Thursday, August 31, 2017

What Happened to My Laptop!

Assalamualaikum.

Yes laptop Mai rosak, dan masih rosak. Sedihnya bila terpaksa cancel semua order customer edit blog, hanya Allah yang tahu perasaan tu.. Kehilangan satu punca rezeki buat masa ni.

Apa yang terjadi dekat laptop Mai?

1. Mula-mula dia akan restart sendiri masa tengah buat kerja. Keluar screen biru yang menyebalkan. Tapi dia akan start balik lepas 100% loading tu siap. So ingatkan hal ni kecik jelah.

2. Lama-lama sikit, dia jadi tertutup sendiri, dan tak boleh on balik dalam masa terdekat. Kena tunggu lama sikit. Terpapar perkataan 'no bootable device'. 'Virusss kot?' agak-agak Mai la. 

3. Then Mai pindahkan data penting dalam external hardisk dan factory reset laptop tu. Still problem (number 2) tu jadi. Adoi.

4. Cuba untuk install Windows balik. Gagal. 

5. Mai hantar pada kawan Mai, Syafiq. Syafiq cuba untuk install Windows, pun gagal sebab laptop tak dapat detect internal harddisk.

6. Syafiq buka dalaman laptop tu. Rupanya ada compartment yang patah sampai dia tak boleh detect internal harddisk tu.

7. Syafiq tukarkan internal hardisk baru, beli dari kedai. 

Dan....

Again masalah baru pula timbul dan lagi kronik.


Hmmm... Sedih. :'(
Follow

Monday, August 28, 2017

Merdeka!Merdeka! Lazada Blogger Contest

🎝🎜Tanggal 31,
Bulan lapan lima puluh tujuh,
Merdeka! Merdeka!,
Tetaplah merdeka,
Ia pasti menjadi sejarah.🎝🎜

Bulan Ogos pasti adalah bulan yang paling bermakna bagi seluruh rakyat MALAYSIA kerana peristiwa penting yang berlaku dalam bulan inilah yang menjadikan kita rakyat yang MERDEKA! 

Sempena hari Kemerdekaan Malaysia ini, Lazada mengadakan Merdeka! Merdeka! Sales dimana pelbagai barangan menarik ditawarkan dengan potongan diskaun sehingga 80%. Merdeka! Merdeka! Sales ini akan berlangsung dari 25 Ogos - 31 Ogos sahaja, jadi cepat rebut peluang shopping sakan okay!

Bonus untuk para blogger sebab Lazada juga mengadakan Merdeka! Merdeka! Blogger Contest dengan 6 hadiah lumayan untuk dimenangi! Fuh siapa nak bagi voucher shopping free ni, kena rebut peluang keemasan, haha, kalau nak join boleh klik saja banner dibawah ok.

Merdeka! Merdeka! Blogger Contest
Merdeka! Merdeka! Lazada Blogger Contest

01. What do you love about being Malaysian?

MASYARAKAT MAJMUK
Paling best jadi rakyat Malaysia adalah bila tengok semua bangsa dapat hidup bersatu aman damai, dan harmoni. Agama, bangsa, keturunan yang berbeza, tapi tetap punya SATU HATI yang cintakan Malaysia. Rakyat Malaysia juga ramah-tamah terutamanya abang,pakcik,kakak grabcar/Uber, kekekeke. 

MAKANAN, MAKANAN, MAKANAN!
Saya suka makan nasi lemak (Malay), roti canai (Indian), Nasi Ayam Hainan (Chinese). Semua ada dalam Malaysia. Hihihiks. Belum masuk lagi bab tempoyak, budu, cencalok. Aiyaaa sapa dapat tahan nafsu makan dalam Malaysia maaa.

KOS RAWATAN PERUBATAN YANG MURAH
Hahaha seriuslah, kalau anda orang yang bergantung dengan ubat setiap bulan #macamsaya. Maka bersyukurlah jadi rakyat Malaysia kerana walaupun terpaksa menunggu lama untuk dirawat/berjumpa doktor, RM1.00 yang dibayar untuk segala jenis ubat + kos konsultasi doktor tu, memang worth the wait. Eh.

ROJAK EVERYWHERE!
Nak rojak apa? Rojak buah, rojak mee (orang utara panggil PASEMBOQ), dannnn bahasa ROJAK pun ada. Kehkehkeh. English rojak apa ada hal, asalkan konfiden level tu tinggi KLCC. 


02. Your favorite local brand.

SILKY GIRL ! Yeah, semestinya Silky Girl adalah brand favorite ramai perempuan termasuklah saya. Sebabnya, barangan make-up dari Silky Girl ni semuanya berkualiti dan best dipakai, harganya pula memang affordable, harga mampu milik gittcheww.

Silky Girl ni juga ada dijual di drugstore seperti Watsons, maknanya selamatlah untuk dipakai tanpa ragu-ragu. Kalau malas nak pergi shopping, beli saja di Lazada sebab selain senang nak beli, Lazada turut selalu mengadakan promotion untuk barangan Silky Girl,


03. Select two products from the Malaysian brand(s) that you love.

SILKY GIRL SKIN PERFECT LIQUID FOUNDATION

SILKY GIRL SKIN PERFECT LIQUID FOUNDATION

Foundation ni antara crucial part dalam make-up jugalah, kalau tertinggal maka tak smooth lah makeup kita. Lainlah muka orang yang memang jenis telur rebus tu, so lucky, phewww.

Base make up dari Silky Girl elok tau walaupun harga murah ya amat. Sesuai untuk beginner yang baru nak belajar makeup dan juga yang dah pro sebab teksture yang ringan dan tidak berminyak. I likeeee!



SILKY GIRL SILKYGIRL HYDRA CLEAN MAKEUP REMOVER

Kalau nak kulit yang bersih dan cantik, kita kenalah rajinkan diri untuk cuci muka. Pembersih muka tak cukup sebenarnya untuk remove semua makeup kita. So kenalah pakai makeup remover untuk buang makeup dengan bersih.

Kalau rajin makeup, tapi malas buang makeup...jangan terkejutlah kalau muka kena breakout teruk. Haish menakutkan tauu, saya sendiri pernah kena experience muka breakout teruk, memang tahap confident diri akan merudum jatuh.

