Friday, September 29, 2017

First Beauty Box Giveaway by Us with Love ❤

First Beauty Box Giveaway by Us with Love ❤
Click to Join Us!
First Beauty Box Giveaway by Us with Love ❤ 

Siapa suka cantik angkat tangan! Fuhhh semua orang suka nak jadi cantik kan. Sedangkan Allah pun sukakan kecantikan dan keindahan, sebab tu la kita kena jaga diri kita elok-elok bagi cantik sokmo. Giveaway kali ini sangat special sebab hadiah-hadiahnya ada semua yang kita perlukan untuk tampil cantik.

Dalam Beauty Box ini akan ada facial foam, toner, lotion, hair mask, facemask, liquid powder, dan macam-macam lagi! Bak kata Mellya hadiah ni worth to RM250 tau! Durian runtuh betul lah kat siapa-siapa yang dapat ni.

Apa yang kita perlu buat utk menang GA ni pun mudah. Semudah A, B, C gittueee. Kenapa ABC?

A - FOLLOW BLOG PENAJA
B - FOLLOW INSTAGRAM PENAJA
C - LIKE FANPAGES PENAJA

See... Mudah betul. Lepastu create la satu entry macam iols tengah tulis sekarang ni. Hahaha.

Pssst, siapa penaja GA awesome ni? Jeng jeng jeng. Of course blogger-blogger yang awesome juga, macam Mellya,  Mrs Pip, Shafyqah, Aira, SyahirahValiant, dan Siqahiqa ni!

Seorang pemenang bertuah dicari mereka untuk memiliki Beauty Box with Love ni, ohooo, sengit nampaknya persaingan ni.

Ohhh Beauty Box, milik siapakah dikau ini?

Suspens kan. Haha. Beauty box ni mungkin milik saya, atau mungkin juga milik anda. Tapi tak mungkin milik anda kalau anda tak join, so apa lagi meh cuba nasib ramai-ramai sebelum tarikh tamat 20 Oktober ni k.

Facebook : Noor Maizan
Instagram : @noormaizan


Follow

Sunday, September 24, 2017

Giveaway Paling Gedik

Giveaway Paling Gedik
Klik Banner Untuk Join Giveaway Paling Gedik, Hewhewhew
Giveaway Paling Gedik | Hahaha cam sempoi je tajuk giveaway ni kan. Syarat pun sempoi, hadiah pun sempoi, thorbaikkk.

Syarat - 
1) Follow blog beliau
2) Follow instagram 
3) Buat entry

Sonanggggg habis kan... So jomlah ramai-ramai support giveaway Rrai ini sebelum ditamatkan pada bila-bila masa. Fuhhh nasib masih sempat ni.

Just click banner kat atas lelaju k. All the best semua!


Follow

Friday, September 22, 2017

Hilangkan Bulu Guna Norah Wax

Hilangkan Bulu Guna Norah Wax | Dah pertengahan 20-an ni kenalah selalu peduli sikit dengan diri sendiri terutamanya bab penampilan diri. Ruginya rasa tak tahu yang boleh hilangkan bulu guna Norah Wax awal-awal lagi. Sebelum ni tahu shaver dan tweezer je untuk hilangkan bulu ni, hahaha.

Okay sebelum masuk cerita bab Norah Wax ni, Mai nak kongsi kenapa menyesal asyik pakai shaver sebelum ni.

❌SHAVER 
- Bulu cepat tumbuh 
- Kulit hitam
- Kulit tidak licin
- Bulu akan tumbuh lebih tebal dan kasar

❌TWEEZER
- Lambat (cabut satu-satu)
- Menyakitkan 

Tak best kan kesannya? Selama ni selesa je guna, tak peduli pun nak jadi apa untuk kesan jangka masa panjang, asalkan cepat. Tapi bila fikir balik sambil merenung kulit yang tak cantik, rasa kena ubah nasib diri ni, haha. Lagipun kita ni perempuan, kenalah peduli lebih sikit kan untuk kecantikan diri sendiri, perempuan manalahhh yang taknak jadi cantik dan flawless...pheww.

INILAH MASANYA UNTUK BERTUKAR KE NORAH WAX HAIR REMOVAL!!!

Norah Wax Hair Removal
'Kucing bulu lebat pun orang cakap comel. Kau ade? Tak kan..so meh pakai Norah Hot Wax macam Kakak.'-Udin

Norah Wax tu apa? 

Norah wax adalah produk membuang bulu sampai ke akar, mengandungi 100% bahan-bahan organik dan semula jadi. Bahan yang digunakan adalah madu, esen tea tree oil, gula, dan air.

Jangan pakai depan kucing tauuu, sebab kucing nak jilat Norah Wax ni, serius, bukan Udin je serbu nak jilat, Comel kucing tua mama pun sibukkkk je nak menjilat Norah Wax kita, hoiiii mana boleh!!! Jenuh nak suruh diorang main jauh-jauh.

Oleh sebab Norah Wax ni diperbuat dari bahan organik dan semula jadi, so sesuai digunakan oleh semua peringkat umur, wanita mengandung, lelaki pun boleh pakai, dan semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. Jangan korang makan sudah, hahaha.

Kulit kering lepas cabut? Worry no more, sebab madu tu sendiri berkesan sebagai pelembab kulit.

