Monday, July 31, 2017

Bagaimana Mai Move-On dari Patah Hati

Bagaimana Mai Move-On dari Patah Hati | Setiap perkenalan memang akan berakhir dengan perpisahan. Kehilangan seseorang terutamanya dalam keadaan kita belum bersedia memang sangat melukakan. Tapi hati yang patah perlu dirawat secepatnya, jangan diturutkan sangat nanti hancur sendiri.


"Tuhan berikanlah padaku petunjuk,
Kenapa Kau menentu dia bukannya untukku,
Tuhan tunjukkanlah agar ku mengerti,
Hikmahnya di sebalik takdir."
Indah Ruhaila, Di Sebalik Takdir


Betul, memang kita akan selalu tertanya, apa salah kita sehingga terjadinya semua ini. Kita tak faham kenapa kita takdir yang kita tuju tiba-tiba menukar haluan. Pelik kan, dah usaha macam-macam tapi kenapa kita kena berpisah? Kenapa? Sebab orang dah taknak la tu, jangan penatkan diri tanya soalan-soalan yang tak ada orang nak jawab tu.

Bak kata Fahrin dalam novel 5 tahun 5 bulan, "Kalau orang sayang, dia akan cakap, dan dia akan buat". Kalau orang tu tak pernah nak cakap dia sayang kita, dia sorok kehadiran kita dalam hidup dia, fikirkanlah kembali. Bukan suruh upload gambar kita 40 keping sehari kat laman sosial, tapi kalau depan keluarga & kawan-kawan dia pun dia tak sudi kenalkan kita, rasa-rasa mampu ke hubungan macam ni nak pergi jauh?

Mai pun macam ramai kat luar sana juga, yang pernah lalui episod patah hati dalam hidup. Pengalaman mahal kan, jadi marilah kita belajar yang tiada sesuatu pun dalam dunia ni KEKAL. Dan Mai rasa nak kongsi bagaimana cara Mai sendiri untuk move-on dari patah hati dan perasaan kecewa macam ni.

Bagaimana Mai Move-On dari Patah Hati

Bagaimana Mai Move-On dari Patah Hati 

01) Nenangislah sepuasnya - Jangan takut untuk menangis bila rasa sedih. Tak kisahlah kita ni lelaki ke perempuan, kalau rasa menangis tu mampu legakan hati kita, kenapa kita nak tahan-tahan pula kan. Seperti kata Buasir Otak, lelaki jika menangis, masih lagi lelaki.

02) Maafkan si pematah hati - Maafkan si pematah hati bukan sebab dia layak dimaafkan, tapi kerana kita layak untuk hidup lebih tenang tanpa perlu fikirkan dia lagi. Kalau masih menyimpan 'dendam' dan asyik nak stalk sambil mengharap si pematah hati tersebut tak bahagia, fikir la balik tu sebenarnya benci keeee masih cinta? Kekeke.

03) Elakkan duduk bersendirian - Kalau asyik duduk bersendirian, sambil meratap pilu dengan nasib yang kena tinggal kekasih ni, memang dapat buat kita jadi overthinking. Lepas dah fikir bukan-bukan, mulalah nak buat bukan-bukan, Nauzubillahiminzalik! Jadi masa sedih tu jangan selalu pinggirkan diri sendiri ok. Kalau pun tak suka bersosial dengan orang lain, sibuk-sibukkan diri dengan perkara yang lebih berfaedah.

04) Biasakan diri dengan suasana baru - Kalau asyik berkepit, nak makan pun sama-sama, nak jalan pun sama-sama, setiap hari mesej dan malam-malam asyik gayut, fuhh memang terkesan sangat kan perpisahan tu. Takmau rindu-rindu dah, nak atau tidak kita kenalah biasakan diri dengan hidup yang baru, belajar buat semua sendiri. Dan masa yang digunakan untuk gayut tu dengan benda lebih berfaedah, misalnya berblogging, eh!

05) Luahkan perasaan sedih itu - Kita ini manusia yang lemah, perasaan sedih itu memang biasa, janganlah nafikan perasaan itu. Takkanlah ada yang berjoget happy pula bila berpisah dengan orang yang kita sayang, melainkan dia memang ada agenda dia (C.U.R.A.N.G) khennnnnnz. Luahkan perasaan kita dekat orang yang kita percaya, mak ke, adik beradik ke. Kalau mak tak sporting tu, bolehlah luahkan dekat kawan baik ke, crush ke, eh! Sambil menyelam pepandai la minum air kalau dahaga tu, haha.

06) Enjoy masa dengan kawan-kawan/cari kawan baru - Kalau masa sedang ralit dalam alam percintaan dulu, masa kita untuk enjoy dengan kawan-kawan memang terhad kan. Jadi masa dah bergerak solo ni lah masanya kita belajar lebih menghargai kawan-kawan yang tak pernah tinggalkan kita. Cari ramai kawan baru, barulah kita tahu dunia ni tak sempit pun, hihiks.

07) Dekatkan diri dengan Tuhan - Bila Allah dah letakkan tanda noktah, janganlah kita pandai-pandai nak sambung dengan tanda soal lagi.  Selalulah dekatkan diri dengan Allah, berdoa supaya hati kita lebih tenang. Ye lah, nak lari mana kan, hati kita ni pun Allah yang pegang, kita usaha macam mana pun, kalau tak minta dengan si Pemegang Hati ni macam mana kita nak rasa lega dan tenang.

08) Elakkan dengar lagu sedih - Dah kita sedih lepastu tambah dengan lagu sedih lagi menyedihkan lagi, parah la ceritanya. Kalau dah tak boleh dengar lagu sedih, nak dengar lagu apa? Hahaha,Mai selalu layan lagu rap ke, lagu patriotik ke, lagu bola sepak ke, haaa mesti tak pernah cuba kan? Kalau nak cara Islamik sikit pergilah dengar nasyid tu. Yang penting jangan duk buka lagu Aiman Tino kegemaran korang tu lagi.

09) Jangan stalk atau contact langsung - Tak payah nak stalk dia buat apa, dia makan apa, dia keluar dengan siapa dan sebagainya lagi. Semua yang patut kita tahu masa dalam hubungan, tak perlu kita tahu lagi. Belajar terima hakikat siapa kita dalam hidup dia, dan buang dia dari hidup kita. Jangan rendahkan martabat diri contact dan merayu rayu pada orang yang tak menghargai kita. Merayu lah macam mana pun, kalau orang tak suka, percayalah, membazir je rayuan tu dia sampahkan. Melainkan perpisahan tu berpunca dari salah kita yang kita memang kita sendiri rasa kita tak patut dimaafkan ( curang, tipu, khianat etc), memanglah kita patut contact dan minta maaf kalau kita masih sayang. Eh tapi kan, kalau 'SAYANG' dia takkan buat semua tu dulu kan?

