Monday, October 31, 2016

Hang orang mana?

Tiba-tiba teringat kisah masa diploma bila kawan dari negeri lain dengan selamba badaknya panggil aku orang hulu bila tahu aku asal dari Kedah. Mula-mula tahu pasal tu aku mengekek je la gelak, itu je mampu.

Adakah dia ingat satu negeri Kedah ni penuh dengan padi ? Dia tak tau ke kedah ada bandar teknologi tinggi dia sendiri, and tempat aku ni Kulim, Kulim Hi-Tech, kesian. 

Maybe dia ingat orang duk kat padi tu semua orang miskin kot, aduih. Kalau hangpa penah pi kawasan bendang hangpa jangan terkejut pulak tengok banglo 'orang kampung' yang hangpa ingat hulu sangat tu besaq tiga kali ganda rumah taman hangpa tu.

Berbalik kepada kisah aku tadi, aku amik pendekatan buat bodo je dengan kawan macam tu, akhirnya dia diam sendiri, tak kuasee I nak layan.

Orang Kedah nampak ja macam kasaq, sebab bila bercerita kami penuh dengan emosi. Siap dengan gaya tangan, kaki, buat eksyen, siap buat bunyi lagi 'gedebom' ,'pong pong' semua keluar, barulah real. Hahaha.

Okaylah, jom kita layan gelagat Kak Nab sat, kekeke.


Sumber : Page Kak Nab (Photo)

Sunday, October 30, 2016

Contoh Resume Ringkas

Assalamualaikum, hello.

I've shared 'Tips Menulis Resume' before, right? In that entry , semua knowledge yang I got from 'Finishing School' seminar during my final year study, aku concludekan dengan bahasa santai dan ringkas untuk rujukan korang. I hope the tips helps people a lot. Hihihi. Jadi, ingat lagi tak keyword yang aku tekankan? Ringkas dan padat

So if korang masih pening-pening lalat tak ada idea nak buat resume, bolehlah rujuk resume aku buat kat bawah ni. Ini pun aku baru je siap tadi, hehehe. Aku sendiri dah beribu kali tukar template resume sebab aku cepat rasa bosan. 


Taraaaa... Simple dan padat, hanya 1 page je. Mind to share with me your point of views?

Nak template macam ini? Okay don't worry, boleh iols tak kudukut tau. Kalau uols nak nanti jangan duk komen kat bawah pm, pm, pm, plak, aku bukan buat bisnes, hahaha. Emailkan terus permintaan anda kepada maizanfauzi93@gmail.com SELEPAS IKUT SYARAT YANG MAI TETAPKAN KAT BAWAH . Dalam email tu bagitahu nak tema colour apa, nanti aku emailkan sekali siap dengan free template cover letter satu set, haaa suka tak? (Nanti korang edit semua pakai Microsoft Word).

Syarat-syaratnya?
Syarat ditukar pada 29/11/16: Dah tak perlu like fanpage bagai.  Kalau nak template ni just tolong share entry ini pada facebook dan google + korang je. Thanks :D

Kalau lambat sikit maafkan saya okay sebab nak design lagi, nak prepare untuk interview lagi. Harap membantu~! Tata.

Download template resume lain (KLIK SINI)

Lirik | Hijau Kuning Negeriku ( Lagu Bolasepak Kedah)

Klik untuk dengar

Lagu Keramat Pasukan Bola Sepak Kedah

Yakinkanlah diri sendiri
Berjuanglah sejiwa murni
Tekun berani sesungguh hati
Demi sukan mengharung negeri
.
.
Biar jasa jadi kenangan
Hijau Kuning lambang kemegahan
Jelapang Padi tempat sanjungan
Negeri Kedah Darul Aman
.
.
Kedah, Kedah pantang kalah
Walu sakit jatuh dan rebah
Bangun lantas semula gagah
Bajur lalu melintang patah
.
.
Hijau Kuning tanahku
Darul Aman negeriku
Hijau kuning darahku
Negeri Kedah negeriku
.
.
Kedah, Kedah pantang kalah
Walu sakit jatuh dan rebah
Bangun lantas semula gagah
Bajur lalu melintang patah
.
.
Hijau Kuning tanahku
Darul Aman negeriku
Hijau Kuning darahku
Negeri Kedah negeriku

Negeri Kedah negeriku

p/s : Kongsikanlah lagi semangat negeri korang...

Tutorial | Ubah Rupa Linkwithin jadi Lebih Comel

Assalamualaikum, and hi.

Jadi harini Mai mahu ajar cara tukar bentuk linkwithin yang membosankan tu, petak je kan, untuk jadi lebih cute bulat, dah tu boleh ejas pula tukar colour border image tu lagi. Nak tahu tak camne? Teruskan pembacaan anda, ecewahhh.