Norah Wax Hair Remover ni datang dalam dua jenis, Norah HOT Wax dan Norah COLD wax.


1) Norah Cold Wax 

Hilangkan Bulu Guna Norah Wax

Norah Cold Wax ni digunakan terus dari botol, tak perlu dipanaskan dulu. Sesuailah digunakan masa travel, ataupun wanita yang busy sokmo gitu, haha.

First time nak cuba kaedah waxing untuk mencabut bulu? Ya disarankan untuk try Norah Cold Wax ni dulu sebelum guna Norah Hot Wax.

Cara Guna Norah Cold Wax
1) Sapu wax mengikut arah bulu tumbuh menggunakan wood stick yang diberikan.
2) Letakkan cotton strips dan gosok rata keatas wax yang disapu tadi.
3) Tarik cotton strips laju-laju ikut arah berlawanan dengan sapuan wax tadi.

2) Norah Hot Wax 

Hilangkan Bulu Guna Norah Wax

Norah Hot Wax punya tekstur lebih pekat dari cold wax, maknanya grip hot wax ini lebih power untuk hilangkan bulu-bulu roma yang lebat.

Dengan Norah Hot Wax ni kita boleh buat home spa je, tak payah pergi spa dah, tapi dapat hasil yang sama. Jimat kos tauuuu, sebab sebotol Norah Hot Wax ni boleh repeat banyak kali, lagipun bila cabut bulu pakai wax ni, dia lambat tumbuh balik. Best-best-best!

Cara Guna Norah Hot Wax
1) Buka penutup botol, masukkan botol dalam periuk. 
2) Masukkan air kedalam periuk sampai paras separuh botol Norah Hot Wax
3) Panaskan sampai Norah Hot Wax cair
4) Tutup api, tunggu sampai hot wax tak panas sangat (suam-suam tapi jangan sampai keras)
5) Sapu Norah Hot Wax ikut arah bulu tumbuh.
6) Letakkan cotton strips dan gosok rata keatas wax yang disapu tadi.
7) Tarik cotton strips laju-laju ikut arah berlawanan dengan sapuan wax tadi.

Norah Wax Boleh digunakan Pada? 

Bulu atas bibir (misai)
Bulu roma pada betis
Bulu roma pada tangan
Ketiak
Ehem ehem (alaa macam Brazillian wax tuuu)
Dan mana-mana part yang berbulu lagi, kekeke


Pengalaman Hilangkan Bulu Guna Norah Wax :P

Ok sebenarnya ni first time Mai cuba kaedah waxing untuk menghapuskan bulu-bulus yang tidak diingini. Sebelum ni memang fully pakai shaver, kadang-kadang shaver lelaki yang kuning tu pun gua bedal, adehhh sungguh tak peka dengan badan sendiri.

Tapi fikir bukan sekali, bukan dua kali, banyak kali juga sebelum decide nak try wax ni. Pasal duk overthinking tinggi melangit lerr.

"Sakit tak pakai wax?"
"Darah tak masa tarik kain tu?"
"Kalau sakit sampai pengsan macam mana?"

Syuhhh syuhhhh overthinking. Mai ni sebenarnya tinggi tahap pain-tolerance ni. Kaki lecet pun selamba je jalan pakai kasut tu, sampai ada orang tegur, "Eh kaki ko darah la". baru sedar dah lecet tahap kronik rupanya. Hahaha. So rasa kenapa tak try je, kalau sakit tak payah pakai dah kesahhhh apa kenzzz...

Mai pun order jelah sebotol Norah Wax ni. Hati dup dap dup dap juga masa nak try pakai first time tu. Dah la first time pakai wax, I try the NORAH HOT WAX kayhhhh, hahaha. Takde cold cold dah, tak macho.

Apa yang dapat masa kita beli Norah Wax Hair Remover ni adalah sebotol wax, 12 helai cotton strip (boleh basuh untuk repeat guna), dan wood stick (macam kayu aiskrim yang guna untuk sapu wax kat kulit kita). Jangan risau, lengkap dengan panduan cara nak guna sekali.

Review Norah Hot Wax

Sapuan pertama tu masa wax tu agak panas la, adoiiiii, clumsy betul. Sepatutnya tunggu suam sikit. Tapi takdelah sampai melecur, panas sikit je mengada. Lepas sapu wax secukup rasa pada bahagian yang berbulu tu, haha (tak payah tebal, sapu nipis-nipis je), terus tekapkan dengan cotton strip tu. Gosok gosok sampai agak-agak dah lekat rata. Bismillahirrahmannirrahim, puffff cabut!

'ARGHHHH~!'

Sakit ke? Hahaha jerit gedik je tu sebab terkejut kan kali pertama cabut bulu-bulu yang selama ni cukur je. Amboi bila dah cukur tu faham-faham la, memang keras-keras. Haha.

Sebenarnya sakit ke tak ni selain depends kat pain-tolerance seseorang, tahap sakit ni juga berbeza-beza kat bahagian tubuh yang lain. Kalau kawasan kulit keras tu, tak sakit langsung la, rasa gatal-gatal je,hahaha. Kalau kawasan kulit lembut halus tu, haaa azab la sekejap.

Tapi tu la, beauty is pain. The pain passes, but the beauty remains  :P Kejap je sakit tu, pastu hilang la. Sakit terkejut. Takda la sampai pengsan pun,hahaha drama kooo eh.