♡♡♡

Murah sangat-sangatkan harga kedua barang pilihan saya kali ni, hihihi. Kalau nak selalu dapat harga murah kena lah rajin godek website Lazada.

Kalau berminat untuk join contest ini, klik pada banner Merdeka!Merdeka! Lazada Blogger Contest diatas ye! Good luck.

Follow




Saturday, August 26, 2017

Hampir Sebulan Tinggalkan Blog


Hai Assalamualaikum~! Apa khabar semua, ihiks, harap bayangan Mai masih fresh menari-nari di memori kalian semualah even hampir sebulan Mai tak kunjung blog sendiri mahupun blog teman-teman.

Apa sudah jadi ni Mai. Mood hilangkah? BUKAN! Idea tiada? BUKAN JUGA! Masa suntuk? PUN BUKAN! So apa yang sebenarnya berlaku sampai Mai lupa seketika dengan blog tercinta ni. Fuh..

Demam Hampir Sebulan

Sebenarnya Mai demam hampir SEBULAN! On off. Misalnya seminggu demam, dua tiga hari rasa badan sihat, thennnn jatuh sakit balik. Memang melepet kat rumah dengan UDIN sajalah. Huhu. 

Pulak tu jenis Mai ni kalau demam memang nak angkat kepala pun tak boleh. Asyik terbongkang dalam selimut je. First time rasanya kena demam teruk macam ni sampai merengek memalam (even takda orang layan, ceh).

Laptop Masuk Wad 

Selain diri sendiri yang demam. Laptop Mai juga masuk wad ya sebab dah nazak dah. Hairan betul sebab kata kawan Mai yang repair tu, dalaman laptop Mai tak sempurna macam ada part yang patah padahal Mai tak pernah hantar repair lagi sebelum ni dan beli pun yang baru bukan second hand. Patutlah asyik 'NO BOOTABLE DEVICE', dan banyak kali off sendiri sebelum ni. 

Akhirnya Mai serahkan sepenuhnya untuk kawan Mai tu untuk buat apa sahaja yang boleh untuk selamatkan laptop tu. Kalau boleh selamatkan mestilah cuba dulu kan, sebelum beli baru lagi. 

Laptop masih belum siap harini. Update entry ini pun pinjam laptop abah kejap, ehehehe, nak tengok movie, dah lama tak layan midnight movie sambil usap bulu Udin. 

Okaylah. Bye. Nanti laptop Mai dah siap kita jumpa lagi. Jangan lupa Ai tau!


Follow

Saturday, August 12, 2017

PLANNER GIVEAWAY BY EECA SHYAA

Klik Untuk Join
PLANNER GIVEAWAY BY EECA SHYAA | Mai mengaku memang Mai bukan seorang organized person, yang memang ada misi visi hidup setiap hari + Mai ni sejenis nyanyuk juga, kahkahkah, blame the hyperthyroid, not me. Jadi untuk overcome masalah ni dan jadi lebih produktif, Mai wajibkan diri berdamping dengan planner untuk plan hari & minggu yang lebih smooth, tanpa tertinggal apa-apa yang penting. 

Planner 2017

Excited hati mak nok tengok Eeca buat giveaway planner. Lawa pulak tuuu. Kalau dapat save la budget Mai untuk planner next year, haha. Harap ada rezeki la, kekekeke.

Tapi kalau rezeki korang, Mai redho jelah. Nak tengok rezeki sapa? Jomlah bersaing cara sihat, haha. Cepat join planner giveaway ni.

KLIK BANNER KAT ATAS TAU, BEFORE 31 OGOS KALAU TAKNAK MENYESAL!

Follow

Segmen Blogwalking Merdeka by Love is Simple

Segmen Blogwalking Merdeka by Love is Simple | Dah lama juga Mai tak join segmen blogwalking gini, rugi betul, haha. Antara kelebihan join segmen blogwalking :
  1. Merapatkan silaturrahim sesama blogger yang dah kenal
  2. Berkenalan dengan blogger yang belum kenal
  3. Meningkatkan pageview blog
  4. Support member yang join segmen, hahah.
Best kan? 

Jadi sepanjang segmen ini berlangsung sehingga 31 Ogos, jangan lepaskan peluang join. Nanti boleh blogwalking berjemaah sesama kita, haha.

SYARAT PENYERTAAN :

  1. Follow blog http://ape-kinah.blogspot.my/
  2. Follow google+ Kak Kinah
  3. Follow instagram Kak Kinah 
  4. Buat satu entri dan tepekkan banner di atas tu dan backlinkan ke blog Kak Kinah
  5. Kemudian hantar link di petak komen di bawah. DONE!
Hmm syarat pun mudah kemain, rugilah kalau taknak join kan..So untuk join segmen Blogwalking Merdeka by Love is Simple ni, klik saja banner dibawah :)

Klik Untuk Join


Follow

Pengalaman Pergi Career Fair

Pengalaman Pergi Career Fair | Pada 5 Ogos haritu Mai ada pergi Karnival Kerjaya di Kulim Hi-Tech untuk memburu kerja, maklumlah Mai dah setahun juga menganggur. Kalau orang lain soalan sensitif dia 'bila nak kahwin?' tapi soalan sentap hati mak nak bagi Mai adalah 'Hang kerja apa la ni?', wuwuwu. Haha, so bila dah pergi ke job-fair @ career-fair @ karnival kerjaya ni (hangpa sebut mana satu?), maka dapatlah satu pengalaman baru kan! Hihi. Jom baca pengalaman pergi career fair ni.

PENGALAMAN PERGI CAREER FAIR


BEBERAPA HARI SEBELUM PERGI CAREER FAIR

01) Update Resume dengan Maklumat Terkini - Pastikan update semua maklumat terutamanya cara untuk hubungi kita dengan tepat. Resume yang padat & kemas adalah satu first impression yang penting untuk menunjukkan kredibiliti kita sebagai seorang yang teliti. 