10) Buka hati untuk orang lain - Tak payah la poyo-poyo tutup pintu dengan mangga besi rapat-rapat konon tak nak orang lain masuk dah. Jangan hidup dalam kesedihan lama-lama. Beri peluang pada yang betul-betul sayangkan kita, sebab kita pun ada hak untuk bahagia kan? Kadang-kadang hikmah tersembunyi dalam perpisahan lalu adalah kerana ada orang yang lebih layak bersama kita. Tapi hati-hati k, jangan cari orang baru dengan alasan nak rebound relationship semata-mata. Kesianlah dengan orang lain yang jadi mangsa sebagai persinggahan kita nak melupakan orang lain tu.


Bagi Mai, yang sudah tu sudahlah. Mai tak pernah rasa nak doakan sesiapa rasa sakit hati macam apa yang Mai pernah rasa dulu. Mai dah bahagia sekarang, dan orang itu pun layak rasa bahagia dia.

Terima kasih weh sebab doakan aku jumpa orang yang baik, aku dah jumpa sekarang, aku harap kau pun sama :)

Follow

Sunday, July 30, 2017

3 Step Mudah Tukar Font AFB (auto feed blog) Feed Sama dengan Font dalam Entry

Cara Tukar Font AFB Feed | Haa entry kali ini Mai buat khas untuk family blogger AFB yang mana blog masing-masing terpapar 'AFB Feed' kat bawah header/atas entry kan. Jangan cakap takde, wajib tau! Ok kalau anda sejenis tak boleh tengok benda tak seragam macam Mai mesti rasa macam terganggu kan setiap kali buka blog sendiri, hahaha, jangan risau lagi, Mai ada penyelesaiannya! Jom baca Cara Tukar Font AFB (auto feed blog) Feed Sama dengan Font dalam Entry!

Cara Tukar Font AFB (auto feed blog) Feed Sama dengan Font dalam Entry
AFB Feed 
01. Pastikan anda tahu font entry blog anda sendiri dan, kemudian search nama font tersebut di https://fonts.google.com/. Contohnya font setiap entry saya adalah Didact Gothic, jadi saya perlu search font 'Didact Gothic' untuk mendapatkan codenya.

Keep Calm and Copy the Codes!
02. Copy code dibawah, gantikan 'code font anda disini' dengan code 'font-family' yang anda copy pada no.1.

.afb_title
{
code font anda disini
font-weight: bold;
}

.afb_body_wrapper span span a
{
code font anda disini
}

03. Buka dashboard blog anda, klik pada THEME > CUSTOMIZE > ADVANCE, nanti anda akan jumpa satu kotak putih untuk kita add custom CSS. Yes, paste saja kod pada no.2 tadi dalam kotak custom CSS tersebut. 

Tengok contoh yang saya buat, kemudian terus save. Jangan risau FEED AFB kita yang dah cantik memang tak nampak dalam preview. 

Paste dalam kotak, fikir diluar kotak, eh!
Sekarang boleh preview blog anda, cantik kannnnn bila Feed AFB dah seragam dengan font dalam blog kita. 

Pastikan blog anda dalam dibuka dalam www. atau http:// sahaja ya, sebab feed AFB ini tak muncul dalam HTTPS:// . Jadi jangan lupa ubah setting dalam dashboard tu supaya tidak HTTPS:// Redirect (pastikan No).

❤❤❤
Bagi yang tertanya-tanya apa AFB ni? AFB ni adalah salah sebuah community blogging kat Malaysia ni. Yang paling best pasal geng AFB ni sebab adanya AFB Feed ni la, dimana semua ahlinya akan mempromote link blog ahli yang lain secara automatic dan link tu akan bertukar setiap hari... Yippie!

Jadi kalau nak blogwalking lepas ni, bolehlah klik mana-mana blog yang ada AFB FEED ni, dah bloghoppinglah dengan gumbira dari satu blog ke satu blog yang lain, ihiks.

Kalau berminat nak join community meriah kami? Jemputlah berbincang dengan Puan Mommy Irra, hihihi. 

Semoga bermanfaat!



Follow

Friday, July 28, 2017

Design Sendiri Hadiah dan Barangan Peribadi di Printcious

Design Sendiri Hadiah dan Barangan Peribadi di Printcious | Korang sejenis yang sukakan kelainan dengan barang yang tak sama dengan kawan? Atau ingin mengambil hati seseorang dengan hadiah yang dibuat dengan penuh kasih sayang? Semua dah tak mustahil sekarang, sebab kita dah boleh design sendiri hadiah dan barangan peribadi di Printcious!

Design Sendiri Hadiah dan Barangan Peribadi di Printcious
Design Hadiah Yang Ikhas dari Hati di Sini

Design Sendiri Hadiah di Printcious 

Hilangkan masalah buntu fikirkan hadiah untuk yang tersayang lagi bila dengan melayari web Printcious ni. Kita boleh memilih sendiri hadiah mengikut kategori jantina si penerima dan occassion tertentu. Yelah selama  ni kan pening nak pilih hadiah untuk lelaki, hadiah untuk perempuan, hadiah untuk suami la, hadiah untuk isteri la.

Sudahlah ada pelbagai hadiah yang sesuai, kita juga berpeluang meluahkan kasih sayang yang tak bertepi kita (cewahh) untuk si penerima hadiah dengan design sendiri corak diatas hadiah tersebut! Hihihi tentu terujalah sesiapa pun yang dapat hadiah istimewa dari kita macam tu. Bila kita buat orang lain bahagia, kita pun dapat tempias bahagia + gembira balik kan.

Selain dapat memilih hadiah berdasarkan penerima, kita juga dapat customize hadiah berdasarkan occassion tertentu. Antaranya seperti hadiah konvokesyen, birthday, wedding, untuk baby, dan macam-macam sambutan lagi. Tak salahkan sesekali meraikan hari istimewa mereka yang kita sayang.

Antara cadangan hadiah yang boleh didapati di Printcious :
- Design T-shirt sebagai hadiah 
- Design Puzzle Gambar sebagai hadiah 
- Design Mug sebagai hadiah 
- Design PU Leather sebagai hadiah 
- Design Baby Rompers sebagai hadiah 
- Design Keychain sebagai hadiah 
- Design Phone Case sebagai hadiah 
- Design Cushion sebagai hadiah

Design Barangan Peribadi di Printcious 

Memang Printcious ni selalunya untuk kita beli hadiah, tapi kalau nak design untuk sendiri pakai pun apa salahnya. Semuanya barang-barang peribadi tu kan boleh customize sendiri ikut citarasa kita. Paling penting.....LAIN DARI YANG LAIN

Kenapa aku cakap boleh beli untuk diri sendiri ? Sebab..... tiada minimum order. Hihihi. Aku rasa macam nak buat t-shirt couple pula, tak pun phone case couple ke. Barulah sweet gitueee, haha.


Cara Membuat Pembelian di Printcious

1. Login akaun

2. Pilih Product

3. Muat naik gambar / design

4. Tambah text

5. Order

6. Tunggu Barang Sampai Yeay!

01. Login Akaun
Jangan risau kalau belum ada akaun Printcious sebab kita boleh sign up terus disitu menggunakan akaun facebook. Hanya dengan satu klik saja, done. Hihi, kalau takda facebook pun boleh, guna cara sign up biasa ya.

sign up Printcious
Sign up dengan Facebook je, mudah!