Yang bestnya bila ada Norah Hot Wax ni, kita tak payah nak pergi spa dah. Tak payah la mendedahkan part body yang sulit-sulit tu untuk beautician yang tolong cabut, ahahaha. Den malu oiii.

Lepas dah cabut tu, tunggu la berapa lama nak naik balik. Selalunya, dalam dua tiga hari anak anak bulus dah start say 'HI' dah, muahahahaha. Tension oiiii kena kerap shave balik.

Eh, dah seminggu takde bayang-bayang lagi? Akhirnya lepas 2 minggu setengah baru ada anak-anak bulus yang say 'HI' tapiiii halusnya, tomey tomey. Hahaha, baru pakai sekali je kot, takkan begini bagus kesannya, tak sabar nak guna next time, mesti lebih halus gituuhhh.

OMG! Saya suka! Saya suka! Dah la guna nipis-nipis je, pastu kalau lebih dua minggu baru nak tumbuh, memang jimatlah wax Mai ni, hahaha. Sapa nak pinjam??? NO WAY! Tak hygienic la uols, nak pakai, beli sendiri tauuu. Murah je.

Harga sebotol Norah Wax (Hot/Cold) ini hanyalah RM35 (exclude postage). Cod pun ada, area Shah Alam. Hihi. Bukan Mai yang jual, tapiiii korang boleh beli dengan seller gorgeous NORA AHMAD tau. Hihi.

Hubungi :

Facebook NORA AHMAD

Whatsapp : +60133449515


Follow

Thursday, September 21, 2017

SUPPORT ME!! POKUCU CONTEST

Klik Untuk Join Contest Ini

SUPPORT ME!! POKUCU CONTEST | Alhamdulillah baru berkesempatan nak join giveaway meletop anjuran gabungan blogger gempak Sis Awa & Pok Ucu. Fuhh tengok hadiah tu dasyatkan, so Mai pun nak cuba nasib jugalah join. Hihi. Kalau korang belum join lagi, jemputlah join sekali sebelum contest ini berakhir pada 15 OKTOBER :)

Ok untuk melengkapkan syarat untuk join Support Me!! Pokucu Contest kita perlu mengulas atau bagi pendapat tentang blog www.pokucu.com. Sebab tu la Mai join lambat sikit sebab kenalah godek-godek blog Pok Ucu atau juga boleh dipanggil Miey, Helmi, Kimiey, Kaymiey dan Emiey, hihihi tapi Mai suka panggil Pok Ucu je, comey sikit nickname tu, ahaks.

Fuhhh tarik nafas jap, lama tak review blog, berdebar pula rasa nak komen-komen blog orang ni, haha. Takpe kita cuba k Pok Ucu, jangan ambik hati pula dehhh. Eceh speaking Kelate tetiba since Pok Ucu kita ni ore Kelate, haha.

ULASAN BLOG POKUCU.COM

01) Warna
Bila masuk sesebuah blog tu, warna adalah benda pertama mata kita nampak. Mai suka warna blog Pok Ucu ni, in fact Mai sendiri pernah pakai warna soft purple kat blog sebelum tukar jadi biru macam sekarang ni. Haaa...So warna memang menarik hati gue.

02) URL blog
Url yang teramat simple dan senang nak ingat. Thumbs up Pokucu. Kalau Mai nak letak panggilan anak buah sebagai URL naya gak la, www.auntymai.com  ,tak pasai sakgi orang ingat nyonya tua punya blog, kahkahkah. 

03) Overall design 
Template weols nak sama lah, jenis header kecik tenonet kat sebelah kiri atas. Hahaha. Nampak macam design macam ni laku keras sekarang ni eh, ramai pulak pakai (termasuklah eden yawww). Bab design blog PokUcu memang cun lah sebab hasil tangan Sis Hawa kannnn, so double thumbs up untuk design blog Pokucu.

04) Loading blog www.pokucu.com
Rumah Mai pakai streamix je, belum upgrade Unifi lagi tapi so far loading blog Pokucu laju je, takde problem bab loading. Lagipun blog pokucu takde problem macam sesetengah blog yang bila taip url tanpa WWW tak boleh buka. Blog Pokucu Mai taip pokucu.com pun dah boleh buka. Congrats Pokucu!

05) Adobe Flash dekat sidebar tu apa Pokucu?
Dekat sidebar Pokucu, dekat bawah ruangan Menu tu, Mai nampak just kotak kosong je, bila halakan cursor, tak nampak apa-apa tapi naik 'adobe flash'. Huhuhu. #penyibuk

06) Letak scrollbar pada bloglist
Rasanya kalau letak scrollbar pada bloglist blog Pokucu, akan nampak lebih kemas blog Pokucu. Sekarang macam terlalu panjang list tu, huhu.


Hihihi banyak pula mengomen blog orang, hahaha, ampunnn. Setakat ini sajalah ulasan ikhlas dari hati. 

SEMOGA TERUS MAJU JAYA POKUCU (HELMI)

Jangan lupa join contest ni tau! Semakin ramai join, semakin meletoppp pomm pomm hadiahnya. Klik banner kat atas lelaju.

Tata!