02) Photostate semua Dokumen/Sijil Penting - Bagi Mai, antara dokumen & sijil penting yang Mai pastikan bawa masa pergi Career Fair adalah salinan kad pengenalan, sijil SPM, sijil diploma, sijil degree. Mai kepilkan sekali guna klip kertas di belakang resume. Sediakan banyak salinan tau, sebab nanti nak bagi kat banyakkkkk company.

03) Prepare Jawapan / Soalan Nak Tanya Pada Wakil Syarikat - Sebelum nak prepare jawapan yang mungkin ditanya. atau soalan yang bakal ditanya pada company masa jobfair ni, kita mestilah study pasal syarikat tu. Sekurang-kurangnya, kita tahu syarikat tu keluarkan apa. Macam haritu ada lebih kurang 22 syarikat kat jobfair tu, tapi bukan semua berkaitan dengan bidang Mai, so Mai takdalah fokus sangat kat yang tak berkaitan tu, just isi nama untuk kerja bahagian admin (kalau dipanggil lah, lol). Untuk syarikat yang memang Mai aimed dari rumah, memang bagi dokumen lengkap tanya itu ini lah. Kekeke. Nak tanya apa? Contoh yang boleh kita tanya, kelulusan kita sesuai tak dengan jawatan yang dipohon tu, macam mana nak follow up lepas ni, dan macam-macam lagi. 


HARI CAREER FAIR BERLANGSUNG

01) Be the early bird  - Kita ingat kita dah awal, rupanya dah ramai datang lagi awal, pukul 9 start, jam 8 pagi dah bertindih parking. Fuhh ramai juga para pemburu kerja ni. Memang sama je datang pagi ke petang ke sebab sentiasa ramai, tapiiiiii ingatlah, yang jaga booth tu semua manusia biasa je bukan robot. Kalau petang tu semua dah penat, sapa nak melayan komeee. Haha. So datang pagi k.

02) Career Fair bukan Medan Jejak Kasih - Mai pergi sorang je haritu, sempat lah nak memerhati sekeliling kan. Haha. Paling menyampah bab yang tetiba jejak kasih tengah jalan tu. Sudahlah sesak bersempit-sempit, jalan pun terkemut-kemut, tiba-tiba ada pula yang duk jejak kasih kat tengah tu. Macam nak mengamuk rasa.

03) SARAPAN BEFORE MASUK - Kesilapan Mai pada hari Career Fair tu, terus masuk cari kerja tanpa sarapan. Aduhh dalam tu kan panas, ramai, serabut. Sudahnya sampai muntahlah ceritanya masa nak balik tu. Salah besarlah sebab tinggal sarapan.

04) Pulun habis-habisan - Alang-alang panas, dah rasa panas, sempit pun dah hadap, perasaan gelabah dan serabut pun cukup lengkap, baik singgah kat sebanyak mungkin booth yang ada kat situ. Kalau resume dah habis pun isi je nama dan contact number kat booth tu. Cubalah nasib mana tahu rezeki kan :P


SELEPAS CAREER-FAIR

01) Follow up dengan HR company - Kalau dah bagi resume kan, bolehlah follow up dengan bahagian HR company tu lepas beberapa hari.

02) Berdoa moga ada rezeki - Doa banyak-banyak, minta tolong kucing doakan sekali, kekekeke, mana tahu ada rezeki kucing, kita tumpang la sekali :P. Hmm. InsyaAllah dalam seminggu dua tu pasti akan ada company yang contact kita.


GOOD LUCK!

Hasil dari pergi Career Fair haritu, baru mengena satu company, heheh. InsyaAllah temujanji untuk interview dah set pada Isnin ni, 14 haribulan. Doakan Mai berjaya tau :)

Follow

Wednesday, August 9, 2017

Anak Kucing Hilang Selera Makan | UDIN

Anak Kucing Hilang Selera Makan | Ini bukan kali pertama Mai hadap masalah anak kucing hilang selera makan. Sebelum ni Mai pernah cerita perihal Adek yang hilang selera makan dan pengalaman ambil ubat untuk anak kucing hilang selera makan dalam entry INI. Kali ini Udin pula demam dan mula hilang selera makan sampai susut badan montelnya.

ANAK KUCING HILANG SELERA MAKAN | UDIN


HARI PERTAMA (6/8/2017)

Siang tu Udin masih cergas bermain dengan anak-anak kucing lain dirumah ni. Siap panjat grill tingkap bilik dengan nakalnya bila main lari-lari. Tapi Mai mula perasan Udin tak makan sangat. Even bila letak ayam rebus (his all time favorite) pun dia buat tak tahu je. Tapi ingat dia masih kenyang sebab makan kibbles (kibbles everywhere kat rumah ni sebab untuk kucing liar sekali), mungkin Mai yang tak perasan.

Malam tu pun dia masih tak makan & minum. Ya Allah kenapalah Mai masih tak boleh perasan yang ada sesuatu tak kena dengan Udin. Sorry sayang... (T_T). Macam biasa dia akan tidur dengan Mai, kadang-kadang hujung kepala tapi selalunya dalam pelukan lah.

Dan hari pun berlalu....tanpa Udin menjamah sikitpun makanan & kakak yang masih tak perasan.


HARI KEDUA (7/8/2017)

Syukurlah pada hari kedua Udin tak sihat, kakak dapat detect yang sesuatu berlaku dekat adik kesayangan dunia akhirat kakak ni. Bila Mai sentuh telinga Udin memang sejuk. Petua ada cakap, kalau kucing demam tapak kaki & telinga dia akan sejuk.

Thank you mama yang keluar masa tu tolong belikan Glukolin Glucose untuk penambah tenaga Udin yang masa tu semakin lemah. Maklumlah Udin tak mahu makan dan minum. Jadi Mai akan pastikan Udin mendapat tenaga daripada minuman glukosa yang Mai suap menggunakan syringe tu.

Cara bancuh air glucose untuk kucing? Tak kisah pun, janganlah sampai terlalu manis, cukuplah rasa manis-manis seperti manis buah. Itu salah satu tips yang Mai dapat dari pencinta kucing lain dari group Dunia Kucing di Facebook. Untuk pastikan Udin dapat air secukupnya, Mai force-feed dia dengan air glucose ni dua syringe setiap dua jam. 

Makanan? Udin taknak makan apa-apa langsung.

