Menu

Wednesday, May 30, 2012

Hadiah-hadiah sesuai untuk wanita :) *dan maksud disebalik hadiah

Assalamualaikum :)

Kahkahkah ternyata entry aku kali ni memang keterlaluan , tapi apakan daya bulan 6 sudah menghampiri kita . Ada apa dengan bulan 6? Ada tarikh 25/6 la. So what? Eiiiisshhhh, birthday aku la. Muahahaha.

Bukan ape. Aku nak mempermudahkan sesiapa yang nak bagi aku hadiah nanti tak payah susah payah perah otak pikir dah, meh aku listkan hadiah-hadiah sesuai .  Heeee~

Taklaaaa gurau je lah . Sebenarnya mai tadi ternampak artikel mengenai rahsia disebalik hadiah dari kekasih , saje nak kongsi dengan kawan-kawan . Tapi kalau nak buat panduan nak beli hadiah ape untuk orang tersayang pon boleh . Yelah selalunya time nak beli hadiah laaa otak selalu stuck sikit tak tau nak beli ape kan. Mai pun sama (^__^)v~

Maksud tersirat disebalik hadiah =)

  • JAM TANGAN : Tanda meningati setiap masa dan waktu. 
  • CINCIN : Tanda ikatan kasih yang abadi. 
  • GELANG : Tanda mesra 
  • RANTAI LEHER : Ikatan cinta yang perlu perhatian. 
  • SUBANG : Tanda penghargaan dan penghormatan. 
  • KASUT : Sentiasa mengambil berat/prihatin. 
  • PAKAIAN/KAIN : Semoga kasih berkekalan dan dekatselalu. 
  • PAYUNG : Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi. 
  • MINYAK WANGI : Tanda cinta 
  • BINGKAI GAMBAR : Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan. 
  • BUKU : Bersifat terbuka dan bertolak ansur. 
  • BUNGA : Tanda perkenalan dan tanda sayang 
  • COKELAT : semanis cintamu. 
  • LAGU/CD/KAD UCAPAN : mengabadikan cinta 
  • SEJADAH DAN ALQURAN : tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat. 

jangan kasi teddy bear aku alah habuk dan tak suka teddybearrrrr....

Begituuuulah ceritanya, hahaha... Amacam lepas nie adelah guide sikit-sikit untuk korang pilih hadiah untuk yang tersayang . 

Bagi Mai , kalau beli hadiah tu biarlah boleh dipakai selalu oleh penerima tu . Kan bila dia pakai hari hari or kadang kadang , at least dia mesti tersenyum bila ingat siapa yang belikan dia . 

Nak tahu tak selain apa yang dalam list tu, ada satu benda yang perempuan nak . Yeahhh, nak tahu tak? Nak tahu tak ?  (kecepuk kepala, amboi gitau jelah buat suspen kalah sinetron indonesia)

MASUK MEMINANG : tanda si dia serius dan betui betui serius serta serius betui betui . dah dah dah. 

Setuju tak?



Pengorbanan tu apa?

Pengorbanan tu apa?
Assalamualaikum. Yeah , harinie aku terjumpa status facebook somebody yang berbunyi begini  :)
lepaskan  hang ,,,
tuk someone yg sygkan hang....
mybe lbh dri aku kowt...
nie kowt pngorbnn tuh...
:'(
 · 




Nampak tu komen aku? Kahkahkah bajet Doktor Cinta lah kan aku nie. Tapi seriously aku nak tahu apa sebenarnya pengorbanan cinta nie ? Perlukah berkorban terkorban dan sebagainya? Errr bagi aku mcm tak perlu lah .



Ok mula-mula aku nak ingatkan nie adalah pendapat peribadi jadi mungkin ade orang yang tak setuju. Tak mengapa tak mengapa . Aku sentiasa mengalu-alukan pendapat hangpa semua . Dalam dunia nie takde pendapat yang salah . Kalau boleh komen la pendapat hangpa naaa , yg anonymous pun dibenarkan kat blog nie. Heee~

Bagi aku tak perlu sangat kot nak berkorban macam tinggalkan kamu untuk yang lebih baik . Kalau berkorban duit ringgit nak tolong masa kesusahan tak mengapa lah , dah sharing is caring, itu pun kenalah berpada-pada selagi belum nikah , or berkorban masa , or berkorban ape-ape je lah , tapi aku amat-amat tidak bersetuju berkorban jenis give up nie .


ITU BUKAN PENGORBANAN. ITU GIVE UP. Gini ayatnya 

"Aku rela tinggalkan kau demi dia.
 Aku tak baik macam dia,
aku tak layak untuk kau"

Apakah semua ini apakah??????? Kalau tahu tak baik tu kau berubahlaaahhhh jadi baik . :') Takmo macam nie , tak suke tak suke .