Follow

Sunday, September 17, 2017

Dashing Anytime EDT Praktikal Untuk Semua Lelaki

Dashing Anytime EDT Praktikal Untuk Semua Lelaki | Lelaki yang berbau busuk dan kepam adalah major turn off kannn... Benar, bau badan seseorang memang dapat menjejaskan personaliti diri, dan membuatkan orang sekeliling tidak selesa.

Sebab itulah ramai lelaki yang mementingkan kebersihan dan selalu tampil segak dan wangi. Jangan tak tahu yaa, antara ciri lelaki idaman wanita terselit juga ciri 'lelaki yang wangi'. Hahaha. 

Bak kata Mr. Venkat Jangam, Pengurus Pemasaran Winpro Unza Malaysia, “Sesiapa sahaja boleh bergaya dengan fesyen terkini dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki, tetapi sebenarnya bau badan seseorang itulah yang menjadi “faktor tarikan” untuk menonjol dan mengekalkan penampilan yang segak. Oleh sebab itulah semua lelaki tanpa mengira taraf hidup dan pekerjaan perlu sentiasa mempunyai bau badan yang menyenangkan sepanjang hari.” 

Dashing Anytime EDT
Empat variasi unik – Cool, Hattrick, Ultimate Kick and Active.

Jangan risau Dashing Anytime EDT ada dan praktikal untuk digunakan semua lelaki yang nak wangi setiap hari. Kenapa praktikal?

  1. Dashing Anytime EDT Bersaiz poket - Lelaki jalan tak bawak handbag macam gegurl kan, so cukuplah saiz kecik boleh sumbat dalam poket baju or seluar gitu je. Mudah dibawa kemana saja, sesuai untuk lelaki aktif beraktiviti seharian.
  2. Bau Dashing Anytime EDT Menyegarkan - Wangian EDT tak pekat sangat, segar je bila spray kat badan bila-bila masa, dimana saja. Spray banyak kali pun tak pening kepala. Wangian ini juga dapat membangkitkan jiwa maskulin dari dalam, tapi dengan aura menyenangkan. 
  3. Harga Dashing Anytime EDT Murah - Dijual dengan harga cuma RM7 untuk 18ml, wangian Dashing Anytime EDT ni mampu tahan sampai sebulan (sehingga 250++ semburan).
  4. 4 Variasi Unik Bau Dashing Anytime EDT - Pilihlah bau yang sesuai dengan aktiviti kita  (contoh kerja dalam aircond vs kerja dekat outdoor site, smoker vs non smoker). Tak perlu risau dengan bau yang terlalu soft atau kuat dengan kita.
  5. Rekaan Pek Dashing Anytime EDT yang Trendy - Rekaan pek ini Dashing Anytime EDT ini penuh gaya dan sesuai dengan trend masa kini yang pentingkan gaya minimalist tetapi praktikal.
Nak pilih minyak wangi ni pun sebenarnya kena teliti. Kita tak boleh main terjah je pilih nanti tak masuk pulak dengan gaya hidup kita. Misalnya, perokok perlu minyak wangi yang lebih keras (untuk fight bau rokok tu), orang yang tak merokok pulak cukuplah bau yang soft saja, kalau keras-keras boleh pening kepala. Hmmm, complicated ke? Tak pun, yang penting kita kena kenal dulu diri sendiri, then barulah kita tahu bau mana yang sesuai dengan gaya hidup kita.

Baiklah jom terjah keempat-empat variasi unik Dashing Anytime EDT ini.

Dashing Anytime EDT
(1) Cool , (2) Active, (3) Hattrick, (4) Ultimate Kick

1. Cool (Kotak Biru Tua)
Haruman menyegarkan dengan gabungan bergamot dan galbanung, kemudian dilapisi dengan wangian Amber dan Kasturi sebagai nota asas. Haruman maskulin ini khas untuk mencipta sisi maskulin yang 'cool' secara semula jadi dari dalam dirimu. Wangian ini merupakan identiti dan daya penarik diri anda.

2. Active (Kotak Hijau)
Khas untuk sijejaka lasak yang amat menggemari kehidupan aktif. Tampil yakin dan bergerak aktif dengan wangian maskulin ini. Didahului dengan semarak haruman Fougére yang digabungkan dengan nota Citrus, Lavender dan Amber. Aroma ini pastinya membangkitkan sisi aktif anda.

3. Hattrick (Kotak Biru Muda)
Jaringan kemenangan bagi jejaka Dashing. Wangian Hattrick menyemarakkan semangat dan mendorong individu untuk menang. Gabungan unik kesegaran epal sitrus diadunkan bersama aroma bunga dan calitan amber.

4. Ultimate Kick
Wangian dicipta untuk jaguh, menyerlahkan personaliti dan gaya sebenar jejaka dalam urusan seharian lelaki moden . Ultimate Kick berkonsep ala musim panas yang aktif, menampilkan rumusan dari percikan citrus lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran buah pelaga, vanilla dan suntikan haruman kayuan serta rempah.


Personally Mai suka sangat dengan bau Active dan Ultimate Kick yang agak keras dan 'jantan', phewww so macho la... Bila bagi Abah yang pakai mestilah lagi macho kan, see tengoklah bapak siapa, bapak ayeee la tu, hihiks. Lagi sesuai sebab abah memang aktif (sukan dan motor), so amat sesuai la bau yang keras-keras maskulin gitu.  Bau Cool & Hattrick soft tapi tetaplah macho bila abah yang sembur. Fuhhh abah dah bolot semua Dashing Anytime EDT ni tau, nampak tak betapa bestnya tu, haha.