Untuk yang belum ada linkwithin, aku cadangkan baik korang letak. Linkwithin ni macam magnet yang bertugas nak bagi readers blog korang stay lebih lama kat dalam blog sebab nanti dorang mungkin akan tertarik tengok post lain yang dorang nampak terpapar kat linkwithin tu kan. Haa nampak tak pentingnya linkwithin ni, so kalau nak pasang korang klik SINI dulu okay.


Haaa comel kan. Nak tak macam tu?

Cinta Pertama

Pertama kali cinta yang ikhlas benar-benar lahir dari hatiku bila aku melihat kamu sayang. Masa berlalu cepat sekali, semoga kasih sayang antara kita terus mekar di dunia, hingga ke akhirat sana.

Kamu.
Tetap.
Baby aunty.

baby i yang paling tinggi tu, hihi.

gevam tauu gundut sangat. Haritu merajuk sehari ngan aunty sbb terlepas cakap kata dia gendut, hahahahaha. 

Omg awat cepat sangat hang membesaq ni sayang.

Aunty senyum saja tapi dihati gembiranya bukan kepalang.
Bila orang mengatakan kamu sama persis seperti aunty.
Tinggi.
Dan.
Garang. 

Sayang...
Ikutlah yang elok saja okay. 

Aunty sentiasa mendoakan hidupmu, kesihatanmu, kejayaanmu.

Kalau mereka meragui kasih sayang aunty untuk kamu,
Kamu tanya saja pada Tuhan,
Kerana hanya Dia mampu mengukur,
Aunty ini benar atau olok semata.
Sedang aunty sendiri tidak berani mengukur ikhlas dari pengorbanan yang secebis ini.

Tapi aunty berani kata.
Bila tiada lagi yang berdiri untukmu, 
Carilah aunty disisimu,
I'll always be there for my honey bunny baby boo.

Love you sayang.
Budak korea aunty.

Baby saya memakai baju korea (^_^)v

Blog Review | mellyacrayola.blogspot.my

Hello my beloved readers.

Pepagi buta yang indah ni Mai nak ajak korang pergi ronda-ronda ke blog yang bertuah untuk direview ni, jeng jeng jeng. Ingat tak siapa dalam list haritu? "A box of Crayon" lah, yeay! Tak sabaq tau nak review blog favourite Mai ni, pertama kali dah jejak kaki ke sana terus jatuh cinta dengan blog Mellya sebab comel sangat!

Macam biasa, korang dibenarkan klik hanya selepas baca review okay, kehkehkeh. Aippp sabar-sabar.

Seperti blognya yang comel, tuan blog pun comel juga tau. Hihi, dikenali sebagai nama Miss Crayola tapi Mai panggil kejap Mellya kejap Fhatin, harap tuan blog tak marah, heeee...Berumur 23 tahun, maknanya kami sebaya, tapi bezanya Mellya ni kreatif sangat dan hasil kerjanya mendesign blog sangat Mai kagumi, hehehe, sebab Mai tak kreatif pun.

So kalau nak mengenali tuan belog 'A box of Crayon' ni bolehlah add and follow laman sosial beliau.

First time Mai jenguk blog Mellya dulu, bukan design ni, tapi tetap lawa sangat. Kagum sampai rasa takmau keluaq, entahlah kenapa rasa berkenan sungguh dengan pemilihan warna pastel dan design hasil tangan Mellya ni. Lepastu Mellya tukar design macam yang sekarang ni, tetap cun kan. No wonderlah Mellya boleh buka tempahan edit blog.

Bercakap pasal tempahan edit blog, Mellya ada buka lagi tau tempahan mengedit blog, tapi Mai tak pastilah sampai bila. Hasil kerja Mellya pun beliau ada tepek kat blog dia tu so korang boleh nilaikan sendiri, macam-macam design duk ada, tapi semua comel belaka. Harga yang Mellya amik untuk satu tempahan pun affordable, so kalau korang berminat klik SINI terus. 

Lagi best, Mellya selalu kongsikan tutorial yang boleh kita gunapakai untuk mencantikkan blog kita ni. Ada yang Mellya ajar sendiri or ada yang Mellya terus kasi link blog tutorial yang lain. Kalau nak tutorial dari Mellya boleh klik SINI, jangan lupa ambil freebies comel khas dari Mellya kat SINI.

Mellya selalu juga review movies yang best-best, kadang-kadang dari situlah Mai dapat idea nak tengok movie apa bila bosan-bosan. Review product kecantikan pun ada tau, i loikeeee! Kadang-kadang Mellya akan buat post random macam tongue twister ke, korean phrases ke, selalu Mai buat bahan nak main dengan adik-adik. Kehkehkeh. Macam bebudak, main je keje.

