakap dia stress la apa so bila nampak muka aku terus rasa tenang. F*** off la sebab muka aku ni bukan menenangkan pun dengan bitchy resting face aku ni dia nak tipu apa/

Dia cakap lagi dia dah jatuh cinta. Puiii. Bodoh apa nak try dengan aku pula, kalau ikutkan hati yang tak fikir aku tengah kerja dan dia seorang guest hotel, dah lama makan makian percuma dari aku.

Fuhhh.

Dia lepak dekat lobby ajak aku borak sampai 6 pagi. Memang aku tak layan la sebab aku time tu duk lapan belas juta kali dah scroll timeline twitter aku yang dah sunyi padahal aku nak bagi sign kat dia supaya berambus masuk bilik aku taknak sembang. FAHAM. Oh sorry, dia tak faham bahasa.

Tolonglah bagi aku kerja dengan aman.


03 | GUEST PERVERT

Guest pervert ni lagi musibat pernah aku jumpa dalam dunia. Memang tak sedar diri betul la bangla ni. Wahai kerajaan kesayanganku yang aku dah undi kalian, tolonglah nyahkan bangsa bangla yang berlebihan kat Malaysia ni.

Around pukul 2 - 3 pagi, masa tu dah sunyi, yelah orang dah tidur kan. Tiba-tiba sorang guest Bangladesh ni dia datang kat kaunter.

"You tahu tak kat sini mana kedai urut?"

Tiba-tiba dia sergah aku cenggitu. Aku cakap la, sorry aku tak tahu kedai urut-urut ni. Then dia berdiri lama kat depan kaunter tak puas hati.

"Betul ke tak tahu?"

"Ya, Sorry sir I tak tahu kedai kat mana, Kalau ada pun dah tutup."

"Tapi saya sakit belakang ni.."

wtf. Aku pun tak jawab apa, pergi meninggallah kau sakit ke nak mati ke, apahal nak bagitau aku.

Dia pun duduk kat sofa lobi yang bertentangan front desk aku kerja ni. Duk mengerang konon sakit nak mampus kat situ. 

Aduh ajowhrinfswuiwoljk vwoewognblnf  carutan aku dalam hati.

Tiba-tiba dia cakap.

"Saya pernah duduk hotel kat KL, orang hotel tu boleh urut-urut."

FUUUUUUUU....

Aku naik suara garang la masa tu. Dia ingat suara aku ni slow macam tu je ke. Kalau guest beradap memang patutlah aku suara sopan, ini guest bangsat memang aku perdengarkan suara nyaring lagi parau aku la.

"TAKDAK. SINI TAKDA URUT-URUT APA SEMUA TU TAKDAK!" 

Then dia masuk bilik. Jilake betul.

Dia ni kalau aku call bapak aku datang ni tak sampai 3 minit, sakgi patah riuk silap-silap cacat seumur hidup baru tau. Fikirkan aku boleh handle dan taknak kecoh-kecoh je aku tak call bapak aku. 

04 | AIRCOND TIBA-TIBA BUAT HAL

Kerja malam ni bukan saja mencabar kalau tiba-tiba seram sejuk, tapi kalau tiba-tiba berpeluh-peluh kehangatan tu pun seram jugak. Itu maknanya aircond dah buat hal pada masa yang sangat tak patut! Hahaha. Malam buta mana la nak cari technician kan. Bersaunalah sambil tunggu shift habis. 

Kenapa tak bukak je pintu luas-luas, kan angin luar sejuk boleh masuk. Haaa jangan! Itu cari masalah namanya. Kang ada pula masuk dalam rancangan Misteri Nusantara tiba-tiba. 

Tapi tak lama pun nak tempuhi masalah ni, kang hari yang cerah boleh terus report dengan AirconMalaysia   sebab diorang ni pakar servis aircond ni tau. Segala masalah memang boleh rujuk je terus dengan technician diorang. Banyak negeri juga diorang cover termasuk KL dan Selangor. Boleh rujuk brand aircond korang dalam laman web yang aku bagi link kat atas. 

....

Huhuhu itulah pengalaman ngeri sepanjang aku tak sampai sebulan dapat shift malam ni. Kedepan-depan aku tak tahu, doakanlah semuanya dipermudahkan Allah.

Harap sangat aku dapat panggilan kerja yang setaraf dengan sijil dan result degree aku. Mungkin semuanya rezeki selepas kahwin kot, huhu, takpalah bersangka baiklah dengan rezeki yang takkan pernah salah alamat. 

Thanks for reading!


Apa pengalaman paling teruk korang pernah hadapi di tempat kerja?

Post a Comment

30 Comments

  1. Pergh seram dengan manusia macam ni. Sabar selagi boleh sabar. Ada je peluang baik ambik. Hmm pengalaman akak masa kerja dulu, ada la sorang makcik ni tuduh akak makan rasuah. Kepala hangguk dia la. Kita kira gaji dia setengah mati bersengkang mata kekadang tu bawak balik rumah bolehnya dia tuduh kita makan rasuah. Memang kena sembur balik dengan geng2 akak. Biasalah manusia ada kesilapan. Hal yang kecik nak diperbesarkan. Pas akak kawin bye2. Malas dah nak hadap semua tu. Kita ni Mai bila duduk dekat front desk ni memang stress tahap gaban. Sabar tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa kena tuduh shot duit pun ada kak Kinah, padahal satu sen pun tak shot, semua masuk sistem. Pelik nauu fitnah tak pakai otak ni. Tu la kak, kalau tak stress dari customer, stress dari staff sama. Sabar jelah, kahwin ni goodbye sayonara la...