Mai pun bagi semua kat Abah, yelah takkan nak pakai bau lelaki nanti orang terkejut pulak. Hahaha. Mai ada kisah dengan perfume lelaki ni sebenarnya, masa dulu-dulu baru first time masuk asrama (tingkatan 4), Mai sembur perfume abah kat bantal untuk rasa 'SELAMAT' bila tidur. Hahaha. Mindset kot, bila ada bapak, sentiasa selamat. Balik rumah bawak bantal nak renew bau, hahaha. Budak psycho.


Udin pun pilih Ultimate Kick, siap larikan kotak tu lagi, hahaha

Kalau nak juga tampil maskulin dan macho macam abah eden, jangan lupa dapatkan Dashing Anytime EDT macam ni juga ok. Hanya RM7 satu pek, Dashing Anytime EDT ni korang boleh dapatkan di pasaraya utama, pasaraya hyper, farmasi di tempat masing-masing. 

Maklumat lanjut, boleh layari :

Website
http://www.dashing.com.my/

Facebook
http://www.facebook.com/Dashing.MY

Instagram
http://www.instagram.com/Dashing_MY

Follow

Wednesday, September 13, 2017

Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia

Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia
Klik Banner Untuk Join

Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia | Assalamualaikum... Ingat tak masa kita kecik dulu, semua orang ada 'Buku Biodata', hari-hari pass kat kawan suruh isi, kita pun isi buku kawan, siap dengan hiasan warna warni, pantun 2 kerat, quotes, lirik lagu, hahaha, asalkan biodata kita paling menarik sekali. 

Jadi disebabkan Mai rindu dengan memori tersebut, Mai nak join Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia ini dengan konsep 'BIODATA SAYA'. Hihihiks, harap sudi berkenalan dengan Mai. 

Biodata Saya


Nama : Maizan Fauzi (Mayy Jie)

Asal : Kulim, Kedah

Nama panggilan : Mai, Maizan, Ijan

Umur : 24 tahun (2017)

Adik Beradik : 7 (6 perempuan 1 lelaki)

Hobi : Makan, Tidur, Blogging, (lol bukan menantu pilihan)

Cita-cita : Mendapat kerja yang halal & stabil

Makanan Kegemaran : Pecal Lele, Dimsum, Kek, Durian, Petai

Minuman Kegemaran : Teh Ais forever for life!

Warna kegeramaran : Hijau, Merah, Koko (why blog Mai biru? Mai pun tak tau)

Nama Kucing Kesayangan : Udin, Idin, Ibang, Owen

Kawan rapat : Sister Umairah, Sister Fazzy, Sister Farhah & Sister Nanana (siblings are the best!)

Kawan istimewa : Mr.Kong (sudah tunang maaa 💕)

Musuh : Orang suka dera binatang

Kenangan Indah : Abah dan Mama datang konvo degree.

Kenangan Pahit : Result FYP asyik tak dapat.

Kenangan Memalukan : Tersentuh bontot senior tanpa sengaja, say sorry, then gosok bontot tersebut tanpa sengaja. Phewww

Warna Mata : Hitam

Warna Kulit : Tanned, hahah

Fav perfume : Nina Ricci, Britney Midnight Fantasy

Fav variety show : Running Man

Fav Korean Drama : Good Doctor, Kill me Heal me, Doctor Stranger

Fav movies : Thriller genre + disturbing @ mind bending films

Fav sukan : Badminton

Fashion : Definitely not hijabista, haha, Sempoi-sempoi jeee (padahal selekeh,haha)

Jenis Phone : Oppo Find 7

Bad Habits : Malas lipat baju, hahahahahadoi.


Pecah Kaca Pecah Gelas, 
Sudah baca, harap balas.

Baiklah sekianlah sudah biodata sedikit sebanyak tentang Mai, hihi, tak kenal maka tak cinta, dah kenal harap jatuh cintalah dengan cara saya, dan sudi jadi kawan saya. Jadi saya nak menjemput semua untuk join segmen Suai Kenal Blogger Seluruh Malaysia ni.

Sedikit info tentang segmen, segmen akan berakhir pada 1 Disember, so ada banyak masa untuk join ni, jangan lepaskan peluang ya, sebab hadiahnya juga boleh tahan lumayan.

Untuk menyertai Segmen ini,


Lirik Dugaan Kita - Ashral Hassan

Lirik Dugaan Kita - Ashral Hassan


Jangan hentikan waktu yang berjalan,
tenangkan hati ingat kembali,
seberapa lama kita telah bersama.

mustahil sengaja jauhi hati,
segala terjadi kerna terpaksa,
diri dihimpit dan disakiti jua.

ku tahu hati mu tersiksa,
menerima segalanya,
janji dikhianati kasih bagai,
tak dihargai,

percaya lah ini dugaan kita,
berdua,
jujur didalam hati ini,
hanya kau ku cintai,
 
mustahil sengaja jauhi hati,
segala terjadi kerna terpaksa,
diri dihimpit dan disakiti jua,

oooh.. oooh…

mustahil sengaja ku jauhi hati mu,
ku tahu hati mu tersiksa,
menerima segalanya,
janji dikhianati kasih bagai,
tak dihargai,

percaya lah ini dugaan kita,
berdua,
jujur didalam hati ini,
hanya kau ku cintai,

jangan hentikan waktu yang berjalan,
tenangkan hati ingat kembali,
seberapa lama kita telah bersama,

♡♡♡

Fuh sedap lagu baru dari Ashral Hassan ni, tapi Mai tak pernah pula dengar kat radio, kenapa ye? Even lagu sebelum ni pun takda kat radio. Whyyyyy..whyyy....whyyyyy?