02. Pilih Product 
Klik la pada mana-mana produk yang kita nak beli tu. Ada macam-macam kategori untuk memudahkan kita memilih. Hihihi. Jangan rambang mata pula...

Rambang mata weyyy!

3. Muat naik gambar / design + 4. Tambah text
Kalau dah ada gambar atau design yang dah siap-siap buat bolehlah upload terus je. Tambah text jika mahu. Ikutlah kreativiti memasing. 

Aku rasa dah habis creative dah tu, kahkahkah

5. Order 
Kalau rasa dah puas hati dengan design, maka teruslah 'Add to Cart' dan bayar tanpa ragu-ragu. Yang bestnya dengan Printcious ni, mereka murah dengan promosi, jangan sia-siakan coupon promosi yang diberi ok. Haha.


ISTIMEWA - Sempena parent's day ini, ada 30% potongan harga untuk setiap pembelian yang menggunakan code PARENTS semasa proses check out. Promosi tamat pada 29 Jul 2017!

Pembayaran boleh dilakukan melalui mana-mana bank yang tersenarai dibawah :

6. Tunggu Barang Sampai Yeay!
Ok dah siap, so tunggulah barangan sampai ke tangan anda dengan selamat. Hihi. Jangan risau, Printcious menggunakan Skynet, Pos Laju & Ninja Van untuk menghantar barang-barang kita, mesti sampai cepat dan selamat.

Best kan~!


Lawati Printcious di :

Website - https://www.printcious.com/blog
Facebook - https://www.facebook.com/printcious
Instagram - https://www.instagram.com/printcious
Twitter - https://twitter.com/printcious
Youtube - https://www.youtube.com/c/printcious-gifts


Follow

Thursday, July 27, 2017

Perbezaan Segmen, Giveaway, dan Contest

Perbezaan Segmen, Giveaway, dan Contest | Dunia blogger ni sentiasa meriah dengan adanya pelbagai segmen, giveaway dan contest yang dianjurkan hampir setiap bulan. Sebelum melibatkan diri dalam sesuatu segmen. giveaway atau contest yang dianjurkan, adalah lebih baik untuk kita tahu perbezaan segmen, giveaway dan contest itu sendiri. Para penganjur sendiri juga perlu ada suatu matlamat sebelum melancarkan apa-apa pertandingan di blog. 

Perbezaan Segmen, Giveaway, dan Contest
Perbezaan Segmen, Giveaway, dan Contest

Perbezaan Segmen, Giveaway, dan Contest

Apa itu Segmen?

Segmen jarang disediakan hadiah tetapi wajib ada faedah untuk setiap yang join. Iyelah, penat-penat buat entry untuk join segmen, tetapi tiada hasil, memang sesuatu yang sia-sia. Jadi penganjur segmen perlu kreatif dan inovatif dalam menganjurkan sebuah segmen yang mampu memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, penganjur, dan yang join.

Sebagai contoh, penganjur boleh membuat segmen 'tambah follower' untuk setiap orang yang join. Selepas mengumpul data semua peserta, penganjur perlu buat sebuah list untuk memudahkan para peserta memulakan aktiviti follow-mollow semua. Bayangkan jika segmen tersebut disertai oleh 70 blogger lain, maka setiap peserta akan mendapat lebih kurang 70 follower baru. Best tak? Syaratnya, wajibkanlah semua peserta berlaku jujur dalam aktiviti follow follow tersebut.

Segmen bloglist juga antara segmen yang bermanfaat. Dimana peserta akan dapat masuk dalam bloglist si penganjur, dan si penganjur sendiri dapat senarai blog-blog aktif terkini untuk dimuatkan dalam kotak bloglist. Nampak tak benefit dua hala dalam segmen begini?

Ini cumalah dua dari idea-idea segmen yang selalu dianjurkan. Boleh campurkan creativity korang dan buat segmen jadi fun untuk disertai.



Apa itu Giveaway?

Giveaway wajib ada hadiah ok. Kalau takda hadiah bukan namanya giveaway, itu namanya penipuan, kekeke. Namun begitu, hadiah untuk giveaway tiada syarat minimum. Daripada sekecil-kecil barang sehinggalah barangan mewah, barangan baru atau pre-loved, semuanya tiada masalah. Atas kemampuan dan keikhlasan penganjur sendiri.

Untuk menyertai giveaway adalah amat mudah. Kebanyakannya hanya perlu tampal banner didalam entry kita dan bagi url entry pada encik/puan penganjur. Jarang giveaway perlu buat entry 1000 patah perkataan, kerana konsep giveaway ini lebih kepada cabutan bertuah. Hantar link kepada penganjur untuk dapat number bertuah korang (number dalam list peserta). Berdoalah number tu naik dalam random org or cabutan manual yang penganjur buat nanti.

Cadangan hadiah untuk giveaway adalah seperti shawl, beg, penanda buku, alat tulis, buku nota, duit cash, keychain travel, dan top-up. Comel-comel kan hadiahnya?


Apa itu Contest?

Contest juga menyediakan hadiah seperti giveaway, tetapi selalunya hadiah-hadiah untuk contest jauh lebih lumayan berbanding giveaway. Selain itu, jangka masa sebuah contest berlangsung juga lebih lama dari giveaway kerana penganjur perlu teliti dan saksama demi mencari pemenang yang benar-benar layak.

Mestilah, hadiah lumayan bukan senang nak dimiliki. Tapi cara ini rasanya lebih adil kerana pemenang contest dipilih secara manual, dimana semua kerja keras peserta akan dinilai disini. Berperanglah dengan jujur, semoga hadiah yang diterima lebih berkat.

Selalunya peserta diminta membuat sebuah entry berdasarkan tajuk yang diberi oleh penganjur. Cara pemenang dipilih pula dari segi entry terbaik, atau entri paling mesra SEO, dan kebolehan entri tersebut untuk muncul di page pertama google search berdasarkan keyword yang diberi dalam jangka masa tertentu.

Sangat mencabar, tetapi pastinya jika kita bersemangat tinggi untuk menang, kita akan buat yang terbaik. Secara tidak langsung kita dapat belajar menghasilkan entry yang bermutu tinggi. Cewahh. 

❤❤❤

Kepada blogger yang ingin menganjurkan segmen, giveaway, dan contest diblog sendiri, pastikan betul-betul cakna dengan istilah segmen, giveaway dan contest ini. Paling penting, pastikan anda ada matlamat dan kebaikan yang dapat diperolehi oleh kedua-dua pihak sendiri. Kalau nak kekal lama dalam dunia blog? Jangan tipu dalam giveaway. Penat-penat orang join nanti senyap begitu saja, even pemenang pun tak umumkan. 