Anak Kucing Hilang Selera Makan | UDIN
Udin Merajuk Sebab Kakak Paksa Minum Air Glucose

HARI KETIGA (8/8/2017)

Mai tak dapat tidur sebab keadaan Udin semakin lemah. I can't sleep while my baby is suffering, alone! Mai pastikan Udin dapat tidur dengan selesa malam tu. Mai tahu dia tak selesa sebab dia sendiri alihkan tempat tidur banyak kali, dan setiap kali itu Mai akan selimut dan pastikan dia tidur balik. 

Mai nak bawa dia pergi klinik pagi tu, memang niat nak bawa dia pergi. Tapi otak ni ligat cari idea nak dapat duit mana kan. Sampai post entry INI la, untuk luah sikit perasaan yang tepu ni. 

Jam 0700 pagi, masih tak nampak bayang duit lagi. Tiba-tiba mama datang hulur not RM50, katanya sedekah untuk Udin. Mai malu nak ambil, macam menyusahkan, sudahlah tak kerja lagi nak minta duit, tapi antara EGO dan NYAWA UDIN, Mai pilih nyawa Udin. Not RM50 itu dimasukkan dalam dompet. Alhamdulillah, bersyukur, tapi masih tidak cukup lagi.

Muntah & Najis yang Penuh Air

Udin mula berak dan muntah, tapi hanya air yang keluar, yelah, Udin tak makan & minum. Mai mula la nak start berpeluh, jantung pun dah makin laju. Ya Allah, kakak tak sanggup tengok Udin sakit. 

Tak lama pun selepas tu, dalam beberapa minit tiba-tiba ada notification dari whatsapp kakak. Ada seseorang sudi beli voucher dari blog kakak yang kakak lelong untuk Udin. Alhamdulillah, syukur, rezeki untuk Udin Allah hantar lagi. Miracles happens everyday kan?
Terima Kasih pada sahabat blogger yang dikasihi, Mrs.Pip sudi membeli voucher dari Mai sambil tolong Udin. Semoga rezeki Mrs.Pip terus melimpah ruah. Aaamiin.
Cepat-cepatlah Mai pergi bersiap untuk bawa Udin jumpa vet. Sambil tu pesan dekat Udin suruh dia kuat, sebab kakak sayang sangat dengan Udin ni. Kakak ikhtiar tapi awak pun kena fight tau sayang.

Macam biasa Mai akan bawak Udin pergi ke My Cat Klinik, Kulim sebab situlah satu-satunya tempat Mai percaya untuk serahkan adik kesayangan Mai. Mai ada reason sendiri kenapa tak prefer vet kerajaan. Too many bad experience. Mai tanya adik, "Kalau aku cerita kat blog agak2 aku kena tangkap tak?" Hahaha, dia gelak je. Tapi tu la kalau tak boleh bersuara, apa yang boleh Mai buat lagi? Apapun bukan semua rawatan vet kerajaan tak elok, ada yang bagus, tapi kalau yang sakit tu baby memang mai tak recommend..Huhu.

Ok back to cerita asal, haha. Proses macam biasalah, mula-mula daftar Udin dulu kat kaunter sambil tunggu turn kena panggil. Sempatlah berkenalan dengan kucing nama Leo yang accident, kesian... Harap Leo pun cepat sembuh ok.

Hasil timbang berat Udin, dah 1.3 kg, rasanya dah boleh kalau vaccine. InsyaAllah lepas Udin sihat kakak dah buat temujanji untuk vaccine Udin & Hairi sekali (kembar). Doktor kata Udin kuat semangat untuk hidup, yeahhh that's my braderr!!!

Udin kena drip masuk air 3 dos, menggelupur dia, ayooooo, ahahaha, jenuh dr vet tu dgn assistant kepung dia suruh duduk senyap-senyap. Kemudian ada la dia kena inject antibiotik. Dr buka mulut dia check, alhamdulillah tak pucat.

ubat kucing hilang selera
Muka Udin tak Rela Makan Ubat
Senarai ubat yang Udin dapat adalah:
  • Ubat tambah selera / lawan jangkitan hati
  • Probiotik untuk usus
  • Antibiotik 
  • Ubat Cirit
  • Ubat Bunuh Hama/Kurap (untuk Udin and the gang)
  • Cecair & Jarum untuk drip badan Udin
Kakak tak drip pun Udin, kakak dah la takut jarum. Masa kakak cucuk badan dia, menggelupur dia lari, kakak yang trauma. Akhirnya kakak stay dengan suap glukosa & air yang mencukupi je.


HARI KEEMPAT (9/8/2017)

Jam 0400 pagi, Udin kejut kakak sebab lapar. Ya Allah sungguhnya kakak betul-betul bersyukur sebab akhirnya Udin cari makanan, biarpun sikit, tapi dia makan T_T. Harini kakak nampak kesihatan Udin beransur baik.

Telinga Udin pun dah tak sejuk dah, alhamdulillah. Lega sikit hati kakak ni. Cepat sembuh tau sayang, kakak rindu awak yang nakal tu.

Kawan-kawan, Udin masih memerlukan doa semua. Sedekah doa untuk Udin ya. Semoga doa yang baik itu semua melantun kepada anda dan keluarga.


Kos perubatan Udin? RM70 sahaja. Alhamdulillah kos tu memang berbaloi dengan servis, perhatian dan konsultasi daripada vet. 


Baca kisah Pengalaman & Review My Cat Clinik Kulim Mai yang Lain :

  1. Hilangkan Kutu Kucing | My Cat Clinik Kulim
  2. Anak Kucing Hilang Selera Makan 1 | My Cat Clinik Kulim
  3. Anak Kucing Hilang Selera Makan 2 | My Cat Clinik Kulim


Follow

Tuesday, August 8, 2017

Bila Kucing Demam & Kakak Pokai :(



Masa kakak kehilangan Adek dulu, kakak rasa trauma nak sayang kucing lagi. Tapi kamu berdua datang untuk pujuk hati kakak yang hilang semangat hidup. Kakak tak sangka kakak akan sayang kamu berdua sangat-sangat, melebihi diri kakak sendiri.


Kita akan diuji dengan apa yang paling kita sayang...