Okay apa tunggu lagi, cepat pergi terjah Mellya, biar korang faham kenapa Mai bekenan sangat dengan blog comel tu~! Hihihi. Jom. >A BOX OF CRAYON<

Saturday, October 29, 2016

Makna bacaan Al-Fatihah.


Ayat 1: “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”.

Ayat 2: “Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam”

Ayat 3: “Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Ayat 4: “Yang menguasai hari pembalasan”

Ayat 5: “Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan”

Ayat 6: “Tunjukilah kami jalan yang lurus”

Ayat 7: “(yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat”.

Terangkan Diri Anda Dengan Betul Semasa Interview.


Hi, assalamualaikum.

Entry kali ini just part of my preparation untuk pergi interview nanti, tapi aku rasa nak kongsi dengan pembaca blog aku. Soalan "Terangkan mengenai diri anda". atau "Describe yourself", atau "Tell me about yourself" ni boleh dikatakan paling famous dan soalan wajib setiap kali interview kan.

Sebenarnya apa kita perlu jawab kalau diajukan soalan itu. Betul ke interviewer tu berminat sangat nak tahu pasal diri kita? Perlu ke nak cerita sampai pekerjaan abah mama kita, berapa beradik semua?
Nampak simple kan soalan ni, tetapi kita kena juga buat preparation bagi menjawab soalan ni.

Hafal ke jawapan? Nope! Don't memorize the answer script, tapi ingat saja apa point penting dan jawab nanti janganlah macam robot saja. Wujudkan suasana macam bersembang dengan interviewer tu. Kenapa kena prepare tu sebab supaya kita tak tersasar masa nak jawab soalan tu nanti.

Pertama sekali, prepare sekurang-kurangnya 5 kekuatan kita yang berkaitan dengan jawatan yang kita minta. Tulis la dalam kertas ke buku nota ke, kalau macam aku, aku buat satu buku nota khas so dalam ni aku tulis la segala mak nenek tips ke atau vacancy yang aku kena minta ke, apa-apalah lagi yang berkaitan dengan perjalanan mencari kerja aku. Eh, back to the point, 5 kekuatan yang kita nak listkan tu termasuklah dengan pengalaman lalu, atau skill yang kita dah master, ataupun ciri-ciri diri kita sendiri yang kita percaya satu kelebihan untuk kerja yang kita apply ni.

Mulakan bercerita tentang pengalaman lalu dan kejayaan yang pernah kita capai sebelum ni. Kalau takde pengalaman bekerja lagi, cakaplah pasal course apa kita sebelum ni, dan pencapaian kita. Ceritakan sesuatu yang positif, nilai kebaikan atau apa-apa manfaat yang kita dapat sebelum ni. 

 ‘I have been in the customer service industry for the past five years. My most recent experience has been handling incoming calls in the IT industry. One reason I particularly enjoy this business, and the challenges that go along with it, is the opportunity to connect with people. In my last job, I formed some significant customer relationships resulting in a 30% increase in sales in a matter of months.’

So then barulah kita masuk pasal kekuatan dan kebolehan diri kita. Pastikan lah kekuatan kita tu berkaitan dengan kerja tu pulak, jangan lah cerita pasal kebolehan kita makan ramen pedas tanpa minum air ke ape, kehkehkeh.

‘My real strength is my attention to detail. I pride myself on my reputation for following through and meeting deadlines. When I commit to doing something, I make sure it gets done, and on time.’

Last sekali, simpulkan segala kelebihan kita tu dengan situasi semasa. Kenapa kita nak join company tu sangat. 

‘What I am looking for now is a company that values customer relations, where I can join a strong team and have a positive impact on customer retention and sales.’

Preparation kita takkan rugi sebab kalaupun soalan ni tak ditanya, kita dah ada point nak jual diri sendiri dekat company tu sebab kita dah prepare segala kelebihan diri kita kan, so boleh juga guna point ni selit selitkan semasa jawab soalan lain.

Masa inilah kena pandai jual diri sendiri. 

All the best.
Doakan Interview Mai Berjalan Lancar Nanti :D

Blog Review | diaridandelion.blogspot.com

Assalamualaikum, hai.

Tibalah giliran Diari Dandelion untuk direview kali ini. Maaflah setiap kali nak review mesti pepagi buta, sebab masa ni la idea datang mencurah bagai keladang gandum, kekeke. Ah, jangan buang masa lagi mari kita kenali blog Diari Dandelion dengan lebih dekat lagi.

Tak sabar nak terjah? Lepas habis baca review baru klik gambo kat atas okay, hahaha.