Bagi aku lah kan , pengorbanan yang sebenar adalah FIGHT FOR HIM/HER. Yelah aku tak suruh angkat senjata , kalau dah nak fight mcm mana pun boleh even dlm doa malam kamu . Kan . 

NEVER GIVE UP ON EVERYONE. MIRACLE HAPPENS EVERYDAY :)

Nak fight kena atur strategy juga . Mula-mula pastikan dia tu worth utk kita fight . Kalau tak tahu dia tu berbaloi-baloi tak kita nak fight , banyak ciri-cirinya. Hanya kamu boleh tahu . Kalau bagi Mai , cuma berbaloi nak fight for bila dia sayang kamu juga.Yeah time nie fight sungguh-sungguh. 

Kalau dia tak sayang kamu? Ermmm bukan nak cakap ape lah. Tepuk dada tanya diri sendiri. Apa tujuan kamu bercinta? Nak bina hidup bersama kan? Nak kongsi hidup sampai syurga kan? Bukan sekadar 'kawan aku kapel aku kena kapel' :) Jadiiiii, kamu mampu ke nak hidup sampai akhir usia dengan orang yang TAK SAYANG KAMU ? 

Jadi apakah langkah terbaik nak hadapi orang yang tak sayang kamu nie? Firstly angkat kaki.Opssssss jangan ! Jangan letak kat muke dia.... Muahahaha. Angkat kaki blah lah. Tak perlu pengorbanan berkorban terkorban bagai.

Ni den nak koba nie , kalau orang tu dah tak sayang , kamu buat la ayat sedih menyayat tersayat hati meleleh hingus orang baca pun dia tak heran la. Maluuu kan? Abis-abis dia cakap "ada aku kisah?" . 

Jadi dalam cinta , tak perlu merendahkan diri serendah sehina nya. Sebab jika dia memang orangnya untuk kamu, dia tetap nampak kamu yang terbaik . Bak kejora antara bintang , wohaaa romantiknya hakuuuu. Kahkahkah.

Ok maybe panjang sangat esei aku kali nie meh aku buat ringkasan :)

  • Kalau lelaki/perempuan tu berbaloi untuk kita miliki, fighttttttttttt ~!!!!!
  • Kalau dia tak worth langsung , say bubye (^___^)v~!!!!
Everythings happens for a reason .



Tuesday, May 29, 2012

Mamaku berpesan...... *tips menantu pilihan

Mamaku berpesan...... *tips menantu pilihan
Assalamualaikum.... (^__^)v

Gambar hiasan ade la kene mengena sebanyak 80% dengan entry kali ini :)

Suatu hari , petang yang damai. Kesibukan mama buat aku dan mama tak selalu dapat berborak apatah lagi bermanja-manja mahu menyondol mama macam kecik-kecik dulu. Ahaa.. Okay straight to the point, bila dah ada time bersembang beramah mesra, aku bersembang ngan mama. Then mama pon bukak topik pasal nak cari suami . Aha ? Oh man . (@__@) . 

Mungkin umur aku memang muda lagi. Tapi mama berpesan sebagai seorang ibu , i know mama pun taknak aku tersalah langkah . Sebab hidup berumah-tangga nie bukan macam main masak-masak walaupun aku tak reti masak. Errk, takde kaitan? 

Kalau nak cari suami nie,biarlah ilmu agama tu lebih dari kita ni orang pompuan , Maizan .....
Kalau dapat suami yang kurang dari kita , bukan tak boleh , pastikan iman kita kuat nak bimbing depa nanti. Bukan senang nak tarik lelaki untuk berubah tambah2 kalau bila dah tua takde kesedaran diri, kamu rasa kuat tak nak bimbing orang? *aku geleng kepala.... Ye aku pun belum kukuh iman didada tak mampu nak membimbing orang 
Kalau boleh carilah suami yang boleh menjadi imam . Sekarang abah imam , nanti kahwin sampai bila nak solat tak berimam. Ruginya (T__T) . Tak boleh jadi imam boleh belajar tapi itu pun kalau dalam hati memang ada niat nak jadi imam . Kalau keinginan tu tak ada, kita boleh ke paksa ?
Kalau boleh carilah suami yang boleh mengingatkan pasal aurat . Kita nak hidup dengan dia sampai ke mati . Kalau tak boleh ingat mengingati apakah fungsinya?
 Mencari suami biarlah kehidupannya sama dengan kehidupan kita sekarang. Bukan mama maksudkan sama taraf hidup. Tapi cara hidup. Mama tak pernah bawa hangpa semua ke pusat karokae apatah lagi disco semua, mama tak mau hangpa semua tahu dan terlibat langsung kalau boleh dengan tempat-tempat macam tu. Kalau dia jenis terbiasa enjoy dengan tempat-tempat macam tu, boleh dia tinggalkan? Kalau boleh alhamdulillah la. Kalau dia yang heret kamu juga? 
Last sekali , bawak dia jumpa abah, jangan sampai memalukan diri kamu. I mean , biarlah dia boleh masuk dengan abah kamu yang serius tu.Kang dia macam budak-budak abah kamu pening pulak. AHAHAHA *point mama disini adalah dia haruslah matang :)

Haaa panjang lebar pesanan my mummy . Ahakz. Lega hati aku dengar . Itu rupanya pesan mummy. 