      Delete
  2. Kalau kerja hotel memang kena hadap risiko cam nie.. Huhuhu.. Tapi tak patutlah pihak hotel tak hired security.. Kesian staf yang kerja malam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya company kena ambil berat hal keselamatan staff kan...

      Delete
  3. I can totally relate to all this points! T_T

    But I guess, I'm a lil bit luckier than you as I have security guys on stand by.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe bila ada guest lelaki yang instinct cakap dia selamat dan baik, memang mai bagi bilik yang dekat dengan kaunter. Sebab nak jerit kalau apa2 jadi senang sikit. hahaha. Overthinking nauu.

      Delete
  4. Saya baca pun jadi seram. Respek dengan cara awak jaga diri. Btw, kalau nak try bisnes, boleh hubungi saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seram kan..Thanks dear. Bisnes apa tu awak?

      Delete
  5. Fuh tudia. Stay strong sis. Sy pon masa dulu kerja shift malam macam-macam ada -,- sabo jelah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks sis.. Tu la kesusahan rakyat marhaen mcm kita ni, haha.

      Delete
  6. scarynyer Mai..semoga Mai terus dilindungi dan InsyaAllah ada rezeki nanti dapat kerja yg lebih baik dan sesuai dgn Mai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la Umi..mengadu kat orang pun, orang buat tak tau je...Sedih. InsyaAllah, moga masin mulut Umi, aamin, aamin.

      Delete
  7. Ushhhh seram akak baca camni Mai. Harap-harap pengurusan dekat hotel tu boleh buat jadual lain la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu mudah-mudahan la Cik Tie...Serammmmm memang serammm.

      Delete
  8. Haduiii, memang mencabar kesabaran ><
    Wahai kak maizan, bersabarlah..hadoii manusia

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn...moga ada hikmahlah disebalik cabaran ni...

      Delete
  9. hahaha.. ni seram manusia.. seram dari makhluk lain xde? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seram kak Ponti ke, hahaha. Seram tu rasanya takpa lagi...Manusia lagi kejam dan menakutkan. Serius.

      Delete
  10. Fatina baca pun seram ni Mai. Strongnya Mai kerja shift malam, Fatina kerja retail sampai 10.30 malam pon boleh tahan mengantuk and penatnya. Stay strong Mai. Semoga Mai sentiasa dilindungi Allah swt. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, mengantuk memang mengantuk, tapi sebab rasa takut so extra alert sikit. Thank you Fatina :)

      Delete
  11. Mai.. Why so scary urghh yang no 2 tu kalau aku kat tempat Mai, memang aku simbah je dengan air Nescafe panas yang dia bagi tu. Lagi scary dari hantu wehh. No 3 pun. Geli siot.

    Mai kerja hotel mana sebenarnya? Sampai tak nak ambik guard bagai, why not pihak hotel bagi kat orang laki buat shift malam, at least tak de la diorang sibuk nak ngorat. Eh nak pesan, kalau orang yg kita tak kenal offer air, mohon jangan minum, bahaya!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpa....Benci gila masa tu..Nak buat2 busy call tunang pun 4 pagi orang pun tidur dah. Sedih..

      Bajet hotel je Erni. Tapi sekarang boss dah amik precaution step dahh untuk masalah macam ni.

      Thanks untuk ingatkan...Lepas ni kena extra careful.

      Delete
  12. scary sangat. this scares me. i dont think i can handle this kind of thing if i were at your place.

    ReplyDelete
  13. sha kerja siang pun ada je laki gatal datang tanya entah apa apa. sebaik sha dikurniakan muka yang garunk. selalu bila sha jawab apa dorang cakap dorang blah je, stress betul wujud laki gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, muka mai pun garang Sha, tapi heran orang tak takut. Stress betul.

      Delete
  14. Posisi kita kerja samalah .. guest services hotel jugak . Alhamdulillah sehingga sekarang staff perempuan memang boss xkn bagi kerja overnight ,semuanya lelaki . Mcm Mai bahaya juga sorang2 kat kaunter kalau ada somebady temankan security ke at least hilang sikit rasa takut tue

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, mai dengar bos dah arrange untuk staff lelaki masuk malam sekarang tapi blum dikuatkuasakan. Hehe. Nanti kalau dah settle mai update.

      Delete
  15. fuhhhh seramnya bila jumpa customer macam ni. Setakat ni tak pernah lagi kerja night shift. Habis lambat pun pukul 12 malam tapi tu pun berteman. Tak pernah lagi sorang2. Kental betul Mai. Tak boleh bawak apa-apa protection tools ke dekat sana?

    ReplyDelete
  16. gile sex je semuanya. adoiii. dh tahu jenis gila sex lain kali nk check in tu bawak siap siap betina. tkde la nk mengerang depan orang buat macam desperate. adoiii

    ReplyDelete