Setiap blogger ada hak masing-masing untuk mengisi blog mereka dengan apa sahaja yang mereka nak. Aku rasa tak patut kalau ada yang mengecam blogger yang suka join segmen, GA, mahupun contest. Kalau rasa taknak join, takpayah join. Diam itu lebih baik dari berkata-kata yang menyakiti hati teman-teman lain.

Eh melalut sudah. Semoga entry aku kali ini bermanfaat untuk semua. Hihi mana tahu ada yang tercetus idea nak buat segmen/GA/contest lepas baca ni, jangan lupa tag aku. Aku akan usaha untuk menyokong kaliann!!!


Follow

Wednesday, July 26, 2017

Permainan Komputer Nostalgia Masa Kecil

Permainan Komputer Nostalgia Masa Kecil | Masa mula-mula kenal komputer dulu umur aku 5 tahun (1998). Zaman tu manalah ada internet yang meluas macam sekarang ni. Kalau ada pun jenis sambung komputer ke talian telefon rumah kan? Manalah aku yang kecik kenit masa tu pandai semua tu. 

Sekarang zaman dah berubah. Anak buah aku yang 4 tahun pun pandai buka youtube sendiri nak dengar lagu Jampi & Aisyah favorite dia tu, haha. Advance nau. Tak payah ajar pun , dia memerhati dua tiga kali, lepastu pandailah diorang nak buka sendiri.

Permainan Komputer Nostalgia Masa Kecil


Permainan Komputer Nostalgia Masa Kecil

01. Microsoft Paint

Ada desas desus cakap yang Ms Paint ni akan dibuang dari Windows. Alahai sedihnya sebab masa dulu buka PC pun semata-mata nak melukis guna Paint. Lukis rumah, pokok, gunung, matahari, fuh creative sangat uols! Apapun jangan bersedih sebab akhirnya apps Paint ini akan dikekalkan semua atas permintaan semua Ms Paint lover, yelah sayang kot banyak nostalgia Apps ni selain memudahkan aktiviti copy & paste screenshot.

Good Bye Ms Paint No More
Ok tak jadi goodbye


02. 3D Pinball Space Cadet

Pinball ni aku jarang main sangat, sebab tak tau pun cara main sebenar, tekan tekan gitu je, hahaha. Kalau tak pun aku tengok maksu aku main je.. Hahaha, sebab komputer tu pun komputer rumah wan (atok), sebab rumah aku masa tu mana ada lagi komputer-komputer bagai ni.

Korang mesti pernah main tak?


03. Barbie Dreamhouse

Typical budak perempuan la kan main game Barbie ni. Asah bakat interior designer dengan menghias rumah Barbie, then asah bakat jadi fashion designer and MUA pula dengan makeup dan pilih baju untuk watak Barbie kita tu.. Best giler!

Siap boleh hantar surat kat Barbie, nanti dia balas, hihiks.


04. The Sims 1

My fav game!!!! Dulu main Sims 1 ni rasa best habis dah, bukan buat apa pun, seronok buat orang, bagi kerja, bagi kahwin, bagi makan, bagi minum, etc. Rasa ada kehidupan lain pulak, hahaha. Sekarang aku masih main game Sims ni tapi dah maju lerr, dah Sims 4 dah, heheh.

berbeza tau kualiti graphic dengan Sims4 ni, makin lama makin real!

05. Mario

Salah satu game yang aku main tak pernahnya nak menang-menang. Adoi hahaha. Nampak sangat tak terer kan. Siapa pernah habiskan game Mario ni?


06. House of the Dead

Game ni kita watak sebagai polis yang bertugas untuk masuk kedalam rumah yang penuh dengan hantu dan zombie-zombie ganas untuk menyelamatkan mangsa culik kalau tak salah aku. Tak ingat sangat dah. Memang berdebar juga main game ni, sebab hantu keluar dari segala sudut k, dari langit pun ada. Apapun, tembak dikepala untuk effect mati serta merta, hahah.

Zombieeeeeeeeee!


07. Virtual Cops 

'Reload!' , 'Reload!' hahaha, kalau siapa pernah main game ni mesti boleh relate dengan suara 'RELOAD!' yang tak boleh lupa ni. Hati-hati semasa menembak, tertembak orang biasa nanti game over la ceritanya. Haa game ni aku selalu berjaya habiskan.

Reload! Reload!

08. Age of Empires

Game perang-perang favorite aku ni. Askar kita warna biru, askar jahat warna merah. Ada petani, nelayan untuk cari makanan untuk team, dan askar pula kena pastikan jaga kubu elok-elok. Bila pasukan tentera dah canggih, ayuhlahhhh kita serang kubu musuh!!!! Main game askar kemain aku ni, last-last jumpa jodoh abang askar gak. Aku taknak jadi askar ke? Terima kasih jerlah, gua tak tahan lasak.

Biru ni pasukan kita ler, kalau tak kuat jangan cuba-cuba nak lawan musuh lagi.

09. Need For Speed Racing

Game favorite aku dan bapak ni. Haha. Bapak aku siap beli stereng lagi nak main game ni. Aku join sekaki ler. Aku selalu duduk sebelah bapak masa bapak race untuk bagi semangat, lepastu bapak ajar aku race pulak, kadang-kadang bapak main dulu untuk lepaskan aku bila stuck kat level tertentu, kekekeke.  Siap theme myspace aku kot dulu awek Need For Speed ni.

Letty Ortiz in the making, kahkahkah.




Ada tak antara game ni yang pernah jadi game favorite korang? Apa pula game nostalgia korang? Sharelah dengan aku, hihi.  


Follow

Chocolate Fan Giveaways by Sii Nurul

Chocolate Fan Giveaways by Sii Nurul



Klik Banner Untuk Join 

Chocolate Fan Giveaways by Sii Nurul | Super excited rasa nampak banner ni tau. Sebabnya selain aku memang peminat tegar coklat, Sii Nurul yang menganjurkan giveaway ni pun antara blogger favorite aku! Yippie!

Yaa, giveaway kali ini dianjurkan oleh Sii Nurul sendiri dan berkolaborasi dengan Diary Nie's Gallery.

Best tak hadiahnya? Perghhhh mestilah best tau. Ada Ferrero rocher, Cadbury & Hersheys yang mereka nak bagi untuk kita. 

Pemenang pula dicari seramai..... bukan seorang, bukan dua orang, tapiiii tiga orang! Cewah tiru ayat bisnes facebook jap, kekeke.

Syarat? Sangat mudah. Kalau nak tahu, cepat terjah blog Sii Nurul sekarang. Klik saja banner diatas sebelum 15 Ogos 2017 ni tau. 

Good luck pada semua yang join! 

Follow

Monday, July 24, 2017

Kakak Dania is getting better!

Kakak Dania is getting better! | Alhamdulillah, cakap pasal botol air basi meletup kena muka Dania semalam, kan appointment pukul 8 malam. 

Tapi tu la sebelum nak sampai pukul 8 malam tu, memang rumah pula la macam nak meletup dengan raungan kak Dania yang kesakitan tu. Alahai, kesiannya, tapi apa yang boleh dibuat selain tekap mata dia dengan tuala basah untuk elakkan dia genyeh-genyeh mata. 