Kakak tahu kakak dalam fasa diuji bila Udin tiba-tiba demam dan tak lalu makan. Kakak sayang awak Udin, tapi kakak tak ada duit nak bawak awak pergi klinik lagi T_T. Loser kan kakak?

Kakak minta maaf tak dapat bawak awak ke tangan orang yang lebih arif. Kakak janji akan usaha termampu kakak untuk sembuhkan awak lagi. Cuma kakak harap dan doa Udin kuat ya sayang.

Kenapa Udin yang sakit, kenapa bukan kakak je. 😭

Cepat sembuh sayang. Jangan bagi kakak sedih lama-lama, jantung kakak bukan kuat sangat.

Follow

Monday, August 7, 2017

Wallpaper Simple untuk Desktop Mai | Freebies

Wallpaper Laptop Simple  | Assalamualaikum. Hihi dulu Mai pernah kongsikan beberapa organizer wallpaper untuk desktop sebagai freebies kan? Ingat lagi tak? Kalau tak ingat boleh tengok kat Desktop Organizer Wallpaper. Maklumlah orang macam Mai ni suka tepek banyak-banyak file terus kat desktop, jalan paling mudah nak bagi senang jumpa mestilah kena susun elok elok. Nampaknya organizer wallpaper ajelah yang paling sesuai.

Organizer Wallpaper
Wallpaper Lama untuk Desktop Mai
Lawa tak organizer wallpaper ni. Yang ni Mai design sendiri, Mai ada share tools & saiz wallpaper dekat entry Cara Custome Organizer Wallpaper. Kalau malas nak design sendiri macam ni download je kat link yang first mai bagi tadi, ehehe. 

Eh dah melalut panjang pula. Actually entry Mai nak cerita pasal Mai sekarang dah tukar selera dari pakai organizer wallpaper ni kepada simple wallpaper je. Maklumlah dah meningkat usia kot, malas nak letak banyak-banyak dah kat desktop (padahal masih banyak, wakakakaka).

Wallpaper Simple untuk Desktop
Simple kan Wallpaper Baru ni?
Yeay finally Mai tukar lagi wallpaper setelah sekian lama selesa dengan organizer wallpaper. Mai buat simple-simple je sekarang sebab tak suka tengok benda serabut, lagipun haritu laptop diserang virus yang berlambak, terpaksa Mai clearkan apa yang tak penting dalam laptop ni. (T_T). 

Kalau ada yang suka dengan wallpaper macam ni, Mai nak belanja freebies sikit, haha. Jemputlah download kalau suka. Semua pastel-pastel je.

So macam mana wallpaper baru Mai? YAY or NAY?


FREEBIES


Pink

Blue

Green

Orange


Follow

Saturday, August 5, 2017

Karnival Kerjaya Kulim Hi-tech 2017

Karnival Kerjaya Kulim Hi-tech 2017
Karnival Kerjaya Kulim Hi-tech 2017

Karnival Kerjaya Kulim Hi-tech 2017

Tarikh   : 5 OGOS 2017 (SABTU )

Masa      : 8.00 PAGI - 5.00 PETANG

Tempat  : KOMPLEKS SUKAN

                   KULIM HI-TECH PARK.

PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) TAMAN PERINDUSTRIAN HI-TECH KULIM DENGAN KERJASAMA " KITA "/ KTPC / PKNK / PERSATUAN PEGAWAI TADBIR NEGERI ( KCS ) DAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH KULIM  akan menganjurkan PROGRAM KARNIVAL KERJAYA KHTP 2017 (KHTP JOB FAIR 2017).

Karnival Kerjaya ini akan disertai oleh syarikat-syarikat terkemuka yang akan menawarkan peluang pekerjaan dalam pelbagai jawatan disamping itu Institusi Pengajian Tinggi juga akan menawarkan *tempat pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Antara syarikat yang terlibat :


1. INFINEON TECHNOLOGIES (KULIM) SDN BHD.
2. OSRAM OPTO SEMICONDUCTOR (MALAYSIA) SDN. BHD.
3. FUJI ELECTRIC (MALAYSIA) SDN. BHD.
4. PANASONIC ENERGY (MALAYSIA) SDN. BHD.
5. HOYA ELECTRONICS MALAYSIA SDN. BHD.
6. SAINT-GOBAIN MALAYSIA SDN. BHD.
7. FRONTKEN MALAYSIA SDN BHD.
8. THE LARYNGEAL MASK COMPANY (M) SDN. BHD.
9. CELESTICA MALAYSIA SDN BHD.
10. ENTERGRIS MALAYSIA SDN BHD.
11. WHIZZ SYSTEM (M) SDN BHD.
12. WONG ENGINEERING INDUSTRIES SDN BHD.*
13. BARD SDN BHD.
14. INOKOM CORPORATION SDN BHD.
15. MAESTRO SWISS MANAGEMENT SERVICE SDN BHD.
16. KULIM ADVANCED TECHNOLOGIES
17. KISMEC
18. ADTEC
19. UNIMAP
20. POLITEKNIK SULTANAH BAHIYAH
21.UNIKL
22.KOLEJ KOMUNITI

__________________________

Insya-Allah esok Mai akan pergi mencuba nasib ke job fair hi-tech kali ini. Semoga adalah rezeki untuk Mai dan anak-anak bulus yang selalu sabar menanti toys baru. 

Antara persediaan yang Mai buat before pergi adalah print siap-siap set resume yang dikepilkan bersama photostate sijil. Mai prepare beberapa set, harap cukuplah esok. Hehe. Kos print tadi pun hampir RM30 tau! Aduhai. Alhamdulillah ada duit sikit hasil job edit blog.

Persediaan mental pula? Hehe doa banyak-banyak, dan Mai ikut tips dari Amer Jaya, HAFAL SKRIP TEMUDUGA. I don't really care if jawapan yang Mai hafal tu dak orang tanya pun, apa yang penting, persediaan kita. Hihi.

Soalan famous amous untuk open interview adalah seperti:

1. Tell me about yourself
2. Biggest Strength
3. Weakness
4. Salary
5. Reason to hire you
6. Ikut suka depa nak tanya apa.