Blog Diari Dandelion ini adalah pemilik seorang blogger berasal dari Pahang, dikenali melalui nama penanya Gee Lion. Sudah berkahwin dan dikurniakan seorang puteri. Kak Gee sukakan penulisan yang puitis, tetapi kalau filem, kak Gee lebih memilih tema patriotik dan magika. Buku? Pastilah bergenre alternatif pilihan Kak Gee. Minat Kak Gee yang mendalam terhadap bidang penulisan mendorong kepada lahirnya sebuah blog yang diberi nama Diari Dandelion ini...hihi, so apa lagi jom kita godek isi blog kak Gee.

Blog Kak Gee ni simple tapi sangat kemas tau, dari pemilihan warna template hinggalah susunan sidebar, semua kak Gee buat kemas-kemas. Yang bestnya blog Kak Gee ni, bukan saja ada top commentator, tapi juga recent comment, so kita boleh tengok komen-komen terkini, and kalau nak ada muka korang kat situ, tinggalkanlah sepatah dua kata pada entry kak Gee. Hehehe. 

So tengok bahagian atas sekali, akan nampak navigation bar blog Kak Gee. Apa yang penting kat situ adalah profile kak Gee sendiri, dimana korang boleh mengenali siapa sebenarnya diri Kak Gee. Yelah pepatah ada mengatakan 'tak kenal maka tak cinta' kan? Next, kalau korang tekan kat 'bloglist' tu korang akan dibawa ke blog yang kak Gee buat khas untuk menempatkan senarai bloglist kak Gee. Ya Allah, tak tau nak komen apa sebab even blog tu khas untuk Kak Gee tepek bloglist je, tapi cute ya amat. Klik 'cbox' untuk tinggalkan telapak kaki comel korang untuk kak Gee singgah balas okay.

Kak Gee ada jual Ikan Patin Masak Tempoyak Frozen tau. Haaa first time dengar kan? Mai pun. Specialnya Ikan Patin Tempoyak Frozen ni adalah resepi rahsia umi Kak Gee yang kak Gee sendiri tak dapat kenalpasti rahsia kesedapannya. Amboi baru cakap je Mai dah terliur dah. Dah namapun lauk frozen, cara penyediaannya pantas dan semudah ABC. So kalau berminat nak beli boleh baca SINI.

Kegemaran Mai dalam blog Kak Gee adalah entry kak Gee yang berlabel Stanza. Puitis bahasa Kak Gee, sungguh Mai mengagumi dari jauh ni. Kalau Kak Gee buat buku pun Mai sanggup beli tau. Kadang barisan ayatnya terang dan jelas, tapi kadang-kadang ada level deep yang memaksa Mai fikir makna tersirat disebalik yang tersurat. Yes, pembacaan yang meransang minda berputar, berfikir, , hidup, memang Mai sangat suka! Nak baca stanza kak Gee? Klik sini

Jadi korang janganlah tunggu lagi kat sini, cepat terjah blog Kak Gee. Go! >DIARI DANDELION<

Friday, October 28, 2016

Svior buat text mask

Hola!

Comel kan, Thanks Svior sebab pilih nama blog ai untuk randomly edit text mask lepas dah perturunkan ilmu step by step nak edit text and logo by using Adobe Illustrator software ni. Clear instruction and guide, so if you're interested for making your own masked logo or words nak letak kat header ke buat watermark korang sendiri ke pape ke cepat pergi belajar dengan Svior. 

So kalau berminat assistant kucing Mai yang comel kat bawah tu akan tunjukkan, klik je okay, hihiks. 



Blog Review | kasihkuamani.blogspot.my

Hai, assalamualaikum. Jom kali ni Mai nak ajak korang geledah blog Kasihku Amani pula disebabkan kak Sha adalah ranking kedua blogger suka komen dalam blog Mai ini. Hihihi.

Terjah blog Kak Sha dengan klik gambar diatas. eh tunggu dulu, terjah lepas baca review okay. 

Penulis blog Kasihku Amani ni adalah Kak Sha, seorang blogger dari Kuala Lumpur. Menulis blog hanyalah sebagai part-time, tetapi boleh dikatakan kak Sha ni seorang blogger yang aktif sebab suka blogwalking dan tinggalkan pendapat di blog rakan rakan blogger lain. Untuk memperoleh detail lengkap kak Sha, untuk pengiklanan atau review boleh dapatkan di blog Kak Sha, very recommended sebab blog Kak Sha ni hebat jugaklah dalam ranking Alexa.