Irish Dania
Dania 2 years old
Air milo yang basi tu mesti masam kan, so ikut logik pH dia agak-agak berapa la tu, entah2 dah berasid. Itu yang aku risau sangat tu, janganlahhhh ikut aku kecik-kecik dah kena pakai spek, sayangkan mata yang cantik tu.

First Aid untuk Air Basi Masuk dalam Mata?

01. Rawatan pertama bagi kecederaan mata adalah mencuci mata menggunakan air yang bersih dengan banyak.

02. Jangan mencuba untuk menampan bahan kimia tersebut tetapi sebaliknya hendaklah mencairkannya dengan menyiram air bersih yang banyak.

03. Mencuci mata serta merta dengan air yang banyak sebelum sampai ke hospital atau klinik adalah sangat penting untuk mengurangkan tahap kerosakan yang disebabkan oleh bahan kimia tersebut keatas mata.

Cucian mata hendaklah dilakukan serta merta di tempat kecelakaan dengan menggunakan air bersih. Cucian mata hendaklah dilakukan dengan mata terbuka dan menggerakkan bola mata dari kiri ke kanan dan sebaliknya. Ini bagi memastikan cucian adalah sekata dan berkesan.

Apa Kata Doktor kat Dania?

Alhamdulillah, tiada kecederaan serius kata doktor. Nasiblah tak ada luka dalam matanya. Cuma ada luka di atas hidung dan kelopak mata sikit. Lepastu suhu badan pun naik, mana tidaknya duk meraung je seharian.

So dapatlah dia ubat mata & ubat demam. Total cost RM50 sahaja. Get well soon k baby.

Dania 7 years old. 
Sumber rujukan : http://www.myhealth.gov.my/kecederaan-mata/ 

Follow

Sunday, July 23, 2017

Botol Air Basi Meletup Kena Muka

Botol Air Basi Meletup Kena Muka | Harini cikgu call suruh ambil Dania di sekolah sebab botol air basi meletup kena muka dia dan lebih teruk lagi sebab termasuk dalam mata. Aduhai anak sorang ni, macam-macam hal.

Mama tak perasan pula dalam beg dia rupanya ada sebotol milo yang dah lama, sebab kebelakangan ni dia bawak botol lain. Dania ni pula tahap curiosity dia memang tinggi bebenor. Memang bad luck lah harini bila curiosity Dania jumpa dengan sebotol milo basi. Bweekk.
So Dania budak bertuah ni pun pandai-pandai pusing penutup botol milo yang dah berbuih tu, tiba-tiba botol tu meletop dan milo yang basi tu terpercik kedalam mata Dania. 

Aduhai.

Botol Air Basi Meletup Kena Muka

Lepas pergi ambil dia dan bawak balik kerumah, mama terus basuh mata dia dengan air yang mengalir. Tak terbayang la betapa pedih dan panasnya mata tu, T_T. Yelah kalau mata masuk syampoo setitik pun dah melalak, inikan pula meletup ke muka. 

Appoinment dengan doktor pukul 8 malam ni. Nanti aku akan update apa pula kata doktor. Haish semoga tak ada benda serius la dengan anak buah sulungku ini. 

Be strong baby. T_T. 
Cepat sembuh tau....!


Follow

Tuesday, July 18, 2017

6 Beza Blogger Dulu dan Blogger Sekarang

Beza Blogger Dulu dan Blogger Sekarang | Zaman berubah, mestilah banyak bezanya antara blogger zaman dulu dengan blogger sekarang. Aku mula berblogging masa tahun 2010, ramai blogger yang aku kenal dari dulu sampai sekarang, dapatlah aku tengok perubahan demi perubahan dunia blogging ni. 

Bukan dunia blogging je berubah. Tapi para blogger pun turut berubah. Bukanlah perubahan yang buruk-buruk, tapi kadang-kadang aku rindu juga dengan suasana zaman dahulu.

Beza Blogger Dulu dan Blogger Sekarang
Orang berubah kah, atau aku yang berubah?
Aku taknak cakap pasal blogger lain, tapi inilah beberapa perubahan dalam dunia blog yang berlaku atas diri aku sendiri. Hahah. Ke aku sorang je berubah macam lalang sedangkan orang lain masih maintain?


(01) Gaya Penulisan
Dulu-Dulu 

Blog sebagai online diary tidak berkunci - Mostly blogger dulu menjadikan blog sebagai medan mengabadikan sejarah hidup dalam bentuk penulisan. Hihi, aku sendiri tak terkecualilah nak bercerita tentang kisah hidup yang tak berapa nak menarik tu dalam blog. Tak sangka ramai juga follower kisah cinta aku suatu masa dahulu. (Cinta monyet tu sekarang dah jadi tunang sayeeee).

Sekarang

Gaya penulisan lebih matang dan berinformasi - Sekali blogwalking sekarang ni, penuh ilmu yang boleh kita dapat. Banyak isu semasa dan maklumat terkini yang boleh kita dapat dari membaca blog sekarang ni. Memang bagus tapi kadangkala aku rasa agak berat untuk blogwalking pukal sekaligus, tepu otak, hewhewhew. Errr maaf blog aku masih kekal sebagai blog peribadi, bukan blog ilmiah ya.


(02) Jenis Template
Dulu-Dulu 

Penggunaan simple template - Zaman dulu memang simple template je yang menjadi pilihan untuk baju blog. Paling malas nanti pakai premade template dari 'The Cutest Blog On the Block' je. Haha. Senang. Aku lettew. Tapi kalau rajin sikit mesti berlumba nak edit blog pakai tutorial Lyssa Faizureen, Bajuwarnacoklat, dan Nabila Medah, haaaa siapa yang suka edit blog mesti kenal nama-nama besar ni, cewahh. Semakin crowded dan colourful blog, semakin bangga gitchewww.

Sekarang

Responsive template everywhere! - Akhirnya responsive template berjaya menjajah sebahagian blogger hari ini, hahahaha. Bukan apa, untuk blog yang mesra pembaca yang suka blogwalking pakai phone & tablet, maka responsive template memanglah pilihan yang tepat. Selain senang nak baca guna phone, responsive template menang lagi sebab rekaan yang kemas dan minimalist, memang sejuk mata memandang dan menawan.




(03) Rakan Blogger

Dulu-dulu 

Rakan blogger ramai sebaya - Dulu, ada blog memang satu trend remaja selepas myspace dah tak aktif. Selain seronok menghias blog masing-masing yang sungguh kawaii, remaja zaman dulu suka meluahkan perasaan dalam blog. Sebenarnya tak kisahlah sekadar blog cinta atau diari, selagi pandai menulis, memang sedap nak baca.

kawaii
So Kawaii!

Sekarang

Kebanyakan blogger dewasa - Haha dah tak jumpa blog remaja sekarang, kalau ada pun tak macam dulu, makin profesional nampaknya. Maybe semua geng tangkap leleh macam aku dulu dah lari ke wechat, muahahaha. Kebanyakan geng blogge zaman dulu aku dan inactivekan blog depa. Sobsss. Guaaaa rindu wehhh.