Dear mama,
Insya-Allah, menantu kedua keluarga kita takkan menghampakan mama . Phewitt. Eh serius nie (^__^)v

Friday, May 25, 2012

Membantu bukan membantut

Assalamualaikum ,
Yeahhhh harinie aku nak menyuarakan pendapat aku dekat golongan yang wujud dalam Malaysia nie. Golongan yang berbahaya dalam ummah. Nak tahu golongan apa? Merekalah golongan yang selalu membantutkan hasrat kawan-kawan yang ingin berubah ke arah kebaikan .

Memang wujud golongan nie. Banyak sangat aku jumpa dalam facebook. Kadang-kadang kat status dakwah pun ada. Bukan nak hina pendakwah bebas dalam facebook, tak semua, cuma ade yg tak bertauliah ni, update status dosa orang , dan kawan-kawan ramai2 mengutuk mengeji si pendosa. 

Adakah anda bertudung satu tiket untuk anda menghina yang tak bertudung? Adakah anda tak terlibat dalam hubungan perasaan satu tiket untuk anda menghina orang yang bercinta. Penegasan aku , zina dan kapel dua benda yang berbeza. Tak semua yang kapel berzina, dan tak semua yang berzina tu kapel. Kadang-kadang bila dah rasa diri sempurna , sesedap rasa mengutuk orang yang dimatanya kureng sikit agama dari dia.

Sayangku. Dunia nie tak ada penimbang amal. Buruk baik amalan dicatit tu rahsia Allah. Jangan memuliakan diri menghinakan orang. Pengalaman aku sendiri , dulu aku ada friend nie free hair, time tu aku bertudung mcm sekarang la, dan sekarang bila aku balik dari IPT , aku tengok dah berpurdah, alhamdulillah, aku pulak still mcm dulu. Tengok , penegasan aku  adalah bila Allah nak terbalikkan hati manusia tu sekelip mata saja. Ada juga kawan yang dulu bertudung sekarang dah bukak. So , beringatlah selalu.


Actually kalau kawan kita yang nak berubah tu, kita bukan perlu mengeji dia, kalau tak mampu nak bimbing dia , better tak payah bg pendapat kalau pendapat kita tu sekadar membantut bukan membantu. Kalau tak mampu menjadi garam untuk mengawetkan daging, janganlah menjadi langau yang membusukkan daging tersebut.


Bayangkan dia tu dah nak berubah , tetiba kamu pulak pergi hancurkan semangat dia. Dia putus harapan, besar dosa tu kan, rasa bersalah tak? Haaa , kalau dia jenis kuat jiwa kental tak apa lah, kalau dia tu jenis cepat tersentuh berubah hati? Kita sepatutnya jadi semangat , mendokong usaha kawan kita nak berubah . Kan.


p/s : Mai suka cara Ustaz Azhar Idrus dan Kereta Mayat berdakwah , tak menjatuhkan maruah si pendosa. Macam ni baru boleh menyentuh kalbu , niat nak berubah pun jadi berkobar-kobar. 

Wednesday, May 23, 2012

Sakit hati yang dasyat .

Sakit hati yang dasyat .
Pernah berharap?
Pastu orang kecewakan?
Benda penting orang tak hiraukan?
Sebab benda tu takda kaitan ngan diorang?
Sebab yang susah tu kau sorang ape diorang nak kisah?
Diorang pun tak pedulik kau susah?
Best kan rasa mcm nie?
Sumpah best ?
Best?

Pernah berjanji?
Janji yang kau amik ringan?
Sebab bukan kau yang tanggung ?
Orang tu yang tanggung lantaklah dia nak berharap?
Ape kau peduli kau cukup semua biaqlah dia nak susah ke melarat ke?
Kau rasa puas lah buat orang macam nie?
Kau suke?
Kau puas hati?
Tahniah.

Pernah sakit hati?
Yang berdenyut-denyut hati tu?
Seriously kau dapat rasa denyutan maha hebat dalam dada
Akibat hati yang nak explode kesakitan?
Memang macam damn?
Seriously ?

Terima kasih 


argghh botak ni tak bagi motibasi kat aku langsung . Woi aku sedih ni pujuk la saaaaaat.................. 

Huahuahua
Takpelahhhhhh sedih macam orang nak mampus

Nobody should know the reasons.

Akmal , cepat ambik saya.(T___T)v
I need u , right here , right now .
Cepatlah...
..................Orang orang menyakitkan hati saya.................

Aku salah. Saya salah. Err salah siapa?