Masuk je dalam Kasihku Amani, mesti ternampak iklan Crispy Sambal yang super menggoda tu tau. Kak Sha adalah agen untuk crispy sambal yang sedap dimakan dengan nasi or roti tu, so kalau korang teringin boleh contact Kak Sha directly kat number tertera. Tetambah untuk students, memang terbaik sebab tahan lama, boleh la jimat-jimat everydah beli nasi kosong je kan. 

Sitemap blog Kak Sha terletak pada bahagian bawah comment post, agak tersorok tapi takdelah sampai tak nampak. Kehkehkeh. Sitemap ni penting tau sebab macam isi kandungan blog la, boleh dijadikan guide untuk readers cari apa yang depa nak cari. Ada 11 types of content yang Kak Sha letak kat sitemap tu, wahh banyak kan. Jom aku cerita apa yang menarik perhatian aku untuk selalu lepak lama-lama dalam blog Kak Sha.

"Drama Korea" & "Novel" . Ting ting ting, markah untuk Kak Sha sebab minat yang sama dengan Mai, so ni macam magnet la nak suruh I stay situ lelama godek godek tekan next next next nak baca entry seterusnya.

Hek eleh kecoh je Mai ni setakat review banyak lagi blog pasal review drama and novel tu.

Aipppp, ce korang pergi baca blog Kak Sha sekarang. LAIN TAU. Kak Sha lari dari typical blog review yang kalau korang perasan, semua lebih kurang je, asal kopipes dari wiki atau sinopsis kat belakang buku. NO! Kak Sha review dari pandangan mata dan pendapat peribadi kak Sha sendiri. Itu yang mahal tu, sebab susah nak jumpa review ikhlas. Nak lagi best, kita tengok dulu drama korea tu, or baca dulu novel sebenar, then baru baca review dari Kak Sha so barulah boleh relate dengan kefahaman kita ataupun kalau ada yang lain dari kita faham boleh lerr nak bincangkan ke, kan. Hehehe, entah pape Mai ni pasal drama and novel pun nak bahas bahas bagai :P

Next! "Parenting" banyak menceritakan tentang keletah buah hati kak Sha yang menghiburkan. Macam macam kisah duk ada, biasalah sementara anak nak besar, macam-macam kisah terjadi, kadang buat kita geram, kadang buat kita terhibur, tetiba je bleh mengekek gelak sorang-sorang. Eh cakap macam aku ada anak plak, takdelah, pengalaman jaga anak buah gitu lah, hahaha. Tabik dengan kaum ibu ni. 

Last but not least, "Tempat Makan" is my favoriteeee! Tapi aku mampu cuci mata jelah sebab kebanyakan tempat makan best yang Kak Sha share adalah dalam negeri Perak. Sobs sobs, so orang Perak apa lagi, geledah cepat blog Kak Sha cari tempat makan best dan masukkan dalam list wajib pergi korang. Untung lerrr (bunyi jeles campur kecewa). Alaa, takpe, selain tu Kak Sha ada juga rekemen makanan or menu best dekat restoran fast-food. Bolehlah dari takde lansung kan, fast-food dah kompem-kompem aku bleh dapat kat negeri aku. Hahaha, apapun, cuci mata tengok makanan memang tak merugikan pun, hahaha. Syok ape, silap-silap aku google je resepi tu pastu buat sendiri.


Oh ya, kalau korang belum join giveaway kak Sha yang bakal tamat pada 30 November 2016 ni, bolehlah klik SINI untuk join secepat mungkin. Giveaway ni sempena hari lahir Kak Sha and husband yang jatuh pada bulan Oktober dan November so dengan niat nak menyambut hari lahir sambil memupuk minat membaca dikalangan rakyat Malaysia ni, maka lahirlah giveaway ini. Hahaha, ecewah memandai je hakuu menambah perisa. Tapi betul la, tak rugi kot join, mana tahu rezeki dapat buku kan. Kalau ramai join mungkin hadiah bertambah, ngehngehngeh, cepatlah korang join cepat dengan klik SINI

Design blog Kak Sha adalah dari Rrai, so kalau hasil kerja Rrai memanglah cun kan. So takde komen atau kritikan nak bagi, kehkehkeh. Maka sampai disinilah review saya kali ini. Hihihi. Thank you baca sampai habis, so korang dah boleh terjah kak Sha sekarang. >Terjah Kak Sha<

Thursday, October 27, 2016

Nampak lebih yakin dan bergaya dengan high heels ~!

Assalamualaikum, hi~!

Jangan kata hakak tak payung.

Hahahah sekali sekala belanja gambo sendiri apa salahnya kan. Okay jom, harini aku nak cerita pasal cara nak berjalan dengan heels yang betul, so then barulah nampak kita ni ada confidence and bergaya sikit. 