(04) Sumber Pendapatan

Dulu-dulu

Iklan Nuffnang/Churp-churp - Kerana innity tak semua orang mampu, maka nuffnang dan churp-churplah sumber pendapatan blogger dulu. Hahaha. Malas nak kutuklah sebab aku pun pernah cashout dari depa juga, tak banyak tapi adalah kan....Sikit...

Sekarang

Adsense/8Share - 8Share ni konsep sama macam Churp-churp manakala Adsense nak sama tapi tak serupa macam Nuffnang. Cukuplah aku kata yang aku sangat bahagia dengan Adsense sampai tak layan dah iklan yang lain... Kehkehkeh.



(05) SEO

Dulu-dulu

Tak kisah pasal SEO - Haha zaman dulu aku blogging, tak kenal pun SEO bagai ni. Kalau tak kenal, macam mana nak kisah, hahaha. Yang aku tahu tulis-tulis dan tulis. Hantam sajalah yang penting bahagia.

Sekarang

Blog dah 100% Mesra SEO - Yabedabedu! Blog aku yang SEO pun tak kenal dulu sekarang dah capai 100% mesra SEO. Mestilah kena ambil tahu kalau nak dapat untung dari blog kan. Kalau taknak dapat untung sukatiler. Alang-alang menulis ni hobi aku, apa salahnya nak raih untung dari hobi sendiri. Sambil menyelam, minum air, kata orang.



(06) Design Blog

Dulu-dulu 

Design yang Sarat - Zaman dulu blog memang suka blog yang dihias sarat, warna-warni, penuh doodle dan macam-macam lagiii. Kalau header tu, makin besar gedabak, makin rasa cool habis dah. Segala lagu favorite semua nak sumbat dalam blog, dengan volume high dan tak boleh pause, perghhhh sungguh annoying blog aku pada zaman dulu. Err jangan terasa kalau pernah buat, sebab aku cuma describe blog sendiri, hahaha, kalau buat tu maknanya genglah kita.

Sekarang

Tema minimalist jadi pilihan - Honestly aku suka dengan design blog yang simple. Warna hitam putih pun dah cukup, memang nampak elegan. Tapi kadang-kadang rindu jugak tema colourful blog zaman dulu, sebabtu aku pakai template meriah uols macam sekarang ni. 


Sharelah perubahan korang dalam dunia blogging ni pulak, hihi :D



Follow

Sunday, July 16, 2017

Vote 'missobsesi.blogspot.my' di Meteora Site of The Month

Site of The Month | Yezza, haritu aku ada nominated blog sendiri untuk jadi calon Site of The Month di Meteora, muahaha pathetic gila tak? Jika blog aku terpilih sebagai Site of The Month maka akan dipaparkan sepanjang bulan Ogos di website Meteora. 

Site of The Month
Vote?

Ala-ala macam segmen bloglist la, tapi kali ni aku memerlukan sumbangan vote dari korang supaya terpilih. Ada 7 website terpilih termasuk aku untuk sesi August Site of The Month ini, antaranya :

  • Ct Roxalynna NH : Personal Lifestyle Blogger
  • Helloaiman
  • LOVE IS SIMPLE
  • Mayy Jie's Random Thoughts <Undi Sini Tau, Hihiks>
  • Naseha Syahira
  • Sharing to Someone I Love
  • Starlavenderluna's Journal Of Life

Kalau korang rasa aku patut menang sebagai blog favorite korang di Meteora Sites of The Month dan dihati korang, cewahhh, jemputlah sumbangkan vote kepada aku ini.


Vote Your Favorite Blog Here

Vote Here


Follow

Wednesday, July 12, 2017

Mini Giveaway : Duit Raya | 31 July 2017

Klik Banner Untuk Join

Alhamdulillah, semua syarat telah kupenuhi. Sudilah tuan giveaway menerima penyertaan patik. :P

Follow

Giveaway Nurul & Friends | 31 July 2017

Klik Banner Untuk Join :)

Maklumat-Maklumat Penting!


  • Pastikan korang jujur pikul tanggungjawab untuk ikut semua syarat ni ye. Mana tahu rezeki korang boleh menang. Hadiah memang best-best tau :D
  • PEMENANG AKAN DIPILIH MELALUI CABUTAN BERTUAH
  • DUE DATE : 3 JULY 2017 - 31 JULY 2017
Done semua syarat, yeay!


Hadiah-Hadiahnya ~

1. Wang Tunai bernilai RM185
2. Topup bernilai RM40
3. Perfume Dexandra
4. Keychain
5. DIY Planner
6. Lipstik
7. Notebook
8. Review Blog
9. Bloglist
10. Shaker

Nak semua please! Kehkehkeh


Syarat Wajib Komen & Share

Saya telah memilih entri-entri dibawah untuk saya share di laman sosial twitter saya.

  • http://www.syahirahvaliant.com/2017/07/cara-cara-membuat-masker-rambut.html
  • https://ciknurul23.blogspot.my/2017/07/diy-simple-album-photo-guna-fail-je.html
  • http://messarah.blogspot.my/2017/07/lirik-faith-dengarilah-despacito-versi.html#comment-form
  • http://www.siqahiqa.com/2017/07/this-book-loves-you-by-pewdiepie.html

ALL THE BEST SEMUA YANG JOIN. YANG BELUM JOIN CEPATLAHHHHH KAWAN-KAWAN. HIHI

Follow

Tuesday, July 11, 2017

Saya Nak Duit Raya by Opzzpinky | 22 Julai 2017

Klik Banner Untuk Join

Saya Nak Duit Raya by Opzzpinky | Of course la saya nak duit raya sebab saya dah tua so duit raya pun dah merosot tahun ni, hahahaha. Muka tak malu :P Ada ai kisah...

Alhamdulillah finally berjaya juga join giveaway yang dah lama dilekat di bookmark sebab kekangan masa. Ni pun curik-curik je join sebab tengah siapkan tempahan mengedit blog. 

Mereka mencari 25 PEMENANG untuk giveaway ni, mana tahu rezeki saya, rezeki anda, atau rezeki kita yang terselit dalam tu kan. So kalau nak tahu ada tak rezeki kita, mehlah join sama-sama. Klik banner di atas sebelum 22 Julai 2017 ni kalau taknak menyesal. Hahah.

Good luck!

Follow

Monday, July 10, 2017

Guna Scrub Ratu hilangkan jerawat yang tumbuh sebelum hari tunang!

Masih tak move on dari cerita tunang lagi nampaknya aku ni, hewhewhew. Takdelah, sebenarnya semuanya dah kembali ke realiti selepas tunang #CARIDUITNAKKAHWIN! Tapi aku rasa nak kongsikan kisah jerawat yang tumbuh beberapa hari sebelum tunang dan bagaimana aku hilangkan jerawat dalam masa 10 hari!

Jerawat di pipi
15 June 2017

Tuuu kat pipi tu.