Ok , harini yakni 2 Rejab , adinda ingin membincangkan mengenai kata ganti diri 1 dan konfliknya :)

AKU
Pernah jumpa status cenggini kat fren fb aku. Sentap hati mak nokkkk... Kan "aku" ini ibarat darah daging , kahkahkah, aku dah guna "aku" nie sejak kecik lagi... So what?

Sape kata penggunaan aku ni kurang ajar? Bukanke aku ni lambang kamceng . Ye lah contohnya kan time memula masuk belajar , akward sikit nak start perbualan guna AKU , then bila dah 2 3 hari , mula dah masuk line , kamceng skit2 , baru kita guna aku kan?
Aku suka bila orang cakap guna aku kau . Tu tanda dia tu dah anggap aku ni kawan dia . Awesome.....
SAYA

Haiya minah serba tak kena ni. Dah guna aku salah , guna saya pun salah . Haaa ni pon ade gak problem sesetengah masyarakat harini.

Actually aku guna gak perkataan "saya" nie . Entah kenapa tp selalunya aku guna saya awak time borak ngan kawan aku yang non muslim , Cina , India. Dari darjah satu pun sifat aku lagu nie... Aku sorang ke korang pon sama.

Selain itu , saya ni digunakan dalam urusan rasmi serta professional. Memang tak larrr aku nak pi terjah Lecturer " Madam , aku dah siapkan presentation MRSA , bila aku nak bentang neh?" Kau nak tempah kubo cakap cemtu?wakakakaka...

NAMA 

 yang guna nama pon aku selalu buat gak. Kalau korang perasan aku kalau komen kat blog kamu kamu aku guna sebut diri MAI . 

Tapi ade gak orang tak selesa. So langkah terakhir paling layak aku amik adalahhhhh... ADE AKU KESAH KAU TAK SUKA KE KAU SUKE? 

Ok sebenarnya aku tulis entry nie sebab aku jumpe berbagai status dan entry tak puas hati dengan penggunaan kata ganti diri orang lain. Masalah sungguh la hai. 

Bagi aku la kan, suka hati jantung limpa orang tu la nak sebut diri dia sebagai ape, kalau aku tak suke , aku takyah la sebut balik . Takyah nak bising2 . Kang dia terasa mcm aku terasa dia buat entry mcm aku plak, eh? Kantoi pula aku buat entry sebab terasa~

Kahkahkah, maunya aku tak terasa sampai ketulang itam , sebab penggunaan kata ganti diri 1 yang dikiritik hamat hebat tu aku selalu guna...Kihkihkih...

Kesimpulannye , show respect to others, and u will get yours. :) 


Sunday, May 13, 2012

Check email , wohaa den dapek duit 2 juta...

Assalamualaikum,

Macam biasa pepagi buta nie den memang aktif. Tak rasa mengantuk pun , Encik Akmal dah lama berdengkur kat sebelah, err okay den tipu, dia berdengkur dalam telefon, den malas nak letak telefon, dengar jelah dia berdengkur, halwa telinga, bhahaha :P

Ok dah dah melalut, memula den check email yahoo. Dah lama tak buka, puluh2 ribu lemon la dlm inbox tu, sambil terfikir ,kan best kalau follower blog pun ribu ribu riban mcm inbox yahoo mail nie.

*pangggg* 

Tampo pipi. Toksah berangan kelaut, entry pun entah pape, nak dapat ramai follower. Muahaha.. Ok den tacing bila orang kata blogger jaja cerita peribadi ni tak sayang maruah la , jual cerita masalah peribadi la, kaut follower cara kotor la. Apekejadahnya. Dah nama pun blog peribadi takkan den nak tulis kisah atok jiran kepada jiran den kot ~ Arghhh tension.

Ok stop emosi.

\(^__^)/ senyummmmmmmmm .

Nahhh hai , sekali tengok ada msg dari celcom lah . Kihkih :P Apedia nie.

Ahaaa... Bil telefon bulan nie RM41 lah . Bahahaha. Bulan lepas RM20 je. Aigooo . Macam biasalah , tenkiu Akmal (^__^)v .Sayang awok . Ehehehe takdelah , bulan nie den g bayor sendiri lah , sikit je pon. Erhhh . Tengok lah dulu , erhhh ape aku merepek nie, lalala~

Pastukannnn , pastukan...... den dapek msg daripada sorang makcik bernama Zanzila. Haaa ni baru cite yg kene ngan tajuk entry nie...

Kepada yang dihormati,

Saya adalah seorang insan yang mulia yang tidak dikenali tetapi saya hendak mencari seseorang yang boleh dipercayai untuk mengendalikan sebidang hartanah saya untuk didermakan kepada persatuan Barah Malaysia.