Harap sudi doakan Mai nanti. Semoga doa yang baik dari kalian berbalik pada kalian dan anak cucu.


Follow

Thursday, August 3, 2017

Customize Tote Bag dari Printcious



Customize Tote Bag dari Printcious | Assalamualaikum readers! Haritu Mai ada share pasal kita boleh Design Sendiri Hadiah dan Barangan Peribadi di Printcious kan, jadi harini mai nak kongsi pula pengalaman Mai sendiri membeli barang di Printcious. Beli apa tu? Beli customize tote bag dari Printcious!

Customize Tote Bag dari Printcious

Customize Tote Bag dari Printcious 

Dalam banyak-banyak barang dalam Printcious tu, Mai memilih Tote bag juga akhirnya. Bukan apa, buat masa ini, Mai lebih banyak meluangkan masa mencari kerja dan interview kesana sini, jadi tote bag adalah lebih praktikal untuk Mai masukkan file, buku nota, pencil case, dan botol air walaupun nampak macam terlalu 'ringkas'. Takpelah, maksu Mai yang engineer pun shopping pakai beg galas belakang, praktikal katanya, so Mai ikut jelah jejak langkah orang berjaya gitu, ahahahaks.


TOTEBAG DARI PRINTCIOUS

Jenis Material: 100% polyester fabric.
Saiz: 34cm (L) x 40cm (H)
Warna: White


KELEBIHAN TOTEBAG DARI PRINTCIOUS 

1. Boleh print pada kedua-dua side bag depan dan belakang, mudah dan praktikal.
2. Kuat tetapi ringan. Boleh masukkan macam-macam barang.
3. Boleh letak jenama sendiri untuk urusan pengiklanan. (Mai letak jenama blog,kihkih)
4. Boleh design untuk jual semula.
5. Mesra alam sekitar. 


Customize Tote Bag dari Printcious

Of course semua kucing kesayangan Mai iaitu Owen, Ibang, Hairi dan Udin terpaksa jadi model menghiasi tote bag Mai. Jangan risau Mai bayar ehhh diorang dengan wetfood Royale Fancy Feast k, ahahaha, parok duit kakak T_T. 


SENANG TAK NAK DESIGN?

Senang sangat-sangat! Lepas pilih barang tu kita boleh customize barangan kita dengan apps yang tersedia di laman web Printcious sendiri. Apa yang kita perlu lakukan cumalah upload gambar yang kita nak, kalau nak tambah tulisan, boleh terus tulis, macam-macam jenis font ada.


ALAAA SAYA TAK KREATIF?

Jangan sedih-sedih, kalau anda rasa anda tak kreatif, Printcious ada sediakan ruangan 'PRINTCIOUS INSPIRATION' pada anda-anda yang buntu tak tau nak design macam mana kat bahagian bawah setiap produk pilihan kita. Curi je idea dari situ, lepastu letak sikit sentuhan kasih sayang dari tangan kita, siap!


Customize Tote Bag dari Printcious

Part paling sukar dalam menyeksakan masa membeli belah online ni mesti part tunggu barang sampai kan? Penantian tu satu penyiksaan, haha. Tapi kalau beli barang dalam Printcious ni korang tak sempat nak terseksa tau sebab zuppp barang dapat dengan cepat dan selamat.


BERAPA MASA DIAMBIL UNTUK MAI DAPAT TOTE BAG INI?

Mereka menjanjikan barangan kita akan sampai dalam 3-5 hari bekerja. Mai siap design dan order pada hari Sabtu 29 July 2017, dan akhirnya parcel Mai sampai pada hari Rabu 2 Ogos 2017. Cepat gila kan! Hari ketiga dah selamat sampai ke rumah dengan selamatnya. Abang Skynet tu sampai ketuk pintu rumah tauuuu nak pastikan aku dapat barang ni, haha. Thank you abang Skynet! Jasamu kukenang.


PENGHANTARAN SELALUNYA MELALUI APA?

Penghantaran barangan dari Printcious ni akan melalui Poslaju, Skynet, ataupun NinjaVan. Mungkin ikut tempat tinggal kita kot? Mai pun tak pasti kenapa, tapi tempat Mai dapat melalui Skynet. Alhamdulillah selamat sampai dengan jayanya, dan nak trace barang kita kat mana pun senang.




Customize Tote Bag dari Printcious

Honestly, Mai memang 100% puas hati dengan barangan dari Printcious dan ini bukanlah kali pertama Mai berurusan dengan mereka. Dulu Mai pernah beli sebuah bantal diprint gambar kami untuk dihadiahkan pada tunang, kahkahkah #overlyattachedgirlfriend!

So dengan adanya Tote Bag dari Printcious ni, Mai taklah rindu-rindu selalu dengan anak-anak bulus Mai ni setiap kali keluar rumah, hehehe. Nak heret semua memang tak dapatlah, kang bertinju dalam kereta si Pahlawan Owen dan Superhero Ibang tu, Udin dengan Hairi pula memanjat Mai yang tengah drive lagi, kang lima2 ketul masuk spital, haha. 

Nak beli lagi tak dari Printcious ni? Of course nak! 

#OVERLYATTACHEDBUYER
#SEKIANREVIEWIKHLAS MAI

Kalau korang berminat nak customize barangan atau hadiah dengan Printcious ni, boleh layari https://www.printcious.com/my untuk maklumat lanjut :)


Follow

Instant Shawl Giveaway by Mamapipie

Klik Belon Untuk Join
Instant Shawl Giveaway by Mamapipie | Sejak kenal instant shawl, memang Mai jatuh cinta habisss la. Mana tak jatuh cinta, instant shawl ni best sebab :

1. Jimat masa nak belit
2. Tapi tetap nampak gojes
3. Jarang kena 'bad tudung day' HAHA
4. Labuh boleh adjust
5. Trendy!

Pergh siap bagi 5 sebab, kahkahkah. Dah dua kali raya dah Mai setia dengan instant shawl untuk jimat masa tapi tampil cun dipagi raya yang indah. Jadi tak ada sebab la Mai tak join Instant Shawl Giveaway by Mamapipie yang awesome ni!!!! 