Sebelum nak berjalan dengan selesa dan bergaya ni, kenalah ada high heels yang best dulu. Adoi, takkan nak catwalk pakai selipar jamban pula kan, tak comel lah, muahahaha. So kalau nak tips yang best masa nak beli atau pilih high heels pertama korang, sila baca entry yang aku tulis sebelum ni (klik bawah):

“Give a girl the right shoes, and she can conquer the world,”, bak kata Marylin Monroe. Okay dah ada kasut yang best dah? Jom mulakan cerita kita... Jeng jeng jeng...


Okay ni tips paling penting masa kita nak berjalan dengan high heels ni. Semasa mengatur langkah itu pastikan kaki yang menjejak tanah tu mendarat dengan tumit dahulu, bukan tapak yang depan mahupun jari kaki ataupun korang akan jadi awkward dan pelik sangat. Hahaha, kalau tak percaya ce try, kehkehkeh. Contoh langkahan yang betul rujuk gif kat bawah :

Kalau dah pakai heels ni tak boleh lah nak langkah besaq besaq. Dah la pelik lepas tu tak comey pulak. Kalau nak cepat bleh langkah laju laju tapi maintain langkahan kecik tu. Another rule, langkah dengan satu kaki ke depan kaki lagi satu. Korang boleh praktis jalan atas line kecik kat jalan , atau buat imaginari line korang sendiri, dan start cat walk tu.

Kalau pakai heels lepastu kalut, memang disaster lah. So tenangkan diri dan jalan dengan penuh konfiden. Kalau tak cukup konfiden pun buat-buat je konfiden (macam aku selalu buat,kahkahkah). Boleh je jalan laju dengan heels tapi lepas korang dah cekap lah. Okay. Aku pun takdelah cekap mana, cuba ligan aku dengan cicak, berteraboq juga. 

Apa benda pun dalam dunia ni kalau dibuat berulang kali, walau susah macam mana pun, lama-lama mesti terer punya. So banyak-banyak lah praktis dengan macam-macam jenis kasut. Lagipun design antara satu kasut dengan kasut yang lain akan tak sama tahap keselesaannya and ada trick tersendiri untuk bergaya dengannya. So kenalilah kasut korang sendiri, hewhewhew.

Harap korang sukalah tips dari aku ini, tata~!

Okay ke design blog ni?

Okay ke design blog ni?
Assalamualaikum, mai nak tanya sikit ni, hehe.

Mai ada tukar colour and size font untuk post entri. Korang rasa macam huduh tak blog ni sebab tulisan hitam dan terlalu besar tu? Ke tak terlalu besar? Ke okay je just nice? 

Sebelum ni pakai colour kelabu terang dan size 14 arial, sekarang colour hitam dan size 16. OK ke KO design blog ni? 

Good news !

Assalamualaikum, good morning everyone.

Let me share a good news with you today... I've received a text that said my resume was shortlisted to be a kindergarten teacher, so they had arranged for me an interview next week, on 5th November 2016. Pheww, with a quite long preparation period they had given to me, I think they will definitely expect more from me later. Ya Allah, ketaq haih. 

Eh, by the way, have you heard about Little Caliph Kindergarten? I'm sure you've heard it before, right?  They already had more than 290 branches in Malaysia and Indonesia. Wah, very impressive. As they applying Islamic English preschool concept, so I can conclude that this kindergarten emphasizes a balance of both Dunya and akhirah. 

A very big company compared to a very tiny little me. Huhuhu. Zero experience in anything, yet not a super ANC student. I already stated in the cover letter about how I am a very fresh graduate (segar dari ladang!) with exactly no experience in teaching, but always love to help my friends, siblings or nieces in their study, as long as I can help.

In my planning, what I'm going to do this morning is prepare for the interview next Saturday. Yelah, manusia hanya mampu merancang, hahaha. All my plans were destroyed by my Owen~! Kahkahkah, buruk nau perangai salahkan adekku yang suci itu.

 Err kak I landing tepi bucu je ni tau, tepi ni je.. Janji tak kacau kakak nak tulis.

Ehh alamak, kenapa terlanding pulak ni...Alang-alang tu krohhh teruslah, tak gituu?

Tapi tengoklah sendiri tu haa betapa gediknya Owen hari ni. Haritu keroyokkan resume kakak sampai kena print lagi sekali. Harini kacau kakak buat preparation. Saje lettew kan..Hahaha.

Save sini kejaplah mana link yang tak sempat nak usha disebabkan Owen kacau (alasan) padahal nak sambung tido, kahkahkah. Dah la penutup malas nak speaking dah, ngantok. 

Tata :P

Wednesday, October 26, 2016

Paraprosdokians

Paraprosdokian means beyond expectation. It is a wordplay type of literary device. Its final part of a phrase or sentence is unexpected. Its unexpected or surprised shift in meaning appears at the end of a stanza, series, sentence or paragraph.