Saya baru diberitahu yang saya menghidap penyakit barah tahap terakhir yang tidak ada harapan untuk hidup di dunia ini.Saya menyesal kerana tidak membuat perubatan bila mula mengetahui tentang penyakit barah saya.Saya harap Allah akan memaafkan saya kerana tidak meminta pertolongan sebelum ini.

Saya tidak ada rezeki untuk menimang cahaya mata kerana saya terlalu menumpukan perhatian saya kepada kerjaya saya.Oleh itu,saya mempunyai sebidang hartanah yang saya hendak menderma kepada Persatuan Barah Malaysia untuk kebajikan dan menolong orang-orang yang menghidap penyakit seperti saya dan menguruskan program dan perubatan untuk pesakit barah.

Masa untuk saya hidup sangat singkat dan saya tidak mempunyai masa untuk mambuat kajian tentang penyakit saya dan saya memerlukan seseorng yang boleh menguruskan hasrat saya yang terakhir sebelum saya menghembuskan nafas yang terakhir.Saya meletakkan harapan dan kepercayaan kepada anda untuk menguruskan kewangan saya untuk didermakan kepada persatuan yang lain yang memerlukan bantuan juga.Ini juga adalah permintaan arwah suami saya sebelum dia meninggal dunia dan saya tidak ada hasrat untuk meninggalkan harta-harta saya kepada kerajaan kerana duit tersebut akan dipergunakan oleh orang orang politik dan ini tidak menghasilkan apa-apa kebaikan dan saya tidak diberikan pahala di dunia akhirat.

Saya sangat mengharapkan duit yang didermakan sebanyak 2 juta sterling pound digunakan dengan tujuan baik daripada saya.

Bila anda menerima email ini,sila hubungi dan memberi informasi anda kepada peguam saya untuk arahan selanjutnya.

Saya mengucapkan terima kasih terlebih dahulu kerana saya hanya mempunyai masa yang singkat dan tidak dapat mengenali anda terlebih dahulu.

Yang Benar

Pn. Zanzila binti Hashim 
From: Malaysia 
Email: Zanzila@hotmail.my

Ahaaa , actually msg nie dah lamo , den lupa nak khabor. 

Pastu den balas , konon konon eksaited tahap kelangit. 

Dia reply balik , td den sedar. Wohaaa . Ingat makcik nie tak baca dah reply den tu.

Kepada yang dihormati,

Terima kasih diatas perhatian anda untuk membalas kepada email saya yang tak seberapa ini.Saya tahu dengan datangnya email saya ini membuatkan anda keliru dan sangsi tapi saya percaya dengan ketentuan alla subhanahuataala saya menemui kamu walaupun tidak dengan mata kasar kerana saya bermastatin di United Kingdom bersama suami yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan sejak 1975 sebelum beliau meninggal dunia 5 yahun lalu dan kini munggin tiba pula giliran saya dijemput kerana saya juga menjalankan kemoterapi intensif Operasi kerana pertumbuhan kanser payudara dan semakin teruk sehingga bernanah dan mengeluarkan bau yang kurang senang.hanya tuhan saja yang dapat membantu saya dan kakitangan hospital yang banyak memberi dorongan semangat untuk saya teruskan sisa-sisa hidup saya selama ini.Dengan doa saudara-mara dan juga teman-teman saya masih lagi boleh bernafas.

Sebelum beliau meninggalkan saya 5 tahun lalu kami bersetuju untuk melantik seorang peguam keluarga sebagai menjalankan perniagaan dan perbankan kami di Inggeris Raya disini untuk tujuan amal dan alhamdulillah beliau taat dan amanah menjalankan tugasanya.Saya dan suami berasa amat teruja kiranya dana kami ini dapat di berikan pada yang memerlukan di malaysia tanah tumpahnya darah kami tetapi sukar untuk saya menjalankan projek amal di malaysia kerana keuzuran saya ketika ini.

Keinginan saya yang terakhir ini dapat kiranya dana saya diuruskan untuk tujuan amal bagi yang memerlukan di malaysia.Dan jika anda orang yang boleh diamanahkan suka kiranya saya ingin beramah mesra untuk tujuan dedikasi antara saya dan keluarga anda sebelum saya meamanahkanya dengan membahagikan 70% tersebut di atas orang-orang yang memerlukan manakala 30% lagi untuk jenis assistant .Peguam saya akan menangani semuanya jika semuanya termaktub.Semoga allah merestui hubungan ini dengan tujuan murni.

Disini saya juga suka kiranya jika kamu dapat menghubungi peguam saya yang berkhidmat untuk tujuan mengenali dan mengetahui dengan lebih dekat lagi.

Tel:     +447031741868


Tuhan memberkati,

Pn. Zanzila binti Hashim 
From: Malaysia 

Errrr....No comment. Malas nak amik tahu dah la. Kalau korang berminat berinteraksi dengan makcik nie, hubungilah peguam makcik tersebut.
Sekian terima kasih.