Dalam gambar tak nampak besar sangat, maklumlah pakai Oppo, pakar fake selfie anda, haha. Tapi kalau kat luar sebenarnya besar, merah dan menyakitkan sebab asyik bergeser dengan spek mata aku.

Scrub Ratu (Beras + Kunyit) 
Kebetulan Scrub Ratu untuk wajah & badan daripada Busyra ni baru sampai ke rumah, so aku decide untuk cuba la. Takpa aku ikhtiar, jadi ke tidak aku berserah je masa tu sebab dah dekat sangat dah dengan hari majlis tu. Eleh macam ler encik tunang tak pernah tengok jerawat aku, padahal sebelum ni aku pernah kena outbreak teruk. Gitulah aku memujuk hati sendiri padahal siapa taknak nampak cantik masa hari bahagia sendiri kan?

Sebelum ini aku cuma cuci muka dengan cleanser je, lepastu dah tak kisah dah nak scrub ke, krim malam ke. Tapi untuk 10 hari tu aku terpaksa ubah cara penjagaan kulit muka aku sebab satu hari, hahah.

Rutin 'Fight' Jerawat Selama 10 Hari! 

01. Basuh muka bersih-bersih!
First sekali nak rawat kulit ni mestilah kena buang segala kekotoran kat kulit. Tambah-tambah muka pesyen berminyak macam aku ni, boleh goreng coq pisang, mestilah cepat kotor.

02. Wapkan muka 10-15 minit.
Letak semangkuk air panas baru mendidih diatas meja. Selubung kepala dengan towel dan wapkan selama 15 minit. Tujuannya nak buka liang roma, barulah sedap nak scrub kaw-kaw dengan SCRUB RATU nanti.

03. Scrub! Scrub!
Scrub sambil urut-urut muka dengan lembut. Takpayah tonyoh-tonyoh, kasar sangat nak pergi mana? Hahah. Lembut-lembut je biar meresap elok dengan kulit kita. Disebabkan Scrub Ratu cuma mengandungi bahan-bahan organik, tiada masalah untuk biarkan dia kering sendiri atas muka.

04. Pakai Pelembab Kulit
Lepas dah basuh muka dan lap kering-kering, sapulah pelembab kulit. Apa-apa jenama pun takpa asalkan serasi dengan kulit sendiri. Hihihi.

Siap!

Buat hari-hari sampai aku rasa jerawat tu makin kecut (nak picit tapi takda isi pun, jerawat jenis apa entah). Nasib baik scrub tu pun daripada bahan-bahan semulajadi, nak pakai kerap mana pun takda hal.

Alhamdulillah, akhirnya aku dapat bertunang bajet-bajet flawless. (Parut je melambak harap maap).


Sekarang aku tengah berusaha nak hilangkan parut pula. Sebab masa make-up haritu adik aku selaku MUA dah membebel-bebel dengan parut kat muka aku dah macam samseng Kampung Pisang. Ada satu part tepi mata aku tu macam lipan panjang dan lubang dia, hahahaha.

Nak ketuk pun kang dia taknak make up aku, so aku redholah menadah muka sambil mendengan leteran MUA sehari aku tu, hahaha.

Takpe kalau macam ni aku akan teruskan berikhtiar dengan Scrub Ratu ni untuk fight dengan parut pulaa. Sayangnya sebotol ni pun dah jadi rebutan dalam rumah sampai gaduh2, hahahaha. Kena beli lah lepas ni. Tengoklah penangan Scrub Ratu ni.

Kelebihan Ratu Scrub
❤ Menghilangkan jerawat badan dan bau badan❤
❤ Kulit cantik, halus, gebu dan cerah❤
❤ Buang daki,buang sel2 mati,buang minyak di badan❤
❤ Memutihkan celah2 tersembunyi❤
❤ Mengurangkan tekanan dan keletihan❤
❤ Kulit lembut dan lembab❤
❤ Kulit kembali sekata❤
❤ Menghilangkan ruam2 dan gatal2 dibadan.❤
❤ Kulit sentiasa tegang dan tidak berkedut❤
❤ Aroma yg cukup menyegarkan❤

Nak baca pasal Ratu Scrub lagi boleh klik SINI & SINI. Kalau nak dapatkan sendiri Scrub Ratu ni boleh hubungi Busyra sendiri, let's lawaaaa together!


Follow

Friday, July 7, 2017

Cara Tambah Author / Admin dalam Blogspot

Cara Tambah Author / Admin dalam Blogspot

Hello semua, jangan risau kalau comment dalam entry sebelum ini belum dipublish lagi sebab aku sangat appreciate kesemuanya dan akan membalasnya satu persatu selepas aku free sikit. Masih tak free-free lagi sekarang ni, hahaha. Kali ini aku akan buat short tutorial tentang bagaimana nak invite author atau admin baru dalam blog kita.

Bagi yang tak tahu kenapa pentingnya untuk tahu cara invite author/admin baru ni..

Author - Memudahkan untuk 'penulis jemputan' menulis entry dalam blog kita.
Admin - Memudahkan pengedit blog untuk memulakan kerja edit template blog tanpa perlu tahu password dan Id kita.

Sebenarnya, cara edit blog dengan memberi password dan emel untuk blogger dah tak relevan dah sekarang sebab nak log in sekarang makin strict. Baguslah tu kan pencegahan untuk blog kita kena hack. Nasib ada cara invite as admin macam ni untuk kita manfaatkan. 

Mudah je caranya. Nak lagi mudah aku akan sertakan dengan gambar.

1. Masuk ke dashboard blog kita yang serba oren tak jemu mata memandang tu,kehkehkeh. DAN KLIK PADA SETTING.


2. Pilih option Basic dan add emel sesiapa yang kita nak jadikan author / admin tu, hehehe.


Kalau nak jadikan author, dah siap sampai step ni. Sebab nanti author itu hanya boleh post entri sahaja, tak boleh kacau setting blog.

Tapi kalau untuk hal edit mengedit template, kenalah jadikan sebagai admin, supaya ada full access blog tu, nak tukar setting, nak tukar theme, layout semua boleh. 

Untuk jadikan admin, tunggu orang tu accept invitation kita. Bila dia dah accept.


Yaaa klik disitu ya untuk tukar author or admin. Settle!

Follow

Monday, July 3, 2017

Alhamdulillah, I'm Officially Engaged!

Hari Pertunangan

Asalnya aku plan sengsorang untuk tak mahu bertunang sebab aku rasa kami dah kawan lama (6years) jadi dah cukup kenal (kot?haha). Bila aku cakap plan ni dekat dia, terus dibangkangnya, lol. 

Tapi bila fikir balik, apa salahnya buat je majlis tunang, lagipun dia anak tunggal lelaki dalam keluarga, mestilah family dia nak ada majlis untuk meraikan hari istimewa dia kan, jadi aku pun bersetuju untuk mengikat tali pertunangan (cewahh ayat skema nau).