Dengar bukan hukum.


Tidak usahlah menerangkan diri sendiri pada orang yang tidak mahu faham. Penat. Kerana apa yang mereka mahu dengarkan cuma apa yang mereka mahu tahu, fakta yang mampu menyokong busuk fikiran mereka...Selebihnya? Kebenaran yang tak diperlukan. Kerana memburuk sangka itu lebih lazat, mungkin? Entah aku tidak mengerti orang seperti itu.

Apabila mendengar hanya kerana mahu membidas.
Mematah fakta.
Memulang paku serpih.
Tidak memahami, tidak mendalami. 

Aku ini mungkin tidak baik. Tetapi bagaimana kamu dengan yakinnya lebih mengetahui isi hati aku lebih dari aku sendiri? 

Biarlah Tuhan menjadi hakim.

Siapakah yang akan mendapat review penghargaan ?

 photo best commentator 2_zpsv4nxztnl.jpg


Assalamualaikum... Hola~!

Ish tak sabaq nak mengumumkan bahawasanya Mai akan mereview blog pengomen setia missobsesi.blogspot.my . Yeay. Review akan dibuat secara berasingan, maksudnya satu blog satu entry, mengikut turutan dari yang pertama hingga kelima.



Korang bolehlah usha-usha blog mereka sementara menunggu review dari aku, hihihi. Alaa, review la sangat, aku tak pandai complain pun sebenarnya, entahlah apa aku nak merepek nanti, kehkehkeh. Harapnya bernas dan memberi manfaatlah.

Jap!

Kejutan lagi.

Sebenarnya aku terharu tau dengan korang semua yang sudi menjejakkan kaki ke blog aku ni so aku, so ni special promote untuk blog-blog yang juga rajin singgah ke sini dan tinggal komen. Thanks tau uols.

3. BTS
4. Tiara 
5. Mrs. A
7. Mazni


Ya Allah sebenarnya banyak lagi tapi tak terlist pulak. Tapi jangan risau, yang dalam bloglist kat bawah tu, semuanya blog best-best tau. Sama ada blog entry best kebaboom or blogger yang ramah, atau keduanya sekali, ahhh tak kisahlah,it's worth it to follow them. Terutama geng blogger family...hihi...Pergi lah melawat!

And,,,,,, happy blogging korang semua. 

Tuesday, October 25, 2016

Masa kecik dulu aku selalu....


Masa kecil dulu aku tak ada gadget, cuma ada kawan dan tetap riang! Hihi. Petang-petang mesti keluar merayau dengan basikal, tak pun main dekat belakang rumah, kalau depan bahaya laluan kereta, so kami selalu lepak bahagian belakang rumah je. Selamat dan lapang takda pasu bunga makcik sebelah, eheks. 

Kadang-kadang kami main game macam explorace tu. Aaaa, advance kan kami even takde iphone ipad macam bebudak sekarang. Kami divide dua group, then kami tulis hint dan sorokkan di beberapa tempat. So kami bertukar kertas hint yang pertama, then....LUMBA! Geng mana yang akan menang dulu. 

Masa muda
Jangan pernah sia-siakan
Simpankan sebagai memori
Jadikan polaroid 
-Sakura Band-

Sebenarnya banyak perkara yang dapat buat semua memori aku tu terimbau. Indah betul masa kecik dulu, cuma takda polaroid nak abadikan. kekekeke. 

Gelang getah ni aku akan kumpul dan kemudian sambungkan buat tali yang panjang. Kemudian tali tu kami akan guna untuk main zeropoint ataupun "rumah terbakar panggil bomba", aku pun tak ingat nama sebenar game tu. Hahaha. Kalau bab lompat zeropoint tu dulu akulah jaguhnya, satu bonus sebab aku tinggi dari kengkawan yang lain, kahkahkah, thanks to daddy for his gene. Jangan kata lompat, buat gymnastik atas jalan tar pulak tu, kau hadeee. Luka takpa boleh bubuh plaster, janji nampak hebat. Huduh betul perangai.

Buat adik adik yang tak tahu apa itu zeropoint dan macam mana bentuk talinya, rujuk gambar dibawah : (Sumber)

Bunga madu ni kami selalu kutip kat sekolah. Aku rasa bunga ni pakcik kebun sekolah sedunia ada tanam kot. Hahaha. Syoknya kutip bunga madu ni sebab nak jilat madu tu, padahal bukan kenyang pun. Biasalah budak-budak. Lepas dah habis madu ditelan sepah tak dibuang. Hewhewhew. 