Den nak tido dengan penuh kesedihan , besok hari terakhir anak buah den dekat umah den ni (T__T) . Lepas nie dia balik umah dia dah, sedih hatiku sedih sekali.

I'm gonna miss u muchuk auntie. Uwaaaaaaa.....

Auntie sayang dania dengan seluruh jiwa raga berserta urat-urat dan salur salur darah auntie ini . Wohaaa.... Ini baru anak kakak aku. Belum aku punya . Bhahaha. OK FOINE~!!Stopppp the gatalan ... Lalala~

Saturday, May 12, 2012

Debaran menghitung hari .

5 perkara asas 
  • laras seat tempat duduk , pastikan kaki kiri sedap tekan clach tu sampai habis
  • perbetul cermin sisi , cermin belakang
  • pakai tali pinggang keledar 
  • start enjin
  • periksa lampu & wiper
Bukit 
Tekan clac tekan brek > tarik brek tangan > tekan minyak ,tahan > angkat clac sikit dan tahan > tambah minyak > lepas handbrake .... weee~

Parking tiga penjuru 
Pusing kanan habis > balas kiri 2 kali > kon separas bahu pusing kanan balik 2 sampai habis> kereta straight terus berhenti > pusing stereng kiri habis > keluar balik

Parking sisi 
tiang separas bahu > pusing kiri habis > undur sampai nampak batu hitam ke 3 > balas kanan 2 kali , undur sampai tayar cecah garisan > pusing kanan habis dan undur .

Jalan raya 
Bergantung kepada kebolehan mengambil hati abe JPJ muahahaha.

                Errrr ape kebende aku merepek nie...Wah debaran debaran menanti JPJ aku lahhhh 15 May nie. Bayangkan ape kebondo la pusat memandu tu siksa aku, kelas memandu aku tamat 22 April lalu, 15 May baru aku ade JPJ . MEMANG AKU INGAT STEPPPP .Warghhhhhh~

Hanya mampu berserah~~~ Nyanyi lagu ombak rindu sat , wuhuuu . Korang doakan la aku . Aku sangat sangat memerlukan lesen nie sebab nak ulang alik ke kelas nanti naik kereta , kalau takde lesen aku kene naik bas . Aku tak suka pakcik bas garang, huaaaa... Takut seyh....

Ahaaaa .... tak sabar nak memegang stereng kereta secara HALAL . Muahahaha...... 

Doakan ye~ Sayang kamu kamu kamu dan kamu semualah :)

Friday, May 11, 2012

Cinta sama jantina ?

Assalamualaikum .

Entri ini aku tulis bukan cerita sekadar suka-suka. Bukan mengaibkan sahabat aku sendiri. Bukan. Bukan itu niat aku . Cuma nak meluahkan betapa terkilannya hati aku dengan apa yang terjadi sekeliling aku.

Kalau sebelum nie aku dengar , aku tengok kisah pengkid cuma dalam TV jer or maybe berlaku depan mata cuma takde involve org2 trdekat aku. Tapi kali nie aku sangat terkejut *SHOCKKKKK! sangat amat teramat sungguh terlalu terkejut bila kawan aku sendiri yang aku kenal sejak sekolah rendah terlibat dengan gejala cinta songsang ni.

Takde niat mendengki. Takde niat nak jeles kebahagiaan. Mula-mula aku tgk status kat fb bertukar married , aku anggap dia main-main saja. Maybe. Then upload gambar album tajuk cinta hatiku bagai, duk berpeluk sakan ngan perempuan yang tak berapa perempuan , oh aku mula tak sedap hati. Aku stalk dia wall dia, penuh dengan kata-kata cinta dari si pasangan pengkid, siap guna istilah ai suami yu , yu isteri ai, errr suami kejadahnye???

(T_____T) sedih hati aku. Aku sangat-sangat benci golongan nie ... Nauzubillah min zalik terjadi dalam kalangan keluarga aku . Ya Allah , aku amik step beranikan diri jumpa ibu dia dan tanya . Terkejut si ibu tadi . Dia tak percaya , aku tunjuk segala bukti . Si ibu kata nanti dia bincang ngan anak dia .

Tadi , ibu dia datang rumah aku , jumpa aku . Sayu hati aku dengar luahan ibu dia. Berat hati aku yang dengar , apakah dasyatnya hati si ibu yang anak dia mcm tu.

"Makcik bukak msg dia , budak tu siap hantar cakap sepi bila kekasih hati jauh ."
"Pastu makcik buat ape?"
"Mak cik balas , mak cik kata kalau nak berkawan biasa makcik tak kisah tapi janganlah melampaui batas, makcik terus terang cakap makcik geli"
"Budak tu kata ape ?"
"Dia tak balas ..............."