Pertama kali dengar lagi Mai tahu dah, I'm gonna pushed the repeat button repeatedly! Ok banyak sebab Mai suka lagu ni, selain Mai memang minat kat Ashral pun, lirik lagu ni best oh!

Lagu ni pasal dugaan yang ditempuhi oleh satu pasangan. Tak kita la sebesar mana dugaan tu, jangan ambil jalan singkat ikutkan. Kerana ikutkan hati - mati, ikutkan rasa - binasa. Bak kata Ashral,

Tenangkan hati ingat kembali, seberapa lama kita telah bersama.

Lirik Dugaan Kita - Ashral Hassan
I'm a lover :P


Follow

Tuesday, September 12, 2017

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1 | Mohd Zaki Yamani Azman 28, atau lebih di kenali dengan pangilan Zaki Bijak. Berasal dari Jerantut Pahang, Zaki di diagnos menghidap kanser darah atau Hodgkin Lymphoma Tahap 3, ekoran bengkak di belakang leher pada Julai 2014. Namun beliau telah berhasrat ingin melengkapkan misi Hitch Hike ke seluruh kepulauan Borneo dengan hanya berbekalkan RM1 yang telah bermula pada 29 Ogos 2017 lalu.

Dengan membawa misi menjelajah #cancerbukantiketuntukmati dan erti kata lain cancer bukan bermakna kematian. Zaki mejelajah dengan hanya menumpang kenderaan orang awam dalam menyampaikan mesej tersebut. Negeri di bawah bayu, Sabah merupakan destinasi pertama beliau.

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Gambar Zaki Bijak Ketika ingin bertolak ke Sabah.
Walaupun beliau menghidap kanser tahap ke 3 , namun beliau tak pernah berputus asa dan menganggap bahawa penyakit ini merupakan satu semangat untuk beliau terus berjuang dan mengembara bagi memberitahu kepada semua bahawa #cancerbukantikeruntukmati.

''Program ini diinspirasikan rakan saya dari Finland yang pernah menumpang di rumah saya semasa mengembara. 

''Jadi, untuk program ini saya menyiapkan diri dengan maklumat berkaitan perjalanan, dokumen penting seperti lesen, mykad, wang RM1, sedikit pakaian dan peralatan khemah. 

''Tetapi, saya sangat bersyukur hidup di bumi Malaysia yang tinggi budi pekerti.. Walaupun tidak saling mengenali, saya bukan sahaja dibenarkan menumpang kenderaan, malah diajak bermalam dan diberi makan di rumah mereka sebelum meneruskan perjalanan pada keesokan hari,'' Zaki Bijak.

Menerusi laman Facebook beliau Zaki Bijak kini beliau telah 50% mengeliligi Kepulauan Sabah. Dan bakal menamatkan kembara Borneo Sabah dan masuk kepulauan Sarawak Pula. Sepanjang perjalananan beliau juga, beliau banyak memuji masyarakat Sabah yang sangat prihati dan bantuan dari pelbagai bentuk beliau dapat. Allahamdulilah Orang Sabah Bagus Bah !!!!

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.
Kalau korang nak ikuti kisah beliau yang penuh liku-liku, korang boleh la follow Facebook beliau, setiap detik perjalanan beliau akan kongsikan bersama anda. Yang pastinya kekuatan dan ketabahan beliau sungguh luar biasa bukan seperti pesakit Kanser.

Kalau-kalau nampak beliau jangan segan-segan hulukan bantuan tau.. Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik dari menerima. Bukan wang ringgit yang di pinta namun nilai kemanusia itu lebih bermakna.

Jum kita support Zaki Bijak dalam misi ''CANCER FIGHTER'' Jelajah Borneo Dengan RM1 #cancerbukantikeruntukmati.

Segala pertanyaann atau bantuan yang ingin di salurkan ( mana tahu beliau singgah perkampungan kamu ) boleh la berhubung terus dengan beliau. PM je kat facebook Zaki Bijak.

Kredit : Sabahanblogger.com








Follow

Saturday, September 2, 2017

20 Ciri-Ciri Pencinta Kucing yang Obses

Maksud Ailurophobia adalah orang yang phobia dengan kucing, rasa takut, fobia, berpeluh-peluh bila nampak kucing. Manakala maksud Ailurophile (ī-lo͝or′ə-fīl) pula orang yang sayangkan kucing. Percaya tak kalau Mai cakap Mai seorang Ailurophobia yang dah jadi Ailurophile?

Perasaan takut atau fobia dengan kucing hanyalah mainan fikiran kita yang terlalu overthinking, takut dengan perkara yang belum terjadi. Kucing belum cakar, dah menggelupur. Kucing takkan cakar manusia kalau dia tak rasa terancam tau, relaks. Perasaan ni kita boleh kawal, dengan syarat KITA BERSUNGGUH-SUNGGUH NAK KAWAL. Boleh baca sendiri pengalaman Mai buang perasaan takut kucing ni


Hahaha, dan kasih sayang Mai terhadap kucing dah macam tahap obses dah. But it's okay, bukan benda yang buruk pun jatuh cinta dengan kucing, Mai kan memang MISS+OBSESI. Lol.