Eh, bukan habis madu sepah dibuang ke? Tak lah, sebab sepah bunga madu ni boleh buat cincin and gelang. Aku gabung gabungkan dari ujung ke ujung bunga-bunga tu, lepas tu pakailah buat cincin dan gelang. Rasa cantik habis lah tu bila pakai. Bergaya tauuu, kau hade? 

Bunga madu ke namanya? Aku pun tak pasti, tapi inilah bunga yang aku maksudkan tu.

Selain tu ada lagi beberapa lagi benda yang aku selalu kutip masa kecik. Indahkan masa kecik kita dulu, eh... Ada 20 lagi benda menarik yang mesti dapat menggamit memori korang.


Apa kita kena buat kalau kena buli?



1. Memulaukan

"Jangan kawan dengan dia"

Jenis pembulian paling popular mungkin, aku rasa dari tadika dah ada golongan pembuli ni, dimana dia ada power untuk mengawal dengan siapa orang boleh berkawan dan tidak. Kejayaan baginya bila tengok mangsa tiada siapa untuk bercakap dan tiada siapa untuk bermain.

2. Memberi gelaran memalukan

"Dia gemuk macam Doraemon kan" - kata ketua
"Ha ah, Doraemon, Doraemon, Doraemon" - maka bersoraklah kaum pembuli lainnya

Gelaran memalukan berdasarkan warna kulit, saiz badan, malah keturunan. Ewahh, terlebih bijak anak-anak zaman sekarang ni mendiskriminasikan dan melabel seseorang. 

3. Mengejek keluarga

Mengejek nama, atau pekerjaan bapak/ibu mangsa. Mengejek keturunan. Atau ada saja bahan yang pembuli ini gali, untuk dijadikan bahan mengejek. Pathetic life. 


Stop it, of course! But how? Meh ahkak Mai ajaq hangpa semua naaa...

1. Ubah mindset yang kita tak mampu ubah keadaan
Tak ada orang yang sempurna pun dalam dunia ni. Tak ada istilah kita tak cukup bagus atau kita teruk pun. Dan kalau betul pun kita tak cukup bagus, 'so what?' . Kita hidup dalam dunia ni bukan untuk puaskan hati orang lain kan. 

2. Terima hinaan dan serangan pembuli 
Belajar untuk terima hinaan dan serangan pembuli, nanti pembuli akan bosan dan tak ada bahan dah nak mengejek. Macam ni, ada satu kisah seorang adik perempuan berumur 16 tahum, dia ni kat sekolah dia kena ejek dengan panggilan ZLATAN. Memanglah dia sedih, umur dia 16 tahun dan dia ni seorang perempuan pula, lepas tu satu sekolah gelarkan dia Zlatan. 

Zlatan
So apa yang dia buat? Dia tukar profile Facebook dia dengan gambar Zlatan! Isyarat bahawa dia nak kata " Go on, bring it on, aku pun rasa benda tu lawak , teruskan, teruskan". So bila mangsa ni dah tak terasa mcm dibuli, pembuli tu pun stop lah, sebab lawak bodoh depa tu dah jadi hambar... 

3. Manfaatkan hinaan mereka
Sekiranya hangpa ada bakat dalam menulis atau melukis, ambil idea hinaan mereka dan buat satu artikel menentang mereka, mana tahu sekiranya artikel kita diterbitkan dalam majalah sekolah ataupun surat khabar nanti padan muka diorang, terdiam. Contohnya, depa selalu mengejek pasal kulit kita yang tak berapa nak cerah ni, buat artikel berinformasi mengenai "Bilal bin Rabah yang kulitnya hitam dijamin syurganya adalah bukti bahawa warna kulit bukan syarat untuk menjadi mulia", biar sedar sikit diri depa tu. Ataupun tulis je pasal "Pembuli; Masalah mental atau mereka sebenarnya tidak bahagia", kahkahkah. 

4. Bangkit
Ceritalah pada keluarga tentang masalah buli yang hangpa hadapi. Minta adik-beradik berlakon menjadi pembuli dan suruh mereka gayakan macam yang pembuli tu selalu katakan kat hangpa, then berlatihlah menyusun kata untuk nak fight back (bukan bertumbuk) bila kita kena hina/ejek. Berlatih depan cermin pun boleh. Yang penting bila sampai masanya kita nak bangkit dan bersuara dengan lantang apabila kita dah penat dibuli tu, kita nampak yakin. Lantang memang perlu, biar depa sedar, bukan depa je power, kita pun power, cuma kita tak salah guna.

Ok semua? Apapun kalau pembuli tu melampau, walaupun jentik sekalipun, sekali dia sentuh kita, pergi report polis! Melampau kalau dibiarkan.