Aku ingat sampai disitu saja.... Then makcik tu sambung.
"Makcik cakap ngan anak makcik dah, makcik kata janganlah buat benda bukan2"
"Hmmmm..."
"Dia melawan makcik , dia tinggi suara, dia ungkit cakap makcik tak kisah kalau adik dia yg buat"
"Haaa...?Errrmmmmmm"
"Entahlah Maizan"

Tu la antara perbualan antara aku dan si ibu tadi. Aku tak tahu nak bayangkan apelah gelodak hati mak cik tu. 

Dalam hati aku berdoa kawan aku dibukakan pintu hati untuk berubah.....

Dalam hati aku berdoa makcik tu diberi kekuatan jiwa......

Dan dalam hati aku berdoa sesungguh-sungguhnya agar aku takkan pernah buat ibu aku kecewa macam yang dialami makcik tadi (T____________T)

HARAM perempuan menyerupai lelaki. Itu fakta. 
Pendapat aku? Perempuan menyerupai lelaki HARAM tak hensem

Kisah breadmaker :)

Assalamualaikum ,hye korang . Dah dinner ke?*dinner kejadah pukul 1 pagi nie, muahaha. Ok dah supper ke? Oh yeahhh diet lettew tak makan malam . :B

Tadi mai makan roti arab. Phewww ~ Konon dietlah tak makan nasik, ceit...Hahaha....

Pinjam kat google
Haaa lebih kurang gitu la roti arab Mai makan , cuma tak berapa nak gebu sangat macam tu , maklumlah belum otai ~ kehkehkeh.

A : Makan ape tadi ?
M : Roti arab..
A : Ooo roti arab...tau tau.
M : Buat sendiri hokey (=..=) <--idong kembang bangga
A : Waaah buat sendiri , ke mak buat?Huahuahua
M : Erkk ok fine machine buat.
A : Machine ape?
M : Breadmakerlah. Macam-macam roti boleh buat.....
A : Ye ke...Dia buat macam mana?
M : Dia boleh uli, dia boleh bakar, dia boleh macam-macam lah.
A : Bentuk dia?Macam penguli kek tu ke?
M : Bukan-bukan...Macam oven tu.
A : Wahh ,dalam tu mesti ade tangan kan?
M : Tangan ? Kenapa tangan ?BHahahahahaha
A : Abis tangan tu kalau takde dia uli pakai ape? *blur
M : Bhahahahahaha ,,, tuhdiaaa imaginasi ....

Adehhhh sampai kesitu dia pikior, kesian-kesian . Ni meh nak tunjuk gambar breadmaker tu .

amik google
Amik google

Haaa gitu rupa penguli tu, jangan nak bentuk tangan sangat.Bahahahaha.....Selain doh roti arab , macam2 roti dia bleh uli. Cepat dan cekap, cewahhh, kekadang jiran aku siap bg tepung minta tolong mak aku ulikan doh diorang nak buat pizza.

Haaa , selain pizza, roti arab, dan roti keras kematu tak jadi yang pernah aku buat , nie roti tak tau nama aku punya hasil, rasa dia mcm roti kat kfc tu. Tadaaaaa~

Ok fine selekeh. Tapi ape ada pada rupa kan. Hewhewhew~

Selain breadmaker, barangan Noxxa yang super ohsem mak aku pakai kat rumah adalah nie...Nama dia pressure cooker. Kenapa aku cakap ohsem? Masak nasik cuma 7 minit. Pastu leh guna masak macam-macam, kalau nak rebus daging ,perghhhh cepat benar empuk , air daging tu pun jadi sedap ... 

Eh macam aku dapat gaji plak promote barang Noxxa nie,bhahaha. Mak aku peminat setia barang Noxxa sebab memudahkan kerja beliau. 

Rumah masa depan den pun nak guna barang Noxxa la, boleh tak yayang? Phewwww~

Wednesday, May 9, 2012

Tips nak susun sidebar blog

Assalamualaikum.

Muahaha, den punya blog pun tak kemas . Ade hati nak bg tips kat orang yerh? Ahhh tak kire tak kire , kalau taknak anggap nie tips berguna pun den tetap nak kongsi-kongsi ngan korang pendapat Mai (^__^)v

Syahdunya pepagi nak kongsi ilmu sambil dengar nasyid , woha :)

IKLAN
Haaaa iklan nie kalau boleh letak kat atas sekali dalam sidebar tu yeahhhh . Tambah-tambah iklan Nuffnang .Mai ade dengar cite yg kalau letak iklan Nuffnang nie menepati kehendak , senang dapek BE. Mai tak penah dapat BE pon , cuma , ape salahnye dengar cakap sifu-sifu.

KOTAK FOLLOWER
Yang nie penting , haaa penting penting sekali untuk letak kat atas. Kenapa? Sebab memudahkan orang nak follow anda lah. Nak tak ramai follower? Kalau nak sila letak. Kalau boleh letaklah kotak yang asal tu ye . Yang ade perkataan "JOIN THIS SITE" . Kalau nak tahu kenapa boleh semak entry lepas Mai. Penting tauuuu . >Kepentingan kotak follower<. Haaa lagi satu kalau anda letak kotak follower tu bawah2 malas pulak orang nak cari , tambah2 kalau tersorok. Lagipun tak salahkan hargai follower anda dengan letak diorang kat atas-atas. Hewhewhew.