20 Ciri-Ciri Pencinta Kucing yang Obses

Bila kita terlebih sayang dengan kucing atau lagi sedap dipanggil Ailurophile ni, akan nampak ciri-ciri pada diri kita. Sama ada kita sedar atau tak sedar je, haha. So jom check adakah kita sayang kucing dah sampai tahap obses?

CIRI-CIRI PENCINTA KUCING YANG OBSES

01) Kucing menjadi model tak bergaji
Ya Ampunnnn, tak boleh tengok kucing buat apa, semua nak snap gambar. Gallery phone tu penuh gambar kucing, bukan gambar sendiri dah. Sebenarnya bukan senang nak ambil gambar kucing yang aktif, berpuluh snap pun mungkin cuma sekeping je jelas, haha. Itu yang penuh galleri tu. 

02) Banyak post gambar kucing dalam media social berbanding gambar lain
Of course lah wey! Dah ambil gambar susah-payah, kenalah upload gambar tu. Normallah kalau kena unfriend dengan orang yang rasa 'terganggu' dengan kecomelan kucing kita, muahahaha. Sampai ke story insta & whatsapp pun sibuk nak bercerita pasal kucing.

03) Boleh bergaduh dengan orang tak suka kucing
Jangan buat pasal dengan kucing depan kami kalau taknak rasa 'penampaq arab' sedas K. Orang yang obses dengan kucing ni boleh naik hantu kalau nampak depan mata dia orang aniaya kucing (terutama straycat lah). Hmmm... Dan kami allergik juga dengan orang yang benci kucing ni, huhu. Jangan dekat k.

20 Ciri-Ciri Pencinta Kucing yang Obses
When someone says they hate cats. Don't worry we hate you too.
04) Pantang tengok kucing sakit/lapar
Tak kira lah kucing sendiri atau kucing liar, poket kembung ke tengah pokai, kalau ada kucing sakit atau lapar depan mata, mesti segala yang ada dikeluarkan demi kucing tu. Makan nasik kosong pun rela kalau ada kucing minta lauk kita. Hmmm. Tak pun yang jenis setiap hari pegang telinga kucing untuk check suhu badan kucing untuk pastikan dia tak demam. Phewww, parah, parah. HAHAHA.

05. Bila gaji je fikirkan keperluan kucing
Bila ada duit masuk je, otak ligat fikir mainan kucing kat Lazada lah, makanan berkualiti untuk bulu kucing la, pasir poo poo kucing la. Last sekali baru nak fikir pasal diri sendiri. Yes kalau anda dah sampai tahap ni, nampaknya dahhhhh masuk kategori obses dah,kihkihkih. 

06. Anggap kucing family dalam rumah
Kucing boleh tidur atas sofa, kalau nak tidur atas katil pun tak ada yang larang, boleh buat apa sahaja dalam rumah, sebab kucing kan family :). Selalunya ada yang bahasakan diri dengan kucing sebagai 'mommy' , 'papa' etc. Mai sendiri bahasakan diri sebagai Kakak untuk semuaaaa adik-adik bulus kat rumah ni, while encik tunang sebagai 'PAPA KONG', bakal tuan baru kami semua...meoowwww. 

07. Gambar kucing everywhere!
Wallpaper phone, laptop, cover photo social media, dalam planner, semua nak letak gambar kucing kesayangan. Hahaha punya sayang kucing, sampai totebag pun Mai letak gambar diorang. Tunggu jap, nanti nak buat bantal, t-shirt dan coverphone kucing gak, MUAHAHAHAHAHAHA. Daku terpenjara dalam cinta kucing-kucingku!

OBSES DENGAN KUCING
Collage gambar supaya boleh sumbat semua. RIP Hairi :')
08. Lebih pilih lepak dengan kucing & movie dari keluar jalan-jalan
Malas nak keluar rumah nanti kucing sunyi. Nak buka pintu pun dah kena laser pancaran tautan hati-ke-hati dari kucing tak bagi keluar, hahahaha. So akhirnya berkubang dalam selimut dedua, bertiga, or berempat (kucing besar jarang duduk rumah), pasang movie kat Subsmovie, layannn sampai tertidur.

09. Bercakap dengan kucing
I speak English with my cats okay! At least depa tak kata 'Pulun hang ni grammar pun salah nak jadi omputih'. pheww thanks dude! Semua kucing dijalanan akan disapa 'Hi awak!', balik rumah luah rasa tension kat kucing even dia bagi muka seposen. Hilang tension, serius! Natural painkiller tau kucing ni, tak percaya cuba try sembang dengan depa.

10. Berharap pasangan hidup juga sayangkan kucing
Semua pencinta kucing mesti berharap pasangan/jodoh pun jenis sayangkan kucing, hmm kalau tak sayang pun, faham orang yang sayang kucing. Alhamdulillah Mai dah jumpa 'PAPA Kong' untuk babies kat rumah, encik tunang memang seorang yang suka kucing, dan kucing pun suka dia. Pergilah mana pun ada je kucing datang ngorat dia. Dan banyak kali juga dia bidankan straycats sambil minta pendapat Mai. Fuh encik askar dah jadi doktor pakar bersalin kucing sekarang. 