Semoga ada la rezeki Mai dalam giveaway ni. Nakkkk tudung baru, huhu. Dah lama tak #OOTD ni, sebab duk ulang tudung sama ja, hahahaha. 

Okaylah kalau nak join, klik belon tomey kat atas tu lelaju k.


Nota untuk readers: Maaf Mai tak dapat blogwalking lagi sebab ada urusan lain. Tapi jangan risau drop je comment nanti Mai balas visit ok. Hihi comment dibalas comment :P

Follow

Giveaway Preloved Comic By Elsaalicious

Giveaway Preloved Comic By Elsaalicious
Giveaway Preloved Comic By Elsaalicious


Senarai Hadiah Giveaway Preloved Comic By Elsaalicious

Tempat Pertama
3 Komik Lawak Kampus (Jilid 13, 14 & 15)

Tempat Kedua
2 Komik Lawak Kampus (Jilid 20 & 21)

Tempat Ketiga
1 Komik Lawak Kampus (Jilid 18)

Tempat Keempat
1 Komik Lawak Kampus (Jilid 25)

Saguhati
Bloglist Selama Sebulan X 10 Pemenang

Wah seramai 17 Pemenang Elsa cari. Apa tunggu lagi? Jom join

Okay Bismillah. Klik banner untuk join

Follow

Sulaman Comel Merdeka Contest | 31 August 2017

Sulaman Comel Merdeka Contest
Klik Untuk Join


Sulaman Comel Merdeka Contest | Assalamualaikum semua~! Korang dah join ke belum Sulaman Comel Merdeka Contest yang best ni? Kalau belum baik cepat-cepat join sebab hadiah memang lumayan tau walaupun syaratnya semua senang-senang.

 SYARAT-SYARAT UNTUK MENYERTAI

1- Buat satu entry bertajuk "SULAMAN COMEL MERDEKA CONTEST"
2- Copy banner di atas dan backlink kan semula ke sini.
3- Follow blog Sulaman Comel Kak Noor dan Sis Hawa
4- Like pages Chubby Baby Best
5- Follow IG @sulamancomel [jika ada akaun Instagram]
6- Tinggalkan link entry anda di ruangan komen 


HADIAH UNTUK PEMENANG :

Tuala Sulaman Pakej Family untuk 3 ORANG BLOGGER yang bertuah! Set Pakej Family ni best tau sebabnya terdapat 3 helai tuala.
1 helai tuala Mommy
1 helai tuala Daddy
1 helai tuala Si Comel


TARIKH CONTEST BERLANGSUNG 

- 1 Ogos hingga 31 Ogos (Merdeka! Merdeka! Merdeka!)
- 1 September (Pengumuman pemenang melalui cabutan bertuah)

______________________

Aduhhh bestnya hadiah... Bukan sehelai dua, tapi TIGAAAA HELAI tuala siap dengan sulaman nama tu, perghhh best sangat-sangat! Dan pemenang pun sama, bukan seorang dua, tapi TIGAAAAA ORANG pemenang kak Noor cari tau.

Andainya ditakdirkan aku menang, aamiin,aamiin. Aku berniat untuk hadiahkan tuala tu untuk abah, dan mama, hehehe. Tuala si comel tu pula sebab aku dah tak comel, aku nak hadiahkan untuk anak buah aku Little Chacha. Tapi kalau tuala si comel tu besar (saiz dada sampai lutut org dewasa) confirm lah aku tak jadi bagi kat Chacha, kahkahkah.

Okaylah dah merepek pula. Kalau nak join jangan lupa klik banner kat atas tau. Sebab 3 pemenang tuuu. Mungkin rezeki kita bertiga (cakap dengan bakal pemenang), HAHAHA. 

Bye!


Follow

Tuesday, August 1, 2017

Cara Baca Journal Yang Betul

Cara Baca Journal Yang Betul | Para pelajar tak dapat lari dari membaca artikel journal, terutamanya mereka yang sedang menghadapi Final Year Project course mahupun seorang student postgraduates. Walaupun bahan bacaan sebegini agak berat untuk dihadam dalam jangka masa yang cepat, namun kita perlulah ada strategi sendiri dengan menguasai cara baca journal yang betul.

Cara membaca journal tidak sama dengan cara kita membaca buku cerita atau novel. Kesalahan pertama yang sering kita buat adalah baca journal dari A to Z, tanpa cuba kuasai apa point penting dalam journal tu untuk kajian kita. Setiap patah perkataan dalam journal itu PENTING dan kita wajib tahu maknanya satu per satu untuk faham idea author tersebut. Maklumlah mostly journal dalam English kan, so memang kena kawan baiklah dengan dictionary masa baca tu, jangan jadi bodoh sombong k.

Cara Baca Journal Yang Betul


Cara Baca Journal Yang Betul 

01. Baca TAJUK
First sekali masa bukak journal tu, tengok tajuk dan hadamkan setiap patah perkataan tu. Ada sebab kenapa tajuk journal semua panjang-panjang, sebab dari tajuk tu kita akan tahu fokus utama author tersebut. Kita mestilah kena tahu juga apa yang kita cari dan info apa dalam journal tersebut yang boleh relate dengan project kita.

02. Gerak ke ABSTRAK
Abstrak tu adalah sinopsis ringkas dalam lebih kurang 250 patah perkataan tentang kajian itu. Segala tentang method dan conclusion ada dalam tu. Lepas baca ABSTRAK boleh decide adakah kajian dalam journal tu berguna untuk project kita. Kalau tak ada kaitan, boleh tinggalkan journal tersebut, dan cari journal lain semula. Takmo buang masa tau.

03. Lompat ke CONCLUSION
Ok kalau ABSTRAK tu dah lepas, buka page last untuk baca conclusion kajian. Ini penting, takut kita tersalah faham masa baca abstract. Pastikan apa yang author cuba capai dalam kajian mereka ada hubungan dengan topik project kita. Penting untuk pastikan journal tersebut dalam interest kita. Kalau lari jauh sangat, kita juga susah nak buat project nanti, maklumlah bahan rujukan pun dah salah.

04. Scan dan fahami data dalam TABLES and FIGURES.
Tengok data-data yang dikumpul penulis. Data disini lebih direct dan mudah difahami. (Takkan tak faham kot, kalau dah scope kajian sama, ihihihi).