Pada mulanya kami merancang untuk buat majlis raya ke-5. Aku pun kalut lah locked tarikh untuk make-up & inai dengan make-up artist (MUA) yang aku selalu usha tutorial makeup dekat 'Live Facebook'. Lagipun harga pakej make-up tunang tu pun sangat affordable dan berbaloi sebab hasil makeup MUA tersebut memang thorbaikkkk.

Tiba-tiba majlis tu terpaksa diawalkan masa raya ke-3. Bukan apa, sebab ramai yang katanya dah mula balik asrama la, dah kerja la raya ke-5 tu. Aku ON je mana-mana tarikh pun, tapi bagi aku alang-alang nak buat tu biarlah cukup ahli keluarga yang ada, baru meriah. Lagipun majlis tu memang panggil family saja, nanti masa kahwin baru panggil semua family & kawan-kawan. Harap tak ada yang tersinggung bila aku update gambar tapi tak jemput. (T_T).

Hahaha walaupun majlis berjalan lancar, tapi ada beberapa hal sebelum hari kejadian yang penuh rencah huru hara + lawak + gabra = unforgettable moment ever!

Adik Henna minta tangguh tempahan last minute!

Henna ni adik aku yang suggestkan kawan dia. Aku setuju je yang mana senang dan sanggup datang rumah sebab nak suruh aku pergi sana susahlah masa-masa suntuk ni. Lagipun henna ni bukan boleh buat awal sangat nanti sehari je dah pudar terkopek-kopek lagi.

Majlis pada raya ke-3, so aku pun deal untuk buat malam raya ke2, and she's agreed! Tiba-tiba malam raya pertama tu dia text cakap tak boleh datang. Omg dah dekat kot majlis tu!

Jumpa kakak Henna bidan terjun! Alhamdulillah

Masa kalut-kalut duk cari tu, tiba-tiba nampak dekat Facebook satu iklan sebab akak Henna (Kak Fyna) tu tag kawan facebook aku. Cepat-cepatlah aku whatsapp akak tu sambil berdoa yang akak tu free raya ke dua.

Alhamdulillah Kak Fyna sudi datang buat inai kat rumah aku. Yeay! Problem solved. Adik-adik aku pun ada yang nak menepek sekali buat henna malam tu. Terima kasih servis yang mesra & memuaskan dari kak Fyna.

Henna Murah Kulim
Hasil Inai Kak Fyna untuk Aku, dan dua adik.

MUA Pilihan Tak Dapat datang Make-up!

Pertukaran tarikh dari raya ke-5 ke raya ke-3 menyebabkan aku tak dapat guna khidmat MUA yang aku minat tu sebab jadual MUA tu pack. Oh no! Macam mana ni...

Nasib ada adik aku yang offer untuk jadi MUA untuk aku untuk majlis pertunangan tu, fuhhh lega hati ceq ni. Kesian pula dia yang sibuk make-up aku untuk majlis tu sampai diri sendiri tak sempat make-up.

Solekan Tunang
Make-Up By FaahQueen (my sister)
Hahaha lawa tak dracula-look aku? Lol gurau je. Adik aku memang pernah tolong makeup kawan dia nikah pun, sebab tu dia confident nak makeup aku bertunang.

Gabra sampai Lupa Bersalam dengan Future MIL.

First time jadi tumpuan mata memandang, debar dalam dada ni jangan cakap lah. Hahaha. Nasib future MIL pun sama debar, baru ada geng. Haha.

Selesai je sarung cincin, kami pun berdiri tak bersalam pun. Ya Allah, malu pula bila kenang balik. Tapi aku cepat-cepat pergi salam dan minta maaf sebab lupa adat bersalam tu. Adoi, and again nasib baik future MIL pun faham sebab sama-sama gemuruh.

Gambaq tunang spoil sebab banyak aku pejam mata. Lol

Saat aku kelip mata & detik camera nak snap gambar memang tak sehaluan. Mostly gambar tunang aku mesti aku terpejam mata. Argghhhhh geram pulak dengan diri sendiri. Aku pun tak faham kenapa jadi macam tu.

Adakah bila berdebar kita lagi kerap pejam mata?

Abah yang tertidoq selepas tetamu balik.

First time family aku handle majlis bertunang yang rasmi macam ni. Hahaha nampak la penat layan tetamu + penah berdebaq abah tu bila tetamu gerak balik ja abah terus terlena atas carpet. Kehkehkeh.

A post shared by Mayy Jie (@noormaizan) on

Dua tulang belakang majlis!

Mama & Faah memang tulang belakang aku dalam menjayakan majlis pertunangan ni. Serius la, tak jadi majlis kalau mama & Faah tak campur tangan. Thank you! Love you both to the moon & back.

A post shared by Mayy Jie (@noormaizan) on

Ni la Faah!
Barang-Barang Hantaran :)


Hantaran Dari Pihak Lelaki:
1. Sebentuk cincin belah rotan
2. Kek
3. Cookies
4. Gula-gula
5. Buah-buahan

Balasan dari Pihak Perempuan:
1. Kuih raya (cheese)
2. Kuih raya (tart nenas)
3. Kek Lapis Sarawak
4. Gula-gula
5. Chocolate
6. Buah-buahan
7. Jelly

Bekas barang hantaran pihak kami tu beli dari kedai jahitan YUYA (Kulim) dan dihias sendiri oleh Faah & aku sendiri. 

Pelamin DIY!


Asalnya nak pakai cushion yang macam trend sekarang tu, tapi kedai tak dapat siap dan bercuti raya pulak. Fikir punya fikir nak duduk atas apa, sebab kalau pakai sofa mama besar sangat pula.

Akhirnya adik aku Yana teringat dengan bangku kayu kat porch rumah makteh aku. Makteh pula tengah balik kampung kat Kelantan. Mujur kunci rumah makteh ada dekat mama sebab mama tolong tengok-tengokkan kucing makteh sepanjang balik kampung.

Terus call pakteh untuk minta izin guna kerusi tu, hahah. Gila betul majlis ekspress gini, hahaha.

The Family & Iefa (Kawan baik aku & encik tunang)!

with Mummy & sibling + nieces

Mermaids pun datang weh! Haha

With mummy & brother
Thank You Iefa & Iffah sudi datang bagi semangat, cewahh :P


Si Pencuri Hati!

When your bestfriend forever for life finally asked you to be his wife!

Flow Majlis!

1. Rombongan keluarga lelaki datang.
2. Sambutan dari keluarga perempuan, perkenalan dari keluarga perempuan, menanyakan maksud dan tujuan pihak lelaki.
3. Sambutan balasan dari pihak lelaki, menyampaikan tujuan kedatangan (melamar)
4. Berbincang soal hantaran, tarikh nikah etc (aku tak dengar pun)
5. Kedua-dua pihak bersetuju.
5. Penyarungan cincin tunang sebagai tanda sudah terikat menuju pernikahan.
8. Ramah-Tamah (Makan-Makan)

Alhamdulillah.
Terima kasih pada semua yang mendoakan. Semoga doa yang baik-baik itu melantun kembali kepada kalian & anak cucu. Aamiin.

Follow