11. Simpan semua kotak barang baru beli
Kucing dan kotak memang tak dapat dipisahkan. Kalau beli barang dalam kotak je memang akan simpan kotak tu untuk dijadikan mainan anak-anak bulus. Tengok kucing bermain juga adalah salah satu terapi untuk menenangkan hati dan fikiran. Hihi.

12. Banyak google & cari maklumat pasal kucing
Kalau dulu asyik buka social media je, bila dah start sayangkan kucing, lagi banyak habiskan masa buka google baca maklumat pasal kucing. Apa yang kucing suka, tak suka, tanda-tanda kucing happy, apa maksud disebalik perlakuan kucing, macam mana nak ucap 'I love you' pada kucing dan sebagainya~!

13. Tak suka travel sebab sedih kena tinggalkan kucing
Aktiviti travel akan rasa berat sangat sebab kena tinggalkan anak bulus dengan orang lain, tak kisahlah dengan family ataupun catsitter, sedihkan... Bila jauh pun asyik terfikir macam mana baby kita, sihat ke, dah makan ke, etc... Terganggu semua program, nak bergembira tapi sudahnya duk menung teringatkan bulus yang jauh dimata.

14. Tak takut kena cakar
Bila sayang kucing mengatasi rasa sayang kat benda lain, kita tak kisah pun berdarah kena cakar ke, atau perabot yang rosak terburai sebab diorang buat tempat asah kuku ke etc. Haha. Mai lah tu! Korang macam mana? Marah tak kucing? For me, my cats always right, obses kan? I don't care :P

15. Beralah dengan kucing
Kalau kucing dah tidur atas bantal, so Mai tidur tak berbantal. Kalau dia duduk atas selimut, maka tak berselimutlah. Kalau dia tidur atas sofa, duduklah di lantai, haha. Kalau dia minta lauk? So makan nasik kosonglah jawabnya. Kalau Mai tak marah kucing Mai, orang lain apatah lagi kan. Jangan usik dia, babap nanti!

16. Menghabiskan masa stalk gambar kucing di laman social.
Favorite port orang yang obses dalam facebook adalah group-group kucing, contohnya GROUP DUNIA KUCING ORIGINAL, ralit tau scroll dalam tu berjam-jam tengok gambar kucing, hahaha. Seronok tengok gelagat kucing orang, lepastu share la gambar kucing sendiri. Hahaha. Peel kucing-kucing Mai ni lawak juga tau.

A post shared by Mayy Jie (@noormaizan) on

17. Orang panggil 'Crazy Cat Lady'
Haha Mai takdelah sampai tahap 'crazy cat lady' lagi, (perhaps) :P. Apapun, dah ada ramai yang tegur pasal asyik post gambar kucing. Hahaha, tahukah anda post gambar kucing lagi mulia dari post gambar seksi, haha. Bila bercerita pun suka cerita pasal kucing-kucing, nasiblah Mai dikelilingi oleh cat lover juga (termasuk future husband! yeay).

18. Tahu perangai setiap kucing kat rumah
Yes boleh tanya setiap perangai, kegemaran, apa yang depa tak suka, tentang setiap kucing dalam rumah ni. Semua kucing berbeza perangai dan selera, jadi kena ambil tahu tau. Ada kittens yang tak suka makan wetfood, ada yang tak suka kibbles. Contohnya Udin, dia tak makan semua benda selain ayam rebus (termasuk kfc dan rendang, dah try bagi), so kenalah rebus ayam setiap hari. 

19. Hasut semua orang suka kucing
Hahaha itulah antara salah satu aktiviti Mai, hahaha. My niece ada sorang yang takut kucing, tapi sekarang dah berani dah pegang kucing siap dukung lagi tau. Pengaruh siapa? Pengaruh aunty lah! Kahkahkah. Kanak-kanak ni senang nak lentur, kalau kita tak lentur ajar kasih sayang, simpati, empati pada haiwan, siapa lagi nak ajar? 

20. Wujudkan 'HASHTAG' instagram untuk kucing sendiri
Hashtag dalam instagram ni untuk memudahkan Mai nak cari balik je nanti. So #mayycat adalah hashtag rasmi untuk setiap gambar kucing-kucing Mai. Hahaha, maklumlah peminat kucing sendiri. >>> #mayycat <<<

A post shared by Mayy Jie (@noormaizan) on

So korang masuk kategori obses tak? HAHA

Follow

Friday, September 1, 2017

Selamat Hari Raya AidilAdha


Selamat hari raya Haji! Selamat hari raya Korban! Selamat hari raya Aidiladha semua! 

Di kesempatan ini, Mai memohon ampun maaf zahir batin pada semua pembaca www.missobsesi.blogspot.my ini termasuklah semua secret admire yang baca senyap-senyap, lovers, haters, kekekeke.

Kalau lovers tu thank you sayang saya.

Kalau haters tu marilah kita berdamai. Beritahulah apa yang tak kena dengan saya KEPADA SAYA, bukan orang lain, bukan facebook status. Kita mampu mengubahnya.

Selamat Hari Raya! 

Sayangggggg Semua...



Follow