05. Baca LITERATURE REVIEW
Literature review ni adalah penjelasan yang lebih mendalam tentang kajian mereka. Cuba tengok nama-nama saintis lain yang dipetik dalam paraphrase mereka supaya kita boleh identify siapakah pakar dalam bidang kita ni.

06. Baca INTRODUCTION 
Baca introduction untuk fahami asas kajian tersebut. Boleh tengok la objective dan significant studies dalam introduction ni sekali. Selalunya introduction pendek tetapi padat.

07. Kaji RESULT & DISCUSSION
Cuba fahami ulasan dan perkaitan yang author nyatakan. Sentiasa relate dengan topik yang sedang kita kaji. Jangan pasif, membacalah dengan aktif!

08. Semak bahagian METHODS
Baca bahagian methods ni kalau kita memang bertujuan nak replicate kajian author. Of course ni la kerja budak FYP kan, ambil methods tapi tukar sample, hehehehehe.



Lepas dah habis geledah journal tersebut, cubalah buat review atau summary dalam bahasa mudah bagi kita. Kalau rajin, buat peta minda untuk kukuhkan kefahaman sendiri. Yelah belajar teruk-teruk ni pun untuk diri kita sendiri juga kan...

Kalau rajin tu tengok bahagian REFERENCE untuk cari journal dan artikel lain yang berkaitan rapat dengan kajian kita. All the best everyone!



RUJUKAN : Mahathir, A. (2017, July 29). Perkongsian mengenai bagaimana cara membaca journal. Retrieved from https://twitter.com/Madet9/status/891274817239883776.



Follow

Book Review | 5 Tahun 5 Bulan by HFIL

5 Tahun 5 Bulan by HFIL
5 Tahun 5 Bulan by HFIL 

Tajuk: 5 Tahun 5 Bulan (Wildanmu, Bidadariku)
Penulis: HFIL
Tarikh Penerbitan : 2016
Genre: Romance
Source: Wattpad (https://www.wattpad.com/story/79907064-5-tahun-5-bulan)
Rating : ★★★★★

_______________________________________

Sinopsis 

Sinopsis (I)-Tatkala pagi berganti tiba, hanya seuntai pesanan yang ditinggalkan, menyimpulkan perasaan sang insan secara keseluruhannya.
  
  'Hana,
  terima kasih.
  Saya sayang Hana.'

Review

Itu je sinopsis dari penulis? Mungkin penulis mahu biar kita rasai sendiri bagaimana beliau membuat plot twist, dan U-turn disetiap persoalan kita semasa membaca karyanya ini. Ramai tersalah sangka 5 Tahun 5 bulan ini karya Hlovate kerana tajuk novel yang serupa, tetapi jangan tersilap, ini adalah karya HFIL, seorang penulis yang sangat berbakat bermain dengan emosi pembaca.

Gaya penulisan penulis santai dan tetapi tetap dapat membawa aku ke satu dimensi baru menghayati emosi setiap watak, Raihana, Daniel, dan Fahrin. Banyak interaksi antara watak yang ditulis dalam bentuk dialog, lebih jelas dan mudah untuk difahami. Dan banyak antara dialog mereka yang sangat bermakna bagi aku, terutamanya dalam dialog Fahrin, manusia yang terpinggir.


"Daniel, ini aku, Hanya orang ketika dalam kisah hidup kau. Yang cuba menjadi watak utama tapi masih, aku hanya orang ketiga." - Fahrin

"I don't make friend with someone that I love the most lebih dari kawan. Tak ada sesiapa pun buat macam tu." - Fahrin

"Kalau dia sayang, dia akan cakap dan dia akan buat." Fahrin


Serius ada babak yang buat aku terjerit dalam novel ni. Babak lawak yang sangat lawak, babak sedih yang terlalu hiba, dan babak cinta yang terlalu manis. Arghhhhhh HFIL, I really fall in love with your words! Hahaha aku tak 'gay' macam Daniel suruh Fahrin piggyback tu, kehkehkeh. Opss jangan salah sangka, takda orang songsang dalam novel ni, cuma ada plot twist yang mendebarkan jiwa ragaku!

For me, hanya Daniel yang layak bersama dengan Raihana. They were made for each other. Tapi Fahrin pun layak bahagia kan? Itu yang merunsingkan aku selagi tak habis baca novel 5 tahun 5 bulan ni. Hahah.

5 tahun 5 bulan. Takda isu antara dua darjat. Takda isu monstermother-in-law kejam etc. Memang lari dari drama tv. Pernah tengok dua lelaki yang mencintai seorang wanita mampu berdamai dan saling menjaga? Memang terbaik HFIL olah watak Fahrin dan Daniel Farhan.


"Kenapa kau cakap aku adik kau?"

"Sebab kita sama-sama hensem, kan serasi." 


Phewww sabar jelah dengan Daniel ni. Tak habis-habis dengan lawak bodoh tapi sweet dia. Selalu watak hero arrogant je kan? Tapi Daniel ni dari awal sampai habis dia kelakar. Orang sedih dia kelakar, tapi ada la babak sweet potong kaki dia.


"Paling tidak kalau dia memang nak "pergi", saya harapkan untuk dia bawa saya sekali." -Raihana

"Dulu, awak mula cium saya dan awak pergi. Dan Tuhan pulangkan awak pada saya lepas tu.." --kissing scene--"Semoga kali ini, selepas awak "pergi", Tuhan pulangkan saya pada awak, untuk kita bersama lagi nanti." - Raihana


Raihana. Tak sanggup bayangkan rasanya ditempat awak. Tapi itulah dah terbayang sebab nak hayati cerita. Thank you sebab buat saya rasa lebih sayang dan hargai orang yang sayang saya lepas hayati cerit awak,hahahaha, motippp sgt. :P

Apapun, sebenarnya plot 5 Tahun 5 bulan by HFIL ni tak berat pun, cuma memang sedih, tapi jangan sedih lama-lama nanti author pujuk dengan scene yang happy balik. Apapun congrats penulis, memang best karya yang ni. Aku confirm akan baca karya HFIL yang lain lepas ni.





Follow