GAMBAR -Kalau boleh jangan banyak-banyak sampai berjela2 ye . Hehehehehehe.Bukan ape nanti semak pulak segala angkatan tentera semut nak letak, kalau semak takpe lagi, kalau berat blog camne?Haaa sedihlah blog loading tak habis orang dah blah. Padahal entry lu gempak wa cakap sama luuu..Wuhuuu.Then , korang bolehlah letak ape2 korang nak letak contohnya :
  • SENARAI ENTRY-ENTRY LEPAS- Penting jugak nie , mana tau orang ade hal contohnya esaimen ape2 lah, tetibe dia ade teringat entry anda ade info pasal esaimen tu, so takkan dia nak tekan "older post" sampai rapuh jari jemari.Awww~
  • BUTIRAN DIRI -Contohnya nak letak link facebook kamu ke , twitter kamu ke, suka hati lah, ade orang tak suka tonjolkan diri dia , ala-ala misteri gitu, bwahahaha.... Tapi Mai redah je , lantok lah... Selagi boleh berkawan , Mai buat kawan baru, bahagia je hidup nie .Ngehehe.
Ok dah . Then bawah tuuuuu... Barulah kamu boleh letak....

SHOUTBOX/FIBOX/CBOX
Nak tahu kenapa Mai tak galakkan benda alah ni korang letak kt bahagian atas atas blog. Haaa nanti kan, orang masuk blog kamu tak baca entry ape dah. Dia tulis "hi" je then blah. Sedihkannnnnnn...Alaaa kate la sedih (T__T)v. Haa , if korang letak shoutbox nie bahagian bawah-bawah, at least nanti dia terpaksa scroll blog korang ke bawah untuk dia jerit jerit di situ. Bila dia scroll, besar kemungkinan dia akan terbaca sikit-sikit entry korang pastu tetibe dia tertarik hati lantas tergoda lalu membaca sampai ke habis dan follow korang. Weewittt happy ending lah :) Muahaha *ape aku merepek pepagi buta nie.

Ok lah sampai disini pelajaran kita untuk hari nie. Hewhewhew. Apa macam? Berguna tak? Bhahaha. Ke korang malas nak baca ? Sampai hati.... :B



Ok nomnomnom , ngidam nasi kerabu lorh ... Huahuahua..K dah kelaut, aku minta diri dulu. 

Assalamualaikum (^___^)v

Monday, May 7, 2012

Promosi blog yang berkesan :)

Promosi blog yang berkesan :)
Assalamualaikum , 

Aku nak cakap pasal ape td? Pasal promosi yang berkesankan? Okok , bagi aku yang agak baru gak lah berkecimpung dalam dunia blog nie , aku rasa cara nak promosikan blog yang paling aku rasa berkesan adalah.

Facebook

Selain wall dan fanpage aku, aku selalu gak ping kan entry aku dekan group-group blogger. Ah lantak la orang nak bace ke tak, at least aku usaha ping kan :)
Blogwalking

Aku selalu gak blogwalking dari blog ke blog . Aku tengok kat fibox tu mana-mana ade nama yang sedap menarik tertarik hati aku aku klik la. Bila blogwalking secara tak langsung dapat promosikan blog kita kat orang .

Drop komen

Drop komen lagi penting. Aku suka drop komen kat blog orang . Mesti tuan blog suka kan . Ye la sape tak suka orang komen entry dia. At least dia akan rasa org baca gak rupanya entry dia. Bak kata sifu kesayangan saya kak mell , Bila kite bahagiakn org.. Kita pun turut bahagia tau.. Dgr ckp sifu ni. Hahaha..


Tinggal jejak kat shoutbox
Kalau tak tinggal jejak camne orang nak datang balik ye dok? Kalau tinggal jejak tu jangan plak pakse2 dia "FOLLOW I BACK OR I UNFOLLOW YOOUUUUUUU ARGGHHH FIRE2!" Kebende tuuuu , bhahahahaha..... Dan lagi satu, kalau nak tggl jejak kat shoutbox pastikan korang pun ade shoutbox ok. Kalau korang takde sila tggl jejak kat komen. Not fair not fair.
Chatting
Chatting pon boleh tolong mempromosikan blog korang tau . Aku selalu chat kat sini je , sebab pengguna sana polite dan saling menghormati serta mesra. Hihihi :)

Kebenda tips kau share nie Mai, semua orang tahu laaaa pasal nie...bhahaha..... Eh suke aty ai la nak kongsi tips ape pun . Lalala~ Sayang korang yang sudi baca..Kihkihkih :*

Good night :)